Darlings

Wednesday, June 21, 2017

Chriszen Gel Eyeliner

Hari ni rasa macam rajin sangat nak review pasal gel eyeliner yang aku baru try ni. Terjebak dengan chriszen gel eyeliner sebab brand yang aku setia tahap gaban tu dah discontinue (kata promoter dekat drug store la)

Dekat 7 tahun or lebih aku dok guna silky girl gel eyeliner. Beli loose, beli borong time ada warehouse sale bertahun tahun. Alik alik tahun ni dikhabarkan discontinue. WHY?? Kalau ada yang boleh jawab, tolong roger dekat komen ok. aku masih curious. Tapi tak tau nak tanya siapa.

Mari berkenalan dulu dengan Chriszen gel eyeliner ni. 
Macamana boleh terjebak dengan eyeliner ni? Aku gigih google sini sana sinun nak cari gel eyeliner dengan harga yang cun. Cun di sini membawa maksud AFFORDABLE. 



Okey. Tadaaa hasil google. Sebab tengok harga yang twinpack ni menarik, terus la aku grab dua. Rugi oooi alang alang dah membeli. Design dia pun ala ala silky girl kan. Aku jenis suka brush yang attach sekali dengan botol sebab kalau jenis yang brush asing asing confirm aku TER hilangkan. Contohnya masa pakai gel eyeliner Loreal dulu. Haish bercinta betul nak cari brush. Kualiti memang no doubt la loreal, tapi bab brush je akak fail uolls. 


Okey ni gambar lepas excited dapat barang. ambik gambar satu je, yang satu lagi alana rose bajet dia punya. Ambik la nak oi kalau reti sangat nak pakai benda alah ni. Mama bagi je haaa.



Review?
Alhamdulillah. Kena dengan citarasa aku ni. Color dia memang tak sepekat likat silky girl. tapi senang nak apply. Aku compared dengan silky girl la sebab brand silky girl yang aku pakai paling lama. Tak smudge sesuka hati, Senang nak tanggal. Smooth je bagi aku. Berbaloi baloi dengan rege ceq oii.

Ala ala close up sikit,  yang ni tak berapa nak smooth sebab alana rose sebok dok pegang kaki suh dokong dia, So kemain cepat la mama kau ni pakai eyeliner. Gigih tu tetap gigih . So kening pun tak ado la nak ber conceal bagai.  Janji ada gambar untuk testimoni. 

Okey, tu je la yang sedikit sebanyak boleh share dengan korang. In case korang nak mencuba or bertukar pada brand yang mampu milik dengan kualiti yang "not bad". So why not korang try chriszen ni. Ada rezeki aku nak try foundation golek sampai molek pulak. 

korang bila nak try? Yang penting boleh support local brand uolls. dah try boleh share comment pulak.

Tata uolls.

No comments: