Darlings

Tuesday, July 31, 2012

ICT Dulu & Sekarang

Sebut ICT pun orang dah tau kan. Aku start p ICT ni masa mula mula bukak, masa parking free, masa ada lampu semata mata , tak do mainan maacm sekarang ni, Siap ada snow walk bagai ni. 

Nak buat ala ala genting laa kot. Tapi versi kurang best sikit lah sebab tempat pun bukan ler besar sangatttt. Aku tunggu jugak ler kot kot ada space shot jugak kan. Boleh try versi ICT pulak. Mencabar ke idak. Yang pernah aku try roller coaster yang tak berapa mencabar tu. haish bosan tahap gaban .

Masa ni masuk free, yang ada pun lampu semata mata, tapi tetap kenangan manis sebab sambut new year 2011 dengan cik fifie.
Dulu, tiap kali p  ICT, mesti aku tak stay lelama punya. Sebab panas derrrr. Tak sanggup aku nak bertahan lama lama. Tapi tu bertahun yang lepas lah. Lepas parking kena bayorr. Tak kan nak dok 10 minutes jek. Terpaksa lah dok lama sikit. 
 
 Bagi orang yang suka bergambar, snap snap bagai ni confirm suka datang.
cun kan kalau photoshoot kat sini.

Snowwalk ni pat puluh kali aku nak masuk sebab mahal sangat. Bagi aku ler. bagi kaurang murah kotttt

All pictures credit to Mr Google.
 Amacam ? teringin nak p ICT lagi? Buat masa terdekat ni tak lah. Agak kebosanan. Tapi kot kot umi aku datang lepak sini , boleh ler heret dia sekalli p ICT. 

Kaurang suka lepak ICT?
 

Monday, July 30, 2012

Bad experience

Pernah jumpa sales girl or mana mana sales person yang suka sangat buat muka masa customer masuk kedai?
Confirm pernah kan. Sekali dua mesti ada experience macam ni jugak.

Kadang kadang, memang kita tak boleh nak control emosi hundred percent. Dah nama nya manusia. Ada masa penat, ada masa moody. Tapi, kalau kau dah jual produk. Nak tak nak kau kena senyum. 

Sales person buat muka masam?
Kalau aku yang jadi customer tu, memang aku dah cancel kan niat nak beli barang kau . Seriously lah. 

Actually, aku baru je terkena. Masuk kedai je, masing masing buat muka tak best kan. Baru ler berminat nak beli. Terus dalam hati. Dan dan lah aku  cancel. Buat apa bagi rezeki kat orang yang tak bersungguh sungguh kan. Greet customer pun idok. lepas tu nak harap kan income masyuk. per cerrr.


Pengalaman kaurang?

Saturday, July 28, 2012

Leopard Cardigan

Finally. yeah finally berjaya dapat kan cardigan pilihan hati yang aku pernah update kat entry ni kan. Sangat berbaloi baloi sebab best & murah. Tunggu turn second batch pulak. Berbundle bundle borong sebab free postage kan.

Aku rasa dah cukup la tu bab shopping. Kena puasa shopping baju selama 2 or 3 bulan. Sebab dah melampau lampau shopping baju. 

Tapi duit dalam tabung tetap kena isi lah. Dah janji dengan diri sendiri kan.
 Janji tetap janji
shopping tetap shopping

Bila nampak leopard printed ajek, terus sawan. 
Nampak handbag, terus beli,
nampak kaen pasang terus beli tapi tak berjahit jahit sampai sekarang
Nampak tudung beli
Nampak shawl beli
Nampak tshirt beli
Nampak Cardigan pun terus beli.
Tak ke nama nya sawan.
Tak beragak agak betul sakit sawan leopard ni.

cardigan leapord pilihan hati itewwwww.
Macam mana lah nak buat buat lupa link sallyshopping ni. Sebab selagi ingat, selagi tu lah rasa nak rembat ajeeeee.

Tolong Delete dalam kepala hotak aku buleh?

Friday, July 27, 2012

Wedges Pilihan Hati

Salam Ramadhan yang ke 7. 

