Darlings

Thursday, June 22, 2017

Second Pregnancy

Aku pregnant kali ke 2 masa Aryan umar umur 11 months. Perasaan masa mula mula tau pregnant tu susah nak gambar. Risau plus happy.

Risau sebab aku takut tak dapat nak berbagi masa. Risau sebab masa tu baru mula kerja dekat tempat baru which is sangat berbeza dengan tempat kerja lama yang tak ada orang nak kesah pun kalau kau pregnant. Risau kena bash/kecam sebab jarak tak sampai 1/2y dengan anak sulong. Risau dengan morning sickness. Risau macam macam lah. Yess, orang boleh cakap paranoid. Over sangat dengan kau punya risau.  Sebab yang menanggung tu aku. Yang hadap mulut orang pun aku. Yang jaga hati sendiri pun aku.

Tapi deep inside sebenarnya aku happy. Happy sebab aku memang tak plan untuk  jarakkan antara anak 1st & 2nd. Sebab aku suka meriah meriah ni. So biar anak first & second lepas dulu. Yang third one baru pikir pasal family planning. Kena umpat sebab mengandung lagi tu biasa lah. Cabaran la kan . Dah jadi mak aku pun buat buat strong.( Strong ler sangat kenn). Aku berjaya jugak lah kurangkan segala perangai mengada ngada time first pregnancy dulu, morning sickness, buat kerja macam biasa sepanjang 2nd pregnancy. Alhamdulillah. Allah perkenankan doa untuk jadi kuat dan tak manja sangat. 

Morning sickness tu tetap ada. Muntah, pening, muka break out sampai la kandungan 4-5 bulan macam tu. Tapi kena gagahkan diri p kerja. Time nak muntah, sorok sorok kat toilet ler takut orang nampak. Tapi yang selalu nampak aku muntah acik cleaner lah. Sengsara tok sah cakap sebab kita letih, pening, tapi takut nak express. Asal balik je, melepet lah dalam kereta. Dah pulak dapat penyakit pening kalau kete tengah jalan. So, asal balik kerja je, tutup muka dengan tudung then zzzzzzzz untuk elakkan muntah & pening. Sembang dengan Mr Razman sambil mata tutup ja. Nasib lah tempat kerja sekangkang kera je dengan laki. Kalau idook jenuh lah jugak nak tahan muntah sambil drive. Ada jugak sekali dua masa Mr. Razman terpaksa outstation, then kena drive sendiri. Masa ni doa non stop supaya jangan la pening, muntah dalam kereta. Alhamdulillah. Allah tu maha Adil dan mengasihani. Muntah pun cun cun time sampai depan pagar rumah. Timing mengena or mind set? hontaaaah lah.


Alana Rose Razman - Latest Picture
Sekarang ni Alana Rose dah masuk 1y 7m. Ayat cliche mak mak, "how time flies kan". Tapi seriously memang rasa eh sekejap nau anak dara aku ni dah besar. Dah melasak mengalahkan si abang. Dah pandai buli abang, pandai usik abang, Bila abang tak tak ada menggagau cari, bila abang ada tak sudah bergaduh rebut toys. 


Throwback masa alana rose umur berapa bulan ntoh. 4-5 months kot
Sambil update blog, sambil jeling anak tengah tidur. Rasa bersyukur sangat sangat sebab Allah perkenankan doa nak anak perempuan. 

Alana Rose,

Nanti alana dah besar, dan tau pasal kewujudan blog mama ni. This is special post for you nak. Mama mintak maaf kalau mama banyak kekurangan. Mama tau bukan ibu yang terbaik. Mama & papa tak kaya wang ringgit, tapi mama papa cuba bagi yang terbaik untuk alana & abang. Setiap solat mama tak putus doa untuk anak anak mama. Mama doakan alana rose sentiasa jadi anak yang baik, anak yang boleh membanggakan papa mama. 

AMIN

1 comments:

Rina Ellisa said...

anak-anak penghibur duka lara hati kita kan Lya :)

 
© 2010; Lyaa Suriany | Designed by: yanasensei | Powered by Blogger