Darlings

Tuesday, July 30, 2013

Resipi Puding Roti

Bila aku masak dapur. Hura hara keadaan dapur tu keje kan. Zaman single ni memang jarang benor masuk dapur. Masak bila aku rasa nak masak jeeee. kalau tak rela tak makan la der . Malas lagi mengatasi perasaan lapar. Oke bab ni mungkin jangkit dengan Mr. Razman. Beza nya aku tak keding keding kalau tak makan pun.



Nak di jadi kan ceghita. Semalam offismate aku sebut pasal puding roti. Aku macam tertarik lah jugak nak cuba buat. Maklum lah. aku kan tangan kayu bab masak. so bila si alia cakap yang puding roti tu senang je nak buat . Terus la terdetik nak try. Apa salah nya asas bakat memasak yang memang malap habis sebelum kawen kan. 

So, here we go. Tepat pukul 4.30 aku tercegat depan punch card. Semangat waja der nak try buat puding roti. 


Bergegas ke giant dulu beli bahan bahan.

jangan panjang kan ceghita. Tangan pun lotih jugak nak menaip panjang panjang ni.

Bahan bahan :

Bahan-bahan

 
7-8 keping roti (depends pada kaurang lah nak buat tuk berapa orang kan)

* 500 ml susu segar @ 2 cawan ( Aku guna susu HL tu je)

* 4 sudu besar gula halus

* 2 biji telur

* 1 sudu teh esen vanilla

* 1 sudu kecil serbuk cinnamon ( Yang ni optional kot sebab aku tak letak pun)

2 sudu besar butter - cairkan ( aku pilih brand yang paling murah kat giant. Kedek bai)

3 sudu besar kismis

Untuk Sos Kastard

1 tin susu cair

1/4 tin air (guna tin susu cair tadi)

2 sudu besar tepung kastad

2 sudu besar gula 


Cara-cara


Sediakan bekas ke loyang ke whatsoever lah kiah. Satukan bahan-bahan yang bertanda *. Koyak2kan roti dan masukkan ke dalam bekas tadi.Biarkan terendam dan meresap seketika.
Masukkan separuh kismis dan juga butter cair .Gaul sebati. Kemudian tuang ke dalam loyang/bekas yang telah digris dengan sedikit butter.Taburkan baki kismis diatas adunan.
Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.

Untuk sos kastad pula - Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat. (kepekatan ikut selera masing2)
Tuang ke atas puding roti tadi. Jika suka sejuk, masukkan peti sejuk dahulu sebelum dipotong dan dituang sos kastad.

So guys. Selamat mencuba.

Saturday, July 27, 2013

Baju Raya 2013 by Jovian Mandagie

Niat di hati nak raya secara meriah tahun ni sebab nak celebrate tahun terakhir sebagai bujang kan. Tapi sebab busy plus kena saving lah konon, terus terbatal niat. So mungkin tahun ni kena behave sikit belanjawan untuk raya.

No kasut raya, no tudung raya. no duit raya. Baju raya untuk raya 1 pun tak terbeli lagi. Anggap tak do je laaah. Baru rasa nak sedih amat. tapi tiba tiba teringat yang dalam wardrobe kat rumah tu ada 4 helai baju kurung + dress yang masih tak terpakai. 

Terus tak jadi sedih. Lepas tu tiba tiba teringat jugak, fishtail dress yang aku rembat tuk diri sendiri pun ada yang belum pakai. errrk ni jual sambil pakai sendiri lah ni. Sampai berebut dengan customer.Nak bagi customer ke nak pakai sendiri. hahaha. Gila tak untung berniaga macam ni. Ni lah seorang Lyaa. Bab ni orang panggil menang membeli alah memakai.! Kita twist sikit peribahasa.

Walaupun tak beli baju raya. Window shopping tuk raya tetap berjalan. cuci mata tuk ubat kan hati. Macam biasa. Baju jovian tetap menggoda. Maybe sebab model dia tinggi melangit kot. so baju pun nampak cantik ajeee. kalau mak yang renek lagi rendang ni pakai. Takut ke lauttt aih.

Kali ni jovian buat design bervariasi sikit compared dengan tahun lepas. Memang melting habis. Siap ada orked, falling feathers lagi. Semua aku suka. Tahun depan kena ggrab satu tuk diri sendiri sebab dah lepas dah sikit beban kewangan. 















Range harga macam biase ler. RM 380- RM 460

Nak lagi best sebab boleh shopping online kat zalora. Tesco pun tak nak kalah kan. dah de Web online shopping sendiiri. Lagi cepat la susut account bank wanita wanita sekalian.

Happy shopping guys.


















Friday, July 5, 2013

Review Session : Fav Shawl Cik Lyaa!

Semenjak dua tiga bulan kebelakangan ni aku memang peminat tegar sikinrizqi. Cuma aku tak de lah borong banyak banyak sangat sebab pikir nak kawen kan. So muhasabah diri laaaah sikit. (muhasabah lah sangat). Tak silap aku sekarang aku ada lebih 7 helai koleksi shawl sikinrizqi ni. Kalau ikut kan hawa napsu yang meruap ruap ni, mau nya aku borong tiap tiap minggu. Tapi sabar lyaa. sabar.

Apa yang aku suka pada shawl sikinrizqi ni compare dengan shawl brand lain ?

Satu : Sebab shawl ni panjang nya 2M. So kaurang nak lilit sampai terbelit pun suka hati laaaaah. Jangan sampai tercekik sudah.

Dua :  Shawl ni kat hujung hujung tu bentuk curve. Sangat cantik.Sila lihat contoh Kak sikin gaya kan shawl ni. Bila bentuk curve, nampak macam beralun cantik jeeee.

Tiga : Harga Mampu milik. Yang paling murah. Shawl annabel (RM21) Shawl amrisa (RM24) Shawl amaya (RM26) . Shawl amery (RM29), Shawl Irma ( RM35), Shawl Briella (RM69), Kaurang boleh pilih nak yang mahal ke murah. Material dia bukan ler lembik lembut gila sampai tak leh bentuk. Sedang sedang. tak lembut sangat tak keras sangat bagi aku.

Empat : Senang nak bentuk . Terpulang kaurang nak pakai macam mana. Nak pin kan kat belakang ke, nak pin kat depan ke. Mesti shawl kaurang terbentuk cantik jugak. 

Shawl amrisa , new color. Menawan habis!!
Shawl annabel
Shawl Irma


Shawl Briella
Shawl amery
Shawl anastasia ( RM29)
Shawl annabel
Shawl Amaya
Amrisa

 Pinar tengok gambar kan. Hehe. 
all picha credit to insta sikinrizqi

  Boleh terjah fb or instagram Sikinrizqi. Boleh bergaya time raya sambil cover aurat!