Darlings

Showing posts with label tag. Show all posts
Showing posts with label tag. Show all posts

Monday, October 24, 2011

Tagging Game

Game ni di tag oleh Lieyana Ahmad. Macam menarik. Alang alang aku dah ada depan laptop ni, hupdate ler terus. Pada yang kena tag. Jangan lah rasa terbeban. Dah nama nya game kan. At least boleh kenal antara satu sama lain kan.

Game ni ada rules okeh. Bukan calang calang game ni. So, terjah rules tersebut:
  
1.You must post these rules.
2.Each person must post 11 things about themselves in their journal. 
3.Answer the questions the tagger set for you in their post. And create eleven new questions for the people you tagged to answer.
4.You have to choose 11 people to tag and link them on the post.
5.Go to their page and tell them you have tagged HIM/HER
6.No tag back!
7.No stuff in the tagging section about " YOU ARE TAGGED IF YOU ARE READING THIS" YOU LEGITIMATELY (a.k.a REALLY, TRUST, WITH ALL HONESTY) have tagged 11 people.

11 Things bout Lyaa Suriany

1)Jobless. ( pasal ni nanti aku buat entry khas besok)
2) Garang. Bad attitude ni hanya orang betul betul close dengan aku aje yang dapat tengok sebab aku jarang expose dekat orang yang rapat suam suam kuku dengan aku. Parents, Bf, Ex bf, Kak su, sepupu sepapat yang tau kot.
 
3)Nama dalam IC.NORLY SURIANY BINTI AB. RAHIM.
4)Tak reti simpan duit langsung. Dalam tangan ada beribu riban pun aku mampu habis kan dengan cepat. Aku tak do mewarisi sifat jimat cermat dari umi aku malah aku ni manusia yang contra dengan umi aku. Sebab tu hari hari gaduh kot. Pantang jumpa. Tak dapat gaduh depan, gaduh masa calling calling.
5)Bagi orang lain eyeliner tu kehendak, bagi aku eyeliner tu keperluan. Benda yang wajib ada dalam bag mekap.
6)Kadang kadang buta IT jugak. (Eh , bukan kadang kadang. tapi selalu lah, sebab nya benda senang macam nak download subtitles pun tanya orang)
7)Jenis yang tak suka explore sesuatu benda. Contoh nya: Kalau beli hp baru, setengah tahun pun belum tentu aku belajar habis pasal hp tersebut. Kadang kadang orang lain yang lagi expert pasal hp aku.
8)Tak do TV tak po. Jangan tak do Linet tenet.
9)Cemerkap tak habis habis. ( cerita very da latest: Aku baru pecah kan compact powder yang still padat mampat lagi. Lepas pecah kan bedak, pecah kan blusher pulak. Tak do apo nak di kato dah).
10)Cepat menyampah sikit kalau orang asyik dok perli or memaksa. Dan dan tu jugak lah darah aku menyirap. Tak do toleransi kalau bab orang perli depan depan ni. Macam kau kenal pulak sape aku.
11)Sangat ler pemalas

Soalan dari Lieyana

Sushi ke Mc d?
Hurmmm, prefer Mc d lagi.

Kalau dapat melancong, nak p mana?
Feh. Ini mood angan angan. Nak p paris. versi verangan lah. Tapi kalau takat dekat dekat tu, p bali pun dah kira ok. 

Barang berharga yang paling sayang?
Camera kot

Rumah Idaman?
Hurm, tak perlu yang besar sampai bertingkat tingkat. Cuma termimpi mimpi nak rumah yang ada taman. Sejuk sikit pandangan mata.

Music kegemaran
Rase sedap di dengar, itu lah yang jadi favourite dear

Kenangan paling indah?
Bila orang propose jadi wife dia. Depan depan aku tak tunjuk yang aku excited. Tapi dalam hati. Rasa nak menangis.

Perasa aiskrim kegemaran?
I choose vanilla

Suka choc tak?
Of cos. Sangat sangat suka. Lagi lagi cadbury. Love it!

