Darlings

Saturday, June 30, 2012

Rejeki Kahwen

 
 Even tak naek sampai beriban riban. Tapi kita tetap kena syukur kan. Rezeki Allah tu ada kat mana mana. Yang penting Usaha Dan Tawakal. 


Aku tengah mentabah kan diri. Keje 6 hari seminggu bukan senang. Orang lain tengah syok tidur, kita tengah keje. 
errrrrrrrk bukan koje sangat pun hari sabtu. Rasa macam dok CC je . Sebab koje dok layan blog .


Lately pulak, aku tak tau apa yang aku dok stress kan sangat. PMS mungkin. Stress sampai tegang urat urat yang ada. 

Saturday Morning dengan Mata rabak. Padahal biasa nya tidur seawal pukul 10. Deeeeemn lah

Friday, June 29, 2012

Pepantai @ Terengganu

Gambar gambar di bawah dah lama jadi pekasam dalam hp . Sampai dah terlupa kewujudan gambar gambar tersebut. Hari ni tiba tiba buat teringat kewujudan gambar yang dah jadi pekasam ni . Maka, wujud lah entry ni.

Gambar ni main main snap masa on da way balik dari kelantan ke Negeri sembilan. Erk lepas engagement ceremony ler. Aku numpang family Mr Razman balik sekali. 

Kalau dah nama nya konvoi beramai ramai. Maka banyak la tempat persinggahan, pantai teganu, payang pasang, kedai kopok lekor, jagung bakar, sata . Mihun sup. Nah. kaurang kira lah berapa kali persinggahan tu, Perut macam nak pecah dah sebab asyik makan dan makan seterus makan lagi.
Pantai kat teganu ni memang meruntun jiwa betul laaah
yeahhh cardigan itewwwwwww.
 Lepas tunang secara rasmi jugak, berat badan aku naik dengan jaya nya. Tak tau la faktor bahagia atau faktor stress dengan keje.

Thursday, June 28, 2012

Color for your wedding?

Bila nak decide color wedding pun dah pening, apatah lagi nak decide menda lain kan. Lagi haru biru. Dalam kepala hotak aku ni, semua color aku nak. Tapi kalau boleh nak pastel  color la. no color blocking for my wedding. Sebab hari hari dah aku suka pakai color terang terang. 

So , untuk wedding harus ler color pastel. Tapi jawapan aku pada white color tetap NO. 
Tapi kan tapi, tiffany blue pun cantik kan. Tengok engagement theme Sis kikin hari tu. Dah jatuh hati dengan tiffany blue.




 Masa masih panjang lagi nak decide. Tapi tak do 2 3 bulan nak kawen baru nak decide kan. Kena balik tidur mimpi dulu mana tau kot dapat ilham sikit. 

Pandangan kaurang?

Wednesday, June 27, 2012

Sugar Glider . Do & Don't

Hari ni jenuh pikir nak update entry ape. Bosan je biar blog tak berhupdate.Pikir punya pikir, dah lama tak update pasal sugar glider kan.Kesayangan aku, Si Katrina berbahagia sekarang dengan partner Si Rio

Bela sugar glider dah jadi trend. Bila orang bela, kita pun nak bela. 

Katrina & Rio
Nak di jadi kan ceghita,

2 tahun yang lepas, Tak pernah terdetik pun aku nak bela sugar glider ni. Tengok orang bela je. Sampai lah Bestie aku bagi hadiah suh bela. Start hari tu lah aku jadi Pembela Sugar glider. Hawt kan nickname tersebut.

Honestly, Masa aku mula mula bela. Knowledge pasal sugar glider adalah zero. Nothing!

Nasihat aku. untuk yang baru ada niat nak bela sugar glider. Tolong buat research. Jangan bela sebab orang lain bela sebab sugar glider ni bukan takat kaurang bagi buah epal sahaja. TOTALLY WRONG. Jangan kaurang p terikut dengan cara abang abang yang jual SG kat uptown ni. Diorang senang aje, kasi makan epal, air. Nak kaut untung punya pasal. 

Aku suggest kan. for beginnner, tolong buat research betul betul. kat facebook pun bersepah group sugar glider. kalau nak join group Sugar glider Malaysia, ni aku kasi link .

Pembela sugar glider yang baik  akan menitik berat kan diet yang betul. Diet yang betul tu makna nya ke ada protein , air, calcium , rendah lemak & gula. Ni aku bagi yang basic ajo. Kalau nak tau, kaurang boleh refer kat link yang aku bagi tadi, blog pulak yang paling bagus untuk reference, blog sugiesathome .

