Darlings
Thursday, October 28, 2010
....
Wednesday, October 27, 2010
Before & After
salam, weeeeee, saya bosan la, nak cakap stress hadap buku tu tak la sangat sebab banyak hadap muka buku dari buku, baca buku bosan, lepas tu buku baca ai balik, sudah nya lepas keluar exam hall muka kelat tak hengat. itu sendiri punya pasal la kan, eh eh i nak sharing-sharing jek ni, meh kita nengok meh..
vavavooom lah mukau kau sebelom kawen..ayu , gojes comel cantik semua lah..
masa jadi mak buyong pun walaweh,, mantop habes..
Tapi bila tengok lepas dia due..mak aih..BCL ke ni,..bia betol..tak sabar nak tengok dia diet jadi gojes macham dulu...kita tungggu okeh
Friday, October 22, 2010
L.y.a.a
Salam, sayang-sayang sekalian boleh tak tolong marah saya kaw-kaw punya sebab saya tak start bukak buku pun lagi, saya hanya jeling manja jek nota CTU, first paper hari selasa ni, tapi dok asyik maen mata jek dengan nota CTU. apa cerita ni, ini bukan cerita hantu, ini kisah realiti atau nama glamer nya, study last minute, tapi saya rasa ni memang last minute gilak-gilak tapi kesedaran tu nggak ada, okeh la, saya nak wat janji manis lagi la. may be ni entry terakhir sebelom start final exam, tapi tengah-tengah final exam nanti tengok la kerajinan saya nak mengetuk keyboard ni, rasa-rasa kot typing skill dah nak tumpul, saya asah la, tak pun saya hupdate gegambar sesajek, depends on my mood la senang cerita, eh tengok, saya dah salah niat ni, saya nak bercerita pada rakyat jelata sekalian pasal dia, ala dia tu, tak kan tak kenal kot..haish memang la korang tak kenal pun, okeh la okeh la, saya nak cerita pasal nama saya. Lyaa bukan nama sebenar, sape yang dah lama follow belog cabuk ni, tau la full name saya. bukan Lyaa, so mana datang nya Lyaa tu, haish panjang cerita nya, saya pendek kan je la, combination nama saya dan nama ainul amira or yaa. orang panggil dia yaa. relationship? adik angkat saya since 2002. kira sendiri la berapa tahun dah. seriously sayang dia, sebab saya tak de adik, tapi saya yakin la dia tak rasa la sama dengan saya sebab dia ada kakak kandung, saya jek yang terkontang kanting sorang-sorang. sebab tu la saya sayang dia. dia sweetdia smart, intelligent, dia tinggi, dia kurus, dia baik, tapi kadang-kadang dia dingin..haha.orang cakap adik or kakak angkat tak sama langsung dengan adik akak kandung. its ok. atleast ada dari tak de kan. sekarang ni nama Lyaa tu dah sebati dengan saya. even dengan Mr boifiey pun saya bahasa kan Lyaa not sayang, baby or what so ever la. Even my parent sekali pun dah biasa kawan-kawan saya panggil Lyaa. of cos la diorang tak panggil dengan nama tu sebab saya ada nama manja kat rumah kan..auwww nama manja u olls. biar la rahsia nama manja tu, manja la sangat kan! so, saya rasa dah jawab pertanyaan yang selalu orang tanya, kenapa Lyaa tu tak de kaitan dengan full name saya. halllo, kalau anda check betol2 ada okeh, kat bawah ni gambar kesayangan saya. miss her damn much, tapi saya bukan la jenis nak paksa-paksa orang ajak jumpa. childish, insyaAllah. one good day nanti ada jodoh jumpa lagi Yaa!
Wednesday, October 20, 2010
tears
psst, bukan ditujukan pada pak cik tu, kang ada yang sentap..
Monday, October 18, 2010
Suka tau kacau waktu tidur saya!