Purata tidur dalam sehari?
hurm. Tak menentu. May be 9 or 10 kot

Siapa saya 5 tahun akan datang?
Businesswoman + Wifey

Soalan yang aku nak tanya

1)Dah berapa lama blogging?
2)Apa yang menyebab kan kamu blogging? (Dorongan kawan ke,tiba tiba dapat mimpi ke)
3)Suka nyanyi tak?
4)Favourite blogger?
5)Tv or Internet?
6)Cerita sikit kenangan manis blogging
7)Suka make up tak?
8)Benda yang wajib ada dalam handbag or bag(bagi lelaki)
9)Angan angan kawen
10)hp apa yang anda pakai sekarang?
11)Benda yang paling kaurang menyampah dalam hidup


Lastly nak tag:













Saturday, December 18, 2010

Music Award

Salam. hallu. Sorry aku dah terbabas termiss hupdate semalam. Penat plus berukband aku lembap tahap mangang. so aku tak de mood langsung nak hupdate. so, sebab nak cover balik. aku hupdate 2 entry hari ni.
Next entry tunggu malam ni. So untuk hari ni, aku nak ambik award yang fasha bagi ni. Lama dah dia bagi, aku asyik tangguh jek. sorry babe. Before aku ambik award ni, kena jawab beberapa soklan. Jangan dok scroll laju2.
  1. siapa artis/ Band yang anda minat?
    aku suka SUPER JUNIOR, SHINEE, 2 PM, CN BLUE,GIRLS GENERATION, AFTER SCHOOL, 4 MINUTES, MISS A.
    kalau nak suh aku list bersepah la lagi. tapi semua dari korea. yea aku dah memang berjangkit gila korea dengan housemates. tak rugi pun kalau korang cuba dengar lagu lagu diorang. sebab artis korea ni memang betul betul berbakat. come in package. dance dorang terbaik. lagu superb. sebab tu la peminat peminat korea fanatik nak mampos dengan artis diorang.
  2. Lagu apa yang anda suka?
    yang ni tok sah dok cakap la. Banyak lagu yang aku suka dengar. Tapi aku bagi satu je la yea. aku suka dengar lagu TIMELESS by xiah jun su feat dengan sorang lagi minah korea ni. aku lupa nama pulak.
  3. Lagu apa yang anda selalu dengar minggu ni,
    hurmm lagu timeless tu la, then lagu mirotic versi shinee nyanyi.
  4. Berikan sebab kenapa anda suka artis / band tersebut.
    Sebab diorang hensem, cantik , gorgeous, talented gila gila. full package lah.
  5. Anda kaki karaoke?
    Nope, aku tak suka nyanyi ngn mic bagai ni. aku segan. aku suka dengar orang nyanyi. sebab suara tak sedap so sedar diri tak nyanyi.
  6. Selalu beli cd original?
    Hah, memang tak la aku nak beli yang original. download sudah. bazir duit jek..

Tuesday, December 7, 2010

Blogwalking vs Bloglarian

Salam. hallu fellas. Salam satu Muharam.
Tagging by Lady Aisyah. okeh apa bloglarian ni actually? saya bagi tagline bloglarian dulu: Ke Arah menjadi One Stop Centre untuk BlogWalkers.
Ini bukan contest pun tau. Jom join bloglarian untuk naik kan trafik belog anda masing masing. tak susah pun. Sebelum ni kita blogwalking manyak manyak kan untuk cari trafik. so apa kata kita blogwalking bersama bloglarian pulak sebab semakin ramai yang guna bloglarian, semakin banyak trafik yang kita boleh dapat. macam mana?
Sila terjah bloglarian untuk tahu lebih details. okeh jom kita tengok menda apa yang saya perlu buat.
  • 2) Lengkapkan Slogan "Saya suka berblogwalking kerana...." (tidak lebih 30 patah perkataan)
  • okeh, "saya suka berblogwalking kerana saya melalui blogwalking la saya jumpa blogger yang best best, yang cantik cantik, yang sempoi sempoi, yang jelita habis. Yang bikin saya hampir pengsan sebab ramai sangat saya jumpa yang gorgeous amat.. hooo i love blogwalking!"
  • 3) Then, sila la jadi follower Bloglarian yek
  • 4) Tag kawan kawan & bagitahu diorang dekat ruangan komen. hurm saya nak tag
  • 2) Sherah
  • 5) Tinggalkan link entry ni di comment entry blogharian
  • 7) Lepas tu, peserta akan di listkan ke dalam BlogLarian