Terlambat update hari ni, Kelam kabut punya pasal
Jenuh pikir nak update amenda pun satu hal.

Last sekali terpikir nak update wedges idaman hati.
Haish.
Idaman je lah
Nak beli tu, tunggu je la dulu.

Menawan habis
yang ni memang idamaaaaan hati. cun habisss

First & Second tu memang kalau jumpa depan mata. Kalau boleh nak rembat time tu jugak, Yang kat bawah ni, Boleh pikir dua tiga kali dulu laaa.


Wedges merah tak pernah wujud dalam simpanan setakat ni, yang ade high heels sajek. Itu pun dia khianat kaki gua.
Ada bran kaurang pakai. Confirm sakit punyaaaa.
Yang ni nampak mahal kan.
 Jenis aku. Aku suka wedges yang simple, yang tak perlu banyak color. Tapi kadang kadang nak try wedges yang striking color pun oke jugak kan kan . Cer try something different. Lagi pun nampak macam style jugak wedges yang striking color ni. Mungkin dipikir kan lepas ni. Sebab asyik pilih white or black color jeeek.

Kaurang?

Thursday, July 26, 2012

Striking Colors

Today's outfit
Aku suka pakai  striking color neh. Nak nak lagi color merah mak ngah. Sebab apa aku suka pakai pun aku tak tau. Yang aku pasti bila aku pakai kale merah aku rasa confident. Jarang nak kesah sangat apa yang orang kata bab dress up ni sebab aku suka ikut kepala aku sendiri. Kalau Umi aku ke papa aku ke Mr Razman tegur baru lerrr aku kisah sikit.

Len orang len cara pikir. Ye dok. Certain orang memang tak berani habis try red color ni. Depends lah. Kita pakai apa yang kita selesa. Kemahuan sendiri, bukan atas dasar paksaan. Jenis aku yang gila striking color neh. Shawl pun bersepah sepah red color, tambah tudung bawal. Sebab senang nak match kan dengan uniform keje. Tapi tak do lah berhari hari kau pakai red color. Orang lain pulak naik jemu nengok nya.

Bukan takat merah aku suka.

Semua color yang  janji nampak cun kat mata aku. Aku redah jeee.
Kaurang??

Iftar Day 5


Wednesday, July 25, 2012

Sambal Tempoyak Ikan Bilis

Sempena Ramadhan Mulia ni. Moh la kita sharing resipi. hek. Aku pun cilok dari myresipi.com. Berbekal kan tempoyak yang Mak Mr Razman kasi, Aku dok pikir macamana aku nak habis kan tempoyak tersebut dengan cara yang paling sodap. 

Nasib lah teringat nak search resipi kat Myresipi.com tu. Dah dapat resipi, berkobar kobar lah aku balik keje semalam. Meredah jammed dengan jaya nya. 

Sampai rumah je, siap siap masuk dapur. Memang rasa kelam kabut. Macam mana lah time ada laki nanti. Mau nya aku goreng telur dadar kat laki hari hari kan time puasa . haha.

Tengah syok syok feeling masak. Boleh pulak gas habis. Memang Terbaiiik!

Menggelabah aku der.

Dah ler masak nasi secara traditional. guna dapur gas. nasik tak masuk lagi gas dah habis. Per cerrrr.

Terus roger roomate, dia call orang suh hanto gas. Tapi sudah nya lepas bukak puasa lah sampai tong gas tersebut.

Nasib badan.

Tapi berbaloi baloi.
sebab sambal tempoyak aku menjadi.

Aku makan nasi dengan jaya nya kalau ada tempoyak. Tak payah susah bukak puasa kat luar.
sebab aku memang tak selera makan makanan kat bazar.
Baik aku goreng tempe kicap makan dengna sambal tempoyak. Lagi ummmmmmp.
Saving pun saving. 

Amacam.
Ada berani try?

Kalau nak try. Sila kan.

Sambal tempoyak ikan bilis in the making.