Kat bawah ni ada list makanan yang kaurang tak patut bagi kat sugar glider.

Unsafe Food
  • Baby foods that contain onions or garlic
  • canned foods (most contain added salt and sugar)
  • cheese
  • chives
  • chocolate
  • coffee
  • fried foods
  • garlic
  • insects that are not raised as small animal food
  • leeks
  • milk (cow or goat’s milk)
  • millet
  • onions
  • peanuts (can cause aflatoxicosis)
  • processed meat
  • raw eggs
  • raw meat
  • rhubarb
  • salt
  • scallions
  • soda
  • sugar (granulated sugar or foods with added sugar)
  • tea
Food to Avoid
If given at all, these foods should only be fed in small quantities and not regularly.
  • dog food (see the cat food controversy below)
  • iceberg lettuce
  • nuts
  • sunflower seeds

List buah buahan , sayur, Etc yang  kaurang boleh bagi
  • Apples (high in  phosphorus)
  • Apricots
  • Avocado (Feed sparingly, particularly useful for weight gain. This fruit is extremely high in fat.-not recommended to feed regularly)
  • Bananas (high in iron & phosphorus)
  • Bell peppers (sweet)
  • Blueberries (Small amounts once or twice a week - too much can give them the runs.)
  • Broccoli
  • Brussel sprouts
  • Cantaloupe
  • Carrots
  • Cherries
  • Chicken (Never raw. Boil until fully cooked, no seasonings. Use organic, if possible.)
  • Cucumbers
  • Eggs (Always boiled or scrambled. Two gliders can share one egg.)
  • Honeydew
  • Kiwi (Do not worry about removing seeds.)
  • Mango
  • Mushrooms ((white) Store-bought only! I don't want to see anyone feeding their gliders something they found in the backyard, lol.)
  • Oranges (However, not safe regularly. Citric acid can give gliders the runs. Works well to clear up a constipated glider. Never give to joeys.but can give to glider who's having FLU. give them a small sip only)
  • Papaya (very high in calcium.good for those who give their gliders, mealworm)
  • Peaches
  • Pears
  • Pineapple (High in citric acid. Only feed small amounts about once a week at the most.)
  • Plums
  • Raspberries (Small amounts once or twice a week - too much can give them the runs.)
  • Soy (Contrary to popular belief, soy is not harmful to gliders. A piece of tofu is a delicious treat. Just do not forget to also offer your glider his regular calcium and protein.)
  • Spinach (A great source of calcium.)
  • Sweet Potatoes (I would recommend boiling them and mashing into a puree.)
  • Watermelon (Small amounts once or twice a week - too much can give them the runs.)
  • Yogurt Plain or flavored, do not use any with artificial sweetners. Avoid "sugar free
Tu pasal makanan, ni pasal cage pulak.. Haish. ni lagi tak leh nak cakap apa. Standard size untuk cage sugar glider adalah 3 kaki . ulang suara 3 kaki. Sugar glider ni binatang yang aktif waktu malam. kalau ikut habitat asal, diorang kan macam tupai, lompat sana sini, so kalau kaurang letak kat cage hamster tu, sugar glider akan jadi pasif. tak reti nak glide, takut takut je nak lompat.


Ehsan pet shack. Harga cage ni RM100. Kalau rasa sayang sg kaurang, p la beli. Tlg jangan seksa Sg.
Itu je aku nak share. aku pun dalam learning process. Bukan Pro. Tapi sekarang ni kalau tak tau, kaurang boleh google. Jangan sama kan sugar glider dengan hamster.  


Renung renung kan.


-

Tuesday, June 26, 2012

Kisah Teladan . Especially ladies.

Entry ni berdasar kan kisah benar. Bukan cubaan, ini betul betul!

Last week, my offismate ada ceghita yang anak angkat kakak ipar dia. errrrk kira anak buah dia ler kan. kena kidnap area cheras. Yang buat aku speechless. Anak buah dia umur nya 21 tahun . Bukan 5 tahun, bukan 10 tahun.

"Kawan aku ceghita. Anak buah dia tu baru balik dari keje, Tiba tiba, ada van benti depan dia, terus tarik dia masuk van.  Apa laei. Meronta la budak perempuan tu. Tapi samseng samseng dalam van tu belasah dia sekuat tenaga. Nak bagi budak tu pengsan. So senang sikit nak buat keje jahat diorang kan. 

