Darlings

Showing posts with label shopping. Show all posts
Showing posts with label shopping. Show all posts

Wednesday, April 2, 2014

Shopping Barang baby

Ahad lepas aku berjaya jejak kan kaki ke Marrisa shoppe yang dekat seksyen 20 tu. Sebelum ni dok follow dorang dekat Instagram jek. Sebelum p tu aku dah list kan barang barang yang nak kena beli supaya tak over budget kan.

Antara yang aku list :

  • Warmer
  • Tropica Baby herbal
  • Breastmilk bottle
  • Laundry detergent
  • Grooming set



Tapi yang tak terbeli nya gromming set. Terlupa. Sebab aku dah terbeli thermal travel bag. So budget dah lari lari anak kat situ.



Then aku apply member kad sekali. Nanti kalau ada promotion, Boleh dapat 50% diskaun. Bayar RM10 je untuk apply kad ni. Then dia bagi balik dalam bentuk voucher time birthday kita. So tak rugi pun. Untung ada laah. Tapi make sure kena p shopping laa time ada sales tu.



Total damage : RM341.50.

Phewwwww. Nasib lah dah kira siap siap so tak de lah terbuntang sangat bijik mata nak buat keluar duit dari purse. Itupun nasib baik barang barang yang aku beli tu ada diskaun 10 %. Kalau idok lagi mahal la jawab nya.


Mommies yang berminat nak p boleh lah. aku kasi alamat sekali

Marrisa Shoppe
NO.7A, Tingkat 1 pusat perdagangan suri puteri, seksyen 20
40300 shah alam.

Landmark : tak jauh dari Kpj shah alam dah. ke depan sikit je

Hari khamis pulak. Dok survey car seat . Tergaru garu kepala mana nak dapat car seat yang harga affordable. Tengah ada duit ni, dari aku dok melabur dekat benda yang tak sepatut nya. baik lah aku beli siap siap. Lagipun nanti akan travel balik kelantan lah, balik n9 lah. So better lah ada car seat ni tuk simpanan.
tak dapat car seat yang sebijik sejibun macam dalam gambar. tapi nasib dah letak disclaimer siap siap yang color or weight may be different due to available stock. so redha je laaa.
Then dekat fb ada akak suggest suruh usha lazada. Kemain semangat aku p usha. Tengok ada brand sweet cherry yang murah murah. So rembat je la. Di sebab kan budget ada lebih sikit aku rembat sekali milk storage ziplock bag  tu. Harga pun tak de la mahal sangat 2 kotak dapat RM20.60


Dalam masa beberapa hari, beratus ratus habis. Pasrah menyerah sebab mama pun tak shopping lagi tuk diri sendiri. Takat reward diri sendiri dengan makan jeeek. Ok la tu dari tak dapat apa apa kan.

Next target : Baby cot pulak. Orang cakap tak guna sangat. Tapi aku nak jugak.

Wednesday, April 10, 2013

Review Session : Handbag Gree AAA

Hari nak review pasal handbag Gred AAA, kalau berkenan uolls boleh p terjah dekat link yang aku bagi tu. Range harga tak mahal beb, Normal Price lebih kurang RM200-RM250 tapi depends pada brand bag jugak lah.

 Sebelum beli tu rajin rajin kan la pm or whats app kak irza ni dulu Kalau interested nak beli, jangan lupa bagitahu yang anda reader blog lyaa suriany.




Yang paling buat hati melting, mesti gucci ni. Haishhhh. Kumpul duit nuffnang dulu baru boleh p rembat.




 Berminat sila PM at Inbox.. Call/ Whatsapp - 0136454296

Happy Shopping guys!

Friday, December 28, 2012

Review Session :

Pada penggemar shawl halfmoon. Mari kita terjah shawl yang menarik hati ni dengan harga yang berbaloi baloi. Nak pakai time Engagement pun boleh. Sebab ala ala glam giteww.