Salam, hari sabtu yang lepas tak pasai-pasai kena paksa pi campus jugak, mencik tau, dah weekdays tak penah cukup tidur bermati-matian siapkan assignment sambil fesbuking (assignment 5 minit+fesbuking 1 jam= total nya tidur tak penah cukup) saya tak suka betol tau paksa memaksa ni, ni yang rasa nak bersandiwara buat-buat sakit ni, nasib saya ingat Tuhan marah woooo kalau bersandiwara lebih-lebih, bila sakit bebetol, baru padan muka kau kan!, nak tak nak, pi saje. tapi muka mencuka la masa nak sign attendance tu, pa cerita ni, hari tu kata tak de PPKP untuk part 5, alik-alik tak de PPKP korang ganti dengan ceramah personaliti pulak kan, haish tak cukup berpersonaliti lagi rupanya, sudah kroooooooh saja dalam dewan kuliah tuh. sudah nya budak practical yang jaga tempat register tuh siap bagi L lagi kat ai dan kawan, amboi kau, aku datang pun kira baik la, kau ada hati lagi nak letak L, L a.k.a LAMBAT ye readers saya yang cun dan hensem sekalian.apa tak lambat nya. tidur pukul 3 pagi, bercinta la saya dan kawan-kawan nak bangun pukul 6. sudah nya sampai campus pukul 830 pagi, kira awal la tu kan, lagipun speaker belom start membebel lagi..hohoi tolong la cepat habis belajar, tak sanggup ai nak kena paksa-paksa macam ni..titik.
okeh, satu saat lepas gambar diambil, saya hampir ke alam mimpi..
tengok orang ambik gambar pun kau nak mencuka ke!
ceit, flip flop tu yang comel, jaket kale len, baju kale len, flip flop kale laen, shawl kale laen..kau memang orang yang paling pandai match lya, jadik macham keling
Thursday, October 14, 2010
Benda yang tak pernah selesai
Saturday, October 9, 2010
Review: eyeliner
Salam, happy saturday to all, semalam & hari ni saya start selesema, batuk-batuk. sekarang emang nya demam punya season agak nya la kan, mencik tau, suara pun da transform jadi sengau-sengau kambing. tak sexy langsung. Tapi orang cakap sakit tu kan dugaan dari Allah, So, JANGAN MENGELUH! Walaupun tengah selesema ni, saya nak jugak buat review pasal eyeliner yang saya guna semenjak 3 tahun yang lepas. macam-macam brand, yang affordable la, student lagi maaaa, kalau dah kaya boleh ngendeng-ngendeng mary kay pulak, first brand yang saya guna SILKY GIRL, hoh yang ni memang hitam pekat ai cakap u, agak lama saya guna brand ni, bertahun la jugak. tapi lama-lama baru saya perasan, bila nak apply brand silky girl ni, agak tak smooth sikit ye tuan-tuan dan puan. tapi ai like kepekatan color SILKY GIRL ni, kalau anda expert dah guna brand ni, tak jadi hal la, tak smooth sikit jek. lepas tu, saya tukar AVON pulak, yang ni sangat smooth wooooooooooo, tak bagi masalah la kat saya. ai like 100x, tapi guna brand AVON ni sekali jek, tak tau nape, may be sebab saya tak jumpa AVON punya outlet kot kat sini, kalau p watson, guardin dan kedai yang sewaktu dengan nya, mana la ada jual barang AVON kan,
So, saya beralih cinta pada MAYBELLINE pulak, yang MAYBELLINE ni pun ai kureeng gemar sikit uools, lebih kurang silky girl je jugak, tapi sempat la pakai berapa batang MAYBELLINE nya eyeliner. saya dah lama nak try eyeliner yang kat bawah ni, gel eyeliner. tapi cam menarik kan..mahal sikit, tu yang asal nak beli jek cancel manjang. ye la duit orang, kalau duit sendiri tak pe weh nak beli yang mahal sekali pun
Bila saya tak puas hati confirm la saya tukar brand lagi kan, saya try brand SECRET pulak..wah wah wah, ai sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sangat sangat sangat sangat, hah berapa kali sangat dah tu, nak cakap suka sangat kan, tapi kan, susah jugak nak jumpa brand ni, asal pi cari jek, dah habis, asal cari jek sold out! menci tau! pas tu ambik inisiatif lain, try ELIANTO pulak, orang cakap best. ai cakap u kan, color dia memang superb la, pekat habis, tapi kannnnnnnnnn cepat patah laaaa. menci lagi, lembut sangat kot. time raya hari tu pakai ELIANTO, bersememeh habis la mata ai, sebab tak berapa reti control. lembut sesangat. haiyaaaaaa, dah patah hati dengan ELIANTO, ai pilih REVLON pulak, level of satisfaction? i bagi 5 bintang, best pakai brand ni sama macam SECRET punya eyeliner. tapi macam biasa la, brand yang best guna, mesti cepat sold out punya
, sape cakap saya tak pernah try liquid eyeliner, penah jek, tapi saya tak berapa gemar. kadang-kadang jek saya pakai..
