Darlings

Thursday, September 30, 2010

hohoiii i m looking for this!

Bila nak ada duit menimbun-nimbun ni..
Moist full Collagen Essence in Base SPF22/PA+ 30ml
Moisture cream formulated liquid base coverage moisturizes, tightens and brightens complexion with flawless coverage.
BB Magic Cream 35ml
Promotes flawless complexion with natural ‘No Makeup Look

Tuesday, September 21, 2010

Nak cakap girls day Out tak boleh sebab ada boy!

salam,
hye. lepas tiga hari saya datang balik, haaaa tak sampai seminggu lagi kan, tak sempat bosan lagi, 2 weeks cuti raya, melepak membesar kan badan dekat rumah, tapi tak berapa besar lah, haha sebab even tak puasa tetap tak makan. baguih tak baguih, mak bapak saya geleng kepala sebab anak pemalas dorang bab makan pun malas jugak..haaa korang habaq mai, saya ni rajin bab-bab ape jek..see dah melalut ke bab malas dah, ni yang malas nak hupdate ni,
actually nak cito ni haaa jumpa dengan kak ida a.k.a blogger. sudah lama mau ketemu, tapi tak berjodoh pulak..ececeh. raya ke 6 lagi jumpa, tapi sekarang baru nak cakap. agak-agak ada bau entry basi tak? tak kan. redha je la, sebab tu la bagi muqadimah pasal pemalas tadi, sebab memang dasar pemalas, lagipun saya tengah tunggu camera ni, pastu mesti saya ber energy hupdate belog..kikiki boleh percaya???
baik jangan percaya! tengoooook dah melalut lagi, okeh saya balik ke pangkal jalan kali ke 4. kitorang jumpa kat KBTC, kebetulan kak ida nak shopping, kak ida je la shopping, saya dah shopping before raya hari tu, dah berjaya habis kan duit raya dengan high heel satu pasang dan anak tudung syria, tak habis-habis beli, lepas tu pakai kejap campak dalam bag! apa nak jadi dengan kau lyaa!!!
Teman kak ida beli wedges, terus pakai, cun plus anggun gitu, hehe..i like. lagipun high heels kat KBTC murah-murah melampau. saya survey kat sunway pyramid around 100 something, kat KBTC boleh dapat 35-45. haaaah berdarah hidung tengok. 4 inch pulak tuh, sesuai lah untuk ketinggian comel-comel macam ai neh, (rasa nak lempang tak). Then blah tuk minum-minum pulak.
yang lagi best tau ape? dua orang kawan saya pun ada jugak. cik ayu & en azwan. Best woo dapat sembang dengan sama-sama blogger nih, nak-nak pulak dia pun suka sal fashion & make up jugak, lagi la ai suka noq! sembang punya sembang, kena ingat dunia gak, kena balik rumah weh, mak pak kat rumah bising woooo kalau lambat balik, bab-bab nak say good bye ni lemah sikit, nanti bila lagi boleh jumpa kan,
saya tak tau la cuti semester kali ni saya nak balik ke tak, perasaan nya nak keje kejap tapi ntoooh la,nanti la hupdate pasal tu, layan gambar bajet ai nehhh..
wit kak ida a.k.a scatty kinki
en azwan & cik ayu( kau dah cukup tinggi jangan pakai wedges..haha..nada jealous!!!!!)
last picha, flash telah buat muka saya macam HANTU..eh mana hantu, mana hantu? kau la hantu!
thanks kak ida, nanti kita hang out lagi~~
nota tangan: pssssst kak ida comel wooooo tapi dah berpunya, jealous sebab cun melecun ajek dia pakai shawl macham tu..jealousssssssssssssss sebab ai pakai nampak macham telor busyuuuuuuuk, tak best2..

Saturday, September 18, 2010

Edisi Raya pulak, tapi tak hangat

salam,
hah orang lain dah basi tempek gambar raya, saya baru nak tempek, biasa lah, kata raya, saya raya la kat rumah puas-puas dulu, dah sampai puncak alam saya baru hupdate. baru raya kan, kan kan, . Raya tahun ni kureng best, tak tahu kat mana kekurengan tuh, mungkin tanpa camera kesayangan disisi! mood snappy picha pun spoil habis, snap gitu-gitu jek,then gambar pun sangat la tak berkualiti sebab guna handphone cabuk aja kan..
layan je la, nak sambung membuta jap..
see, kekaburan terserlah..tema purple la tahun ni sebab baju raya family punya theme tak siap, nasib sempat Mr Razman baju ni, kalau tak memang tak de baju raya la saya..kejam betul tailor!
cik alin datang beraya.afta keje..kecian orang lain mood beraya lagi..thanks ye datang raya rumah saya lagi, awak tetap anggun la!
last picha, malas nak tempek banyak, memang da tak de pun..
nota tangan: psssssssssst, duit raya dah susut..tak best nya jadi dewasa ni!!!!!

