Darlings

Saturday, July 30, 2011

Cun tapi macam bangkai


Aku ada cerita, cerita lama yang di peram . Kalau dulu hati aku bengkek bernanah la sebab simpan je dalam hati. Tapi lama lama aku pikir balik. tak hado pekdah aku simpan, Nanti sindrom sakit hati makin melarat. iye dok? 

Dalam dunia ni kan. Ada banyaaaaaaaaaaaaaaaaaaak sangat jenis perangai ragam manusia. Yea..manusia macam kita ni, manusia yang mana boleh tengok orang lebih, mana boleh tengok orang senang, mana boleh orang mengatasi dia, mana boleh macam macam lah.

Macam yang aku dok canang kat belog, aku memang suka tengok orang cantik, ada identiti sendiri, bukan apa, cuma kagum dengan ciptaan Allah. & seriously, tak terdetik pun nak jealous dengan kelebihan yang dorang ada, sebab aku yakin Allah dah tetap kan kelebihan dan kelemahan masing masing, May be kau cantik, tapi belum tentu hati kau bau wangi kan, entah entah bau macam bangkai tikus. Aku cakap perumpamaan. 

Nak baca satu cerita? kalau tak nak baca boleh klik X , then bersurai dari belog pink ni, kalau nak baca, SILA KAN.

Kisah aku.

Dulu, aku selalu usha sorang cik adik cun ni, aku gelar kan dia si cun lah. Sebab bagi aku dia cun lah. Tiap kali jumpa selalu lah aku tengok, sebab aku suka sangat dengan style dia, cara dia. Aku selalu jugak bagitau kawan aku, cun kan dia. kawan aku pun cakap aah. Dia boleh di kata kan bertuah, Cantik, brilliant, anak load. orang cakap full package. 
Tapi aku lupa satu benda. Hati dia wangi ke tak wangi, yang tu aku tak pernah check, sebab aku assume dia punya akhlak pekerti yang baik jugak, 

Allah nak bukak mata aku, true color si cun ni. Aku nampak dia, then aku pun secara automatic nya , cakap kat kawan sebelah aku, 

Aku  :  eh, cantik kan si %$^^&& tu kan. aku suka tengok style dia. macam sweet jek,

Kawan aku :   Kau tak payah nak puji dia sangat lah, kau tau, dia tak suka kau. (maksud nya menyampah    dengan aku). dia pun cita la bla bla bla macamana dia boleh tau si cun tu tak suka aku. 
Contoh nya macam ni la, satu hari kawan si cun ni terpuji aku , terus si cun ni bangkang habis habisan. Tak suka kawan dia sebelah kan aku.

( aku pun terus pikir, eh aku ada buat salah ke dekat si cun ni, sedang kan aku TAK PERNAH SEMBANG DENGAN DIA, WALAU SEPATAH HARAM.  

Rupa nya macam macam dia dok mengumpat pasal aku. hish, mental jugak minah ni, kenal pun tak, tapi benci aku macam aku pernah rampas boyfriend dia.

Tapi tak pe, bagi aku dia tetap cantik, aku tak kan menidakan apa yang aku rasa, tapi aku baru sedar lah yang hati dia tu tak secantik muka dia. Sayang kan.

Dan sangat bersesuaian jugak, dia punya kawan yang satu kepala macam dia, kerja mengutuk, mengumpat orang yang tak ada kaitan pun dengan diorang, yang tak pernah kacau hidup dorang. Entah lah, kerja sampingan agak nya. Aku rasa, dengan mengeji, mengumpat meng stalk hidup orang tu boleh buat dorang release stress agak nya, mungkin juga, sebab pahala banyak sangat.


Aku punya feeling cakap. si cun baca blog aku. haaaha. aku berani lah cakap, sebab dia kan memang tak pernah puashati dengan aku. hish, entah entah pernah jadi anon puaka kot kat belog aku ni. siapa tau.

Kalau dengan cara macam tu, dia boleh bahagia. Sila kan. Hidup ni bukan selalu memihak pada kamu. Satu hari nanti, Pasti ada karma. Berhenti la nampak kelemahan orang lain, cuba cari kelemahan diri sendiri. Biar kan orang lain bahagia dengan apa yang dia pilih , rasa nya tak susah kan kamu pun si cun. haish. Tak paham, otak dah bijak, tapi hati yang bodoh. 

sekian.




