Darlings

Monday, January 10, 2011

Tabah kan Hati

Salam. hai. mula mula aku nak mintak maaf dekat kaurang yang tinggal jejak, tinggal komen. Aku tak p terjah pun lagi belog kauorang. kauorang ni memang sweet tau. kalau tak de kauorang , belog aku ni tak bernyawa. Aku mintak maaf jugak pada yang tag aku join contest, giveaway semua tu. Aku tak buat. Aku harap kauorang paham situasi hidup aku yang tak menentu sekarang ni. Hidup aku jadi messy macam ni bukan la sebab kerja ke hape. tak de kaitan langsung. walau pun aku kadang kadang ter EMO kat status facebook pasal politik ofis. ah, aku malas nak pikir tu semua. Masalah aku dah cukup berat sekarang ni, persetan kan je la makhluk yang entah hape hape kat ofis tu. Pasal tu lain kali cita oke.
Hari ni nak berswing swing mood kat belog sendiri. kauorang tau siapa yang paling aku percaya, siapa yang paling rapat dengan aku? Kak suhana! aku rindu gila gila dengan dia. aku kenal dia sejak diploma. Sampai sekarang dia tetap jadi the best dalam hati aku ni selain mak pak aku la. Even ema pun tak leh lawan carta dia tau. dia orang yang paling close dengan aku sepanjang diploma. Kira dia bff aku no satu lah. Apa yang special pasal dia?
sebelom kak su kawen
Dia orang yang paling paham aku. even parent aku tak paham aku macam dia paham aku. eh terbelit belit pulak. Dia tak de la menyokong semua tindakan aku. Tapi dia bagi nasihat, then terpulang pada aku nak dengar ke idok. Nasihat dia selalu terbaik, dia selalu tau apa yang aku nak. Sebab itu la guna nya kakak kan.
Yang paling aku sedih, kami dah tak boleh jadi macam dulu, dia dah jadi hak suami dia. Tapi walauapa pun aku tetap happy, sebab dia happy dengan life dia sekarang.
Bebalik pada situasi aku sekarang, kalau aku p mengadu dengan dia, aku tau mesti aku lagi tenang, aku tau dia boleh nasihat kan aku, tapi aku tak susah kan dia, dia tengah pregnant, aku tak nak dia susah hati pikir pasal aku. aku nak dia jadi mummy to be yang happy jek, biar dia pikir .
Pasal manusia sekeliling aku? Sekarang ni, aku malas nak pikir apa yang orang pikir pasal aku, kalau kau jadi kawan aku bertahun tahun, tapi kau tak paham kenapa aku buat macam tu, kau bukan kawan aku.
Aku ni senang jek, kalau kau tak tau masalah aku, kau jangan nak judge aku. kau tak de hak, sebab kau tak kenal aku macam kak su kenal aku. So, kau senyap. Aku letih, bila orang salah kan aku 100%, dan aku bukan jenis yang reti back up diri sendiri. Aku biar orang lain tuduh aku senang senang, tak pe. Hari ni , hari kau. Besok lusa kita tak tau nasib masing masing.
Sekarang ni aku biar orang judge aku. Apa kau nak label aku, berlagak, hipokrit, tak sedar diri, bajet? sila kan. Aku tetap terus kan hidup kan. chill babe. Lagi satu, aku serik percaya kan orang. Pengajaran untuk tahun 2011, Dont trust people!