Bahan-bahan ( anggaran 2-3 org )

  • 1 setengah cawan ikan bilis (digoreng)
  • 4 sudu besar tempoyak
  • 4 biji cili merah (kisar)
  • 4 biji cili api (kisar)
  • 1 btg serai (dititik)
  • garam & gula secukup rasa

Cara-cara

  1. tumis bahan kisar dan serai. bila dah naik bau, masukkan ikan bilis dan tempoyak. gaul rata, masukkan garam dan gula. angkat dan hidangkan.

Tuesday, July 24, 2012

Review session: Blogshop Pilihan Hati

Al kisah nya ramai yang tanya kat website mana aku beli cardigan & dress memurah kan dekat entri ni kan . Actually dah lama aku tak beli dress through online shopping ni sebab harga tak relevan. Eceh.

Actually aku malas nak bayo postage je. Lagi pun selalu nya dress yang aku nak mesti ada je kat giant. Bersepah sepah . Tak pun nak lagi murah, kaurang boleh p Pasar kabut Kat Stadium Shah alam. Kawan aku beli dress dapat 20 something je. Tapi aku adalah manusia yang mengguna kan masa tidur hari ahad dengan sebaik nya. So, aku rela mengbungkam dari ber shopping shopping. Ini sindrom orang yang keje 6 hari seminggu. Kalau tak paham. Sila diam kan diri.

oke, lets get to the point lah. 

Dah memang tujuan aku nak review blogshop ni.

Setakat ni aku puas hati dengan kualiti dress & Cardigan yang aku beli. Beli aje, Pakai nya tak lagi. Aku kan suka penuh kan wardrobe sampai muntah. 

For those yang tanya hari tu, Boleh p terjah baju cecantik dari korea kat link kat bawah ni.


 Sempena raya ni, Sally fashion ada buat promotion. Free Shipping. So baik p rembat sekarang.


HAPPY SHOPPING.

Monday, July 23, 2012

1st Ramadan 2012

Assalamualaikum WBT.

Ceghita pasal 1st Ramadan. Sangat best. Sebab bukak puasa dalam kereta dengan seteguk air kotak berperisa apple. Argh perut aku tak layan pulak air apple hari tu. Rasa tekak perit so aku buat keputusan , layan seteguk sudahh.

Sampai je ke destinasi, alhamdulillah dapat merasa daging salai . Heaven. Sebab daging salai dah masuk dalam list favorite sedunia.

At least. complete jugak bukak puasa aku untuk 1st Ramadan.


Tapi hati sedikit sedih sebab dalam hati ada taman.

Rindu nak makan masakan umi.

Ye lah, last balik masa engagement hari tu, umi tak sempat masak kan aku pun. Kira dah berbulan bulan lah aku tak merasa. Jangan kempunan sudah.

Balik kampung je nanti. aku dah berazam nak request dengan umi ayam percik. Feh. Terbaiiiik.

Even hari hari gaduh dengan dia. Tapi apa yang mak masak tu lah yang bawak berkat. So, gaduh kejap, lepas tu baik balik lerrrr.

Titik ceghita pasal masakan mak.Sebab takut tersendu pulak. 

Back to work. Keje masih menanti. Gua nak balik awal hari ni.

Kata puasa kan.
huahua

Selamat bukak puasa.
eh 
salah ucapan
Selamat berpuasa. Jangan nakal nakal ponteng puasa

Babai.

Saturday, July 21, 2012

Cardigan Pilihan Hati

Cardigan pilihan hati buat masa sekarang . Pantang nampak, mesti nak rembat. Sesi habis kan duit tak pernah habis. Sesi mengusha pun tak pernah benti. Baru je ura ura nak stop shopping, Kawan dah recommend kan tempat murah untuk shopping. Camanooo den nak tahan napsu yang meruap ruap ni.

 Tengok cardigan ni. Memang taste gua ni. Sekali pandang dah jatuh hati. belum lagi dua kali pandang. Terus rembat lah.

Arghhh feeling flowyyyyyy gitu. Walaupun dah ada dalam stok wardrobe. Tapi.. Masih simpan angan angan nak rembat lebih banyakkk.

Tapi dengan syarat.

Harga tak lebih 50 hinggit.

