Darlings

Monday, March 31, 2014

Hectic Day

Hari yang penat, hari yang tak best hari yang moody . Semua tak kena hari ni. Blog pun terbiar tak berupdate. Curi masa untuk update walaupun mood sangat la swing. Kenapa hari sangat menyeksa kan jiwa?

Hari ni berhempas pulas settle kan daily report. Ni semua sebab 2 hari punya training. Hari hari aku ada 4 report yang nak kena submit. 2 hari attend training, report dah pending, hari sabtu lak EL sebab tak sihat. Campur dengan report hari ni. cer kira. 4 hari X 4 report = 16 report kena submit. Muntah!

Dah lah tido malam memang tak lena. Lagi liat nak bangun pagi. Macam semalam tak tau lah berapa puluh kali dah aku terjaga. ubah posisi tido. P toilet. Sekali bila alarm bunyi rasa nak menangis tak mau bangun. Tak mau p kejeeeeeeeeeeeeeeee. Mata berat sampai sempat snooze alarm tu sampai 6:13 am. Tapi sampai bila mau snooze kan. Nak tak nak kena bangun & p keje!



On the way p keje, aku bantai membuta je pagi ni. Betul betul rasa longlai jee. Sedar sedar dah dekat nak sampai. Mr. Razman kejut suh beli bfast pun tak mau hari ni. Tekak cam loya je nak makan nasi lemak. Bosan!. Cakap tak mau beli bfast, tapi aku tau lah akibat nya kalau tak beli bfast. mesti masuk angin punya hari ni.


Sampai office start buat keje, stop kejap p toilet jeek, Sedar sedar dah pukul 10 am. Perut dah bagi sign lapar sesangat. Tadah muka kesian dengan colleague siapa siapa yang ada makanan. Dapat baulu pun jadi laah . Alas perut. Walau pun tak berapa nak alas tapi better than nothing laaah. Pukul 12 tu aku dah start muntah keluar balik baulu. oh my. Memang sengsara. Keje banyak tapi badan dah tak larat. Muka tok sah cite lah. Memang masham je la. Memang tak pedulik dengan customer lah. 


Lunch tak larat nak keluar, request dengan colleague kirim beli jee. aku nak naik rest kat surau. Berjaya lelap 10 minit pun jadi laa sebab kepala dah berat sangat. 1.50 pm bangun solat then turun sambung keje. Tengok tengok makanan dah ada, stop makan jap. Lepas settle makan je, aku muntah kan semua makanan tadi. Tak tau kejadah nya hari ni. Makanan tak lekat bila angin dah masuk kot. Lagi sengsara hidup. Pujuk hati, sabar laaah. Nanti malam makan sedap sedap k. Bukan apa, kesian kat anak, bukan main dia golek kiri kanan protes lapar sangat agak nya. 


Rasa bersalah yang amat, Esok memang nak ke tak , kena makan jugak pagi pagi. Sengsara melayan muntah hari ni. 

Satu je aku lega hari ni, Even dengan muntah & pening, aku berjaya settle kan daily report. Alhamdulillah. 

Besok pulak cuti lagi sebab ada monthly check up. Boleh rest kan kepala hotak sekejap. 

Tapi hectic day aku belom berakhir. 7.50 Pm still kat office tunggu Mr. Razman. Hari ni last day financial year. Mau nya kena berkampung dekat office. 


:(((((((((((((. Rindu dekat bantal kat rumah. sob sob sob.


 




Thursday, March 27, 2014

Review Session : Safi Balqis White Trilogy

Lambat sikit update blog hari ni sebab semalam tak boleh nak drafkan entry. Internet connection macam mintak kaki semalam. Jadi pasrah je lah update lewat dari tak update langsung kheen.

Dari last week lagi aku nak update pasal produk baru safi balqis ni. before launching dah tau. hah. kali ni tak ketinggalan sikit aku. Sebab tiba tiba p space u8, tengok eh safi tukar packaging ke hape ni. Lagi tertarik sebab tengok kek nis yang jadi duta. Terus mengushaa. Ghupe nya memang produk baru. Safi balqis white trilogy namo nyooo. 

Sebab nak tau lebih pasal safi balqis white trilogy ni, aku p la page safi. Tak de lagi update. Tengok instagram kek nis pun tak berhupdate lagi pasal ni. Bikin tertanya tanya lagi. Then semalam baru tengok kek nis update pasal launching safi balqis white trilogy. Yang aku tau ada pencuci muka & penyegar 2 in 1. Yang lain idok la tau sangat. Nak search info pasal ni pun tak ado. So, kite tunggu je la new update dari safi.

