Darlings

Saturday, October 9, 2010

Review: eyeliner

Salam, happy saturday to all,
semalam & hari ni saya start selesema, batuk-batuk. sekarang emang nya demam punya season agak nya la kan, mencik tau, suara pun da transform jadi sengau-sengau kambing. tak sexy langsung. Tapi orang cakap sakit tu kan dugaan dari Allah,
So, JANGAN MENGELUH!
Walaupun tengah selesema ni, saya nak jugak buat review pasal eyeliner yang saya guna semenjak 3 tahun yang lepas. macam-macam brand, yang affordable la, student lagi maaaa, kalau dah kaya boleh ngendeng-ngendeng mary kay pulak, first brand yang saya guna SILKY GIRL, hoh yang ni memang hitam pekat ai cakap u, agak lama saya guna brand ni, bertahun la jugak. tapi lama-lama baru saya perasan, bila nak apply brand silky girl ni, agak tak smooth sikit ye tuan-tuan dan puan. tapi ai like kepekatan color SILKY GIRL ni, kalau anda expert dah guna brand ni, tak jadi hal la, tak smooth sikit jek. lepas tu, saya tukar AVON pulak, yang ni sangat smooth wooooooooooo, tak bagi masalah la kat saya. ai like 100x, tapi guna brand AVON ni sekali jek, tak tau nape, may be sebab saya tak jumpa AVON punya outlet kot kat sini, kalau p watson, guardin dan kedai yang sewaktu dengan nya, mana la ada jual barang AVON kan, So, saya beralih cinta pada MAYBELLINE pulak, yang MAYBELLINE ni pun ai kureeng gemar sikit uools, lebih kurang silky girl je jugak, tapi sempat la pakai berapa batang MAYBELLINE nya eyeliner. saya dah lama nak try eyeliner yang kat bawah ni, gel eyeliner. tapi cam menarik kan..mahal sikit, tu yang asal nak beli jek cancel manjang. ye la duit orang, kalau duit sendiri tak pe weh nak beli yang mahal sekali pun Bila saya tak puas hati confirm la saya tukar brand lagi kan, saya try brand SECRET pulak..wah wah wah, ai sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sangat sangat sangat sangat, hah berapa kali sangat dah tu, nak cakap suka sangat kan, tapi kan, susah jugak nak jumpa brand ni, asal pi cari jek, dah habis, asal cari jek sold out! menci tau! pas tu ambik inisiatif lain, try ELIANTO pulak, orang cakap best. ai cakap u kan, color dia memang superb la, pekat habis, tapi kannnnnnnnnn cepat patah laaaa. menci lagi, lembut sangat kot. time raya hari tu pakai ELIANTO, bersememeh habis la mata ai, sebab tak berapa reti control. lembut sesangat. haiyaaaaaa, dah patah hati dengan ELIANTO,
ai pilih REVLON pulak, level of satisfaction? i bagi 5 bintang, best pakai brand ni sama macam SECRET punya eyeliner. tapi macam biasa la, brand yang best guna, mesti cepat sold out punya , sape cakap saya tak pernah try liquid eyeliner, penah jek, tapi saya tak berapa gemar. kadang-kadang jek saya pakai..
then sekarang ni about 2 weeks jugak la saya pakai eye shadow kale hitam..hoho jangan tak tau , saya reti pakai eyeshadow jadi macam eyeliner. so orang tak perasan langsung yang saya pakai eyeshadow. cukup-cukup la 2 minggu guna eye shadow, saya tetap nak eyeliner, buat-buat la muka kesian kat pak cik tu, tolong belanja pelisssss.
so, hari khamis p giant jap cari eyeliner, brand lain semua sold out, hish korang borong ke hape, dah tak de brand lain, tinggal IN2IT jek, so ambik je la, orang cakap brand ni ok jugakkaaaaan. tapi kan..uwaaaaaaaaaaaaaaaa nak nangis manyak-manyak, sepanjang saya guna eyeliner, brand ni paling teruk!!!!!ishk ishkk .
nak cakap kat Mr Razman nak eyeliner laen tak berani, so back to eye shadow je laa..tension tau, color IN2IT ni memang tak superb langsung tau, may be saya ambik yang very black kalau nak guna brand ni, nak pi bawak dirik sebab salah ambik brand....
time ni saya pakai brnd elianto, comot ! korang suka brand apa? meh share meh...