Sunday, January 9, 2011

Merayap Day

Salam. Hallu fellas, sorry la semalam aku hupdate secara tergesa gesa. Mana tak nya , upload gambar pun ber jam. tension tensi aku. Masa dah siap upload gambar, Mr Razman dah ada kat bawah, nak tak nak kau tunggu la kojap aku hupdate belog sebab takut balik lambat. Sudah nya cerita aku macam tergantung jek kan. tak pe la. Lupa kan pasal entry semalam. Kita cerita pasal jimbaan hari semalam. Semalam aku p Giant jap teman pak cik tu,
then dah puas buat keje, p melepak kat alam sentral pulak, rasa macam comel pulak lepak kat alam sentral, rasa macam student uitm sejati pulak, sebab alam sentral kan tempat budakuitm. erkk betol ke tak betol.
pergh ramai gila aku jumpa budak budak cun.semua nya melaram u olls. segan pulak aku tengok sebab aku selekeh. jalan menunduk jek takut orang cakap eh eh budak ni selekeh nooo. Entoh la,, semalam aku rasa tak confident pulak dengan outfit aku. Maybe sebab aku tak pakai heels kot. aku tibai flip flop jek sebab takut banyak jalan. ishk, kalau tibai wedges kan bagus. tiba tiba nak jalan pun pandang kaki sendiiri. asal kau selekeh sangat lyaa.
Time lepak lepak kat alam sentral ni, aku dah teperasan kak nurul ni tau a.k.a owner butik mia. actually dia ada text aku nak jumpa kat alam sentral. kak nurul nak cari blacberry kat PAS tu. Akak, bak blackberry seketol. hehe.
Tapi tak leh lepak lama lama. just sembang tepi kete jek sebab kak nurul rushing nak balik. lain kali kita lepak yea akak. Kauorang still blur blur lagi kak nurul yang mana satu ni, kat sidebar aku ni aku de letak banner butik mia. dan aku pernah buat review blogshop kak nurul ni.
Lepas tu kan, aku berkenan gile gile gile gile dekat shawl yang kak nurul pakai semalam. gila gorgeous auwwww. ala ala najjah nya style. eiii suka. Tapi sayang color yang aku nak tak de. so simpan je la hasrat tu. heeeee. Gambar dengan kak nurul tak sempat nak snap la. laen kali kita bergambar puas puas ye akak. Nak kidnap mia dan farish sekali. hehe.
Tak lupa jugak, time kasih banyak banyak akak untuk ribbon dan headband tu. Aku terus pakai au ribbon yang kak nurul pakai. comel betol kak nurul ni berbaik hati pulak tu. Nanti harapharap bertambah lagi rezeki kak nurul ye. apa lagi. p la terjah butik mia cepat kalau nak jadi gorgeous!
Sebelom keluar tak habis nak camwhore sorang. roomate dah belah shopping, yeeeeeeeha tapi guna camera handphone cabuk, gini la gaya nya.
Tu dia, comel comel kan ribbon kak nurul bagi ni...
ahaaaaaaaaa aku memang tak de keje. eh sape hari tu cakap nak cari jaket tak jumpa kan, aku suggest kan kauorang p sunway pyramid, dekat asian avenue, ada satu kedai ni , kalau kaurang masuk kauorang rasa nak beli jek semua . gila ah cantik. korean style. aku jadi gila! padahal aku da ada jaket hitam. tapi aku rembat satu lagi . yang ni lagi cantik ah.

Saturday, January 8, 2011

Jumaat yang indah

Salam. Aku tak leh cerita panjang panjang. sebab aku nak keluar ni, kauorang tengok gambar je la. ni semalam punya. aku story la sikit eh, semalam ada kuliah jumaat dan bacaan yassin dekat muzium . kitorang pun join sekali. syok jugak ada program macam ni. Then practical student kenal perkenal kan diri..gila kentang aku nervous. kauorang tengok la sendiri.nanti aku update lagi
kawan kawan practical aku
ni la penceramah nya. Ustaz tahfiz mana dah . aku lupa. tapi seriously weh, syok gila la dia bagi ceramah. aku suka suka..sebab kali ni aku pay attention gila gila punya.
haish kecik je nisak ni, aku rasa aku pulak giant.
okeh la, aku nak belah kan diiri..enjoyla waktu weekend kauorang ni. babai

Friday, January 7, 2011

Tunggal ke tunggul?

