Darlings

Showing posts with label fashion. Show all posts
Showing posts with label fashion. Show all posts

Wednesday, December 19, 2012

Review Session : Inner

Dalam banyak banyak jenis inner. Inner dari AHC & Radiusite ni bikin aku jatuh hati. Tapi kalau simpan niat nak beli online memang jadi angan angan je la. Sebab macam pisang goreng panas kan. Hawt sangat. Buat masa sekarang. Simpan je dalam hati dulu.

Macam Inner ayraa ni. Dah lama gila dok aim. Tapi time nak p poket kering lah, banyak betul halangan dan dugaan.
Inner ayraa.
 Ayraa satin ni pun sesuai pakai time wedding. Memang jadi pilihan hati sebab aku memang kureng sikit nak pakai tudung awning bagai ni time wedding.
ayraa Satin

 Inner dari Radiusite ni pun menggoda jiwa. Mungkin sebab Lynda Roslan yang pakai. Terus rasa cantik dan berkenan. Lagi pun kualiti kain dari radiusite tak pernah menghampa kan beb. High quality punya product.
Picha credit tu AHC & Radiusite
Mana satu pilihan kaurang?

Saturday, December 15, 2012

Mix & Match + Try & error?

Hari ni bila godek godek draft, ada banyak entri yang tertunggak.Oleh sebab Perasaan nak hilang kan kesedihan hati tu kuat. So makin rajin pulak aku update blog. 

Bila sedih. Mesti ler aku  buat benda yang memang bikin hati aku senang kan. Mix & Match ni kadang kadang boleh buat aku senyum sorang sorang. Dah nama nya mix & match mesti lah ada yang success & error. Kadang kadang puas hati kadang tak puas hati dengan pilihan sendiri.

So untuk mix & match hari ni aku pilih Sleeveless dress & Fishtail dress. Kebanyakan long dress material lycra kan. So agak sexy sikit sebab nampak ler semua lelemak yang hado. Sebelum ni aku noob sangat. boleh tak perasan keseksian itu sampai la Mr Razman tegur. Sejak tu, sila sedar diri. 





+

Sopan kan. Sejuk sikit mata memandang.
Untuk cover tu, pakai lah baju labuh . Boleh cover lemak, boleh cover bontot yang gebus sekali. lagi pun Fishtail dress dah berlambak lambak jual kat blogshop. Boleh terjah calaqisha, OBB, Rinasalleh clothing and banyak lagi laaaa. Sila rajin kan diri google okeh. 

Pilihan kat tangan kaurang.


Picha credit to Mr Google.

 Oke guys? 

Selamat bereksperimen.

Saturday, August 11, 2012

Baju Raya by Nurita Harith

Baju Raya design by Nurita Harith ni memang elegance habis. First time tengok pun dah jatuh hati. Aku lah yang jatuh hati. Kaurang mungkin taste lain lain. Tapi buat masa sekarang ni tak mampu milik lagi sebab banyak lagi commitment lain . Kalau gaji 5k above Sebulan boleh ler nak merasa beli.

Tapi setakat nak cuci mata. Sila kan.

Siobhan
 Dusty pink ada favorite paling teratas dalam carta buat masa sekarang.
Sahara
Kate
Pastel color macam ni. argggggggggh. Migrain nengok.

Ivy
nice combination
Annalise
Marie
 Mint color memang tengah In kan sekarang. Trend habis plus aku memang so in love dengan design macam ni.

Sebelum ni, aku memang noob habis sape Nurita Harith ni kan. Punya lah tak ambik pekembangan pasal designer. Padahal dah jumpa dia depan depan masa wedding Kak ngah a.k.a Sepupu Mr Razman hari tu. Baru ler tau yang dia tu bestie Kak ngah. Tak silap aku baju wedding kak ngah pun design by nurita agak nya.

Baju baju kat atas tu, jangan tanya harga dengan aku. Sebab aku memang tak tau & tak berani nak tanya harga..

Monday, November 29, 2010

Hello kitty pun jadi, :p

Salam fellas, i m back. Tak de story panjang- panjang. Saya nak share pasal new headband ni jek.
Time p beli tiket tadi jumpa headband comel ni, apa lagi, rembat jangan tak rembat. Balik-balik rumah terus test.
Gelojoh woh.
okeh layan. Harus membuta dah ni.

i loilike pink color!
okeh la. belah dulu. babai.