Nak lagi best. Safi balqis memang tengah buat promotion sekarang ni. Lotion, pencuci muka safi manggis susu tu ada 20% discount, BB cream ada 50% (Lepas discount jadi RM10.30 tak silap. Nyaris borong. Nasib tak bergaji lagi) , Serum safi balqis tu aku lupa bape tak silap aku 50% jugak. Tak semua ada discount. Pengguna safi balqis boleh p usha dulu tambah stok yang ada. Berbaloi baloi sebab discount up 80% kalau tak silap. 

Yang berdekatan dengan space u8, boleh p terjah, yang ni under the store punya jualan murah. Kalau kat guardian & parkson aku tak p usha lagi.

Lepas tu nak ceghita yang aku terbeli jugak produk baru ni. Hurmmm perasaan nak mencuba tu tak dapat di bendung. aku masih stick dengan pencuci muka safi manggis susu tu. Tapi yang safi balqis white trilogy ni aku bawak p office, cuci muka lepas remove make up . So bila nak ambik wuduk tu rasa macam fresh sikit muka. Masa solat pun rasa alahaiii tenang nya bau dia. Dengan formulasi arbutin, nano biowhite dan kiwi. feh. memang best!

So, currently aku ada dua lah pencuci muka favorite!.

Dia nya benefit macam biasa

  • Membuka pori
  • Membersih dgn mendalam
  • Menlindungi dari UV
  • Mencerah kan kulit
  • Memudarkan pigmentasi
  • Menyemarakan tona kulit
  • Mengekalkan lembapan kulit
  • Menghalus kan kulit
Harga?RM5 lebih je untuk yang 100g sempena promosi. Kalau nak try, sila lah terjah sekarang.

Selamat mencuba.

Sekian , my honest review .


Wednesday, March 26, 2014

AL-FATIHAH for Ami Schaheera-Truly, to Allah we belong, Truly, to HIM we shall return

Sejujur nya aku tak pernah jumpa arwah kak ami in person. Tapi aku tau yang dia memang struggle dengan cancer for 4 years. Memang kagum dengan spirit dia. Kuat & tabah. Sebagai sedara seislam, mari lah kita sama sama sedekah kan al fatihah untuk dia. Semoga dia bersemadi dengan aman. 

Daripada DIA kita datang, kepada DIA juga kita kembali.


:inna:







Tuesday, March 25, 2014

TAKZIAH

Sejak 18 hari lepas, aku memang tak pernah update anything pasal MH370. Even dekat blog, facebook or instagram. Lagi suka ambik pendekatan diam kan diri. Diam kan diri tak bermakna tak ambik tau. Diam kan diri lebih baik dari buat spekulasi liar yang boleh sakit kan hati banyak pihak. Nak lagi keluarga mangsa. 

Semalam terbaca Status FB Kak finaz (Pembaca berita tv alhijrah) pasal PM ada buat press conference tergempar pukul 10 malam. Mata yang layu tiba tiba celik luas, rasa tak sedap hati. Sebab baca word tergempar kan. Dok tunggu dengan sabar pc dari PM. Bila PM announced yang MH370 ended in the southern Indian Ocean" Hati sebak, mind affected habis. Sebab macam betul ke aku dengar. Selama ni aku dok pikir positif kan . So macam tak percaya lah.


None of the passenger MH370 tu sedara or kawan kawan. Tapi atas dasar keperikemanusiaan, terasa jugak berbekas kat hati ni. Kita semua dah sama sama doa kan yang terbaik. Lepas tu semua keje Allah. Kun fayakun.

All the prayer goes to crew and all passenger MH370. Kalau betul tak de yang terselamat. Doa kan mereka dapat bersemadi dengan aman. 

The latest news pulak.

529 Penyokong Morsi di hukum mati.
Entah apa nak jadi dengan dunia. Hukuman mati tu macam macam makan gula gula getah jek.


Penyokong Morsi di dapati bersalah atas tuduhan menyerang dan membunuh anggota polis. Sejauh mana kebenaran ni , Tak tau lah. Dorang je tau kebenaran.
 
Sama sama kita doa kan kemenangan berpihak pada yang benar. 
 