Salam. Hallu. Aku bajet bajet nak hupdate 2 entry hari ni. boleh? bosan kan. Entry pertama untuk hari ni. Aku nak share sikit pasal life aku. ala, sikit jek. Kata nak beramas mesra dengan tuan belog. Aku cuba pendek kan ye entry ni. moh kita mula.
Hidup aku sebagai anak tunggal dalam keluarga. Bila orang tanya, kadang kadang aku suka jugak jawab aku ni anak sulong. Terasa diri matured. Bajet sekali sekala. Tapi most of the time aku jawab jujur jek, malas nak cakap banyak, sat ag ada orang tanya, oh adik ada bape orang, adik darjah berapa. Tapi bila jawab anak tunggal, orang mesti jawab, " eh mesti best kan," tak pun "eh mesti bosan kan dok sorang sorang". haaa jawapan aku pulak. best & bosan.
apa yang best?
kau tak payah nak berebut apa apa barang dengan adik beradik kau. kau selalu dapat yang first hand, tak de recycle punya . hehe, kau tolong mak jek tapi dapat ganjaran berganda ganda. kau selalu dapat apa yang kau nak beza nya cepat dengan lambat jek, kau boleh manja gedik gedik lebih even umur kau da nak masuk 23 tahun, kau tak yah jealous jealous dengan kakak or adik or abang , what so ever la. Yang paling best, kau tak yah share harta pusaka.hahahahhahaha. Jahat jahat.
apa yang tak best?
kau selalu la dok sorang sorang kat rumah. tak de kawan. Aku kawan dengan kucing je weh. Lepas tu kan yang tak best nya Kau jadi suka menyendiri dari dok bersosial dengan orang laen. kau rasa kau jek betol, kau rasa orang lain kena dengar cakap kau. kalau kena bebel, kau dengar la sorang sorang sampai berdarah telinga. Kalau buat salah tak de orang nak tolong cover kan.hehe. Yang paling tak best, Kau harapan keluarga yang UTAMA!. hoh, ini beban, terasa macam ada beban kat kiri kanan. Aku harapan umi papa.
Aku kena pasti kan aku jadi manusia yang berguna, berjasa pada keluarga. kau tahu ni nilai yang kau kena bayar kalau jadi anak tunggal. Aku kadang kadang menangis kalau pikir pasal ni. Aku takut tak boleh balas jasa umi papa aku. then ni jugak reason utama aku tak nak kahwin muda. Papa aku tak suka sama sekali aku kawen awal, biasaa la papa, kalau boleh dia tak nak aku kawin pun. Dok bawah ketiak dia lama lama. Kalau balik cuti semester kan, Pantang aku hilang setengah jam, mula la kalut dok mencari. haaaa kau sanggup? concern memang concern. nasib aku ni dah terbiasa.
Jadi anak tunggal kena belajar berdikari. Umi papa aku tinggal aku sorang sorang masa aku umur 7 tahun lagi. Masa tu kitorang ada kedai runcit kat rumah, aku ler yang kena jaga kedai tu. dorang balik pun lepas isyak. Bab makan tu umi aku da prepare siap siap time pagi tu.
Aku manja, sensitif, itu tak leh nak elak dah, tapi aku boleh survive kalau dok sorang sorang. Sampai sekarang, aku lagi prefer rumah yang sunyi tak de orang, kau tinggal la aku sorang pun, hado aku kisah, janji aku ada handphone, mp4, lappy, tenet.tv, okeh cukup bagi aku.
hurm lagi satu, even aku anak tunggal, tapi papa umi aku tak de la melampau manja kan aku, bayang kan, aku dulu sekolah asrama. sebulan sekali balik, parent lain teruja p jemput anak kat sekolah. Papa aku? balik sendiri, belajar berdikari. so teksi la jawab nya.
Time anak orang lain dapat handphone , aku pandang jek, umi cakap, jangan manja sangat dengan harta dunia. sampai masa nya aku dapat jugak handphone tu, At last aku dapat jugak first handphone lepas spm. Pendek kata. ada pro & con.
pssst, aku lupa nak buat entry sebab papa berbaik hati hadiah kan handphone baru, kecian anak dia asyik pakai hp lama. hp orang pulak tu. Thanks papa. & Thanks to umi sebab support duit untuk lesen . haha. "good daughter" memang macam ni. Habis kan duit mak pak kau je keje. babai!