Wednesday, October 6, 2010

V.i.V.a.C.i.o.S

Salam,
hai hai hai, rajin nya saya hupdate, tengah mood
menggila nak hudpate weh, kadang-kadang teringin nak jadi blogger tegar, tak penah miss hudpate, tapi wa cakap lu, wa tak larat la, kadang-kadang tak ada idea langsung, kadang-kadang sebab malas nak upload gambar, kadang-kadang sebab berukband macamm tettttt, kadang-kadang sebab tak ada sebab dah. hari ni nak hupdate pasal event yang dah seminggu lepas, hari ni baru nak hupdate, baru ingat lor. organizing event ni actually part of my subject, nak tak nak kena organize jugak, haish, ingat suka ke organize event ni, banyak cekadak tau,
progress nya start awal sem lagi, first class tuk subject ni lagi, gila semangat waja perdana kan..apa yang banyak cekadak , kena cari sponsor, kena buat promotion, kena cari speakers, kena pikir pasal food & beverage lagi, kena pikir nama team lagi, kena pikir banyak benda la, awal-awal lagi saya dah pilih nak masuk biro promotion. so, time event tak de la saya kelam kabut je kan, jadi photographer aje time event, tapi yang tak besh nya kaki rasa mau patah wooo sebab lari sana lari sini. gambar yang di ambik tak cantik pun. bincang punya bincang, at last dapat nama vivacious, haah korang google sendiri la maksud, tak pun pi bukak kamus oxford tu, jadi rajin sikit, yang sebenar nya ai yang pemalas
. title event pulak "corporate social responsibility" haaa pas tu tak de pas tu dah, dah dkt pukul 8. nak pi study, sok test..babaiii
Last preparation before event, sesi menghias dewan kasi la can i nak berlagak kat meja vip jap, kejap jek tunggu sampai habes makan jek.. hohoh, i terasa tinggi, tu pun dengan bantuan high heel.. participants one of our speakers
"we are vivacious"

Tuesday, October 5, 2010

Tajuk pikir sendiri la

Salam,
sekarang 2:17 am sudaaah, mau tidur, tapi besok ada presentation maut, so buat-buat tak mengantok la, nervous punya pasal. Lecturer tu sikit punya cerewet, haish, selagi tak settle presentation tu la hidup saya kelam kabut, makan pun dok pikir pasal presentation, eiiiiii menci lagi tau. kena hentam habis-habisan, saya tak sukaaaaaaaaaaaaaaa, takut nak hadapi hari esok.
okeh babai, ni sesi luahan perasaan saja,

Monday, October 4, 2010

Raya sakan ke Beraya sakan?

salam, hai hai hai hai,
mak cik tengah rajin ni haaa. Balik kelas harapan menggunung hupdate belog, siang-siang hari saya rajin la sikit nak hupdate, kalau suruh saya hupdate malam, bercinta la jawab nya sebab line berukband kat puncak alam ni macam haremm. pasai pa saya cakap raya sakan? mana tak sakan nya, tiap-tiap minggu ada open house, d
ah nama nya raya sebulan kan..memang jenuh la saya beraya. tiap-tiap minggu makan rendang, dan segala mak nenek lagi laaa, yang paling best nya gain weight la. menci menci tau! elok-elok bulan puasa turun sikit, lepas puasa naek manyak, bukan naek sikit okeh! lagi sekali menci menci. Minggu depan mintak-mintak tak de dah open house, ai dah tak larat uolls. Dah berapa lama jugak la tak tengok wayang, tak jejak mall, hoh ntah bila boleh tengok wayang,
kena tunggu raya habis dulu laa, tapi bila raya dah habis, assigment pulak menjerit-jerit mintak disiapkan.. kepala hotak beku sebab raya tak hengat dunia. bila bab assignment ai malasssssss weh, itu la. Orang sambung belajar kau pun nak sambung belajar, bila suruh belajar kau malas. apo kono la kau ni. saya memang berusaha keras sekarang ni memotivasi kan diri sendiri. settle assignment kau weh! 3 mingu lagi final exam, uwaaaaaaaaaaaaaaa~
eh gambar kat bawah ni time kenduri kahwin kawan Mr Razman, STC punya olang. Malam tu pergi open house STC pulak pak cik nak snap-snap, ai kan pemalu. gedik dengan boifren sendiri malu oi, laen kali nak ambik gambar panggil ai dulu okeh
haaa kan dah pandang kamera tuh..
jangan tanya bila kami nak kahwin, tak tau lor bila, ai kan muda belia lagi, hahaha pas tu belah la...