Thursday, November 4, 2010

25 confessions by Lyaa Suriany

Salam,
hai hai, aman damai betol petang macam ni kan. lepas tu layan pulak lagu Rihanna..rasa macam final exam dah habis punya.. asyik berangan exam dah habis, tiba-tiba tersentak.."Baek punya kau merelaxkan diri yea Lyaa..
Lupa eh ada 2 paper lagi" ermm izin kan saya release kan tension sikit. hectic punya semester. saya rajin update petang macam ni sebab tadi terjah belog ee, tengok dia nya 28 confessions punya entry..oh nama saya ter tag sekali. disebab kan nama saya berada di atas sekali, maka dengan rajin nya saya hupdate..meh kita tengok saya boleh buat berapa confessions.
"Once you've been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, facts, habits, or goals about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person that tagged you. If I tagged you, it's because I want to know more about you."
"tag by eesyaheera"
1. Sebab ee start dengan nama penoh dia. saya pun gedik jugak nak letak nama penoh. hurmm new follower tak tau kan real name saya. NORLY SURIANY BT AB RAHIM. kawan-kawan asyik tanya saya, kenapa nama saya eja macam tu, eh, mana la saya tau. lagi berkesan kalau anda tanya umi & papa saya.. Mesti diorang tau, sepanjang saya hidup ni tak pernah pulak saya terpikir kenapa umi saya nak ejaan macam tu. bagi saya sendiri, saya rasa unik jek. tapi yang saya lemah nya, WAJIB akan ada orang salah eja nama saya. tak kira la cekgu cekgi zaman tadika, sekolah ren+men, college, dan sampai la UiTM sekarang. Terima dengan redha sajek laa. mungkin bagi dorang nama saya susah sangat nak eja kot.~PASRAH~
2. Saya tak suka sangat color putih, cream ke atau senang cite color2 yang lembut, siapa-siapa yang sangat alert, anda pernah tengok saya tempek gambar pakai tudung kale putih, or baju kale putih..oh my, saya tak tau la kenapa. tapi saya rasa sangat buruk, saya tak confident. padahal kawan-kawan cakap saya jenis yang confident nak pakai apa yang saya suka. bila saya pakai baju putih, saya rasa sangat sangat sangat gemok! bila saya pakai tudung putih or cream saya rasa kulit saya sangat sangat sangat gelap..uwaaa tak suka! putih or cream is not my style la senang cerita. anda bagi color laen. saya memang boleh pakai. nak suruh pakai color kuning diraja yang empat batu orang dah perasan saya boleh je pakai, tapi kalau cabar pakai color yang saya tak suka..harap maaf. Laen tahun saya cuba yek.
3. Saya budak manja. bukan manja dari segi nak orang ikut kemahuan sajek, saya jenis yang cepat tersentuh. contoh yang terlatest, bila saya tengok sorang peragut ni kena belasah ramai-ramai dengan orang kg, saya tersentak, pastu tiba-tiba nangis, walaweh, choooy kat diri sendiri, pehal nak nangis, dia dah buat salah kan. waima saya sendiri pun ada pengalaman pernah kena ragut. Tapi hati saya yang terlebih lembut sangat-sangat cakap, siapa kita nak hukum dia..layak ke kita nak bunuh dia. biar la undang-undang yang tentu kan. itu baru tengok video peragut kena belasah. kalau orang tanya benda-benda yang boleh buat saya sedih, bergenang air mata. kawan saya cakap saya ni oversensitif sangat. hey, pelis tau. betol kan statement anda. saya pun tak nak laaaaa..ingat saya suka ke bila ada orang label kan cengeng! tak suka tau. saya memang kena berubah!!
3. Saya seorang yang sangat hot temper! manusia-manusia yang kenal dan memahami saya, memang sangat jelek lah dengan perangai saya yang ni, of cos siapa yang paham sangat dengan perangai temper saya ni, Mak bapak wa la, pas tu yang selalu kena dengan saya tak lain tak bukan Mr Razman, oh anda memang banyak bersabar kan dengan temper saya.
4. Saya kureng suka sikit dengan perangai saya yang ni, saya cepat maafkan orang. so orang senang nak pijak kepala saya, memang betol saya hot temper, tapi temper saya tu tau tahan berapa lama? kadang-kadang tak sampai sejam pun saya marah orang.hishhhhh. macam main-main jek marah. so bila orang mintak maaf saya laju jek maafkan..eiiii tidak suka. memang la orang cakap sedang kan nabi pun maafkan umat nya. Tapi apa yang saya perasan, bila saya selalu cepat maafkan orang, orang pun selalu kena kan saya, pijak kepala saya sebab dorang rasa lepas mintak maaf saya akan terima sajek, oh sila kan sila kan. jangan terkejut satu hari nanti saya jadi manusia berhati batu.