Thursday, January 6, 2011

Ini hidup lagi

Salam. Hallu Fellas. Aku nak hupdate belog semalam tau. Tapi pukul 730 p.m lagi aku dah lena. Tapi terpaksa la bangun jugak pukul 10 p.m sebab baju tak ber iron lagi. Nasib la kena iron baju jek, tudung tak payah iron, kalau tak, tambah tambah la lagi beban aku nak meng iron.
well, aku ni memang kureng sikit bab bab pegang iron. hish tak kuasa. Kan biasa nya aku g kelas pakai tshirt jek, mana pernah nak iron. aku bukan la orang particular sangat bab bab iron tak iron ni. settle bab iron,
eh semenjak masuk tahun baru ni, mood aku tak elok elok lagi. swing je manjang. pantang ler orang buat salah sikit, mula la aku nak menyinga bagai. emo emo emo. Aku try control sehabis baik dah. kalau aku ter marah orang tu, aku p mintak maaf balik. S
o, pelis la jangan cari gaduh dengan aku dalam waktu terdekat ni, silap silap haribulan boleh putus kawan. sebab apa? sebab sekarang ni aku tengah hadapi saat saat genting dalam hidup aku. susah betol bila tak ready nak bercerita.
Ramai kawan kawan yang pm tanya kenapa aku macam ni, even boyfriend sendiri marah marah sebab tak nak bercerita. entah lah. Masuk 2011 ni aku jadi manusia yang lagi keras hati, manusia keras kepala, manusia yang lagi cepat sensitip. Ada jugak yang bertanya. Kenapa dah kurang gambar Mr Razman kat belog & facebook.
Pelis sayang sayang sekalian. Tolong jangan buat andaian. i m still with Mr Razman. Cuma bila umur makin meningkat . ceh meningkat konon. maksud aku, bila bertambah dewasa ni, boleh pikir sendiri. aku rasa tak perlu nak expose bf berlebihan. itu aku. Aku tak suruh orang lain jadi macam aku. pandangan masing masing.
Tak salah pun nak expose. Itu hak masing masing. Aku just nak kurang kan gambar & cerita pasal dia jek, tak bermakna aku tak sayang kan. Tapi kan. susah jugak kan nak lari. kauorang tengok la. url aku pun lyaman.blogspot.com. Aku nak tukar pun pikir banyak kali ni. kan kaurang tak jumpa pulak link belog aku nanti. even aku announce kat sini pun, mesti ada yang terlepas pandang punya.
Biasa la , masa aku buat blog ni, aku still keanak anakan sangat kot. Sedar tak sedar dah masuk 2 tahun aku blogging. Loyal readers aku tau macam mana corak penulisan aku dulu dan sekarang.
Oke la, bila bersiaran langsung dari muzium ni, tak boleh nak hupdate panjang panjang sangat. banyak mata yang memandang.
Nota tangan: pstttttttttttttt, bila kauorang nak melawat aku ni, aku tengah bosan kot.

Wednesday, January 5, 2011

Practical: Day 1 & 2

Salam. Sila maaf kan aku yang alpa sampai tak terhupdate. weh. bukan salah aku. salah line berukband macam hampasss.
Macam yang kauorang tau, erk kauorang tau eh? hehe . Hari isnin aku dah start practical dekat muzium shah alam. haaaa lepas ni boleh la kauorang belajar belajar jejak kaki ke muzium tu. Buat amal jariah melawat aku sekali.
Aku lagi best. itu la first time aku jejak kaki ke muzium. Kalau aku tak buat practical dekat muzium aku rasa hawauuuu la aku nak jejak kaki. Kan aku ni bukan insan yang berseni. Apatah lagi nak menilai kesenian.
Tapi yang pelik aku suka benda benda sejarah ni, cuma kureng berseni jek.
First day masuk. hurm aku di attach kan bawah public relation . Semangat berkobar kobar konon nak kejar. haish . sekali bos aku still cuti.. Seminggu pulak tu.
So, dok rilex je la dulu. bos tak de kan. keje aku mengular je la 26 jam. kalau tak tidur, aku dok bertenet tenet bagai.
Nak tidur cari la port baik. jangan kau cari port dekat manager dok lalu lalang. hish, tak reti politik betol kau ni.
mula mula tak tau mana port best nak tidur, hari ni aku da expert cakap kau. tidur sampai aku dapat mimpi. haaa tu belom tidur atas tilam lagi.
YANG PALING AKU SUKA TAU APA?
haaa tiba tiba tertekan caps lock sebab "terlampau suka". Sepanjang 4 bulan practical training. ANDA DIWAJIB KAN UNTUK MEMAKAI BAJU KURUNG.
Gila kentang ah. Dah nama government kan. hep hep hep. tapi depends pada tempat jugak. kawan aku lepas jek pakai office wear. mana aci.
Aku bukan tak suka pakai baju kurung sepanjang 4 bulan tu. Tapi aku ni memang tak banyak baju kurung. dah satu kerja nak p borong baju kurung ni haaa.
mana nak cari baju kurung murah murah ni.? ala, janji aku ada baju. tak de la bosan dok taram baju yang sama jek. eh, kauorang layan gamibar eh. aku nak p tidur, esok bangun pagi
First day, muka tak bapa ikhlas dah senyum.
Bila dah dapat tempat, ni la kerja aku. onlineeeeeeeee. nasib boleh online. kalau tak? mati kutu aku. eh memang da mati pun kutu tu
Lepak lepak kat luar, masa ni boleh bukak mata lagi. 4 saat kemudian, terus lena sebab selesa sangat .
see, ini bukan cubaaan. ini memang kes membuta.
DAY 2
Sesi mengenal muzium. Semua tempat aku nak bergambar. soooo sooo sorry la. gambar gambar ni semua ehsan handphone. aku tak angkut camera. tak kuasa mak. so kualiti memang low habis la.
tu diaaaa. agak agak kan diorang ni boleh hidup macam cite nite at the muzium tak? heeeeeee. comel tak imaginasi aku
heeee, teruja tengok orang kecik. bia gambar aku tak nampak pun
contoh penghinaan ke atas agama islam.
lepas tu kau tau aku buat ape?
ni dia. memang muka baru lepas membuta. pergh heaven siot tidur. besok tidur lagi eh. niteeeeee uolllsssss

