Darlings

Monday, December 31, 2012

Penutup 2012

Pejam celik bukak mata luas luas dah masuk hari terakhir 2012. Haiyoooo. Masing masing dah buat review year 2012. Aku tak rasa nak buat review panjang panjang sangat. Pendek pendek sudah.

Tahun 2012,

Dah jadi tunangan orang secara rasmi.

Cik pearl genap setahun pada 28 december 2012

Genap setahun keje dekat tempat sekarang.

What else?

Selebih nya aku simpan sendiri. Antara aku dan mereka mereka berkaitan saje yang tau.

Tak semua kau boleh muntah kan dekat blog. 



 Gambar Vain tuan blog bersama Tudung kuning yang hampir macam belacan aku koje kan. adios. Kite jumpa di tahun 2013.

Babai babai babai. 

Selamat tahun baru




Friday, December 28, 2012

Review Session :

Pada penggemar shawl halfmoon. Mari kita terjah shawl yang menarik hati ni dengan harga yang berbaloi baloi. Nak pakai time Engagement pun boleh. Sebab ala ala glam giteww.

Interested? P kelik like kat page La-dyva-Boutique

Owner La-dyva ni merangkap model shawl shaw & Baju kat bawah ni. Owner pun cun melecun ye doook. Kalau nak tau owner la dyva ni pun pengguna setia produk safi balqis.
Halfmoon bintik bintik ekslusif (RM50)
Ala ala radiusite kan?
Shawl half moon bintik bintik 2 tone (RM 25)

Tudung tiga layer (RM30)
Syria manik (RM50)
RM30



 Okeh? Selamat menerjah




Monday, December 24, 2012

Engagement : Fy & Farid

Weekend kali ni memang pack dengan wedding invitation. Satu hari sampai ada 6 or 7 event. Memang tak dayoo nak p semua.

Nak pulak Fy dah booked sebulan awal suruh attend dia nya engagement. Nasib fy bagitau awal awal. Ye lah tarikh cantik jugak kan. So pakat berebut ler masing masing nak kawen. Gua jugak tersingkir dari tarikh cantik cantik ni. Sebab jenis manusia yang tak kisah sangat kot pasal tarikh ni.

 22.12.2012. Happy Engagement Sayang!

Meh kenal kan siapa  Fy ni dalam hidup aku pada new readers yang tak kenal dia lagi. Mak cik ni Kawan diploma aku . Ex housemate.Di antara kawan aku yang kecik kecik cili padi.

Boleh terjah blog dia  untuk kenal lebih lanjut.

Hoyeah. Si pentunang
Ramai yang makan hati eh yayunk & Fy dah tunang. Rilex. Jangan nak busuk hati. Kalau diorang berjodoh. Patut nya orang lain doa kan supaya diorang ni panjang jodoh sampai jinjang pelamin, sampai cucu, sampai akhir hayat. Bukan nya berhasad dengki. Haiyaaaa.



Hantaran. 15 berbalas 17
Ehem. Nak jugak interframe kan diri kan.
Last capture sebelom balik.

Tahniah Fy & Farid. Selain ucapan welcome to the club. I harap you and farid sama sama give & take, tolak ansur. Jangan bagi anasir luar menggugat perjalanan kaurang menuju yang halal. Nanti jangan lupa Steamboat date kite.

Saturday, December 22, 2012

Review Session : Koleksi by Ezuwan Ismail


Mari terjah koleksi terbaru Ezuwan Ismail. Harga mampu milik lagi sebab Ezuwan kan famous designer jugak.  Musim kenduri ni kot kot kaurang nak melaram sakan. Boleh rembat sehelai dua.


RM350
Ivy Pink Blue
Design ni Leuniey Natasha yang pakai time launching hari tu. Peplum styloo gitewww

Tiba tiba terus google leuniey pakai Ivy Red Blue ni
Ivy Green Orange

Amaryllis Turquois
Amaryllis Brown
Iris Cream Pink
Iris Green Orange
Amacam. ada berkenan? Aku berkenan semua baju yang aku letak dalam entry ni. Haiyooooooo. Ghabak ghabak.

Oh yea. Butik ratu ni banyak cawangan. Nak tau sila google okeh. Exercise jari sikit. huahua.







Wednesday, December 19, 2012

Review Session : Inner

Dalam banyak banyak jenis inner. Inner dari AHC & Radiusite ni bikin aku jatuh hati. Tapi kalau simpan niat nak beli online memang jadi angan angan je la. Sebab macam pisang goreng panas kan. Hawt sangat. Buat masa sekarang. Simpan je dalam hati dulu.

Macam Inner ayraa ni. Dah lama gila dok aim. Tapi time nak p poket kering lah, banyak betul halangan dan dugaan.
Inner ayraa.
 Ayraa satin ni pun sesuai pakai time wedding. Memang jadi pilihan hati sebab aku memang kureng sikit nak pakai tudung awning bagai ni time wedding.
ayraa Satin

 Inner dari Radiusite ni pun menggoda jiwa. Mungkin sebab Lynda Roslan yang pakai. Terus rasa cantik dan berkenan. Lagi pun kualiti kain dari radiusite tak pernah menghampa kan beb. High quality punya product.
Picha credit tu AHC & Radiusite
Mana satu pilihan kaurang?