Kalau dah 40 something pun aku tak layan sangat dah. sebab cardigan sekarang berlambak lambak harga 30 or 20 something. Heaveeeeeen punya shopping.


  Suweeeet kan. 
color color lembut macam ni buat mata melekat.
Lepas tu, jumpa pulak dress ni. Tension gua sebab dress dah cantik. Tapi singgkat la pulak. Dah lama cari dress cenggini. Material chiffon, tapi labuh sampai kaki laaa. asyik jumpa yang senteng ajo. Tak kuasa aku nak beli. sat lagi nak kena alter kasi pendek pulak.

Bercerita pasal shopping, terus related dengan duit. Duitttttttttttttttttttttttt. Duit nak kawen, duit nak shopping. Mana mau cekau.
Patut nya raya kena lah ada bonus kan. hikkkk.

Bonus oh bonus. Come to mummy pelisssss. Entah ada harapan ke idak dapat bonus tahun ni. List barang yang nak dirembat dah bersusun. Kalau harap kan gaji, Negative ler jawab nya

Sob sob. 

Kalau tak dapat bonus.

Tak mau kasi duit raya dekat sepupu sepapat tahun ni.

titik.

huahuahua.

Sebab kena kasi duit raya kat umi papa kan. So kalau without bonus, Duit raya yang lain kena catu.
Okeh?

Gua paksa offismate gua ambik gambar macho gua . Suasa suram betul mentang mentang first day berpuasaaa.
Okeh lah. dah panjang lebar pulak aku merepek raban ni. 

Back to work. Babai.

Selamat berpuasa kaurang.

Friday, July 20, 2012

Baju Kurung Polka Dot

Kalau kaurang perasan, kalau tak perasan buat buat je la perasan. Jaga hati sikit. Aku selalu pakai baju kurung polka dot ni. Padahal dalam sejarah. Baju kurung polka ni lah kain yang termurah. Yang paling murah ni lah aku lenjan habis habisan. Sebab nya. Sangat selesa. Tak perlu di iron, amik then sarungkan sahaja..*wink wink*( Kan aku orang yang paling rajin.)

kalau boleh aku nak balik kelantan, then cari kain cenggini lagi banyak banyak. Kos kain tak sampai 20 hinggit. Kos jahit pun lebih kurang 18 or 19 hinggit je. So, sangat saving kan. 

Tunggu je lah kepulangan aku nanti, rembat kain banyak banyak kat kota bharu nanti.

   
Instagram buat bibir gua pucat lesiiii. Gua pakai lipstick 14 inch dah tadi
Gambar kat atas ni pulak fresh dari oven. Baru ambik setengah jam yang lepas. Kegarangan sedikit sebab tak dapat beli nasi lemak . Muka pun macam singa sebab kelaparan yang amat.

gua tau mata gua sepet sebelah. ok fine!
Gambar ni di ambik bulan lepas. Gap tak lama pun, selang beberapa minggu pakai balik. Sebab nyaaaaa, baju kurung polka dot ni jugakkkk yang terbaik dalam hati. '

Kaurang? Ada baju favorite?

Thursday, July 19, 2012

Malas Day

Hari yang indah tanpa uniform. Memang syok. Sebab hari hari pakai uniform pun bosan jugekkkk. Pagi pagi ni aku dah sarung kan blouse covered by cardigan kesayangan. Sampai roomate tanya keje ke idak. Nampak sangat ketidakformalan di situ. Yeaaaaah. nak jumpa customer tapi sempoi habis kan macam nak p tengok wayang sajek.
 Most of the time aku bukan la face dengan customer sangat. Let say ada complaint ke, customer nak jumpa ke baru ler aku tunjuk muka. Tak do lah aku menebeng kat depan 24 jam. Tak kuasa aku.

Gua ada hp c3, paling canggih. Lu ada?
Sampai office, sarung lerrr blazer sekali harung dengan cardigan. kejadah tak kejadah. hari ni hujan lebat plus air cond sejuk nak mampos.

Tangan aku dah kebekuan nak menaip ni pun. Aku mintak diri. 