Monday, January 3, 2011

Practical oh practical

Salam.
hallu. esok start practical weh. eh besok ke, tak sampai 24 jam dah pun. Pukul 6 dah kena bangun tapi sekarang aku tak tidur lagi. online punya pasal.
tadi kawan aku cakap macam tak nervous jek. haish gila kau tak nervous. nervous la weh. practical degree tak sama macam practical diploma.
weeeeeeeee seronok seronok. Hari baru boleh ngedate tanpa gangguan. Port biasa la. Sunway pyramid. tu kan rumah kedua aku.
orang lain dah berzaman tengok hantu kak limah balik rumah. aku? baru hari ni ada chance .
Review cerita tu? ermm so so la. tak de la gempak sangat. menyesal pun hado. baek tengok cito laen heh. tapi dah tertengok. layankan jela.
eh. ni short hupdate jek. aku kena tidur.besok petang aku membebel lagi. wish me luck guys...
pssst : thanks sangat pada yang follow belog aku ni. sory sebab aku tak sempat nak p terjah lagi belog kauorang.

Sunday, January 2, 2011

Edisi single

Salam.
haaa macam mana new year? Lepak kat rumah jek? tak pe la. saving duit kan.
Semalam aku kacau fy berdating. Sedih weh. Kena tinggal dengan boyfriend. Dah lama tak rasa single macam ni. sob sob sob sob. Sampai hati bf tinggal kan aku. kang tak pasal aku ikut fy dating. sorry la yunk. Aku mati kutu la dok rumah sewa.
sapa pun aku tak kenal. Kali ni kakak angkat fy & farid ada sekali. kak wawa. kakak angkat kesayangan fy & farid tu. sempoi habis kak wawa ni.
Merende di sunway pyramid jom
Bukan aku je gila gambar, dia lagi gila gambar. tak caya tanya dia sendiri. Farid & Kak wawa.
Thanks kak wawa sebab belanja. $$$$$$$. Duit nak keluar lagi. ( fy, ak tak ready ni weh)
Pasangan i , u , i u ni
huh, mamat ni suka mansuh kan aku dari dulu lagi. ada jek benda dia nank kondem aku. nasib kau kesayangan fy kan..
okeh, sekian lintas langsung dari sunway pyramid.
pssst nampak sangat aku malas nak hupdate sebenar nya kan.

Saturday, January 1, 2011

1 january 2011 @ ICT

Salam.
Semalam aku terbabas hupdate. soooo sorrry lah. Aku mungkir janji lagi.
eh, Happy new year.
Welcome 2011. suka? entah lah. dengan problem tak settle lagi, so sambut 2011 dengan ala kadar. Tapi yang penting new year kali ni aku bersama bff a.k.a yayunk fy.
New followers belog aku confirm la tak kenal sape dia ni. tak pe la. sat lagi kauorang p terjah belog dia.
Last year , bertahun baru di melaka. This year, bertahun baru di ICT , shah alam aje. dekat tapi mak aihhhhh crowded tu tok sah dok cite lah. beriban manusia!
budak ni comel nak mampus tau dak. kalau kaurang jumpa depan depan mesti rasa nak cubit jek pipi dia. pipi gebus...
hah kasi potong sama dia punya kepala
feeling keperempuan naaan? hah tidak! macam batang kayu
yayunk & her bf. suka bebenor dengar dorang gaduh. gaduh pun comel. tak tau la nak cakap ape.
(fy cepat belanja aku makan..hehe)
Mana Mr Razman?
Biar la tanda tanya.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
"llllll---------------- llll"
tettttt
hehe suspen suspen la tu.
haish, ada yang cakap aku dah break up dengan dia. sekeh laju laju nak?
Dia ada hal sikit dengan kawan dia. sorry dekat dia sebab aku pilih nak spend masa dengan bff aku.
Nanti lain kali aku janji aku teman dia p mana mana. oke. babai

Thursday, December 30, 2010

Belog pink!