Interested? P kelik like kat page La-dyva-Boutique

Owner La-dyva ni merangkap model shawl shaw & Baju kat bawah ni. Owner pun cun melecun ye doook. Kalau nak tau owner la dyva ni pun pengguna setia produk safi balqis.
Halfmoon bintik bintik ekslusif (RM50)
Ala ala radiusite kan?
Shawl half moon bintik bintik 2 tone (RM 25)

Tudung tiga layer (RM30)
Syria manik (RM50)
RM30



 Okeh? Selamat menerjah




Tuesday, August 7, 2012

Awesome Weekend - Trip To JPO

Weekend yang awesome seperti biasa walau pun di bulan puasa. Nak lagi awesome bila sama sama cari barang hantaran. oh kawen lambat lagi tetapi semangat waja cari barang. Biasa lah. Tak nak kelam kabut kata nya.

Sesi nak membeli belah dekat JPO ni dah lama di plan. sebelum puasa lagi kot. Then hari ahad lepas berjaya jugak merealisasi kan harapan ni kan. So dah tak jadi harapan dah lerrr. Mr Razman bagi cadangan, gerak dari negeri sembilan lah sebab dekat sikit jarak nya. So, boleh ler bukak puasa dengan mak sekali.
wearing sallyfashion punya dress covered by leopard cardigan. pun dari sallyfashion. gambar full memang tak de. busy shopping sampai tak de gambar. sedih!
Gerak dari negeri sembilan pukul 10 pagi so sampai lebih kurang pukul 12 lebih. Betul betul speed. Nasib tak jammed kan. Parking pun senang kat JPO ni.
Sampai sampai je teruja. Sebab tempat cun!

coach punya sale tak hengat. Gua pandang dengan hati yang panassss.
Review aku? tempat ni menarik habis lah. Rambang mata. Masuk sini sale, sana sale. Nak lagi best Levis, Cotton on, Coach, Pedro, Bonia, Carlo rino, Fossil, sale gila gila punya. Nasib ler tujuan aku datang sini memang nak beli barang hantaran.So, tahan perasaan ler nak shopping baju bagai. Bersabar je lah tengok baju guess . Focus pada benda penting saje.

Sesi membayor baju raya Mr Razman. Ini nasib tak de ramai sangat, kalau kat sogo ni mau nya macam sardin . ye dokkk
Okeh ni dua dua barang Mr Razman. Barang gua, gua sorok kat sebelah. Surprise kata nya. weeek lah!
Selesai sudah sesi membelah belah. Pukul 5 gerak balik. Kaki dah naik lenguh.

Hari isnin gerak balik shah alam, paksa Mr Razman singgah Plaza Alam sentral kejap sebab nak usha jugak baju raya. Finally. Berjaya jugak grab satu yang sesimple yang mungkin sebab aku tak berkenan yang glamour bagai ni. Mood tahun ni nak yang simple. So ambik yang plain gitu. Puas hati.

Conclusion nya. Weekend aku berakhir dengan jaya .
 Dan tak lupa

 Special Thanks to him

Friday, August 3, 2012

Yeaaaay Shopping !

Kali ke 2 shopping dengan Sallyshopping. Memang meriah habis sebab rembat 5 items terussss. Free postage punya pasal kan.

Bila dah dapat barang, rasa terus nak balik rumah sebab nak testing baju fit ke idokk. Kalau beli dress takut ler jugak ter senteng. Al maklum lah. Nampak kat website labuh je. 

Dress yang sebelum ni pun tak sempat pakai, lagi mau rembat yang lain. Aku rasa dah boleh buat stok raya. Amacam kalau pakai dress time raya? Pelik tak orang nengok?

Monday, July 9, 2012

Every weekend pun ohsemmm!

Monday morning yang sangat indah kan. Kalau tak indah pun, sila lah berlakon sikit. Aku pun tengah berlakon gembira datang keje ni. Sebab gembira sangat terus update blog kan.

oh aku pun tak tau apa motif. Mungkin entry ni entry monday bluesssss..

Ceghita Pasal weekend kali ni, aku dapat rest yang cukup. Sangat sangat cukup. Sampai hari ahad lepas subuh tak tidur. Hebat hebat. tapi pukul 9 tidur balik lah. huahuahuahua.Pukul 11 bangun muhasabah diri. Sampai bila nak biar kan kain dalam bakul sampai muntah.

