Darlings

Wednesday, January 30, 2013

Siri Laksamana Sunan

First time tau pasal novel Laksamana sunan ni dari Mr Razman. Tengok cover novel ni nampak macam tak menarik jek pun. Nak lagi aku tak pernah baca karya Ramlee Awang Murshid. Bila dah baca satu buku, terus nak tau sampai akhir sebab ni novel bersiri.

Nak tau kenapa aku jatuh hati dengan watak novel ni? Watak utama mestila lah laksamana sunan a.k.a Saifudin. Dia dapat gelaran sunan sebab saifudin sentiasa mengamal kan sunnah Rasullulah. Kalau kaurang baca, tiap patah ayat dalam novel ni boleh buat jiwa terkesan. 

Rasa macam Saifudin betul betul wujud kat alam nyata.Lagi satu, boleh Jatuh cinta dengan keimanan dan ketaqwaan yang ada pada dia. Cinta Agong bagi Saifudin ni hanya cinta Allah SWT. Sentiasa bersangka baik even macam macam dugaan yang dia kena hadap.

Novel 1,
Bagai kan puteri

Sinopsis:
Haryani dan Laksamana Sunan... saling jatuh cinta. Pertemuan kedua insan ini dalam satu dimensi di luar batas jangkauan manusia , malah sukar diterima logik akal. Mereka dari zaman yang berbeza.


Haryani terperangkap dalam perkelahian antara kebaikan dan kebatilan manusia. Perjalanan yang panjang, penuh ranjau dan cabaran membuatkan Haryani dan Saifudin mendiamkan sahaja cinta yang terpendam.

Dani... pertama kali melihat Haryani yang terlantar koma di hospital terus jatuh hati. Dia berusaha membawa haryani kembali semula ke abad 21.

Antara dua lelaki , Haryani terpaksa membuat pilihan. Antara dua nyawa dalam jasadnya; sama ada tinggal bersama Laksamana Sunan pada penghujung kurun ke 15 atau kembali semula ke abad 21. Tiada dua kehidupan dalam zaman yang berlainan. Salah satu kehidupan itu mesti mati.
 Credit to http://www.kelabram.com/

Novel 2
Cinta Sang Ratu



Cinta Sang Ratu laksana langit mencengkam purnama, ibarat mutiara di lautan biru saujana mata memandang, seluas langit terbentang.

Tatkala cinta berbisik, suaranya memuji TUHAN Pabila rindu terusik, rasulnya jadi pilihan.

Sampai masanya cinta jadi taruhan Sang Ratu menjadi impian.

Akhir Kurun ke 15: Ratu Sulaman terus memerhatikan kerumunan orang ramai. Dia tertinjau-tinjau dan mengharapkan Laksamana Sunan segera bangkit. Seketika tadi dia berjaya melepaskan sebilah anak panah tepat ke belakang lelaki itu. Jantungnya kini bagai direntap kasar apabila melihat jasad Laksamana Sunan diusung beramai-ramai. Hatinya rawan teringatkan ucapan lelaki itu kepadanya.

"Sebagai manusia, aku sayang kepadamu."

Awal abad ke-21, bersendirian di bilik tidur, Haryani meraih ingatannya kepada Dani. Lelaki yang telah menyelamatkan nyawanya itu kini hilang sewktu tsunami melanda Aceh. Harapan untuk Dani hidup amat tipis. Tidak mungkin Dani selamat dari badai ombak itu. hanya kata-kata Dani sahaja yang menjadi pengubat resahnya.

"Haryani, walau apapun yang berlaku, saya tetap mencintai dan menyayangi awak."

Dua wanita dari dua zaman ditakdirkan mencari lelaki-lelaki yang pada mulanya mereka benci. Dan, akhirnya bertemu dengan orang yang dicari. Namun, apakah lelaki-lelaki yang ditemui itu masih memegang kata-kata mereka sebagai satu janji?

Cinta Sang Ratu... Mengulang kisah perkelahian di langit yang berlanjutan kepada peperangan di bumi semata-mata kerana cinta.

Credit to http://www.mohdrohaizad.com/2011/05/novel-cinta-sang-ratu-ramlee-awang.html

Syair indah  Sunan buat Ratna.