Salam. Mood oke lah sikit kalau nak compare dengan semalam. Aku pun tak pe kebenda yang aku dok semak sangat. ntoh laa.
Hari ni belog aku kembali dengan new image. Amacam? cun?
Niat hati aku nak kale merah, tapi aku takut mata kaurang pulak yang pinar pinar.
so aku pilih kale pink la . Feveret kale sepanjang zaman.
Thanks to yanasensei yang dah banyak bersusah payah design kan belog aku ni. harap kan aku. hancur la wei. sebab tangan aku tak pernah berseni, kerja aku rosakkan barang. itu aku PRO. no doubt at all.
Aku tak tau nak hupdate apa ni . sebab mood aku tak pulih sepenuh nya. Kaurang nampak aku macam bergumbira dekat fesbuk kan. ala, hipokrit lebih jek tu. Hati aku ni dok runsing jek. Aku tengah rungsing hape tu aku je la yang tau. semua orang tak tau la.
aku tak cita kat sapa sapa pun. Kali ni aku rasa nak simpan sorang sorang jek. aku malas nak menyemak kan kepala orang lain dengan masalah aku. aku simpan dan makan sendiri.
Sekarang ni aku tak sabar nak jumpa yayunk fify. nanti aku hupdate lagi.
pssssst, thanks sangat sangat pada semua yang conccern dekat aku. kauorang memang the best.

Wednesday, December 29, 2010

Ini hidup

Salam.
aku mula kan hari dengan tak ceria. Hari yang penuh dugaan. Orang cakap dugaan tu mematang kan kita untuk hari mendatang. Tiap dugaan yang Allah bagi tu kena hadapi dengan redha.
aku tak tau pun motif entry aku hari ni,
aku cuma nak bersendiri.
Maaf pada kawan kawan yang text aku. aku balas ala kadar dan ada yang aku tak reply langsung.

Tuesday, December 28, 2010

Tips lagi

Salam,
Entry sebelom ni aku ada post pasal tips kecantikan kan. Tapi ada yang tanya kot kot ada cara lain untuk hilang kan jerawat sebab susah nak dapapt aloe vera yang segar dari ladang. okeh la. aku terlupa satu benda. sebab aku jarang buat, tapi malam ni aku tiba tiba teringat. kauorang nak tau cara lain untuk hilang kan jerawat? haaaa.
UBI KENTANG.
bukan gila kentang okeh. cara dia mudah sangat. Kauorang hiris nipis nipis. then tempek dekat kawasan jerawat tuh. amal amal kan selalu.
Tips ni kawan aku yang selalu buat. dia selalu suh mak dia beli ubi kentang dengan umi aku then balik buat facial sendiri kat rumah. saving jugak kan. satu lagi, yang paling best pasal ubi kentang kauorang tau pe?
kauorang jangan la jawab cheezy wedges pulak. aku cium laju laju kan. meh sini nak ajar, kauorang p beli ubi kentang, lepas tu kauorang p parut ubi kentang tu , last sekali tempek dekat lingkaran gelap bawah mata kauorang tu. ala nama canggih sikit eye bag ler. try le. selain dari kauorang boleh hilang kan eye bag, tapi boleh jugak melambat proses kedutan di muka.
Boleh p try sekarang. aku nak p menyebok kat blog kauorang pulak ni..