5. Gila shopping! rasa nya ramai yang dah tau sesangat sesangat kan. habis duit memang sangat syiok kan. banyak kali dah pikir pasal nak let go jek..preloved. tapi rasa nya tak de orang nak beli. so simpan saje la..hehe
6. Saya tak handal masak! saya boleh masak. tapi simple-simple je la, oh kenapa kena masak, makan kedai jek la..haha .
7. Saya suka di ambil gambar! ayat tak nak belit-belit pulak kan. suka suka suka bergambar. kalau boleh, setiap detik dalam hidup saya nak rakam tapi tu impossible la kan. sat lagi orang cakap BUDAK NI MEMANG GILA, oh tak ke naya jek free2 dapat gila.
8. yang ni ramai yang tak tau kan. Saya suka makan tempe..huahuahua. saya pun macam tak percaya. sebab dulu saya tak suka sangat tempe..sekarang ni, makan hari-hari pun saya tak kesah, tapi dengan saya saya sendiri yang masak. tak suka tempe yang kat kedai tu. tak sedap, tak kena dengan taste langsung..
9. Saya tak suka pakai flat shoes, Sebab saya pendek, Sekian.
10. Yang ni sama dengan ee, seriously weh saya suka sangat sangat sangat sangat sangat sangat tengok perempuan chantik, gojes, cun melecun. erkk tapi saya suka tengok yang bertudung la. memang saya pandang la. tapi straight lagi hokeh. bukan takat yang cantik tau.. yang cantik tapi stylo mylo, yang pandai dress up. ah memang i adore habis la. pandang pat belas kali pun tak jemu.
11. Sekali saya sayang orang, saya bila-bila, sekalipun dah jadi sejarah. saya tetap sayang. walaupun anda buat taik yea. tapi saya dengan bodoh nya tetap sayang. memang tak paham dengan diri sendiri.
12. Saya banyak jadi silent reader pada belog-belog anda sekalian..hehe. jangan la ingat saya tak terjah. cuma saya lagi suka jadi silent reader. saya komen dalam hati sajek. kalau belog anda tersenarai kat belog list kat tepi ni, memang wajib saya baca kalau ada update. so rajin-rajin kan la tinggal link.
13. Saya suka KUCING...jumpa kucing kat mana-mana pun kalau boleh nak pelok, erkk kena make sure tak de kurap la . tapi takut ada orang marah..haha anda teka siapa yang akan marah kalau anda bijak.. dulu saya ada kucing yang sangat gebus, putih melepak, saya panggil whitey. tapi whitey merajuk agak nya dengan saya, sebab saya lama tak balik kampung. so whitey bawak diri..sob sob sob, sampai sekarang menangis sebab whitey merajuk..
14. Dulu saya seorang yang sangat selekeh. sekarang ni tak suka jadi selekeh. kalau tak caya tanya kawan diploma saya dulu macam mana.. saya pakai selipar jepun sajek.
15. suka tengok wayang . tapi sekarang ni dah dekat 2 bulan tak tengok wayang. sebab tak de orang sudi ajak saya tengok wayang. sigh!
16. Saya suka dok puncak alam..hahaha tipu ke betol ni, ada la suka sikit-sikit even orang cakap puncak alam ada ape..hutan kiri kanan. hurmmm..itu pandangan orang. saya tak kisah. as long as saya ada dia kat sini.
17. Saya suka membebel, tanya roomate saya la. hades memang susah nak terima kenyataan. ni semua mewarisi bakat semula jadi umi la ni..eiiiiii sadis2.
18. Kalau saya sentap, marah, geram, jealous, orang boleh tengok dengan jelas kat muka saya ni haaa. tak reti nak sorok kan perasaan sendiri..
19. Hidup saya banyak di habis kan dengan menghadap laptop. kalau tak menghadap laptop, hang out. tak banyak aktiviti . sebab saya dasar pemalas.
20. Masa umur saya 16-17 tahun, saya sangat chubby! hehehehe tembam tembam..bulat jek muka. dah masuk diploma susut lorsikit. tak banyak, sikit jek. 10 kg jek.
21. Gila handbag, shawl, baju, wedges, high heels, accesories, make up, fesbuking
22. Saya jenis yang tak suka berterus terang bila saya terasa, banyak guna kiasan atau pun nak lagi senang, saya diam dan muka saya masam kalah cukagetah.
23. Saya jenis yang tak suka senyum. so kalau anda kenal saya..senyum la..biasanya kalau saya anda, saya yang akan senyum dulu..
24. Saya suka berkawan dengan ramaaaaaaaaaaai orang, sebab tu kat facebook saya approve jek, janji jangan macam-macam dengan saya hokeh, tapi yang tak tahan tu, lepas approve diam jek, so,apa agak nya tujuan dorang add ek? stalker?
25. hoh jenuh saya nak habis kan sampai 25 ni
, Lastly, Saya suka sangat dengan dunia blogging ni, walaupun saya jarang hudpate, tapi saya akan bukak belog saya hari-hari, pas tu p skodeng belog-belog feveret saya..
saya nak tag Sis zira red, indah mulya, dan anda yang tengah baca belog ni haaa...sila-sila..tiada paksaan pun