Cinta Sang Ratu
Laksana Langit mencengkam Purnama
Ibarat Mutiara Di lautan Biru
Saujana Mata memandang
Seluas langit terbentang
Tatkala cinta berbisik
Suara nya memuji Tuhan
Apabila rindu terusik
Rasul Nya menjadi pilihan
Sampai masa cinta jadi taruhan
Sang ratu menjadi impian

Aku review dua siri je. ada 4 siri sambungan lagi yang tak kan kecewa kan kaurang. Karya Ramlee Awang Murshid ni terbaik.

Sampai sekarang aku masih terkesan dengan watak sunan ni. Betul betul jatuh cinta!
pic credit to http://kasehime-novella.blogspot.com
 

Monday, January 21, 2013

Umi

Semalam umi call. Rindu gamak nya. Tapi ego letteeew nak bagitau yang dia rindu. Since aku dah keje ni, umi selalu call, compared dengan zaman study dulu, memang jarang sangat dia call. Kadang kadang jealous tengok  roomate, unimates yang lain boleh di katakan hari hari diorang call mak . Aku pulak? Aku memang jarang call umi, sekali seminggu or dua minggu sekali. May be sebab aku tak di ajar untuk mengadu dengan umi kalau ada masalah, so kalau ada masalah sekali pun aku pendam.Awkward nak bermanja dengan umi sendiri.

Semalam jugak aku tidur dengan perasaan yang bersalah gila gila sebab umi cakap. "Tak call umi pun tanya khabar dia" Erkkkk. aku tersentak. speechless. Sebab baru dua tiga yang lepas aku cakap dengan dia pasal nak balik kampung time raya cina nanti. Mungkin bila dah makin lanjut usia ni, makin sensitif hati umi . aku pulak alpa sampai lupa nak call dia. Lepas ni kena buat schedule call umi selang sehari. Takut umi terasa. aku ni pulak kalau rindu ke, teringat dia ke, aku bukan jenis akan call & cakap rindu umi laah, tak sabar nak balik peluk umi laah. Paling tidak pun aku akan cakap aku nak balik kampung & teringin nak makan masakan umi.

kaurang mesti rapat dengan mak masing masing kan. any tips ?

Wednesday, January 16, 2013

DRB-HICOM AUTOFEST 2013, in support of GAZA



Sape sape yang simpan niat nak beli kereta dalam masa terdekat memang elok sangat lah join autofest ni. Nak tengok kete Mitsubishi ke, audi ke, honda ke, proton ke, suzuki ke,erkk malas pulak aku nak taip satu satu. sila refer Picha diatas ye. 

Nak buat appoinment tuk service Mitsubishi car boleh cari aku lah. Aku boleh arrange kan. Jangan tanya pasal harga kete pulak dengan aku. Aku tak jual kete.

Located at glenmarie, Landmark- Drb hicom or Hotel Holiday in.
. Start 10am-6pm

Lupa pulak.

Autofest ni berlangsung mula 18 jan - 20 oke. So, meh la meriah kan suasana. Kot kot kaurang dapat Lucky draw ke. Aku ni pulak kena menyebok kan diri kat sana hari jumaat. Meh teman aku meh.

Monday, January 14, 2013

Shawl Tutorial : Cover Your Chest

Bila dah menginjak ke arah 25 tahun ni. Punya sikit kesedaran lah untuk share dengan kaurang "shawl tutorial" yang mencover aurat sikit . Manusia memang tak sempurna. Tapi kalau dia effort untuk sharing. Go ahead. Lagi pun sharing is caring kan.


Sape yang tak kenal Dena Bahrin kan. famous Blogger. Kagum dengan lifestyle dia.Sangat menjaga aurat. Kahwin di usia muda. dan dia dah bukti kan yang kahwin awal tu tak semesti nya jadi penghalang untuk kejar masa depan kan dan dan dan dan yang TERpaling kagum sebab tak lama lagi nak jadi ibu dah. arrrgh. Jealous.
Ni antara tutorial kesukaaaaaan. Ntah bila ada chance nak p grab maggie shawl from calaqisya ni. Hot selling habis. Agak nya kena p rembat kat butik sendiri ni. Kalau harap online, Kena refressh manjang la gamak nya.

Yang ni aku tak tau siapakah gerangan nya. Aku main search je. aku rasa shawl yang dia pakai ni sopan. So, aku letak ler sekali kat sini.

Selamat mencuba.