Monday, December 27, 2010

Tips Kecantikan: Aloe vera

Salam. Kaurang mesti dah kenal aloe vera ni kan. Aloe vera a.k.a lidah buaya a.k.a lidah jin. Banyak betol nama dia. Aku yakin lah kauorang tau yang aloe vera ni memang banyak khasiat.
Tapi bukan saja untuk kecantikan, untuk penyakit pun boleh. contoh nya sembelit, kencing manis, batu karang dan banyak lagi.Tapi hari ni aku nak share pasal tips kecantikan. Aku rasa tiap rumah patot tanam aloe vera ni. Alah bukan susah pun . aloe vera la antara tumbuhan yang senang nak hidup tau. Kat rumah aku ni papa aku lah yang rajin bab bab jaga aloe vera. Aku pulak tukang curi. haha.
Best woooo. apa yang best? okeh mai kita terjah satu satu..
Untuk dapat kan rambut yang hitam dan lebat.
haaaa kauorang nak rambut yang hitam lagi lebat. ambik je lendir aloe vera ni sapu kan kat kulit kepala. Then bangun pagi esok kauorang bilas la. seelok nya kauorang balut rambut tu dengan towel. amal kan selalu. confirm rambut kaurang jadi hitam dan lebat.Dulu dulu aku selalu letak kat rambut, sekarang ni malas pulak. Tapi tak rugi kalau kauorang try.
Untuk melembap kan kulit, menghilang kan sunburn, parut jerawat
Kauorang perasan tak kalau lepas cuci muka, mesti kulit jadi kering kan. haaa itu kan effect bahan kimia dalam pencuci muka . Aku tak suka kulit aku kering or oily sangat sangat. Sebagai langkah untuk melembap kan kulit, aku sapu lendir aloe vera ni kat satu muka. Biar kan kering, then baru aku bilas.Sebab apa aloe vera ni boleh melembap kan kulit? sebab aloe vera ni boleh merangsang pertumbuhan sel baru. Thats why la kulit kita boleh jadi lembap.
haa ni lagi satu, Kadang kadang dalam proses lendir tu nak kering kat muka, akan rasa gatal gatal sikit. alah tak mati pun rasa gatal tu. gatal sikit jek.
eh lupa nak cakap, lepas ni kalau rasa pelembap kauorang tu habes, apa kata kaurang try pelembap semula jadi ni pulak. free of charge lagi. Biasa aku guna pelembap safi balqis. bila dah abis ni , malas pulak aku nak p beli. alang alang aku kat rumah. baik aku guna aloe vera ni jek. saving duit aku.
Lepas tu, nak cite ni , muka aku kan sunburn yang agak dasyat jugak hari tu. tu la gatal sangat nak p family day proton. Tak pasal sunburn kulit kau. Aku tension tau tak, kalau pakai cosmetic mahal mahal pun memang takes time lah. So, aku try try je la sapu aloe vera ni, haaaa berkesan kau. Tak de lah teruk sangat dah nampak kesan sunburn tu.
Nak cerita lagi ni, sepanjang final exam hari tu. Aku stress sangat. Biasa lah, dah nama nya final year. Stress takut repeat paper, tidur pun 2 3 jam sehari, Bila depression yang melampau plus pms pulak tu, mula miss pimple gedik gedik datang bertandang.
fehh memang menguji keimanan betol, bukan sekor, 4 5 ekor tau dak. Sampai orang boleh tegur muka aku berjerawat. Lagi lah aku down. Jenis aku ni pulak, bila ada jerawat, tangan tak boleh dok diam. gedik ah nak pegang pegang. konon nak bersayang sayang dengan jerawat dan sebagai balasan, melekat parut hitam tiga bijik kat pipi kau. kau stress? memang stress lah.
dah la kulit memang tak de ciri ciri flawless, kau nak tambah lagi parut kat muka. apa cita la ni. balik rumah aku punya la pikir macam mana nak hilang kan parut ni dengan cepat. aku nak beli cosmetic yang mahal aku tak dak duit weh.
tiba tiba tepandang aloe vera ni haaa..tinggggggggg dapat idea..& after one month. taddaaaaaa parut tu makin menghilang. tak de la fully covered. tapi much much much better lah dari dulu. so no need to tempek concealer anymore okeh. aku suka!
amacam? kaorang tak mau try? rugi lah. okeh sharing is caring.
babai.

Sunday, December 26, 2010

Shawls? Tudung Instant? Tudung bawal?