Sebenar nya tak do idea pun nak update amenda hari ni. So, aku main update je pasal daily life aku. Nanti aku rajin aku buat review yang tertangguh ni. 

Adios .
chowssss
 




Wednesday, July 18, 2012

Sihir Menyihir

Sihir menyihir ni dah jadi asam garam , adat resam melayu pulak ghase nya. Family aku pun tak terlepas jadi mangsa dengan benda benda syirik ni . Bila ada kaitan dengan business je, mesti tak terlepas jek. Even bukan business besar juta juta pun mesti ada yang tak kena. Itu yang kadang kadang aku takut nak berbusiness. 

Umi papa aku, bukan berniaga besar besaran pun, takat berniaga barang runcit kat rumah untuk side income. Tapi tu zaman aku sekolah rendah lah.Alhamdullilah. Dulu duit sangat masyuk sebab tak ramai yang bukak kedai masa tu. Nak pulak umi papa jual barang yang susah nak ada kat kedai lain.Agak murah rezeki.

Bila sebut pasal berniaga, akan ada je yang berhutang. Berhutang bayar, tak pe lah. Berhutang tak bayar pun consider okayyyy lagi la. sebab kat akhirat nanti kau tanggung lah, Berhutang tak nak bayar lepas tu sihir kan orang tu yang sangat tak okaaaaaaay.

Dah hutang ribu riban, lepas tu bila orang mintak hutang, marah. Aku ada masalah nak paham jenis manusia yang macam ni. Macam kita lak yang berhutang dengan dia. Main kasar nampak. 

Sebab orang jenis macam ni lah porak peranda kan hidup family aku.

Masa mak orang lain dok sebok masak untuk family. Aku & papa berdikari cari makan sendiri. 
Seawal umur 9 tahun, ambik duit dengan papa , p cari mee goreng or maggi kat kedai.

 hari hari aku nangis, kenang nasib.

Sampai macam tu sekali orang buat umi aku. 
Bersenang lenang tengok penderitaan orang. Bahagia agak nya hidup dapat tengok orang sengsara.

Semoga orang yang bersekutu dengan setan ni dapat balasan setimpal dunia akhirat. 

Pahit aku nak lafaz kan perkataan maaf ni. Sebab dia dah cacat kan zaman kanak kanak aku. 

Tapi aku masih cuba ikhlas kan hati untuk maaf kan dia.

Sebab balasan Allah lagi hebat.

Semoga Allah ampun kan dia.



Tuesday, July 17, 2012

Cap Ibu & anak

Hari ni nak perkenal kan keluarga bahagia Katrina si ibu, Rio si bapak, & New family member Kayla. Merangkap anak si Katrina & Rio. Baru sebulan lebih tapi badan besar . Ya ampun dia memang menyusu kaw kaw punya dengan katrina. Sampai Katrina pun malas nak layan Si Kayla ni.
kayla memang suka bergayut macam ni dengan Katrina. Katrina pulak macam tak mo layan je anak sendiri. ceit.
Gua blurrr kan sebab takut kaurang muntah tengok fosil fosil yang ada. baru 4 hari ni, tak larat gua nak bersih kan hari hari.
Gambar tersebut di snap pagi tadi. Kelam kabut siap kan makanan diorang sambil siap kan diri. Cari punya cari sayur & buah dah habis. Lupa pulak nak beli semalam. So santapan pagi ni yogurt & HPW je la. Nanti balik keje p beli kan sayur buah tuk diorang. Hadap je lah HPW tu dulu.

oke settle sudah perkenal kan happy family ni. Yang pasti aku selalu dok gelak sorang sorang tengok gelagat budak tiga ekor ni.


Monday, July 16, 2012

AhadDay

AhadDay yang yang happening bila habis kan masa tengok wayang cite Ice age, sambil chit chat dengan Mr Razman, Kak long and husband.

Asal weekend je, dengan Mr Razman. Mesti kaurang pun bosan dok baca benda yang sama. Well. Nasib lah. Sebab aku tak bosan lagi. Mr Razman bukan takat tunang, tapi merangkap BEST FRIEND .  Bila dah jauh dengan Kak su, Kena lah cari pengganti bestfriend kan even tak boleh nak ganti kak su pun.