then sekarang ni about 2 weeks jugak la saya pakai eye shadow kale hitam..hoho jangan tak tau , saya reti pakai eyeshadow jadi macam eyeliner. so orang tak perasan langsung yang saya pakai eyeshadow. cukup-cukup la 2 minggu guna eye shadow, saya tetap nak eyeliner, buat-buat la muka kesian kat pak cik tu, tolong belanja pelisssss. so, hari khamis p giant jap cari eyeliner, brand lain semua sold out, hish korang borong ke hape, dah tak de brand lain, tinggal IN2IT jek, so ambik je la, orang cakap brand ni ok jugakkaaaaan. tapi kan..uwaaaaaaaaaaaaaaaa nak nangis manyak-manyak, sepanjang saya guna eyeliner, brand ni paling teruk!!!!!ishk ishkk . nak cakap kat Mr Razman nak eyeliner laen tak berani, so back to eye shadow je laa..tension tau, color IN2IT ni memang tak superb langsung tau, may be saya ambik yang very black kalau nak guna brand ni, nak pi bawak dirik sebab salah ambik brand....
Wednesday, October 6, 2010
V.i.V.a.C.i.o.S
Salam,
hai hai hai, rajin nya saya hupdate, tengah mood menggila nak hudpate weh, kadang-kadang teringin nak jadi blogger tegar, tak penah miss hudpate, tapi wa cakap lu, wa tak larat la, kadang-kadang tak ada idea langsung, kadang-kadang sebab malas nak upload gambar, kadang-kadang sebab berukband macamm tettttt, kadang-kadang sebab tak ada sebab dah. hari ni nak hupdate pasal event yang dah seminggu lepas, hari ni baru nak hupdate, baru ingat lor. organizing event ni actually part of my subject, nak tak nak kena organize jugak, haish, ingat suka ke organize event ni, banyak cekadak tau, progress nya start awal sem lagi, first class tuk subject ni lagi, gila semangat waja perdana kan..apa yang banyak cekadak , kena cari sponsor, kena buat promotion, kena cari speakers, kena pikir pasal food & beverage lagi, kena pikir nama team lagi, kena pikir banyak benda la, awal-awal lagi saya dah pilih nak masuk biro promotion. so, time event tak de la saya kelam kabut je kan, jadi photographer aje time event, tapi yang tak besh nya kaki rasa mau patah wooo sebab lari sana lari sini. gambar yang di ambik tak cantik pun. bincang punya bincang, at last dapat nama vivacious, haah korang google sendiri la maksud, tak pun pi bukak kamus oxford tu, jadi rajin sikit, yang sebenar nya ai yang pemalas. title event pulak "corporate social responsibility" haaa pas tu tak de pas tu dah, dah dkt pukul 8. nak pi study, sok test..babaiii
Last preparation before event, sesi menghias dewan
kasi la can i nak berlagak kat meja vip jap, kejap jek tunggu sampai habes makan jek..
hohoh, i terasa tinggi, tu pun dengan bantuan high heel..
participants
one of our speakers
Tuesday, October 5, 2010
Tajuk pikir sendiri la
Monday, October 4, 2010
Raya sakan ke Beraya sakan?