Tuesday, September 7, 2010

Review session 2: Kf Glam

Salam,
hye. rajin hari ni nak wat 2nd review, sebab memang suka sangat dengan blogshop ni, tapi kena hold dulu perasaan nak shopping tu sebab fulus dah yilek!
Kalau ada duit, rasa nak borong jek semua barang-barang kat Kf Glam ni, haiyaaaaaaaaaaaaa semua chantek-chantek maaaa, meh kite nengok meh, owner blogshop ni, sis kai,sis eila dan sis fyzah..oh 3 gorgeous, blouse, inner syria, accesories, shawl, semua bikin saya juling bijik mata, uwaaaaaaaaaaa nak shopping!
tapi hari ni kan saya berbaek hati promote kat uolls yang masih mencari blouse dan barang-barang yang cantik, dress pun ada tau kat sini,, so ape lagi, sila terjah Kf Glam sekarang!
okeh, da tengok kan, sila la merajin kan diri habis kan duit anda, haha..
beboiii

orang laen berzaman dah, saya yang out of date !

salam,
bersiaran dari rumah, saya nak review blogshop lagi, tapi lepas entry ni yea, kali ni nak mewar war kan yang budak ni baru ada formspring, ades terlambat kah saya,
dah lama nak buat, tapi asyik tangguh aje, so, sila-sila menyebok di kotak pertanyaan tu yea, jangan bikin soalan yang ter hot dipasaran sudaaaa..
okay, beboiiii

Sunday, September 5, 2010

Balik kampung hohoho balik kampung

Salam,lepas sahur meh kita hupdate belog secara beramai-ramai,ececeh, bajet bagus la ni sebab tak tidur lepas sahur, aloh, buat-buat bagus sudaaah, 
 
padahal tak tidur lagi sebab baru balik sahur dengan pak cik tuh, then bila nampak lappy terus rasa nak online kan diri, sambil tak sedar diri yang bag tak packing lagi, baju bersepah lagi nak kemas, rumah macham tongkang pecah, baju yang basuh tadi dok dalam washing machine lagi, baju yang kat ampaian tak berangkat lagi, bilik tak bersapu lagi,
 
haaaah apa lagi, semua nya tak buat lagi, bila tahun nak buat pun tak tau la tu, sekarang ni mata dah rasa berat ni, terasa nak titunnnn..kang besok terbangun terlambat, terpaksa buat kerja macham lipas kudung la ai ni. membebel macham mak nenek? sekali sekala. boleh kan kan kan kan??? 

oh yea, pasal nurul iman tu, saya add dia, then saya sound secara lemah lembut dan ayat yang paling sopan sekali, sekali dia remove dan block saya..ecececehe..
 
banyak cantik muka kau nurul iman, tapi tak pe, kawan-kawan saya ramai yang dah add dia. yang penting sekarang dia dah delete gambar saya, so saya pun tak sakit hati dah, kira settle la senang cite, bak kata sis kin, budak-budak kot, tu yang perangai tak matang camtu..
 
okay lah, saya nak packing jap, malam ni saya gerak balik kelantan, walaupun hati tak happy. doakan perjalanan saya selamat sampai..adios, beboiii TT Satria Tuners Club saya mau jacket ni, apa kata anda..macham cantik di mata saya, dimata anda bagaimana..? hoho

Thursday, September 2, 2010

Lyaa Suriany suda tukar Jadi Nurul Iman pulak!

salam,
bulan ramadhan lagi mulia ni tak mau la melenting lebih-lebih.
tapi bila orang saja jek nak buat kita melenting, memang la kan..haiyaaaaaaaaaaaa. sejak bila la pulak Lyaa suriany suda tukar pada nurul iman la pulok..ishk ishkkkkkk..sabor lya sabor...saya tau, bila kita upload je gambar kat fb or belog, ada risiko orang ambik gambar kita dan mengaku tu gambar dia.tapi ..
pelisss pelisss la, tak de life ek main ambik jek gambar orang dan mengaku tu kita..tak bersyukur ek dengan apa yang ada..kalo anda atau lebih tepat lagi nurul iman, tak menggatal or mengedik dengan mana-mana lelaki mengguna kan gambar saya, consider lagi, ni menggeletis nya tak ingat..kalau ikut kan information kat fb anda tu,
anda ni student kipsas, lebih tepat lagi kolej islam..dan status-status anda di fb memang islamik la, tp bab ambik gambar orang tak mintak izin tu sangat la tak islamik la kan.......eiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii, semalam buat gambar saya jadi profile picha, hari ni tukar, saya sejuk hati sikit, tapi yang tak tahan tu siap mengaku wat caption kat gambar nurul iman haji ahmad..budak-budakkkkkkkkkkkkkkkk bikin saya panas..okeh, saya nak g sejuk kan hati jap, tengah pikir lagi ni nak buat ape kat budak ni!!!!
nota tangan: puasa-puasa ni teremo lak saya..maaf