Thursday, July 28, 2011

Make up: Try & error

Yeah. try & error. ngaak ado kojo.

 Aku ni jenis manusia yang kureng gemar pakai eyeshadow, Sangat sangat tidak gemar, tapi bila dah bosan, semua benda pun jadi kan.



Wednesday, July 27, 2011

Si Cantik Fifiey Suhaimi

Lama kan tak review orang cantik, lagi pun aku tengah tak ada idea nak hupdate . Maklum lah, terperap kat rumah. Idea pun zero.

So kali ni aku review Fifiey Suhaimi. First time aku jumpa fifiey masa Event dekat Rumah Amal Limpahan Kasih organize by STC. Tu first time aku join STC & first time jugak jumpa si cantik ni, masa tu kan , aku memang dok usha cik adik ni la. 

Dalam hati, sweet je dia ni, tapi dari jauh je la. After event tu, tak sangka pulak fifiey add kat facebook, memang tak sombong lah cik adik sorang ni, FYI, fifiey ni pangkat adik la, tak silap aku 21 .

Fifiey selalu involved dengan fashion show, secretary day, model boutique, model baju pengantin pendek kata selalu lah buat catwalk. cun habis la cik adik ni,

Gambar ni untuk CITRA WANITA


 Sweet je
 Make over by SENDAYU TINGGI


 kawan baik Hesty jugak



My favorite Picha.

oke lah, aku nak habis kan masa tengok tv pulak, sakit mata ngadap laptop ni haaaa.

babaaaai.

Tuesday, July 26, 2011

Married life?

Bila aku cakap, tunggu aku stabil, maksud nya bagi la chance aku tolong parents aku seposen dua dulu. Then baru hati aku tenang sikit. Tak bermaksud aku nak tangguh or tak mau kawen. Tapi aku cuma rasa aku tak cukup matang sangat sangat. yep aku tau Mr Razman dah 27 tahun, heeee chill. lagi matang, lagi i suka . haha.

Tapi orang cakap, kalau jodoh. Besok pun boleh kawen kan. So far, parents aku pun bagi hint suh keje dulu. Entry ni bagi menjawab soalan soalan kawan kawan yang concern tanya pasal kawen. InsyaAllah. Sampai masa, aku kawen ye.



3 tahun, 2 bulan, 1 minggu, 1 hari.

Saturday, July 23, 2011

Akad Nikah @ Putrajaya





Pengantin super duper cantik
Manis, sedap mata memandang.
Yang paling penting tak menyombong. heeee
Macam yang aku cakap entry sebelum sebelum ni.
Masih bersepah orang yang jalan tak jejak tanah.
Menyombong dengan diri yang tak seberapa hebat.
Nota tangan: Sesi teman Mr Razman p akad nikah kawan baik dio, lepas sorang sorang kahwin, Mr Razman punya turn aku tak tau, tak berani jamin. Hidup aku jauh lagi dari kestabilan.

Wednesday, July 13, 2011

Happy melampau & asyik sengih sampai lupa nak tutup mulut

Syukur je yang mampu ucap sekarang ni. Berkat doa umi & papa. Allah permudah kan urusan. Aku pun tak sangka sebab.. I m not a good learner. Lembap. heeee.

  
 Happy terlebih sampai tangan pun parkinson. haiyaaaaa
  
Insan yang konon sentiasa support aku. haaa. dia ni memang. kalau aku tak past dia nak tolong gelak kan aku..


Sekarang ni. aku nak cakap terima kasih sangat sangat dkt mrs banker a.k.a umi yang support dari A sampai Z. Papa  yang sentiasa bagi motivasi suh cepat pandai. lebiu laaah...



psssst : nak cari kejeeeeeeeeeeeeeeeeeee.

Monday, July 11, 2011

Hidup jangan mendongak ke langit sangat, Tengok jugak mana bumi yang kau pijak


hooooh. Tajuk tak boleh blah. Sebenar nya dah lama aku nak post pasal ni, hurmmm, tapi asyik tangguh jek, biasa lah, kalau ikut kan kebosanan sekarang, aku boleh hupdate 3 entry dalam sehari. erkk percaya?

okeh, berbalik pada tajuk. Aku terpikir pasal benda ni, adakah title anda sebagai student IPT or IPTS tu boleh buat anda lupa diri? Tak kenal kawan, Bila jalan tu rasa macam kaki tak jejak lantai, tak pijak tanah. eh hello hello. Pelissss lah. pelis berpijak pada bumi yang nyata. Jangan nak melayang sangat.