Versi aku pulak? hurmm nak buat tutorial tu yang malas. Sebab style aku memang aku main belit je depan cermin. Kadang kadang idea datang dan dan tu jugak. Lepas tu try kali kedua dah tak ingat. huhuahuahua. Prolematic betul budak ni.

Tuesday, January 8, 2013

Tutti Frutti VS Snogurt

Siapa peminat tegar tutti frutti , siapa peminat tegar snogurt? Kalau tanya aku, aku jawab Tutti Frutti ler. Walaupun Tutti Frutti lagi mahal. Tapi puas hatiiiii.

Actually baru sekali aku jejak kan kaki ke snogurt yang dekat seksyen 7 tu. Itu pun lepas sesi habis kan duit dekat gulatis. So alang alang dekat seksyen 7 terus ler terjah snogurt pulak. Reason utama sebab nak tau lla snogurt ni lagi best dari tutti frutti ke same je rasa . 

Masuk snogurt je, tengok decoration kedai. Not bad laaah. Very the colorfullll. 

Then terus ambik ambik cup. Tak menyabar babeee. Aku ambik banyak flavor jugak hari tu. Termasuk flavor dewvy melon & mango peach. dan tak lupa flavor yang tak pernah missed choc & vanilla.Dan dan jugak le aku cedok Mango peach masuk tekak dulu. Oh maaak aih. Very masham!. Dah nama nya mango peach kan. huahua. padan ler muka. Saje je nok men try sebab before p snogurt tu, aku ada la jugak baca review orang. Suggest kan ambik mango peach. Guess what? Memang tak menepati citarasa lidah aku lah.

mari terjah gambar snogurt yang berjaya di cilok dari page diorang la.




Harga bagi 100gram berat Tutti-Frutti = RM5.30 

Harga bagi 100gram berat Snogurt = RM4.90 

Tapi pilihan hati aku , tetap tutti frutti. Sebab aku lagi suka rasa froyo tutti frutti, tak muak sangat. Lagipun tiap kali aku p tutti frutti, dua flavor je yang jadi pilihan hati. Yang len kureng pandang sikit. Aku rasa dah jadi monthly routine dah gamak nya. Ni semua pasal Tutti Fruitti sekangkang kera dengan rumah aku .


So, pilhan kaurang?


Friday, January 4, 2013

Uitm Puncak Alam Dalam kenangan

Sambil menunggu kat office, bosan bosan bukak facebook, kelik gambar lama. Haiyoooo. Kerinduan sangat sangat zaman Uitm dulu. Dah lama jugak tak jejak kaki kat uitm puncak alam. Kenangan pahit manis jadi pioneer uitm puncak alam.

 Lepas je aku keluar. Ramai Blogger blogger & model famous masuk uitm puncak alam. hades. Tak do chance ler nak jumpa. 

Sambil layan perasaan , sambil update blog & gambar.

our first semester.

Orange day
Red Day
 Class Rep aku yang kat tengah tengah tu. Oh rindu jugak. Dah sambung belajar sampai oversea mamat ni.



Discussion group
Submit assignment

 Kira dah setahun lebih lah aku tinggal kan zaman belajar. Betul la orang cakap, zaman belajar lah yang best. Cuti lama, enjoy tahap gila.
batu cavesss. huahua. teringat kenangan nek tangga ni. hazab. tapi tak kurus jugak
 Gambar cilok dari google

Bila dah keje, cuti tak cukup masa rest tak cukup. Haiyoooo. Nasib lah dah enjoy sakan dulu dulu. Kalau tak mesti menyesal punya.

 


Entri Pertama 2013

Dah masuk hari keempat tahun baru. Tak de apa apa beza pun bagi aku. Cuma kena sedar kan diri umur makin hari makin bertambah. nak pulak aku rasa macam cepat je masa berlalu. Rasa macam takut nak buat count down pun ada. Makin rasa nak stop kan masa. "Kalau lah boleh kan".

Tanya pasal azam? Macam tahun lepas. Tak do specific azam. Lagipun biar aku saje yang tau amenda yang aku nak buat. 

Cer share azam kaurang masing masing. Boleh jugak aku tumpang baca kan

short entry sudaaaah.

Nanti petang aku update laei.





Pssst : Aku open blog b2b untuk reader dalam bulan 3 nanti. Sebab tak banyak yang aku share pun. So nak open untuk public reading pun raso macam sogan.