salam, hai hai hai hai, mak cik tengah rajin ni haaa. Balik kelas harapan menggunung hupdate belog, siang-siang hari saya rajin la sikit nak hupdate, kalau suruh saya hupdate malam, bercinta la jawab nya sebab line berukband kat puncak alam ni macam haremm. pasai pa saya cakap raya sakan? mana tak sakan nya, tiap-tiap minggu ada open house, dah nama nya raya sebulan kan..memang jenuh la saya beraya. tiap-tiap minggu makan rendang, dan segala mak nenek lagi laaa, yang paling best nya gain weight la. menci menci tau! elok-elok bulan puasa turun sikit, lepas puasa naek manyak, bukan naek sikit okeh! lagi sekali menci menci. Minggu depan mintak-mintak tak de dah open house, ai dah tak larat uolls. Dah berapa lama jugak la tak tengok wayang, tak jejak mall, hoh ntah bila boleh tengok wayang, kena tunggu raya habis dulu laa, tapi bila raya dah habis, assigment pulak menjerit-jerit mintak disiapkan.. kepala hotak beku sebab raya tak hengat dunia. bila bab assignment ai malasssssss weh, itu la. Orang sambung belajar kau pun nak sambung belajar, bila suruh belajar kau malas. apo kono la kau ni. saya memang berusaha keras sekarang ni memotivasi kan diri sendiri. settle assignment kau weh! 3 mingu lagi final exam, uwaaaaaaaaaaaaaaa~eh gambar kat bawah ni time kenduri kahwin kawan Mr Razman, STC punya olang. Malam tu pergi open house STC pulak
pak cik nak snap-snap, ai kan pemalu. gedik dengan boifren sendiri malu
oi, laen kali nak ambik gambar panggil ai dulu okeh
haaa kan dah pandang kamera tuh..jangan tanya bila kami nak kahwin, tak tau lor bila, ai kan muda belia lagi, hahaha pas tu belah la...
Sunday, October 3, 2010
C.h.e.n.T.a..L.y.a.A
salam,
pagi-pagi buta ni saya bersemangat nak main conteng-conteng kat belog kesayangan. pagi ni terasa nak buat "confession punya entry" pulak. nak confess pasai apa? pasai Mr Razman dan saya. pejam celik pejam celik, dah 2 tahun lebih saya kenal dia. mungkin orang cakap 2 tahun tu macam setahun jagung lagi, tak cukup matang la.
pagi-pagi buta ni saya bersemangat nak main conteng-conteng kat belog kesayangan. pagi ni terasa nak buat "confession punya entry" pulak. nak confess pasai apa? pasai Mr Razman dan saya. pejam celik pejam celik, dah 2 tahun lebih saya kenal dia. mungkin orang cakap 2 tahun tu macam setahun jagung lagi, tak cukup matang la.
hakikat nya terlalu banyak memori, dugaan, kenangan manis, pahit masam masin semua ada la. daripada zaman susah sampai la zaman sederhana sikit, i mean sekarang ni la. nak kata senang lenang tu tak de la, tapi kalau nak banding kan dengan masa susah dulu, keluar naik motor, pas tu hujan , dah tu ada pulak kete yang tak berhati perut bawak laju-laju, habis terpercik air kat kitorang. oh oh my, seriously terindu pulak saat-saat tu, sounds weird, tapi orang cakap kesusahan tu ajar kita erti hidup.
saya bersyukur sebab saya dapat peluang untuk jatuh cinta dengan dia..hades, tak mau jiwang, tapi tu la apa yang rasa, walaupun hakikat nya banyak perbezaan antara saya dan dia..dia sangat berlembut dengan saya okeh, saya jenis yang tak bersopan santun sikit, dia cool , saya hot temper, saya suka dengar radio kuat-kuat, dia suka dengar radio slow-slow, saya kuat makan, dia kureng makan( see the body la),
banyak sangat perbezaan, malas nak ingat satu-satu. persamaan nya pe? we love each other..ehehe poyo la kau! tak kan bertepuk sebelah tangan kot, saya tak mau menaruh harapan yang tinggi, orang bercinta bertahun-tahun boleh putus, orang yang dah tunang pun boleh putus, orang yang nak kahwin besok lusa pun boleh cancel,
saya hanya merancang. DIA yang menentukan. saya cuma berharap, dia boleh bimbing saya jika ada jodoh..
Subscribe to:
Posts (Atom)