Budak perempuan tu usaha nak bolos kan diri, kebetulan hp ada kat tangan. So dia main tekan je nombor, tapi bila samseng tu nampak, terus hp kena rampas & campak ke luar . Bukan main tragis, dah ler kena belasah. Hp kena campak. Kemain kan kau samseng. Aku dengar yang menyirap."

"Bila Allah nak selamat kan hamba Dia. DIA bagi seribu macam cara. Nak di jadi kan ceghita. Ada chinese ni tergerak hati nak tolong, dia benti kan kete depan van tu, cuba tolong budak perempuan . Berkat budak perempuan ni meronta ronta, dia berjaya lepas kan diri, then masuk dalam kete chinese ni. Alhamdulillah. Allah selamat kan dia dari jadi mangsa sindeket perdagangan manusia. "

Sapo pun yang ada kat tempat budak tu, confirm trauma seumur hidup. Lambat satu saat je, kemungkinan dia boleh  di jual, jadi pelacur. Manusia sekarang tak do perikemanusiaan. Tak do belas kasihan.

Kisah ke 2.

Ni yang Mr Razman yang ceghita. Supaya aku ambil langkah berjaga. 

Kita nama kan si akak ni  suraya heh.

"Satu hari, kete  Suraya ni kena langgar dengan satu bangsa ni. Bangsa apa kita rahsia kan. Dia datang kat kete Suraya, siap cakap, " akak, kereta akak kena langgar belakang ni, teruk ni" Konon nya ajak suraya ni keluar nak settle kan. boleh pulak kan, kau yang langgar kete orang, kau yang beria ajak orang tu keluar nak settle kan.

Tapi Suraya ni tak sedap hati, tak bukak pintu kete, just cakap. Eh tak pa lah. may be sikit je tu. so dia blah kan diri.

Sampai rumah aje, terus dia check kete

Guess what!! Nothing happened!!! Bumper dia sehat walafiat lagi. sedikit calar pun tak do. Yileeek. So, kaurang pikir sendiri lah apa motif si bangsa tadi. mungkin samun.

Kita sebagai perempuan, kat mana mana pun kena hati hati. Orang anggap kita ni kaum yang lemah. So bila bila masa je kita ni senang nak kena tindas. 

So, to ladies out there. Kita kena ambik langkah berjaga jaga. Jaga diri, hiasi peribadi. Adios

Monday, June 25, 2012

Engagement Nurul Nadia & Halim

Semalam cekal kan hati bangun awal di hari ahad , semangat berkobar kobar nak tengok kawan tunang kat melaka. Oh, memang cekal kan hati bila kena bangun pagi. Sepatut nya planning awal tidur kat melaka, tapi last minute cancel. So hazab ler sikit bila hari ahad pun bangun pagi. Tapi sebab nak tengok kawan tunang kan. Bertabah!

Kitorang gerak p melaka pun dekat pukul 12 pun. So sampai lebih kurang pukul 2.

Dah sampai sebok cari pentunang dulu. 

Speechless lagi, sebab tengok meriah gila. Mini pelamin pun very da vass. Jealous mak okeh.


Si pentunang

Start bercinta awal tahun ni.
Jodoh sampai awal, 
aku jugak yang lambat .bertahun bercinta baru tunang. kawen entah bila lagi.


mata ghupe tak cukup tidur kan aku. tapi sebenar nya terlebih tidurrrr.
 Nanti kita tunggu wedding si nurul n halim ni. Aku rasa majlis diorang dulu kot . Then baru aku. Sebab banyak lagi yang nak kena settle . So, kasi chance kat diorang dulu kawen.

Mini Pelamin yang very da vasss

Sempoi sudah review aku. Sebab hari ni hari isnin. Hari isnin kan monday blues kawan kawan, Kepala teringat bantal tilam kat rumah ajeeeee.

Mintak diri dulu. Chows.

Saturday, June 23, 2012

Tabung Kahwin

 Bila sebut pasal menabung. Aku ni bukan jenis manusia yang gheti menabung. Seriously. Sepanjang hidup dah nak masuk 24 tahun. Aku tak pernah ada tabung. Kalau aku simpan coin pun , letak bersepah sepah. Lepas tu bila tak do duit, meraba la cari coin tu balik. 

Tabung kawen harus jangan fancy sangat. tapi kena handsome macam owner dia. Bravo!
Tapi , semenjak dua menjak ni. Aku muhasabah diri. Macamana aku nak kumpul duit?

Tiba tiba  Dapat akai bila masuk Hinode shop. Terjeling tabung ni, eh handsome plus murah. Gua rembat satu tabung! Di rasmi kan nama tabung sebagai tabung Kawen!!!!

