Darlings

Showing posts with label sharing. Show all posts
Showing posts with label sharing. Show all posts

Wednesday, July 25, 2012

Sambal Tempoyak Ikan Bilis

Sempena Ramadhan Mulia ni. Moh la kita sharing resipi. hek. Aku pun cilok dari myresipi.com. Berbekal kan tempoyak yang Mak Mr Razman kasi, Aku dok pikir macamana aku nak habis kan tempoyak tersebut dengan cara yang paling sodap. 

Nasib lah teringat nak search resipi kat Myresipi.com tu. Dah dapat resipi, berkobar kobar lah aku balik keje semalam. Meredah jammed dengan jaya nya. 

Sampai rumah je, siap siap masuk dapur. Memang rasa kelam kabut. Macam mana lah time ada laki nanti. Mau nya aku goreng telur dadar kat laki hari hari kan time puasa . haha.

Tengah syok syok feeling masak. Boleh pulak gas habis. Memang Terbaiiik!

Menggelabah aku der.

Dah ler masak nasi secara traditional. guna dapur gas. nasik tak masuk lagi gas dah habis. Per cerrrr.

Terus roger roomate, dia call orang suh hanto gas. Tapi sudah nya lepas bukak puasa lah sampai tong gas tersebut.

Nasib badan.

Tapi berbaloi baloi.
sebab sambal tempoyak aku menjadi.

Aku makan nasi dengan jaya nya kalau ada tempoyak. Tak payah susah bukak puasa kat luar.
sebab aku memang tak selera makan makanan kat bazar.
Baik aku goreng tempe kicap makan dengna sambal tempoyak. Lagi ummmmmmp.
Saving pun saving. 

Amacam.
Ada berani try?

Kalau nak try. Sila kan.

Sambal tempoyak ikan bilis in the making.

Bahan-bahan ( anggaran 2-3 org )

  • 1 setengah cawan ikan bilis (digoreng)
  • 4 sudu besar tempoyak
  • 4 biji cili merah (kisar)
  • 4 biji cili api (kisar)
  • 1 btg serai (dititik)
  • garam & gula secukup rasa

Cara-cara

  1. tumis bahan kisar dan serai. bila dah naik bau, masukkan ikan bilis dan tempoyak. gaul rata, masukkan garam dan gula. angkat dan hidangkan.