Hurm boleh pulak ber part part kan. okeh . Kita sambung kisah lesen.
Bulan disember 2010, Umi dah membebel pasal aku tak do lesen lagi. Dia cakap sampai bila aku nak hidup menyusah kan orang. Siap pujuk bagai suh aku ambik lesen. Aku tak makan pujuk beb. Tapi bila papa masuk campur. Heh apa laie. Mana berani nak bantah. Malam tu jugak papa heret p rumah cikgu memandu. Nak suh p daftar terus the following day tu.
Besok nya, pukul 7 pagi , cikgu memandu tu datang. feh. Memang betul betul pagi okeh. Sampai sana register bagai, dah siap bayar, terus masuk bengkel kan. Memang bosan kau tak payah cita ah. Dah ler p sorang sorang, macam kera sumbang aje, Kiri kanan aku tengok ramai pangkat adik adik ajo.
Aku rasa, macam sekelip mata aje. Sebab hari hari aku p bengkel. Semua umi aku punya pasal, dia nak suh aku dapat lesen L sebelum aku start practical. So, everything is on rush.
Finally. I managed to get L.
Nak sambung P memang tak sempat. Bulan 1 dah start Practical kat shah alam kan. So, aku tertangguh ler 6 bulan. Bulan 6 macam tu aku start balik . Masa ni memang menggigil okeh.
Sepanjang hayat aku tak pernah belajar bawak kete. Tiba tiba kena bawak kan. Cikgu aku tu siap baca ayat tenang kan aku. haiyoooooo. Menggelabah tak hengat kan. Mula mula pusing kampung. Tiap tiap hari pusing kampung. Naik bosan dah aku.
Sampai masa, cikgu aku bawak p belakang naik bukit & parking. Feh. Aku paling tak suka bab parking. Bab bukit tu i likeeeeeeeeee. Bila cikgu suruh p park kete, aku ngelat. hehehe.
Last last. cikgu aku pun dah bosan agak nya mengajor aku kan.
Dia decide suh aku amek test. omak aiiiiih. kojang lutut aku dengar. Dia siap booking date untuk aku. Tau tau je, lusa kena test. Nasib tak terkencing ajo. Sebab aku dengar nama JPJ ajo aku terus mengelabah lain macam sikit. Eh, bukan sikit tau, banyaaaaaaaak.
Mula mula Test Motor dulu,
Alhamdullilah, Past.
Papa aku dah sengih.
Lepas tu, selang seminggu,
Test kete pulak
Yang ni lagi menggigil. Entoh berapa kali aku tawakal.
Mula mula test naik bukit dulu kan....
Alhamdulillah LULUS
dah lepas satu bala,
Then terus p buat parking kan.
haiyooooooooooooooooo, bab yang paling malas sekali. tapi nak tak kena buat jugak kan. Mana boleh skip.
Nervous punya nervous,
Nasib menyebelahi aku. LULUS.
Sekarang, Penentu segala nasib, Test jalan raya dengan JPJ. Muka pucat lesi tunggu nama kena panggil.
JPJ tu dah spot muka pucat, siap sengih kerang busuk, then buat buat serious balik,
Di sebab kan aku terlalu lalu lalu nervous, engine kete mati sat. Omaiiiiiiik aih. Nasib dia cakap oke, Then terus jalan macam biase. Dia pun buat relax je sebelah, Sonyap aje, Aku ni memang tak kan pandang langsung muka die,
Lastly, happy ending ler jugak, LULUS dengan one shot. Oh ok, baru boleh p bangga diri dengan papa kan. Papa aku siap nazar lagi untuk aku. See? Penting nya tiap yang apa aku buat kat mata papa. Willing nazar untuk aku.
So, aku buat conclusion , aku lulus pun sebab berkat doa umi papa aku.
Penting nya Doa mak ayah kan...
Sekarang ni, aku tak tau macam mana nak cakap terima kasih dkt umi papa, umi dah susah payah payung duit, papa susah payah study dengan aku sekali. Comel kan.
Sayang ketat ketat!