Idea nak tengok wayang tu dari Mr Razman.Sebut wayang aje, aku lah paling excited. Antara shopping dengan wayang. Confirm lah shopping pun kalah.

 Tempat lepak utama tengok wayang tak lain tak bukan. MBO space u8. Sebab paling dekat dengan rumah aku.
Kak long Mr Razman memang sempoiiiii. Sekali tengok aku rasa macam aku pulak yang kakak nya. Gergasi sangat. Beliau memang kecik oke, tak payah susah susah risau pasal berat badan macam den. Selalu jek risau pasal kegemokan.
Ahhh perkenal kan tudung DIY itewwwwww. Setelah dua hari setengah bersengkang mata. Jahit sat, letak balik, pinar mata den. belom lagi jahit manik yang banyak banyak tu.

Itewww close up sikit even jahitan itewww memang menunjukkan itew budak baru nak belajar. Tapi itewwww bangga sebab dengan semangat yang jitu berjaya siap kan sesi menjahit nih. phewwwww. luruh peluh jantan. (Hado raso nak lempang?)


kaurang.

mintak diri lu.

bos bajet bos dah berdehemmm. kantoi update blog. huahuahua

babai..

Saturday, July 14, 2012

Sabtuday

Sabtu yang sempoi tanpa uniform.

Muka senyum.

Tapi hati tengah begelora.


Kalau ikut kan hati perempuan yang beremosi

Rapuh.

Friday, July 13, 2012

Amarah

Aku jenis manusia yang panas baran. Most of the time, aku memang tak reti control. Time marah jek, dan dan jadi kawan baik setan. Astaga.

Pernah sekali, aku rasa nak marah sangat sangat, sampai rasa nak tikam orang jek. Permainan setan memang hebat. Nasib cepat istifar, Memang betul betul mewarisi perangai papa aku ni.

Tapi, marah aku tak lama. setengah jam baik lerrr.

Kadang kadang aku risau,
Aku takut aku buat benda di luar batasan time marah. Bila kena rasuk dengan setan, memang susah nak sedar sikit. 

Dah macam cara aku ingat kan diri sendiri. Jangan terpengaruh dengan mainan setan sangat, cuba diplomasi, cuba bertenang, cuba tarik napas, cuba pikir positive. tapi FAIL.

Gua nak cuba senyum time marah lepas ni. huahuahua
Macamana kaurang hadap perasaan marah kaurang. ?Ke aku je yang ada panas baran semacam ni. Tension dengan diri sendiri.



Thursday, July 12, 2012

Contest Header Cute & Awesome by Miss Opsspocot


Saja merajinkan diri join contest Miss Opsspocot ni.
Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. hah. aku pun tak tau betul ke idaaaak.

Syarat syarat contest:

Anda seorang blogger

Follow blog dia Miss OpssPocot

Letak kan banner yang kat atas tu then link kan ke entry miss opss pocot

then, tinggal link kat ruangan comment beliau.

Simple.

SENARAI HADIAH :-

* Jam Casio (1x)
* Eyeshadow (1x)
* Novel (1x)
* Bracelet / Gelang (2x)
* Bulu Mata Palsu (2x)
* Mascara (1x)
* Lip Gloss (1x)
* Kerongsang (2x)
* Edit Pictures Professional (5x)

Jammed + DIY

Jarak rumah aku ke office memang tak jauh. Kalau ikut kan tak sampai setengah jam. Tu yang jadi faktor utama aku malas nak tukar keje lain kot. 

Jarak memang tak jauh. Tapi kawasan glenmarie ni kawasan perindustrian. Traffic light nya bersusun. Tak sampai 100 meter traffic light lagi. Lagi lagi traffic light. Naik stress . Stress kat office tak habis lagi, sambung lagi stress tunggu traffic light kan. 
gua memang pakar ambik gambar nampak lobang hidung.
 Hari hari aku prefer balik pukul 7.00 padahal office hour habis pukul 5. Mati kutu gua dok rumah kalau balik awal awal. Tapi sejak dua hari lepas aku balik awal. MasyaAllah stress berganda. Rasa macam nak tidur dalam kereta. Itu nasib baik bawak kete Auto. Kalau manual. Confirm hari hari aku balik pukul 8. 