 

Monday, March 24, 2014

First check up @ PMC

Dua hari menyepi dari blogging. Asal weekend je malas benor nak update. Klik new post lepas tu pangkah. Sudah nya berjaya blogwalking je. Malam ni rajin kan diri untuk update. Simpan dalam draft siap siap. So pagi sok terus publish saje. Kalau nak update blog time koje memang sangat tak sempat lah.

So kali ni aku nak update pasal first time check up dekat PMC a.k.a Putra Medical Centre, Sg buloh.

Sebelum ni monthly check up aku p klinik alam medik area subang tu jek. Service kat sana tak de la tip top pun. So so je. Kalau aku di beri peluang. Aku nak sangat check up kat klinik kesihatan . Sebab orang cakap lagi details. Tapi dah suami cakap p klinik swasta. Hamba menurut lah. Tak kuasa nak menunggu lama kata nya.

Back to the topic. Macam mana pengalaman pertama? 

Doktor yang aku pilih of cos dr ratna. Aku dah google sana sini. Ada dr ratna & dato dr zarul. Dua dua banyak dapat positive review. Dr zarul lg berpengalaman. Tapi kalau alang alang dah ada dr perempuan  why not tak pilih terus kan.

Last week, pagi pagi lagi bangun sebab nak gerak awal. Tak buat appointment pun. Kata nya tak payah set appt kalau weekdays. Unless kalau weekendm kena book dulu.

So pukul 8 am kami dah ada kat sana. Pagi pagi pun aku dapat no 5 jugak lah. Lepas setel amik urine. Berat . Blood pressure. Baru tunggu turn jumpa doktor. Boleh tahan lama jugak consultation time memasing. Sampai nak tertido nunggu.

Dah sampai turn . Macam nervous pulak jumpa dr. Ye la sebab bulan 12 aku ada skip monthly check up. Takut kena sound dengan dr. Tapi sebalik nya dr ratna ni cakap lembut je haiii. Sampai tak tertangkap telinga aku ni.

Lepas short conversation, dr ratna mintak baring tuk scan. My fav time! Boleh skodeng baby. Alhamdulillah dr cakap berat baby normal, air ketuban normal. Blood pressure normal. Cuma aku terlupa nak tanya pasal kencing manis ke hape. Dr pun takde mention. Maklum la agak kerisauan sebab aku suka makan benda manis lately.  Takut sugar ingake lelebih pulak.
skodeng budak kecik ni yang kemain lagi golek golek dalam perut

Lepas scan . Kita main cucuk cucuk tetanus pulak. Terlambat sikit aku inject untuk second time ni . Dah settle inject. Mohon diri tuk blah laa. Perut dah bagi signal lapar . Lambat sikit ada yang protes.
Total bil untuk first check up dekat pmc RM 120. Not bad la kot. Lebih kurang je range harga dekat klinik alam medik.

 So sekarang tunggu next appt on 1st april. Tak sabar sebab boleh la.aku rest kan kepala hotak dari keje.
Bahagia bila semua berkembang dengan pesat. Macam pembangunan pulak.

Takat tu je la first check up dekat pmc.

Share pengalaman memasing la pulak.

Tata!

Thursday, March 20, 2014

Mengandung vs Gemok

Untuk orang yang ada ketinggian yang ala ala a.k.a rendah lagi katik macam aku, rasa macam satu beban bila orang asyik dok cakap gemok gemok gemok bila pregnant. Well,aku cuba motivasi diri untuk tak rasa down. Tapi, hamba ni manusia yang memang penuh dengan emosi lagi sensitip. Suka pikir lelebih bila orang cakap gemok.

 Padahal boleh je nak "take it for granted" . Sebab diri kita sendiri yang kena psiko jiwa supaya lebih positif & well motivated sikit!

Suka lah di ingat kan. Kadang kadang aku ada pikiran yang macam ni. Bukan orang yang mengata tu yang bagi kita duit, yang bagi kita makan. Kita yang usaha sendiri dengan tulang empat kerat ni untuk cari sesuap nasik. Kita sendiri yang rasa susah nya hidup untuk keje dan cari rezeki sendiri. Setiap orang ada cara masing masing untuk reward diri lepas susah payah keje. Macam aku?