Dressdress yang lama tercampak dalam bakul akhir nya berjaya di hanger dalam wardrobe. Patut ler rasa macam koleksi dress tak cukup. Rupa nya menyorok dalam bakul.
 Kesimpulan nya sangat hebat. Aku berjaya basuh kain, cuci toilet, kemas bilik ala kadar, lipat kain yang termuntah tu. Weekend aku sangat bermanfaat. Bukan takat tu je, Berjaya tengok Mael Lambong & Amazing SuperMan. Ohhhh. Weekend yang sangat awesome

Nak lagi awesome , berjaya rembat tudung pilihan hati. Kale yang menawan hati tanpa pikir 3x, terus rembat.
.

Thursday, June 7, 2012

Shopping secara kecil kecilan

Dalam masa setengah jam , berjaya rembat 4 items.
 Botol air,
 hand cream,
 mask, 
face mist.
Terima kasih Daiso.

Kalau ikut kan napsu tamak haloba. Mau aku borong satu Daiso.
Perangai gila datang bila keluar dengan kawan kawan aje.
Kalau Dengan Mr Razman. Kurang berani. Sebab dia menteri kewangan No 2 lepas umi. Hekkkk. Takutt.

Balik dari daiso, senyum meleret. sebab berjaya termakan hasutan syaiton habis kan 20 hinggit!.

Lepas ni, kau makan la mask dengan hand cream  tu lya kalau tak cukup duit.



Psssssssst: Lambat sikit update pasal engagement. sebab tak dapat gambor nye laei.

Friday, August 26, 2011

Parcel yang di tunggu tunggu


Semalam excited tunggu van pos laju datang melawat. Dari last week dok nunggu. Semalam penantian berakhir. 
Dengan rakus bukak parcel, lepas tu p show off depan umi. 

Sekarang ni, tak sabar tunggu dress pulok. hee duit tak bayar lagi, tapi excited terlebih. Boleh ler pakai time kawan kahwin ke hape. umi aku geleng kepala je, lepas satu , satu parcel sampai. 

Kerja aku dalam sehari, dok pikir macam mana nak habis kan duit. Memang kerja yang berpekdah kan. Kesayangan aku memang kena pasrah. Sebab ni sesi balas dendam shopping. hampir setengah tahun kot aku tak shopping. So sekarang , kasi chance lerrrrr.




Thursday, August 25, 2011

Orang shopping raya, aku tukang tolak troli

 Pepagi lag cousin aku a.k.a adik si ema datang ketok pintu rumah. eceh, pagi ler sangat kan kalau dah pukul 9 lebih tu, ah kira pagi lerrr tu. Dia ajak p shopping barang nak buat beskut raya, haiyooooo. Teman orang jek shopping,

Tak hado satu pun berkenan kat mata aku. Aku pun naik heran la jugak kan, sejak bila aku jadi minah yang choosy tahap gila babs ni. erkkkk ke sebelom ni memang aku cerewet. Yang tu kena tanya orang yang selalu hang out dengan aku kotttttt.

Meh kita buat checklist raya kekawan
Checklist raya

Baju Raya: Separuh settle ( Makna nya aku tak jumpa yang berkenan di hati lagi la)
 Kasut Raya: Done!
Handbag: Done!
Tudung Raya: yileeeeeeeeeeeeeek!. satu pun tak berkenan di hati. menyampah la dengan kau lyaa  
Kuih Raya: pun yileeeeeeeeek, Kat rumah aku tak glemer kuih raya ke biskut ke hape
Rumah Raya:( Masih tunggang langgang, tunggang terbalik, bak kata umi aku, macam tempat jin bertendang. haiyooo umi!)


Bad news yang aku dapat tadi, Si ema sengal tu text aku yang dia tak balik raya. Memang nak kena penyekeh, pelempang laju laju betol la minah ni, kalau balik pun raya ke berapa, memang ahhhhhhhhh. sakit hati betul. Berbulu ajek, dah nak jadi orang kontan agak nya mak cik ni. membara membara. sape laei geng raya aku. cis!
bertempat di pasaraya nirwana, kubang kerian.
Ini bukan kes PARANOID ye cik adik manis, sampai tiga sekali kau letak kunci ..haha. Walaupun bukan superbike, tapi tak bermakna kau tak payah jaga kebajikan  motor kau kan. kat kelantan ni bukan kira, suka hati jek nak rembat motor orang, kau ingat , umi aku chop duit ke hape. so . langkah keselamatan, letak la banyak mana kunci yang kau larat.

