Darlings

Friday, May 23, 2014

My birth story a.k.a pengalaman bersalin - Part I

Masuk hari ni hari ke 15 Aryan Umar b. Razman lahir. Aryan lahir masa 38 weeks 1 day. 

Kisah nya. Hari rabu 7 may tu aku ada regular check up dekat ppum. Actually 1 week b4 doctor yang attend aku tu proff valli dah kasi hint yang air ketuban kurang. 

High possibility kena induce masa 38 weeks. So masa check up 38 weeks tu aku ada mengadu pasal reduce fetal movement dekat prof valli. Ye la sebab hari hari kita monitor movement baby. Tup tup hari isnin tu baby gerak kurang dari 10. 

I is menggelabah. Terus ajak Mr. Razman p check kat klinik biasa je. Scan tengok heartbeat baby. Alhamdulillah ok. Tapi doctor tu ada bagi option samada nak buat ctg ke tak. Ctg a.k.a cardiotocography ni tujuan dia untuk monitor fetal heartbeat & uterine contraction. Lepas ni aku cite details pasal ni.


Aku & Mr Razman discussed. Sepakat tak nak buat ctg dulu. Tunggu jumpa prof valli je hari rabu.

cerita hari rabu.

lepas dengar aku cakap ada reduce fetal movement. Prof valli mintak nak seluk. Homaiiii. I dengar seluk gigil kejap. Tapi redha kan diri demi anak. First time kena seluk memang thorrbaik. Prof cakap 1cm je. Terus dia cakap admit terusss. Gegel plus redha lagi sekali. Nasib barang dah stand by dalam kete. 


Lepas nurse tunjuk ward. Angkut barang. Tukar baju hospital sembang ngan laki sat then tiba masa habis waktu melawat. Terus cengeng sebab kena dok sorang.

Dalam petang macam tu nurse dah datang check tekanan darah, then buat ctg check baby movement. Cukup active pulak dia. So tak de la risau sangat. Petang tu jugak prof valli datang melawat, then dia brief team dia . Before tu dia pesan kat aku, esok pagi awak akan  di induce. Hoohoooray. Positive kan diri. Padahal dalam kepala hotak dok bayang yang orang cakap. Induce ni sakit gile.

Keje aku dok menung je sebab pikir mampu ke tahan sakit esok. Dok lepak atah katil je.patut nya kena la jejalan sikit kan kasi senang bersalin. Tapi mood aku bebetul ke laut. Nak bertegur sapa dengan jejiran depan katil pun tak de mood.sudah nya malam tu asyik terjaga je.

First time tido kat hospital. Mana nak lena. Yang aku ingat, lidah dok baca  lailahailla anta subhanakainni kuntu mina zolimin . Baca sampai tertido. Then jaga balik. Nurse pun datang 2 3 jam sekali check tekanan darah. Makin dekat nak bersalin tetiba tekanan darah rendah bebenor. Kena paksa minum air banyak banyak.

8 May 2014,

Pepagi nurse datang tarik tirai. Luas rasa pemandangan.

Sepanjang aku warded tu, ada la 4 orang doktor pelatih yang datang interview A-z. Jenuh dok jawab soklan. Tabah kan hati pikir dorang nak belajar.

then pukul 9 pagi macam tu, nurse datang dengan wheel chair nak angkut p kawasan labor room. Get ready tuk di induce.

lepas tu



Bersambung........

lenguh tangan dok menaip dengan hp.