Sebelum kahwin.

nak kata aku jaga makan sangat idok laaaah. Tapi aku bukan jenis tergolong dalam kategori "food lover". Makan sekadar untuk hidup. Tak de beria la nak try itu ini. P memacam tempat kalau orang suggest makanan best. Bfast kadang kadang, Lunch tu wajib , dinner time lapar sajek. Kadang kadang balik dari office dah malam , terus balik rumah then safe landed atas katil. My daily routine before i got married. Routine aku rigid je biasa nya. Jarang berubah unless ada dinner date dengan Mr. Razman. 

Selepas kahwin dan pregnant.

Tanggungjawab baru. Kena masak. Bila dah masak tak kan nak kasi suami makan sorang. Kena lah teman sekali, kalau dah teman sekali tu makan pun sekali, tambah nasi pun sekali. hehe. Yang ni salah diri sendiri la yekkk. Napsu len macam.

Bila dah pregnant, napsu makan lagi terdorong. Pantang lapar sebenar nya. Lapar makan, makan lapar. Tak makan terus angin datang menyerang. Bila masuk trimester 3, kena control sikit sebab space dah mengecik, tapi still kena makan dengan kerap. 

7 months before with 46 kg weight
Current weight : 61 kg. Mampu???
Bila rasa down, mengadu dengan Mr. Razman. Sedih sebab gemok, nak control makan,  tapi lepas tu melahap. hehe. Sekadar melepas kan batuk ditangga. 

Lagi comel bila Mr. Razman cakap " Sayang dah ada double chin". hohooohoi. "Gumbira nya hati mak!".

Pokok pangkal nya, diri sendiri lah yang kena control. 

Untuk aku? aku memang tak berjaya langsung control. Cuma mampu berharap yang aku mampu turun kan berat badan lepas deliver. Mampu ke hoi?

Good luck untuk diri sendiri.

Bai.














Lux White Impress ada promo!

Kesah nya hari isnin lepas ajak Mr. Razman buat lawatan dekat subway giant seksyen 13. Bukan mengidam. Teringin jeek. Hak pun boleh punya alasan kan. Alang alang dah ada dekat giant maka buat lah jugak sesi terjahan dekat guardian mengenang kan shower foam dah nyawa nyawa ikan. Kemain pepagi picit kasi shower foam keluar. cinonett keluar!

Kali ni masuk guardian dengan Mr. Razman memang tak leh le lelama. Kalau aku masuk sorang mau nya aku bertapa belek barang satu satu

Bab nak cari shower foam ni tak susah sebab aku kan loyal userrr. So mata terus melilau cari lux je. Dari zaman diploma 2006 sampai lani. Itu je pun brand yang aku beli. 

Nak baca review pasal lux?

http://lyaman.blogspot.com/2011/01/review-session-8-lux-shower-gel.html

Aku dok ralit cari lux yang pink color soft touch tu. Kalau boleh nak yang refill je. Senang taruk dalam botol. Jimat sikit mengenang kan dah masuk tengah bulan ni. Hampir nazak lah.

Cari punya cari susah nau nak jumpa yang refill pack tu, sekali Mr. Razman nampak lux botol kecik yang 220ml tu tapi lux putih white impress. Hurmm tak interested. Sebab aku rasa bau tak best macam pink soft touch tu.


Baru je nak kalih p tempat lain, Tiba tiba Mr. Razman tunjuk harga RM2.88 satu. Haish tenyeh mata.Tak kan la muroh bebenorrr. Sebab biasa nya harga untuk botol 220ml tu RM6.00. separuh harga. Pantang nampak benda muroh sikit. Terus rembat. Rembat dua sekali. senang simpan stok time gaji dah nazak nanti. 


 hah. Kemain semangat tunjuk resit


gigih jugak aku try belek kandungan paraben.

Bau dia?

Tak de la sebest bau soft touch or lavender. Tapi aku layan kan jee.

Time bayar tu ada la jugak aku nanya adik cashier tu promotion sampai bila ni. Sebab dalam kepala hotak aku boleh datang rembat buat stok banyak banyak, then p refill dalam botol besar. Sekali dia jawab tak tau. Nasib kau budak baru dikk. ahkak ni macam nak menyinga jugak laa tanya soalan senang tak tau. Tapi atas dasar budak baru, kesian dia. Jawab soalan customer pun muka stress tahap gila. Cabaran benorrr.

So anyone yang pakai lux. Boleh try terjah guardian sekarang. Mana tau ada lagi promotion . Tapi untuk botol putih white impress ni je la kot sebab aku tak nampak yang soft touch & lavender pun...