Tuesday, August 23, 2011

Shopping raya separuh jalan

Last friday hari tu, hang out dengan ayu jazari, misi utama of cos ler shopping raya, Dah bersusah payah aku cari duit, so masa untuk habis kan duit la.

Niat nak cari baju raya, kasut raya, tudung raya, & solution, toner, bebanyok la lagi. Tapi frust bila baju raya tak dapat, hurmm. Dah terbekenan dengan kaftan ni, harga pun tak hado la memahal. seratus lebih. tapi terlari budget sudeeeh. so, kenang dalam mimpi je kaftan tu.

oke, meh aku share sikit kaftan comel comel

location: Kota Bharu




 Yang ni, dress kesukaan aku. Tapi bukan dari butik arra.

 Aku suka design dress macam ni, kau tak payah susah susah pakai inner or cardi bagai, terus sarung tudung. memang cun!


Aku rasa kena p sambung misi cari baju raya. itu pun kalau duit cukup la kan. Tengah Sabar tunggu geng nak p shopping lagi..hishhhhhhhhhh. Gua eksaited !!!

Thursday, March 24, 2011

Huiyoo Bazaar

hohoho
 
sape rasa dia kaya sekarang ni,
sila terjah huiyoo bazaar dekat Plaza alam sentral
27 March 2011
11 am - 9 pm 
 
Pada yang tak tau, Kiz's garden ada bukak booth, so rugi lah kalau tak p, sebab ada shameena shawl yang terhangat di pasaran. kata nak feeling feeling ala hana tajima. p rembat sehelai dua. aku tak boleh lah nak rembat. aku tengok kaurang rembat dulu. kang ada jugak yang tak makan nasik .

Antara barang barang yang dijual :
 
shameena shawl
gelang manik
preloved man's wear
Brooch
Cotton / Maxi skirt
Vintage dress
Preloved item ( shawl)


owner kiz's garden
Nak jumpa si kecik ni. haish. comel betol. pandai bergaya.pulak tu..


 jangan ingat orang kecik susah nak bergaya k. jangan pandang enteng!

 Tu dia shameena shawl. kalau boleh aku nak semua.

Skirt ini jugak..uwaaaaa, menangis aku. pandang pandang usha usha boleh. beli tak boleh. unless kau p tadah muka kesian dekat Mr Razman. Ada berani?


Friday, February 25, 2011

Tempat shopping aku?

Hallu readers. aku ni tak reti sikit nak berbasi basi for opening. So jangan ambik hati kalau intro aku selalu jek macam tak kena. Sebab kadang kadang aku pun tak paham apa yang aku tulis. Seriously weh. oke. hari ni aku rajin nak menjawab soalansoalan dari ibox fb & chatbox pasal mana aku shopping tudung, anak tudung, baju. Tapi pada yang dah lama follow aku, aku pernah buat review kat belog aku ni. 


Anak tudung syria: Yang ni aku selalu beli kat pasar malam Senang cite. Malas aku nak shopping online. Dulu addicted lah, sekarang ni boleh control sikit. untuk anak tudung syria, aku prefer kain lycra. memang melekat kat dahi. then nampak la effect kechubbyan disitu. tapi aku bo layan jek. pedulik hape, sebab aku tak selesa pakai yang cotton punya. pakai sat jek rasa rimas. pelik bonar budak ni kan.. aku pun tak paham . dah tepuk dada tanya hati pun tak boleh jawab.  Aku nak suggest kan pada yang dok sekitar shah alam. kauorang beli kat pasar malam, tak pun pasar ahad kat stadium shah alam tu jek. Kat situ memang happening okeh. banyak pilihan. Aku rasa nak menangis jek kalau p situ time tak de duit. Semua benda aku nak borong weh. Tekanan perasaan betol tau. Lagi satu, kalau dekat kelantan. Aku selalu beli anak tudung dekat booth tepi mydin kota bharu. ala mydin yang dekat KFC tu. haaaa, tak la banyak sangat pilihan. tapi harga tu better lah dari kau beli dekat mall. Sekarang ni tak tau lah kot kot dah banyak pilihan kat kb tu. Maklum la. Sekarang ni orang berebut nak jual anak tudung ni kan. macam design dah aku nengok nya.

contoh gambar ni: anak tudung color kuning tu aku beli kat booth tepi mydin kb, yang hijau tu aku beli dengan sis ziera