Sunday, October 3, 2010

C.h.e.n.T.a..L.y.a.A

salam,
pagi-pagi buta ni saya bersemangat nak main conteng-conteng kat belog kesayangan. pagi ni terasa nak buat "confession punya entry" pulak. nak confess pasai apa? pasai Mr Razman dan saya. pejam celik pejam celik, dah 2 tahun lebih saya kenal dia. mungkin orang cakap 2 tahun tu macam setahun jagung lagi, tak cukup matang la. 
hakikat nya terlalu banyak memori, dugaan, kenangan manis, pahit masam masin semua ada la. daripada zaman susah sampai la zaman sederhana sikit, i mean sekarang ni la. nak kata senang lenang tu tak de la, tapi kalau nak banding kan dengan masa susah dulu, keluar naik motor, pas tu hujan , dah tu ada pulak kete yang tak berhati perut bawak laju-laju, habis terpercik air kat kitorang. oh oh my, seriously terindu pulak saat-saat tu, sounds weird, tapi orang cakap kesusahan tu ajar kita erti hidup. 

saya bersyukur sebab saya dapat peluang untuk jatuh cinta dengan dia..hades, tak mau jiwang, tapi tu la apa yang rasa, walaupun hakikat nya banyak perbezaan antara saya dan dia..dia sangat berlembut dengan saya okeh, saya jenis yang tak bersopan santun sikit, dia cool , saya hot temper, saya suka dengar radio kuat-kuat, dia suka dengar radio slow-slow, saya kuat makan, dia kureng makan( see the body la),
banyak sangat perbezaan, malas nak ingat satu-satu. persamaan nya pe? we love each other..ehehe poyo la kau! tak kan bertepuk sebelah tangan kot, saya tak mau menaruh harapan yang tinggi, orang bercinta bertahun-tahun boleh putus, orang yang dah tunang pun boleh putus, orang yang nak kahwin besok lusa pun boleh cancel,
saya hanya merancang. DIA yang menentukan. saya cuma berharap, dia boleh bimbing saya jika ada jodoh..
,

Thursday, September 30, 2010

hohoiii i m looking for this!

Bila nak ada duit menimbun-nimbun ni..
Moist full Collagen Essence in Base SPF22/PA+ 30ml
Moisture cream formulated liquid base coverage moisturizes, tightens and brightens complexion with flawless coverage.
BB Magic Cream 35ml
Promotes flawless complexion with natural ‘No Makeup Look

Tuesday, September 21, 2010

Nak cakap girls day Out tak boleh sebab ada boy!

salam,
hye. lepas tiga hari saya datang balik, haaaa tak sampai seminggu lagi kan, tak sempat bosan lagi, 2 weeks cuti raya, melepak membesar kan badan dekat rumah, tapi tak berapa besar lah, haha sebab even tak puasa tetap tak makan. baguih tak baguih, mak bapak saya geleng kepala sebab anak pemalas dorang bab makan pun malas jugak..haaa korang habaq mai, saya ni rajin bab-bab ape jek..see dah melalut ke bab malas dah, ni yang malas nak hupdate ni,
actually nak cito ni haaa jumpa dengan kak ida a.k.a blogger. sudah lama mau ketemu, tapi tak berjodoh pulak..ececeh. raya ke 6 lagi jumpa, tapi sekarang baru nak cakap. agak-agak ada bau entry basi tak? tak kan. redha je la, sebab tu la bagi muqadimah pasal pemalas tadi, sebab memang dasar pemalas, lagipun saya tengah tunggu camera ni, pastu mesti saya ber energy hupdate belog..kikiki boleh percaya???
baik jangan percaya! tengoooook dah melalut lagi, okeh saya balik ke pangkal jalan kali ke 4. kitorang jumpa kat KBTC, kebetulan kak ida nak shopping, kak ida je la shopping, saya dah shopping before raya hari tu, dah berjaya habis kan duit raya dengan high heel satu pasang dan anak tudung syria, tak habis-habis beli, lepas tu pakai kejap campak dalam bag! apa nak jadi dengan kau lyaa!!!
Teman kak ida beli wedges, terus pakai, cun plus anggun gitu, hehe..i like. lagipun high heels kat KBTC murah-murah melampau. saya survey kat sunway pyramid around 100 something, kat KBTC boleh dapat 35-45. haaaah berdarah hidung tengok. 4 inch pulak tuh, sesuai lah untuk ketinggian comel-comel macam ai neh, (rasa nak lempang tak). Then blah tuk minum-minum pulak.
yang lagi best tau ape? dua orang kawan saya pun ada jugak. cik ayu & en azwan. Best woo dapat sembang dengan sama-sama blogger nih, nak-nak pulak dia pun suka sal fashion & make up jugak, lagi la ai suka noq! sembang punya sembang, kena ingat dunia gak, kena balik rumah weh, mak pak kat rumah bising woooo kalau lambat balik, bab-bab nak say good bye ni lemah sikit, nanti bila lagi boleh jumpa kan,
saya tak tau la cuti semester kali ni saya nak balik ke tak, perasaan nya nak keje kejap tapi ntoooh la,nanti la hupdate pasal tu, layan gambar bajet ai nehhh..
wit kak ida a.k.a scatty kinki
en azwan & cik ayu( kau dah cukup tinggi jangan pakai wedges..haha..nada jealous!!!!!)
last picha, flash telah buat muka saya macam HANTU..eh mana hantu, mana hantu? kau la hantu!
thanks kak ida, nanti kita hang out lagi~~
nota tangan: pssssst kak ida comel wooooo tapi dah berpunya, jealous sebab cun melecun ajek dia pakai shawl macham tu..jealousssssssssssssss sebab ai pakai nampak macham telor busyuuuuuuuk, tak best2..