Kaurang?

Yang keje area KL mesti lagi nak hantuk kepala kat steering kan hari hari ngadap jammed.

Tapi tu ler rutin yang kena hadap hari hari.

At least , jammed tempat aku ni tak de lah kronik tahap gaban , sampai stuck berjam jam. Paling lama pun sejam lebih. Consider hokayyyyy ler tu.

Tutup ceghita pasal jammed.

Baru baru ni bersemangat DIY-ing. Langkah permulaan. Aku jahanam kan tudung bawal dulu. Oh, semangat waja aku menjahit benda alah ni kat tudung. Pinar pinar mata. Tapi ontaaah bila nak pakai tudung ni. Nanti aku ambik full snap.

Ni kekonon teaserrr sajeeek.
 
gua memang tak de bakat, tapi gua berlakon sajekk. sebab gua yang nak pakai. bukan kaurang






Wednesday, July 11, 2012

Blogging world

Zaman dahulu kala. aku sangat boyish. Umi aku pun  memang suka sangat pakai kan jeans, tshirt. Orang lain sebok pakai gaun main masak masak, aku sebok panjat pokok jambu pakai seluar pendek. Memang hakikat. sampai aku dah masuk 21 tahun dulu pun aku tak reti sangat ber femine ni. 

Bila dah ada blog sendiri baru aku tau apa itu femine. Baru ada kesedaran nak jadi perempuan sikit. Baru reti malu pakai selipar jepun ke hulu ke hilir, Baru reti lilit lilit tudung, baru reti pakai lipstick Semua terima kasih pada dunia blogging sebab ajar aku jadi matang sikit.

Gua tak reti berambut panjang jaman dahulu kala
Sebab blogging jugak lah ajar aku pasal online shopping. Feh. beriban habis duit. Main transfer aje. Tapi berbaloi lah bagi orang yang malas nak p shopping kat luar macam aku.

Pendek kata, blogging ajar aku banyak benda. Sebab tu la sayang sangat nak tinggal dunia blogging. buat masa sekarang ni tak terpikir lagi nak tinggal dunia blogging. Selagi mampu aku berblogging, aku blogging. Sampai masa aku stop. Then aku akan stop & say bye bye to blogging world.

eyeliner sebelah panjang sebelah pendek tu memang identiti gua. sebab kadang kadang ter parkinson.

Pilihan kat tangan kaurang samada nak manfaat ke tak dunia blogging ni.

Buffered Earning




Alhamdullilah. Dapat dua Buffered earning pun kena bersyukur tau. Sebab BE aku ni main tarik tali. Memang tak pernah putus dapat BE, tapi sebab selalu tak update blog, So BE pun melekat kojap kojap. Pernah tu BE aku dapat 20 sen je. Hahaha. Sayang seribu kali sayang . Dah lah bukan senang nak dapat BE.

So sekarang ni. Sila la berusaha keras untuk update blog. 

Doa kan rezeki aku bertambah tambah murah sebab sangat sakit kepala pikir macamana nak cari side income ni. Ggggrrrrrrrrrrrrr. Headache!





Tuesday, July 10, 2012

Big foot

 
Aku memang selalu mengalami sindrom kesengalan. Keje dalam bidang customer service kadang kadang memang kena ada method untuk release stresss.

 Kalau simpan sorang sorang takut jadi gila. Sebelum out of mind. harus lah ajak kawan sekali untuk jadi sengal.

Gambar di atas adalah gambaran Bigfoot yang terpaksa di ukur sebab bigfoot tersebut berura ura nak beli high heels secara online. maka size Bigfoot harus di ukur untuk mengelak kan kekecewaan di kemudian hari.

So, mari lah kita nanti kan. Samada Big foot ni berjaya tak sarung kan high heels yang di beli secara online. Nanti kan sambungan yang ntah bila.