Shawl: Kalau dulu aku banyak beli dekat blogshop. Tapi sekarang ni, aku beli dekat pkns, dekat booth plaza alam sentral, pasar kabut shah alam, Tapi aku boleh suggest kan dekat kauorang blogshop yang best. Boleh kauorang terjah.



oke, shawl ni aku beli dengan  harga RM10. harga standard la tu . Beli kt PKNS. Padahal tengah kering masa tu. tapi terbekenan pulak. Rembat ajek la. nampak depan kosong kan. tapi kat belakang ada batu batu. so cantik kat belakang je la. Oke lah. Bos dah bagi keje ni. Patot nya aku nak hupdate pasal baju sekali. Nanti next entry la aku cite pasal baju eh. taaaadaaaa. Love uollls!


Monday, December 6, 2010

Rewang?

Salam. Hallu fellas! Dah habis baca pasal kelantan dah? Saya lupa satu benda lagi. Wakaf che yeh! macam mana lah boleh lupa. Kan tu port best jugak. May be sebab saya dah lama tak p situ kot. Last time saya p pun 4 years ago. Lama kan. Sekarang ni? Hurm tak ada orang ajak p pun. Bukan senang nak ajak papa p sana. Banyak jek cekadak dia. Semak dengan orang ramai la. So sudah nya tak p la.
Siapa nak p wakaf che yeh? ajak la saya ajak eh.Eh lupa apa yang ada kat wakaf che yeh? lebih kurang dengan rantau panjang jugak la kot. sebab dah lama tak pergi sana. yang saya tau wedges comel comel murah gila kat sana. 18 hinggit kan cik alin? Kain pasang pun bersepah. jeans pun murah agak nya.
Eh eh ni nak hupdate pasal semalam. My cousin ( bukan kesayangan i si ema tu), ajak teman dia p settle kan pasal medical check up, bayar yuran & beli no pin PTPTN. Ai teman sambil habis kan duit mak bapak lagi. Seronok betul bila ada orang ajak keluar ni. Dalam kepala dah pikir nak beli apa. Saya biar kan cousin settle kan kerja dia. saya buat kerja saya. Rewang time! syiok weh kalau jalan sorang sorang ni. hang nak p mana, hang p la. tak payah tunggu tunggu orang.
Tengok kelip kelip comel ni , yang ni tak plan pun beli. Sajek gedik lalu depan kedai accesories, terus termasuk ke dalam danterusterbeli sebab sangat termurah.
I love munga mungaan. Itu la tuah kalau rewang sorang sorang. Masuk jek kedai comel2. tak payah susah susah cari. "akak, ada jual klip rambut comel comel tak." haaa ni cara saving masa & cara orang malas nak tawaf satu kedai. eh apa guna bos kau bayar gaji kan. untuk assist customer kan?? hoho bijak bijak. Guna kan apa yang kau belajar dalam customer service lyaa!
I m wearing jacket + polka dot dress . Simple dressing!Sudah tu sengih lebau bebenor, tak heran dekat orang sebelah yang menyampah dah asik dok camwhoring sorang sorang. Dah orang sebelah jual mahal sangat. poddaaaaah!
huish, hand bag tu layak nya berada di bawah untuk tujuan keselamatan. cermin keta nya bukak. kang tak pasal kena ragut buat kali ke 2. Tak sanggup . Trauma trauma. Peragut is everywhere. Sebab tu kalau p kota bharu. Saya lagi selesa pakai sling bag. tak pun yang boleh sling sling kan. Rasa tak selamat wooh. Even jalan dengan bf kau boleh kena ragut. ini kan jalan sorang sorang. Lagi lah peragut tu bergumbira nak ragut wanita insan yang lemah. Jaat kau peragut!
I love this kid. bijak pandai. Boleh layan orang sembang. baru 3 tahun tu. Sebagai ganjaran layan kakak yang banyak cakap ni. Nah ambik 20 sen. budak budak kan tak boleh manyak2. Kaurang tak reti jugak pegang duit. hohoho.
Sambung tidur sambung tidur eh bukan sambung buat kerja rumah.
Nota tangan: pssst, bagus betul bila kota bharu dah jual shawl2 yang saya sukaaaaaa. Harga affordable la compare dengan belogshop!