Kalau kita rasa kita hebat, 1 juta orang lagi yg lagi hebat dari kita. so, jangan nak action lebih sangat. Hidup ni ada putaran, hari ni kita kat atas, besok lusa belum tentu lagi kita tak turun bawah.

 Biasa orang yang jalan tak pijak tanah ni, orang yang tak ada apa apa lagi. aku bukan punya sorang dua orang kawan. aku kawan dengan semua orang. apa yang aku boleh simpul kan . orang yang hebat, sentiasa merendah diri. low profile. Tak ada nak meninggi diri dengan apa yang dia ada. So, stop lah perangai annoying tuh.


hurm , tak tau la apa nak jadi, itu baru jadi student IPT, belum lagi, dapat kerja, belum lagi dapat suami kaya agak nya. hish..Jangan bagi orang rasa title " ustazah" tu tak berguna. Macam mana nak bimbing orang, kalau kau pun tak tau macam mana nak berpijak pada bumi nyata. ce cita kat aku sikit. 

babai lah. aku nak p meroyan kat twitter pulok.

Saturday, July 9, 2011

Kisah kak su & si kecik arisha

Hallu. Macam yang konon konon janji sebelum ni. nak hupdate pasal anak buah. Nur Arisha Syakirah ni. Haish maaf la mak cik banyak sangat tangguh nak hupdate pasal arisha ni kan. Sebelum kita hupdate panjang panjang pasal arisha. moh kita terjah dulu gambar kahwin kak su dulu. Mak si arisha ni. 

well, untuk new readers, Kak su ni dah macam kakak kandung aku. orang yang sentiasa susah senang dengan aku sepanjang diploma. Satu satu orang paham aku lebih dari parents & bf sendiri.

  Time ni aku tak boleh nak menggedik ikut dorang photoshoot kat luar dah sebab berkejar nak balik shah alam, iyo lah, esok nya aku ada kelas. Mr Razman lak kena kerja. nak tak nak aku kena la tinggal majlis jugak. sedis sadis. Tinggal la umi aku kat rumah kak su. Kira pengganti la tu.

 Sempat lah jadi pengapit tak bertauliah. orang sibuk dok ambik gambar pengantin, aku pun sibuk lah jugak dok wat cubaan j0in sekali dalam gambar. hiahhhhhhhh. janji gambar aku hado. Pengapit lelaki ni. Rancangan asal nya Mr Razman okeh.

Pandai pulak dia lari kan diri dengan alasan Tak Pakai Baju Melayu. Tau dia p mana time ni??? hah. Dia jadi tukang cuci PINGGAN & KELAS. memang SALUTE lah Mr Razman. boleh wat menantu oke.
Control la sangat tu kan..hahaha


 Kenangan sebelum kak su kawen..

Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaa, ni si kecik Nur arisha syakirah bt Shukri. Bapak panjang nama. nama papa nya satu je.  Tak pe la Arisha. Mak cik panggil isha je nanti. Boleh ke tak ibu & papa oi. Diorang ni unik sikit. sorang klasik sikit, sorang moden sikitt.

Jarang jarang aku dengar orang buat combinasi ibu dengan papa. heee. macam umi & papa aku la kan. patut nya umi & abah, tapi tu tak penting. Yang penting. diorang tu orang tua kita. so arisha , cepat lah membesar dengan sihat . mak cik tak sabar nak tengok arisha jalan. Lebiu arisha!

Wednesday, July 6, 2011

Resmi Hidup


Hallu. Hari ni kembali happy. Happy la sikit kalau nak banding 2 3 hari lepas. menangis jek keje. Macam ni la hidup kan. Hari ni kita happy. besok lusa belum tentu kita happy lagi. Dah kata hidup ni macam roda. up side down. baru mencabar hidup eh.