Aku maen sebat je tabung ni, balik rumah konon semangat berkobar kobar nak menabung ni, kutip coin yang hado celah celah wardrobe, celah celah beg make up. Dan lagi best, tabung ni memang tak do tempat nak bukak . hahaha. padan muka!.

Makna nya. once kau taruk duit, dah tak do harapan kau nak ambik balik. unless kau p jahanam kan tabung tu. Yesssssss! Misi aku nak menabung akan berjaya dengan jaya nya sebab aku tak boleh nak cilok duit dalam tabung ni time kesengkekan melanda. 

Akhir kata dari,

Harapan aku besar. Nak menabung betul betul, bukan hangat hangat taik ayam lah. 




Wednesday, June 20, 2012

Wedding Epa @ Dewan Serbaguna Sirim.

Last sunday, bertuah sebab dapat hadir kan diri ke Wedding Epa  her husband. Siapa Epa? Epa ni di antara kawan blogger aku di zaman awal awal blogging lagi. Sampai ler sekarang. Sebab aku cakap bertuah? 

Sebab aku jarang dapat spend masa untuk jumpa blogger yang rapat dengan aku. Kalau aku buat list. Ramai blogger yang aku nak lepaking sama sama. Macam Sis Ziera, Indah Mulya, Hazanis, Dak intan nurfateha, Nurulbadiah,Fasha, Nani ilias, Ee and Kak reen, Ila hunnybunny. Ishk. Kalau list kan semua memang tak terkira lah.

So, bila aku ajak Mr Razman , dia cakap okay. Aku ler orang yang paling happy.

Masuk dewan sirim je , terus aku nampak puan epa. Kuning di raja okeh. Manis je pakai songket. Seri penanten orang cakap.
Okeh. terasa pendek di samping Puan Epa.

Her sweet pelamin.

To Puan Epa & Husband.

Congratulation & Thanks for da invitation dear. Nanti tunggu Wedding kita yang entah bila tu pulak. hehehe. Nanti set masa untuk lepaking lagi.

Monday, June 18, 2012

Saturday yang awesome!

16 June, Lepas keje berkejar ke Kg Melayu Subang. Offismate buat akikah untuk puteri sulung dia. Tapi sekali pusing pusing, tersesat daaaa, Tak jumpa cari rumah. At the same time, umi aku call few times suruh datang Cheras dulu , attend wedding anak sepupu aku. Takut tak sempat jumpa umi aku, pusing ler balik p cheras dulu. Kang tak sempat jumpat umi pulak. Jalan pun boleh tahan jammed okeh. 

Luckily, aku sempat jumpa umi, sempat camwhoring lagi. Jumpa umi dalam sejam pun jadi lah, dari tak jumpa langsung kan.

Ramai ler jugak jumpa sedara mara kat sini, Tak sangka ramai jugak sepupu sepapat aku belah papa ni stay Kat KL. Heeee. Nampak sangat tak tau sebelum ni kan.

Kalau p wedding ape lagi aktiviti kan. makan , bergambar, chowsss ler. Nak stay lelama pun tak boleh. ada tempat lagi nak p.
  
Terjah gambar penanten dengan flower girls.
Baju penanten kebabooom habissss.
Familiess. Picha selalu blur sebab ambik dengan HP je. So, Redha ajo lah
Adik penantennnn
Okeh candid ibu dan anak . Umi tengah rembat udang penanten
Lepas umi bertolak balik ke Kelantan. Dengan secepat mungkin gerak p Kg Melayu Subang pulak. Ohh nasib baik ler sempat lagi p. Officemates aku pun ada lagi dok sembang sembang. Tak do lah raso macam kera sumbang sangat kan.
Diana a.k.a mummy Nur iman safiah
Cantik kan combination color. Pink & Blue.
Budak tecik comel ni. Gerammmmm!

Lepas kenduri akikah. Chows kan diri balik rumah. Sebab ada orang tu cakap nak rest, ganti tidur. Tapi tup tup pukul 8 call balik. Ajak p makan kaw kaw burger. heeeee. 

Aku ON je. sebab aku tengah kebulur kan. Tapi ni Kawan Mr Razman yang ajak, Kalau bukan sebab kawan dia yang ajak, Aku rasa memang tak la dia nak ajak, Dah kenal sangat Perangai dia yang tak suka beratur tu.