Monday, July 9, 2012

Every weekend pun ohsemmm!

Monday morning yang sangat indah kan. Kalau tak indah pun, sila lah berlakon sikit. Aku pun tengah berlakon gembira datang keje ni. Sebab gembira sangat terus update blog kan.

oh aku pun tak tau apa motif. Mungkin entry ni entry monday bluesssss..

Ceghita Pasal weekend kali ni, aku dapat rest yang cukup. Sangat sangat cukup. Sampai hari ahad lepas subuh tak tidur. Hebat hebat. tapi pukul 9 tidur balik lah. huahuahuahua.Pukul 11 bangun muhasabah diri. Sampai bila nak biar kan kain dalam bakul sampai muntah.

Dressdress yang lama tercampak dalam bakul akhir nya berjaya di hanger dalam wardrobe. Patut ler rasa macam koleksi dress tak cukup. Rupa nya menyorok dalam bakul.
 Kesimpulan nya sangat hebat. Aku berjaya basuh kain, cuci toilet, kemas bilik ala kadar, lipat kain yang termuntah tu. Weekend aku sangat bermanfaat. Bukan takat tu je, Berjaya tengok Mael Lambong & Amazing SuperMan. Ohhhh. Weekend yang sangat awesome

Nak lagi awesome , berjaya rembat tudung pilihan hati. Kale yang menawan hati tanpa pikir 3x, terus rembat.
.

Saturday, July 7, 2012

Dress pilihan hati

Dok sebok menguap, tiba tiba offismate tunjuk blogshop yang jual barang lagi murah compared dengan yang lain. Terbeliak sat mata. Tapi kualiti tu aku tak tau la macam mana kan. Sebab tak pernah shopping lagi. So, sebelum aku suggest kan dekat kaurang. Tunggu aku shopping dulu, check kualiti dulu. Baru aku buat review. Okeh?
 Honestly, sekarang aku prefer dress, lepas tu sarung aje cardigan or blazer. Sangat comfy. Kadang kadang rasa bebas bergerak. lagi sopan. So, aku banyak habis kan beli dress . 

Dress yang aku pilih bukan nya yang mahal pun. Range harga dalam 30-45 hinggit macam tu je. Kalau ada yang termahal pun sebab beli dress yang long sleeves . Tak pun beli dengan poplook.Memang  Puas hati. 

Okeh. kaurang? suka dress?


 

Friday, July 6, 2012

Fresh friday

Pagi jumaat yang mulia ni spoil bila pagi pagi tenet dah down, haiyo. Update blog pun susah. Nak menaip panjang panjang dengan hp pulak sangat lah kemalasan.
Oleh itu,

Sekarang ni mari lah kita mengular secara beramai ramai.
Eh,
Biar aku je la mengular, kaurang p keje.
Entry ni memang tak de motif. Nanti tenet dah okay. Update lai laju laju.
Chowsssss

gambar lagi tak do motif

Thursday, July 5, 2012

Polaroid si Instant Camera

Aku dah lama jatuh dengan instant camera ni. Nak nak jenis yang gila camwhoring tak kira tempat. So sangat berbaloi la kalau ada camera polaroid ni. Dan dan tu jugak boleh tengok gambar kan.

Hari hari usha kat facebook pasal camera ni. Padahal tak mahal sangat pun. Cuma tak do masa lagi nak beli. Keutamaan beli barang lain dulu. So asyik postpone saja la. Buat masa sekarang  letak dalam wishlist 2012 je la.

Mari cuci mata di pagi hari dengan gambar gambar. Okeh yang ni memang aku dok ushaaaaa manjang. Siap ada package lagi. Mau gua tak gerammmmmmm.



                            Mini7s white set RM370 include 1 pack film+black hamburger bag+marco lens
                                                       FREE 1 set deco sticker+1 set filmskin

Melompat laju laju sebab tengok pink color menggoda gileeeee.




 Amacam? Teringin tak?

Teringin lerrr tapi lagi teringin handbag.
huahuahua.
babaiiiii.