White impress pun white impress la. Saving duit aku.


Tuesday, March 18, 2014

Malang tak berbau

Pagi 18 March 2014, bangun macam biasa pukul 6.05 am. Cun cun lepas azan subuh. Dah siap mandi solat baru kejut Mr. Razman bangun. Macam tu ler kalau time weekdays. Lepas bersiap ala kadar, kepala hotak jenuh pikir bila la annual leave aku nak habis. Ada 1 setengah lagi. Dalam hati, tak sempat habis kot. sebab kalau cuti keje bertangguh. 

Habis monolog sorang sorang, masuk kete terus mintak Mr. Razman on kan wifi dia sebab bill kena barred. Rajin pulak rasa nak online pagi pagi ni. Biasa nya lepas masuk kete aku mesti get ready nak tido punya. Maklum leer tiap tiap pagi gerak pukul 6.50 am. Memang ngantuk.

Perjalanan macam biasa. Jalan jammed. Dah lali semenjak pindah ke saujana utama. Rindu pulak zaman dok ttdi jaya dulu.

Lupa kan pasal jammed. 

Nak di jadi kan cerita, hari malang bagi kami rupa nya. Sampai je dekat depan politeknik shah alam, tiba tiba kete camry depan brake mengejut. Follow dekat pulak tu. Biasa lah pagi pagi. Nak lagi best kete aku memang tak de ABS( anti lock braking system). So mendapat laaah langgar bumper orang pagi pagi. Lepas je langgar, aku rasa macam kat awan awangan kejap. Sebab dalam sejarah hidup kan Mr. Razman bawak kete accident. Pecah rekod lesen dia.

Aku pulak tak lain tak bukan pikir baby. Pegang perut sebab sakit kesan seat belt. Pedih kejap. Dengan dada rasa nak pecah sebab heartbeat laju sangat. Dok pikir betul betul ke aku accident ni ke mimpi jeeeek. Sempat pikir realiti ke tak.


Mr. Razman turun bincang dengan owner kete depan. Muka pak cik tu pulak yang cuak takut kena marah dengan Mr. Razman. Brek mengejut kan. Tapi Mr. Razman tak maghah pun aihh sebab yang mengong nya van depan kete pak cik tu. Bawak van macam haram. Ke kiri ke kanan macam org mabuk. Yang jadi mangsa nya orang belakang lerrr.


Lepas tu je terus Mr. Razman ajak p balai polis. Settle kat balai la senang. claim insurans masing masing dari orang ketuk kita duit melampau lampau kan Baik ler p bayar saman jeee sng. .Settle urusan balai. Mr . Razman dok risau tanya aku oke ke tak. Aku oke kot. Sebenar nya tak mau bagi dia risau. Lagi pun aku rasa tak de apa sangat kot. Baby behave.Luckily sebab aku pakai seat belt kan. So effect dia tak berapa sangat. Kalau kete tengah laju gila, aku rasa teruk jugak laah. Dan dan tu kena p hospital jugak, lupa terus pasal balai polis lah.

Perasaan?
Mau nya hancur jugak hati. Kereta pertama dalam hidup kan. Jenuh keje nak bayar monthly payment tu. Tapi redha kan hati. Benda jadi  mesti ada hikmah kan. So positive kan diri. Janji aku , baby & Mr. Razman selamat je. Yang lain kita usaha lagi.


  So, selamat bayar saman lah tuk kami.



Monday, March 17, 2014

Resepi : Nasi Goreng Ikan Masin


Al kisah hari ahad yang kurang produktif sebab rasa nak bermalas malasan sajeeek. Breakfast pun tak kuasa nak masak, request Mr. Razman p beli je..

Tapi Lunch tak boleh dah nak ngelak. Kena masak jugak. Jenuh pikir menu apa yang simple. Sekali tingggg kepala hotak teringat nasi goreng ikan masin pun sodaaap ni. Apa lagi, laju laju la tanya laki boleh ke tak. Dah dapat green light tu sengih laaa mak ni. Sebab semudah ABC kan. hehe. 

Meh la jugak nak share resepi kot kot ada lagi para isteri yang baru berjinak belajar masak kan. Ni resepi nasi goreng versi simple .