Saturday, September 18, 2010

Edisi Raya pulak, tapi tak hangat

salam,
hah orang lain dah basi tempek gambar raya, saya baru nak tempek, biasa lah, kata raya, saya raya la kat rumah puas-puas dulu, dah sampai puncak alam saya baru hupdate. baru raya kan, kan kan, . Raya tahun ni kureng best, tak tahu kat mana kekurengan tuh, mungkin tanpa camera kesayangan disisi! mood snappy picha pun spoil habis, snap gitu-gitu jek,then gambar pun sangat la tak berkualiti sebab guna handphone cabuk aja kan..
layan je la, nak sambung membuta jap..
see, kekaburan terserlah..tema purple la tahun ni sebab baju raya family punya theme tak siap, nasib sempat Mr Razman baju ni, kalau tak memang tak de baju raya la saya..kejam betul tailor!
cik alin datang beraya.afta keje..kecian orang lain mood beraya lagi..thanks ye datang raya rumah saya lagi, awak tetap anggun la!
last picha, malas nak tempek banyak, memang da tak de pun..
nota tangan: psssssssssst, duit raya dah susut..tak best nya jadi dewasa ni!!!!!

Tuesday, September 7, 2010

Review session 2: Kf Glam

Salam,
hye. rajin hari ni nak wat 2nd review, sebab memang suka sangat dengan blogshop ni, tapi kena hold dulu perasaan nak shopping tu sebab fulus dah yilek!
Kalau ada duit, rasa nak borong jek semua barang-barang kat Kf Glam ni, haiyaaaaaaaaaaaaa semua chantek-chantek maaaa, meh kite nengok meh, owner blogshop ni, sis kai,sis eila dan sis fyzah..oh 3 gorgeous, blouse, inner syria, accesories, shawl, semua bikin saya juling bijik mata, uwaaaaaaaaaaa nak shopping!
tapi hari ni kan saya berbaek hati promote kat uolls yang masih mencari blouse dan barang-barang yang cantik, dress pun ada tau kat sini,, so ape lagi, sila terjah Kf Glam sekarang!
okeh, da tengok kan, sila la merajin kan diri habis kan duit anda, haha..
beboiii

orang laen berzaman dah, saya yang out of date !

salam,
bersiaran dari rumah, saya nak review blogshop lagi, tapi lepas entry ni yea, kali ni nak mewar war kan yang budak ni baru ada formspring, ades terlambat kah saya,
dah lama nak buat, tapi asyik tangguh aje, so, sila-sila menyebok di kotak pertanyaan tu yea, jangan bikin soalan yang ter hot dipasaran sudaaaa..
okay, beboiiii

Sunday, September 5, 2010

Balik kampung hohoho balik kampung

Salam,lepas sahur meh kita hupdate belog secara beramai-ramai,ececeh, bajet bagus la ni sebab tak tidur lepas sahur, aloh, buat-buat bagus sudaaah, 
 
padahal tak tidur lagi sebab baru balik sahur dengan pak cik tuh, then bila nampak lappy terus rasa nak online kan diri, sambil tak sedar diri yang bag tak packing lagi, baju bersepah lagi nak kemas, rumah macham tongkang pecah, baju yang basuh tadi dok dalam washing machine lagi, baju yang kat ampaian tak berangkat lagi, bilik tak bersapu lagi,
 
haaaah apa lagi, semua nya tak buat lagi, bila tahun nak buat pun tak tau la tu, sekarang ni mata dah rasa berat ni, terasa nak titunnnn..kang besok terbangun terlambat, terpaksa buat kerja macham lipas kudung la ai ni. membebel macham mak nenek? sekali sekala. boleh kan kan kan kan??? 

oh yea, pasal nurul iman tu, saya add dia, then saya sound secara lemah lembut dan ayat yang paling sopan sekali, sekali dia remove dan block saya..ecececehe..
 
banyak cantik muka kau nurul iman, tapi tak pe, kawan-kawan saya ramai yang dah add dia. yang penting sekarang dia dah delete gambar saya, so saya pun tak sakit hati dah, kira settle la senang cite, bak kata sis kin, budak-budak kot, tu yang perangai tak matang camtu..
 
okay lah, saya nak packing jap, malam ni saya gerak balik kelantan, walaupun hati tak happy. doakan perjalanan saya selamat sampai..adios, beboiii TT Satria Tuners Club saya mau jacket ni, apa kata anda..macham cantik di mata saya, dimata anda bagaimana..? hoho