Hari ni tunai kan janji pasal Aryan Umar terjebak dengan Prolonged jaundice ni. Di sebab kan aku darah O, Papa dia pun darah O, maka dah sah sah Aryan Umar pun darah O kan. Maka ada high possibility untuk dia dapat Prolonged jaundice.
Aryan kena jaundice dekat sebulan. ulang alik p KK lah aku dengan Mr. Razman ni. Hati luluh tengok kaki tangan anak lebam kena cucuk ambik darah. Tapi nak monitor takut reading dia melebihi had, maka aku rela kan jugak.
First reading dia 240. Aku dah cuak sebab doktor cakap kalau reading dia 270 kena warded. Besok nya ulang lagi p klinik , 2nd reading 260. Terus menjejeh air mata . Hemak ni cengeng nak lagi melibat kan anak. nak lagi tak de experience. Doktor advise p check reading kat hsptl sg buloh sebab the next day tu hari sabtu. KK tutup. So, sabtu petang tu p la hospital. Dok tunggu turn dari petang sampai maghrib. Sekali reading dia 300. Aku dah pasrah dah sebab tau Aryan Umar kena warded ni.
sayu tengok anak |
Maka tinggal la aku dengan anak je dekat hospital, Mr. Razman & umi balik rumah dulu. sayu je sebab tak suka sangat dok hospital. Nasib la satu malam je. Malam tu memang aku tido setengah jam setengah jam sebab Aryan Umar merengek sejuk. Ye la pakai pampers aje dok bawah lampu kan. Kesian tengok dia.Tapi alahmdulillah. esok nya reading dia trn 260. Boleh check out.Sambung check up dekat KK pulak. Lega sikit boleh keluar.
Pengalaman dok NICU tu boleh simpan dalam memori diam diam. Macam macam ragam. Ada yang dah kena tukar darah sebab reading over 400. ada yang dah 2 3 hari berkampung. Aku pulak tiba tiba jadi mama yang pendiam. Tak mau cakap dengan orang sebab semak kepala dok pikir anak. mau nya tak turun reading. hazab kena warded lama lama.
2 hari lepas keluar hospital tu sambung check kat kk pulak. nasib la makin turun even tak banyak. at least boleh lah bertenang sikit aku ni.
Cukup 2 minggu pantang, masa tuk balik kampung pulak sebab jahitan dah ok. so sambung je check reading dia kat kelantan pulak. Kt kelantan pun reading makin turun sikit sikit sampai160 something.
Dalam masa dok ulang alik KK & Hospital tu, macam macam aku try ubat. Mandi kan dengan ubat kuning la, mandi kan dengan pokok itu pokok ini, air kelapa, minum susu kambing, makan anggur hitam la, hape lagi aku tak try. semua try. tapi makin naik je. sudah nya kuning dia turun dengan breastfeed banyak banyak sampai lebam.
Pengalaman anak kena pro long jaundice ni betul betul uji aku. Jaundice ni jangan buat main, Kalau berpanjangan sila la buat detailed check up. Takut ada masalah hati ke masalah lain lain yang kite tak tau.
Tapi sedikit sebanyak memang ajar aku jadi kuat sikit, kena cekal untuk anak. Kalau hemak lembik sangat, Sape pulak yang nak bertabah jaga anak kan.
Emak emak. Take note. Jangan ambik mudah yeee.
oke lah.
Babai!