Salam. Kauorang tengah buat apa tuh. dah makan? Kalau tak makan lagi meh la rumah aku. Nasi ada la. Lauk kauorang bawak sendirik sebab papa aku dah licin kan semua lauk pauk yang ado.
Itu berbasi basi dengan kauorang jek.
eh tengok tengok. Best nya kan kalau aku boleh pakai tudung bawal kemas macam dulu. aku teringin jugak nak jadi macam dulu , sekali sekala melaram dengan tudung bawal. Tapi tak boleh. Asal aku pakai tudung bawal mesti rasa nak terbukak jek pin tuh. confirm aku betol kan tudung 2 minit sekali. 5 saat sekali tengok cermin.
Tapi bila feeling feeling nak paakai tudung bawal jugak, aku layan kan jek la. 5 saat sekali tengok cermin pun sanggup lah. Demi Mr Razman punya pasal. haaa. Aku pun tak la apasal dia suka sangat tengok girl pakai tudung bawal. Kalau aku pakai shawl, nak pandang aku pun tak nak agak nya. Kalau aku pakai tudung bawal jek, dari jauh lagi dia dah senyum senyum.
Lelaki memang suka girls pakai tudung bawal eh, kenaapa? sebab kauorang tak suka tengok awek kauorang pakai shawl? biar aku teka, sebab pakai shawl mesti muka bulat macam belon. Macam tu ke?
Aku tengok gambar ni terus aku teringat dekat kuantan. Sabar sabar. kan impian aku nak kerja dekat kuantan nanti.
2008
Feh, aku rasa paling kemas dah ni pakai tudung bawal. entah mana aku campak tudung ni sekarang. nanti aku nak feeling feeling paakai tudung ni balik lah.
Shawl? Ini memang kegilaan aku sekarang. Shawl ni bila pakai tak semak tau kenapa? sebab aku suka lilit kemas kemas. bukan lah sampai kau tercekik tak boleh makan nasi, lilit tu beragak lah. KEKEMASAN itu penting. SERABAI itu semak. tak pakai branded branded tak pe, tapi kau jangan serabai. motto tahun baru aku.
"psst aku memang sengaja letak gambar parkinson ni, ala bukan kauorang tak biasa tengok aku pakai shawl kan."
Tudung Instant? Aku bukan tak suka pakai. padahal tudung ni lah paling senang nak pakai. men sarung jek kan.
Tapi aku rasa muka aku macam mak cik. melebih lebih pulak perasaan aku kan. itu pun aku rembat tudung umi aku.
Best jugak awning tudung ni. Aku ada jugak la nak try pakai tudung yang tengah hot sekarang ni, tudung rozita che wan. cantik ah.
Tapi aku tak ready lagi. Tapi aku nak pakai jugak nanti. banyak tapi pulak kau ni. Nanti nanti la.
Tak lama lagi dah nak start practical . So kena la dress up ala ala matang sikit. Matang yang macam mana tu akupun tak tau. Mana satu pilihan kauorang. Shawls, tudung instant? or tudung bawal?

Saturday, December 25, 2010

Mekap mekap sikit

Salam. haip, makan dah? aku belom. motip aku bagitau belom makan kot kot ada orang nak belanja. ada? kalau ada sila pm kat fesbuk.
Hari ni aku nak menjoyah pasal make up lagi. Kauorang dah tau kan aku memang suka make up make up nih. Dah bape orang kawan aku jadi mangsa conteng conteng ni. Ala, kadang kadang diorang yang memang suka aku taram muka diorang.
Make up best, tapi nak sental balik malas. kalau make up kan muka orang , kau sental sendirian berhad la kan. tapi bila make up muka sendirik, mak aih bercinta betol nak sental balik,
kadang kadang tertidur aku dengan make up , lepas tu besok pimple sana pimple sini. Aku paling suka smokey eyes nya style. feh, tapi sayang nya diri sendiri tak boleh nak try style ni. Eyelid aku besar gedabak weh. Tak sesuai langsung dengan smokey eyes.
So, untuk puas kan hati sendirik, aku suka buat smokey eyes kat kawan kawan. memang syiok ah.kauorang paham kan macam mana perasaan bila tengok hasil make up sendiri. Biar tak cantik pun totap nak happy.
Last aku make up kan orang masa minggu pra graduasi hari tu. oh aku tak join sebab tu kauorang tengok aku tak hupdate apa apa pasal ni, Tapi gambar kawan aku tu tak de pulak. nanti nanti la aku cilok kat fesbuk dia. gambar kat bawah ni pulak, masa aku jadi trainer untuk slot personality development.
feh, memang minat ah. tiba tiba rasa nak tukar kerjaya jadi cik andam. tapi sayang nya umi aku tak kasi beb. pasrah pasrah.
Mangsa mangsa. Wan nabila huda a.ka bella. comey ah budak ni. putih gebus. Senang nak make up muka dia...(without make up pun dia memang cun!) Aku bagi light light jek sebab ni make up untuk p office. bukan nak p clubbing. tiba tiba tempek gambar ni kan. idok la. Nak promote ler. si wan nabila huda ni ada jugak berlakon dalam cite nur kasih the movie. Aku pun tak sabar nak tengok macam mana dia berlakon. Ada la can kau jadi bini norman hakim , bella.
psst : meh sapa sapa nak tadah muka. aku bosan ni..