Bahan-bahan

Ikan Masin ( Aku pilih tenggiri)
Bawang putih (aku letak 4 ulas)
Cili ( Ikut lah berapa banyak, ikut tahap kepedasan yang kaurang suka) 
Telur (optional, aku men suka je letak, kata tekak sendiri yang nak makan kan)
Nasi

Cara-cara

1) Style aku, aku suka tumbuk dulu bawang dengan cili ni sebab aku tak suka potong . Nak kasi blend sikit cili dengan bawang. Tapi tak do lah tumbuk sampai lumat kan.

2) Lepas tu goreng dulu bawang & cili tu sekali dengan ikan masin, agak agak dah naik bau tu boleh la masuk kan nasi. Bab garam tu memang aku tak letak laaah sebab ikan tenggiri tu dah cukup masin hazabedah. Kalau letak garam lagi confirm kena complaint dengan Mr. Razman.

3) Rasa macam nasi pun dah cukup blend dengan semua benda alah tu, Baru aku pecah kan telur, tu pun pecah kan dekat sipi sipi kuali sebab nak bagi dia masak sikit, kalau letak kat nasi nanti jadi lembik, melekat lekat nasi. Big no to Mr. Razman.

4) Siap, boleh hidanggggg. Makan la laki bini dengan kebulur nyaaaa.

Sayur sayuran aku tak letak sebab tak do stok sayur pun dalam fridge. Kalau ada kangkung ke sawi ke, kacang panjang , lagi besttttt kan.

Sekian lah menu laki bini di hari ahad.


pic credit to google, web famouschris







Buffered Earning

Mula mula mesti kena syukur lah sebab dapat buffered earning. May be nuffnang pun dah bosan tengok blog aku asyik bersawang tak berupdate, then trafic blog pun macam hidup segan mati tak mau.Tup tup terus lah dapat buffered earning kan.

Hari ni tetiba tiba terdetik nak update pasal ni sebab pagi tadi check tengok dapat buffered earning yang ke 4. Alhamdulillah. Anggap rezeki walaupun income nuffy aku tak kencang macam blogger famous kan. Tapi tengah kumpul dulu income tu tuk beli laptop baru. Nanti lagi lah rancak nak update blog kat rumah. Update blog guna tab sangat lah tak feeel jemah. Tu yang mak sabar je dok tunggu earning kat nuffy tu naik. Nak naik mencanak canak tu idok lah. Tapi tengah usaha gigih la ni kan. Thank you pada readers yang still bukak blog ni. So, anda penyumbanggg.


Ada yang nanya macam mana nak nak dapat BE?

Kaurang akan dapat BE kalau ada advertiser yang berminat nak sewa blog kaurang tuk letak iklan diorang dalam tempoh tertentu.

Bab ni aku rasa depends pada traffic jugak kot. kalau manjang traffic kau rendah, mesti lah dorang letak sat je iklan tu.





So, mari lah bersama rajin kan diri update blog ye jemaaaaaah.

Pesanan tuk diri sendiri.

"Jangan hangat hangat taik ayam".


Chowwws

Friday, March 14, 2014

Kisah Mengidam

Al kisah dua tiga hari lepas, penyakit mengidam datang tetiba. Mengidam nak makan kek tak pun choc cadbury. Perasaan nak makan ni mesti datang tiba tiba. Dan dan tu je nak makan. Kadang kadang benci betul. Ada benda yang aku boleh tahan aku tahan la. Ikut keadaan kira nya.

Bila nak makan kek tu, terus lah bagitahu Mr. Razman siap siap. Sebab macam dah kecur sangat air liur bila teringat. Dah bagitahu tu Mr. Razman cakap nanti laah dulu. Petang sikit dia beli. Sentap! Benda remeh macam tu pun boleh bikin riau bagai nak gila. Oh my. Sungguh tak paham diri sendirii.

Hagak nya tak tahan tengok perangai isteri yang mengada terlebih. Start motor p cari kek. Kesian dekat suami yang susah payah cari kedai kek. Nasib la jumpa sepotong kek. Hadap je kek perisa apa pun. Sebab tak do specification yang jelas pun aku teringin nak makan kek perisa apa. Janji kek.



Aku habis kan kek sorang sorang je pun sebab Mr. Razman memang tak gemor kek gini gayaa. Dia old school sikit. suka kek yang biasa biasa jeee. 

Lepas ni. Harap harap jangan lah baby dok mengidam yang bukan bukan. Letih nak p cari kangggg.