Missinggggggggg

Tapi aku ni jenis kemanjaan terlampau. Dapat dugaan sikit, mula melatah, mula rasa give up, memang jenis yang tak bermotivasi sikit. nak kata umur belasan tahun, dah masuk 20 an. Dah patut matang kan. Biasa aku ada kawan kawan yang selalu bagi ceramah kalau aku down, sekarang kawan kawan jauh. masing masing dah ada life sendiri. Mesti susah dah nak mengadu domba macam dulu kan.

orang tamak memang selalu macam ni     




Aku ni pulak jenis yang susah nak luah kat parents. Bukan jenis nak p manja manja cite masalah. Aku nangis sorok sorok. Tak mau parents tau. So lagi berat beban yang aku tanggung. Mengadu kat bf? Dia pun hado masalah sendiri, Cecite sekarang aku nak p pinjam bahu sape. anyone willing? hahaha. joking. 

Aku jenis yang rela, simpan sorang sorang. Tak payah semak kan kepala hotak orang lain. Tapi  nasib baik ada blog kan. Boleh gak aku nak meroyan seposen dua.


Entry ni memang tak de motif kan.

Nanti aku nak hupdate pasal ank buah tersayang pulok. next entry.

Sunday, July 3, 2011

Reunion Sofis- Part II



yeah aku tahu agak terhegeh hegeh nak settle kan entry reunion ni. aku ingat tak payah hupdate jek sebab dah agak kebasian. Tapi aku pikir balik. aku kena jugak hupdate. Sebab nanti tak de kenangan lah. Aku kan jenis baca balik entry lama lama. So nanti dah bertahun tahun aku boleh baca balik pasal reunion ni kan.

Tapi aku main hupdate je la kan. sebab ayu jazari dah update agak detail. nanti aku tumpang baca kat belog dia aje la.

1 Day

Gerak dari USM pun dah lebih kurang pukul 1 kot. agak lambat sikit. Tapi janji sampai Scipp kan. Sampai ajek, terubat lah sikit kerinduan kat scipp. Tak ada lah rindu melampau lampau sebab last year lebih kurang tengah tahun tu aku & geng sofis dah p menyebok kat scipp, sempat lah rewang ambik gambar kat scipp.

Sampai aje scipp, p kantin. ada jamuan. Tapi tunggu sofis datang dulu. Kira sempat lah bergosip pelok cium muah muah kat kantin dulu. ada yang tak penah jumpa langsung sejak blah dari sekolah. afta makan makan kat kantin, salam salam dengan cekgu cekgi, Gerak p Dewan.

Sesi opening kan. Time lah jumpa adik adik form 1,2 & 4. Dah habis sesi taklimat, masa untuk LDK pulok. Kira sesi beramas mesra dulu lah kan dengan adik adik. Then sila bersurai balik rest oke kat blok dinamik. Tidur kat bilik tv pun jadi. Masa untuk sesi bergosip dengan sofis pulok. 

Malam nye sesi LDK lagi dengan adik adik. hurm, ldk kali ni focus pada problem adik adik. suruh diaorang tulis je kat kertas tu then pass dekat kakakkakak sofis. Tengah malam nya ada sesi discusing macamana nak solve kan problem diorang.
Tidur pun berapa jam aje. Sebab pukul 4 pagi tu ada qiamulail pulok. hades. kepala memang weng lah nak bangun. sebab tak cukup tidur bebetul lah. tapi gagah kan diri jugak. sebab pikir datang scipp memang untuk motivasi kan adik adik. tapi lain pulok jadi cerita nya.

2 Day

yang ni, sesi LDK je. second day ni memang exhausted sangat sangat lah. pikir kan banyak pulak masalah yang timbul, SOFIS decide nak bawak diri dah. Tapi, ada miracle pulok jadi. so, sofis stayback lagi sebab pikir adik adik form 1,2, 4 dah prepared persembahan untuk closing punya. Tak mau bercerita lebih pasal second day sebab bila ingat balik rasa sesak dada aku.

Malam nya, ada makan beradab &  ada sesi untuk form 5, hala tuju after spm. So, diorang boleh tanya pasal interview ke, scholarship ke, pasal medic ke , anything pasal hala tuju after spm lah.

3 Day

 Last day, hari yang ditunggu. sebab dah penat tahap gilas. majlis penutup. Teharu dengan preparation adik adik. banyak pulak persembahan. Layan jek, dah lama tak tengok persembahan macam tu kan. then last session. mesti lah sesi bergambar kan. sesi yang paling suka . pe kata, kaurang tengok gambar pulok.




 Bye Bye Scipp

Reunion kali ni memang banyak pahit manis. Apa pun. aku happy jek sebab boleh jumpa kawang kawang. ada rezeki jumpa lagi SOFIS .