Aku amek set yang single aje, sebab aku tau, aku tak mampu nak habis kan double bagai. Single pun aku dah main sumbat sumbat. Review aku pasal kaw kaw burger? Boleh lah. Tak de la over sedap, tak de la tak sedap sangat. Ikut tekak masing masing kot. May be bagi certain orang sedap gile kan. Pendapat masing masing. 

Okeh? lepas ni nak p try Yazid burger kat shah alam pulak...

Saturday, June 16, 2012

biawak

biawak ???
apa itu biawak ???
biawak adalah sjenis mnusia yg suka berubah2.
fikir2kan lah kwan...
hahhahaha
just kidding...
xde keje ni....
I LUV BIAWAK SO MUCH !!!!!!
MUAH !!!!1

Wednesday, June 13, 2012

Review session: Lipstick

Aku jenis yang jarang habis kan duit dekat lipstick. Sebab 1 lipstick tahan sampai 6 bulan. Gila lama kan. So berbaloi kalau beli lipstick harga 30 or 40 hinggit then pakai berbulan bulan.

Hari ni aku nak buat review lipstick maybelline ni. Harga berbaloi baloi, color pun boleh tahan lah. Mula mula Aku sebok dok cari nude color. sekali dapat color ni. pun jadi lah.

Maybelline Watershine Pure P11
Sape ada suggestion lipstick yang best best. Meh promote kat aku meh. Mana ler tau kot kot serasi dengan aku kan. Tapi so far brand revlon jugak lah yang melekat kat hati. Maybelline ni tak berapa melekat kat hati lagi. Mungkin kena try lagi yang lain.

 Tapi masa E day hari tu , aku pakai yang ni la. Mak cik mak cik sepupu sepapat aku suka color lipstick ni. Siap suruh lanting kat dorang lagi. Mintak mahap lah. Lepas E day ni tengah kesengkekan & tengah men saving kan diri tahap gaban. So, kaurang p beli sendiri lah lipstick ni. Bukan mahal pun. tak sampai 30 hinggit tak silap aku. 

Okeh. Boleh p bertapa kat watson or guardian sekarang .

Tuesday, June 12, 2012

Review session: Baju & Veil

 Review baju E day pulak .

Okeh, ni nak tunjuk detailing baju.  Aku memang suka sangat dengan sulaman sulaman yang hado kat baju ni. Tapi aku ni terlebih rajin, bila terlebih rajin, aku terbeli pearl dan manik sekalian masa beli barang hantaran. So apo laei. bermula la episode menjahit manik manik ni. 

Aku kerah sepupu aku sekali jahit sebab aku tak do bakat menjahit. So harus lah aku heret orang lain sekali. Selepas dua jam, Berjaya jugak jahit.

Ceghito cari baju ni pun boleh tahan sakit kepala. Mana nak cari baju. Sebab aku tak mau sewa baju pengantin okeh. Hover. Ikut kan sakit kepala hari tu, aku nak pakai aje dress yang hado. Time aku dah give nak cari baju ni, tiba tiba ada satu update keluar kat home facebook. Omaigodness!. 

Terus jatuh hati. View semua gambar dalam album. Finally. aku pilih kaler purple yang tak berapa nak purple, ke arah pink pun hade.

Meh kita tengok antara collection cik asniey ni. Kaurang jangan risau, kat bawah nanti aku letak link okeh. Mana tau boleh buat koleksi baju raya tahun ni kan.


I love this. Tapi ambik ler size yang besar sikit nanti kan. mesti cun punyaaaaaaa.

Tapi kalau kaurang perasan, baju aku pendek sikit kan. Sebab aku dah alter. hohohoho. diam diam heh. umi aku tak tau aku alter baju tersebut.
 Kalau dia tau baju tersebut sebenar labuh paras lutut. mau nya kena tarik telinga laju laju. Aku p alter senyap senyap baru show off kat umi.Reason alter? sebab bila baju tu labuh sangat, tak nampak kain yang kembang payung okeh..
kikikikikiki . okeh. nak shopping? klik link bawah ni

Veil pulak? Of cos dari Radiusite. Tengok pun dah tau kan. Veil ni aku tak sempat nak DIY bagai. Beli yang dah siap je. Nak beli online pun malas. So direct ke Butik Radiusite kat shah alam tu terus. Memang nekad kan hati.

Jatuh cinta dengan shawl a.k.a veil radiusite ni. High quality punya chiffon. sayang je rasa nak pakai lepas ni. Simpan dalam luggage diam diam

Ceghita Veil lagi. Aku punya confident lah beli veil ni, tak bawak baju pulak tu nak match kan sekali. Balik rumah bila nak match kan. color agak lari sikit. Tapi aku ni agak sempoi. aku gasak aje.