Review Session : Safi manggis susu

Dah lama tak buat review pasal safi kan. Loyal reader tau yang aku memang loyal user untuk safi balqis. Boleh terjah previous review.


So review kali ni pasal produk baru safi. Safi manggis susu. Meh tunjuk gambar sikit pada yang tak sedar lagi kewujudan safi manggis susu ni.

Yang sebenar benar nya aku baru sedar je kewujudan Pencuci muka Safi manggis susu ni sebulan lepas. Kalau tak silap launching awal tahun 2013 gamak nya. Ambik masa setahun jugak eh baru aku sedar. Betul betul aku tak pedulik pasal skin care yek tahun lepas.


Kenal dak sapa model ni.? Sekali pandang. Eh mira filzah laah. Model jovian yang cun melecun tu .Aku memang suka usha cik model yang cantik ni. Muka dia lembuttt aje.

Sebelum ni aku dah try pencuci muka yang ni.



Yang ni pun best hakak hakak sekalian. Sila boleh saving lagi sebab 2 in 1. Pembersih & Penyegar sekali. Dah berapa botol dah aku habis kan. Nak lagi senang je boleh main tekan tekan. Lepas cuci muka rasa macam berangin je muka.

Tapi bila terjah guardian, Ter berjodoh pulak dengan pencuci muka safi manggis susu ni. So, tanpa was was dan ragu ragu aku terus rembat satu. Harga pun macam biasa. Affordable.

Untuk yang 50g RM 5.50, 100 g RM 9.90


Gambar dah tengok, harga dah tau kan. Meh kita cite keberkesanan pulak.

Eceh macam aku ni dapat duit pulak dok review produk safi ni. Aku bukan apa. Suka share benda yang berkesan untuk aku. Kata loyal user kheeen. So , this is my honest review lah.

Apa Khasiat manggis?

Manggis ni ada 4x anti oksidan yang lebih baik dari Vit E & C, fungsi dia untuk membantu menentang radikal bebas agar kulit kekal remaja gitu. Boleh cerah kan kulit secara semula jadi tanpa kering kan kulit even kita cuci muka banyak kali sekali pun.


Benda yang kena titik berat kalau pilih pencuci muka, Cari yang tak mengering kan kulit muka. Jangan sampai kulit kaurang terhidrat oke.

Effect best yang aku suka pasal safi dari dulu sampai sekarang.

Black head ke white head bagai memang clean. Aku tak suka kalau pegang muka or hidung rasa macam kesat jeee. Nak rasa smooth & lembut.

So sepanjang sebulan aku try pencuci muka safi manggis susu ni. Totally satisfied!

Aku suggest kan untuk Mr. Razman sekali sebab white head dia memang berleluasa kat kawasan hidung. So kaurang boleh try and share review oke..

Tata!


                  




Thursday, March 13, 2014

Sacc Baby Expo 2014

Al kisah nya sabtu lepas rasa macam nak jamu mata barang barang baby. Kata nya baby expo terbesar Malaysia. Tapi idok la besar sangat bagi aku.

Lepas keje gerak p Sacc convention centre. Parking agak bersepah sepah. Main park je la kete kat tetepi jalan tu haaaa. Main pasrah kalau MBSA kasi love letter. Semangat nak jamu mata kata nya. Sebab nak terus balik rumah rasa macam bosan pulak.

Harga barang kali ni tak de la murah sangat. Nak pulak barang pigeon. Dengar kabor mahal sikit. Aku tak de la usha beria benor. Main terjah terjah je. Kata nak jamu mata jeeek. Budget tuk barang baby dah lari bulan ni. So tahan napsu je laaa. Niat hati nak rembat ziplock pun tangguh dulu. Haish laaa company tak mau kasi bonus kah bulan ni. Nak cukup kan barang baby ni. Kalau tunggu 9 bulan memang aku tak berapa ada daya lah.

 Geram je nengok barang barang pigeon. Travel pack boleh dapat RM15. Pejam mata pejam sambil lalu

 Baju ke swaddle ke mitten ke kalau bab pigeon mostly memang mahal sebab 100% cotton. Tapi tak semua la baju baju dia 100% cotton tu. Pandai pandai la kaurang pilih. ada bajet lebih boleh ler rembat baju pigeon. Aku rembat selai dua je baju newborn pigeon. Itu pun masa shopping dekat Manjaku.