Monday, December 17, 2012

Suka Duka Bertunang

Pejam celik rasa macam baru je bertunang. Tapi bila pandang cincin di jari ni macam dah lusuh gayanya. Lusuh tak lusuh tu belakang ceghita. Yang penting Value di sebalik cincin ni.

Orang orang tua selalu pesan kan. Adat bertunang tak elok lama lama. Oh bab tu kitorang dah langgar. Memang lama sikit sebab masing masing macam tak berapa nak ready nak lompat ke alam perkahwinan. Masing masing busy dengan benda benda alah yang aku sendiri pun tak tau hapebenda. 

Dugaan sepanjang bertunang?

Alhamdulillah setakat ni tak ada dugaan yang betul betul menggugat jiwa , Mungkin sebab dia banyak bertolak ansur. Time aku nak cari gaduh, dia buat derk. So secara tak langsung terus lah tak jadi gaduh kan.

Cuma dugaan dari segi duit la kot. Yang ni susah nak elak kan.Aku bukan di lahir kan sebagai anak orang kaya beb. So nak buat wedding versi wedding of the year tu nehi heyyyy. Cukup ada sedara mara sahabat handal. Satu yang aku syukur. Sebagai anak tunggal, Umi papa dah confirm confirm jadi main sponsor. Hoyeah. Big Clap untuk diri sendiri.


Rezeki?

Alhamdullilah. Sepanjang bertunang. Aku ada dapat dua tiga offer untuk exec, engineer pun hado. Tapi buat masa sekarang masih bertapak di Sini. Tempat keje lama. Mungkin belum tiba masa lagi aku nak tinggal kan first job aku ni.

Rezeki naik pangkat pun berpihak pada Mr Razman. keje keras dia selama ni berhasil. Aku tumpang bangga dengan pencapaian dia.

Preparation?

Yang tu kalau aku rajin aku update kat blog bride to be yang masih di private buat masa sekarang.

Sampai aku masa nanti aku public kan pada readers. 

okey guysss.

Bai.

Saturday, December 15, 2012

Mix & Match + Try & error?

Hari ni bila godek godek draft, ada banyak entri yang tertunggak.Oleh sebab Perasaan nak hilang kan kesedihan hati tu kuat. So makin rajin pulak aku update blog. 

Bila sedih. Mesti ler aku  buat benda yang memang bikin hati aku senang kan. Mix & Match ni kadang kadang boleh buat aku senyum sorang sorang. Dah nama nya mix & match mesti lah ada yang success & error. Kadang kadang puas hati kadang tak puas hati dengan pilihan sendiri.

So untuk mix & match hari ni aku pilih Sleeveless dress & Fishtail dress. Kebanyakan long dress material lycra kan. So agak sexy sikit sebab nampak ler semua lelemak yang hado. Sebelum ni aku noob sangat. boleh tak perasan keseksian itu sampai la Mr Razman tegur. Sejak tu, sila sedar diri. 





+

Sopan kan. Sejuk sikit mata memandang.
Untuk cover tu, pakai lah baju labuh . Boleh cover lemak, boleh cover bontot yang gebus sekali. lagi pun Fishtail dress dah berlambak lambak jual kat blogshop. Boleh terjah calaqisha, OBB, Rinasalleh clothing and banyak lagi laaaa. Sila rajin kan diri google okeh. 

Pilihan kat tangan kaurang.


Picha credit to Mr Google.

 Oke guys? 

Selamat bereksperimen.

Friday, December 14, 2012

Pengakhiran 2012




Bila dugaan datang bertimpa timpa. Lepas satu satu. Manusia yang tak cukup kuat macam aku , memang rasa nak tersadung. Rasa rapuh . Tapi aku masih waras untuk pikir yang dugaan tu untuk sedar kan aku yang aku terlalai lupa kan DIA.

Bersangka baik pada DIA. Sebab aku yakin. Setiap benda yang aku hadapi. Ada hikmah disebalik. Redha dan pasrah. Mohon Bersabar .

Thursday, December 13, 2012

Review Session : Peplum

Peplum Fever belum berakhir. Pada sape yang masih mencari. Good luck. Sebab peplum memang ada jual kat mall -mall kat blogshop apatah lagi kan. 

Tapi jenis yang malas nak p window shopping kat Times Square bagai tu. Boleh je la terjah blogshop yang aku promote ni. Kot kot berkenan nak pakai time attend wedding ke. Nak pulak sekarang musim Wedding kan.






 Yang kat bawah ni satu set. Tapi ke pre order kalau tak silap aku. Interested boleh terjah FB Yann


Peplum Peplum jugak. Tapi hati aku dah lama jatuh cinta dengan Fansuri by Nurul wonder Wardrobe ni. Asyik Sold out je. Nak p butik dia entah bilaaa.



 Picha credit to Nurulwonderwardrobe


Ok bai. Nak keje kumpul duit beli Fansuri.