 Lepas tu bersusah payah pulak nak cari shawl kale gold nak match kan dengan sulam sulam tersebut. Memangs susah okeh. Senang cite, aku punggah semua shawl yang hade, tengok kale kuning. Terus je testing depan cermin, mix & match dalam masa 10 minit. Settle. Anak tudung tu pulak dah lama beli dengan Sis Iera ziera ni.

Okeh la. Dah panjang lebar pulak aku membebel. nak kena stop sebab kojeeeee banyaaaak. bye bye

Thanks for reading.

Monday, June 11, 2012

Engagement Part II

Morning morning. Masing masing tengah layan monday blues ke. Mata aku ni macam di gam habis ni. Mengalah kan orang tengok bola. Bila mengantuk, Mula cari alasan nak hilang kan kemengantukan yang amat ni dengan hupdate blog. Kira aci ler tu.

Semalam dapat gambar, hari ni gigih update blog. Tapi tak semua lah aku share. Aku rajin kan diri upload kat facebook je lah. 

Sambil aku karang ceghito, kaurang layan gambar sekali.
Rombongan.

Tarikh 2 june 2012 tu, Mr Razman yang decide. Aku decide bulan aje.. Kebetulan pulak Kitorang memang cuti . So cantik lah tarikh yang dia pilih tu.

Family Mr Razman nak yang simple. So am i. Aku kalau boleh nak yang sangat sangat simple. Simple di sini bermaksud. Tak de hantaran, cincin satu je, tak de mini pelamin. Tu aku & Mr Razman dah sama sama setuju lah. Capai kata sepakat.

Sekali, Family aku tak nak. Mak cik mak cik aku cakap. Sebab aku anak tunggal, & Family Mr Razman datang dari jauh.. Mana relevan buat simple. Tu dugaan pertama yang datang, agak konflik aku dengan umi aku. Hari hari ada phone conversation dengan umi. Kadang kadang menangis sebab belum apa apa dah konflik. Tabah kan hati. Sebab aku ada dua family nak kena jaga hati.
Geng Hiache. Geng pajero tak do gambar nyaaa.
Last decision.  Kitorang decide 5 hantaran berbalas 5. Tak masuk cincin. Tapi aku tetap berkeras tak mau mini pelamin. Aku takut orang cakap hoverrrrrr. Macam nak kawen. So Majlis aku memang sempoi tapi tetap meriah sebab family aku ni family besar. Adik beradik umi pun dah berbelas. Campur adik beradik papa lagi
Puas hati bila berjaya DIY sendiri hand bouquet.Balik kenduri kendara terus  settle kan hb, then kroooooooooooh . Memang tak mandi!
Make up? Lagi lah tak hire mana mana mak andam. Sebab aku nak make up yang simple. Just calit eyeshadow sikit, then make up macam biasa. Sepupu sepapat bising sebab tak p make up dengan mak andam. erkkk bila aku cakap tak mau, maksud nya tak mau lah. Make up biasa tanpa fake eyelash, kening pun tak trim. Kalau aku nak make up yang proper pun nanti pre wedding photoshoot kot.

Kesayangan yang banyak bersusah payah, Main sponsor untuk makan makan.  Terima kasih yang amat sangat umi.

ooooh memang ada ceghita di sebalik gambar. ceghita nya biar family kami saja tau k. hohoho
 okeh kali ni betul betul betul...
Mak tak mau senyummmmmmmmmmmmmmmm, sama macam umi, tiap kali gambor mesti macam ni.
Mr Razman's Fiancee
Even aku tak suka barang kemas. Tapi aku tak berani nak ambik yang emas putih . Takut kena pelangkung dengan umi.
  Antara kawan aku yang datang. eceh. macam ramai je yang aku jemput. Thanks for coming babe even dia busy.
kualiti gambar berbeza berbeza sebab campur dengan gambr dslr & camera pinky aku
kesayangan yang banyak jasa .  

Kak suhana sayang. Thanks for comingggggg kakak. Dia datang awal. Agak terkilan sebab tak boleh nak spend time banyak banyak, Thanks jugak sebab sponsor Homestay untuk Family Mr Razman. Lebiu ketat ketat!

Future in law. InsyaAllah. Semoga Allah permudah kan urusan kami.
 amin.


Psssst ,Pasal baju & veil. aku wat satu entry khas. lepas ni. chows!