 Antara barang yang aku usha kat sana nursing pillow & bean bag. tapi harga lagi mahal la dari instagram. So aku decide nanti nak order kat instagram je. Bab nursing pillow tu baik aku order yang kekabu. Lagi besttt!. Tahan lama. Harga pun berbaloi.

Then antara benda yang aku berkenan. Selimut ni! Bape kali lalu lalang depan selimut ni. Lepas tu gatal tangan p pegang. Materiall omakkk haii. Lembut gila.Tapi malas nak tanya harga. anyone tau mana nak cari selimut ni. Ni kalau beli ni, bukan tuk baby, tapi tuk mak bapak baby yang rembattt. huahuah

 Last Item. Pampers. Aku p terjah booth huggies je tengok promotion, sebab mamy poko  yang ada 50% tudah sold out.  Untuk huggies, 4 pack RM100. aku tak berapa tau la tu consider murah ke apa sebab aku tak survey pun harga pampers ni. Pikir punya pikir dengan Mr. Razman. Tak pe lah. P rembat dekat giant ke tesco jee la.


Itu je la sesi terjah jamu mata dekat sacc hari tu. Walau pun terkilan tak dapat beli apa apa, tapi pujuk hati . Ada la tu rezeki baby lain kali. May be rezeki yang lebih baik kan.


Next baby expo dengar kabar 25-27 april bertempat dekat Sacc jugak. Yesss lepas gajiii. So boleh shopping lagi.

Friday, March 7, 2014

Paraben?

Amenda paraben sebenar nya. Untuk orang yang pemalas nak ambik tau macam aku ni, of cos la baru tau pasal kewujudan paraben ni. Tapi bila nak tukar status ni, kena jugak banyak membaca. Sedikit sebanyak kita tambah ilmu di dada ok. So entry ni tribute untuk orang yang tak tau lagi pasal paraben. Yang dah tau tu bagus laaa.

Paraben ni senang cite sejenis bahan pengawet yang ada dalam barang barang kosmetik, makananan yang di proses.Tapi entry kali ni aku nak tekan pasal kandungan parabens yang ado dalam barangan toiletries baby. Pasal dalam kandungan kosmetik bagai tu kaurang boleh p google lain.

Kenapa paraben ni gila famous ? 

Sebab nya senang! Paraben ni function dia untuk melawan bakteria dari merebak, so bila ada paraben, barang yang aku sebut kat atas tadi tu tahan lama laaaaa. Kalau tak, rugi woooo syarikat syarikat yang dok meniaga ni.

Kalau kaurang rajin, boleh belek barang kosmetik kaurang tu, tak pun lotion, ubat gigi, shower foam ke, Tengok kalau ada menda alah cenggini kat kandungan "ethylparaben, butylparaben, methylparaben, isobutylparaben dan propylparaben" tu makna nya paraben la tu. Sebab paraben memang ado banyak nama. 


Kenapa kita kena alert pasal kandungan paraben dalam barangan baby? 


Effect paraben (untuk orang dewasa) ni kalau kita guna berterusan  pun boleh tahan teruk. Apatah lagi untuk baby kan. Penggunaan yang berterusan boleh menyebab kan kanser payudara. Mempercepat kan proses penuaan & mengganggu sistem pembiakan lelaki. Itu baru kesan untuk orang dewasa oke.


Kesan pada baby pulak??

Baligh terlebih awal *early puberty*.

Sebab nya paraben ni dia nya keboleh boleh meniru harmon lain untuk menukar kan sistem endokrin berfungsi secara sempurna. Kajian pakar pun ada mention yang paraben boleh lead to pembesaran breast & zakar kanak lelaki & perempuan.

How to overcome???


Hurmm nak tak nak kena la cari toiletries ke segala barangan baby yang paraben free.

Tapi nak cari nya masyaAllah boleh tahan susah. Yang aku tau setakat ni barang pigeon & buds laah. Tapi harga boleeeeh tahan mak oii. Kalau nak murah memang kena tunggu baby expo bagai.




Tepuk dada tanya hati. Kalau mampu nak grab semua barang pigeon ke buds ke. Why not kan. Macam aku hari tu dah terbeli barang Pureen satu set. Baby expo punya pasal. Aku sempat telek satu dua je kat isi kandungan tu. Nanti rerajin aku telek satu satu barang yang aku beli. 


This weekend pun ada lagi baby expo dekat sacc convention tu. Tapi tak dapek laah gamak nya nak p. Mommies yang p tu. Happy Shopping ye.