Darlings

Tuesday, February 25, 2014

Scan 4D

M2b yang lain di harap tok sah lah ikut perangai tak sabar aku yang dok galak sangat nak scan 4d awal2. Maklum lah over excited. Sepatut nya masa 20 or 21 weeks cenggitu orang buat detailed scan. Check anak sehat ke idakk.

Tapi aku jenis yang maha penakut lagi paranoiddd. G pilih nak buat 4d punya scan dulu. Terpulang pada individu lah yek. Duit memasing. I p scan 4d bukan guna duit orang yang jenis mulut mulut longkang pun. Duit hasil titik peluh aku sendiri.

Berbalik pada ceghita scan kan. Perasaan teruja sangat nak tengok baby, maka jari pun laju je google kat mana aku nak buat scan ni. Google punya google, jumpa ler ada akak ni suggest website bayi-ibu


Terus usha bila masa yang aku nak. Memang confirm aku pilih hari ahad. Itu je hari yang tak keje nya. Sabtu masa tuk membungkam kat rumah. So bila dah confirm tarikh & date bagai. Pilih la pulak samaada nak buat detail scan or scan 4d or dua dua sekali. Kalau nak buat dua dua sekali charges dia lagi murah laaa.Dalam RM220 cenggitu. Len kali klinik lain ye price dia cik kak sekalian. Tak semua sama price. Yang aku p ni dekat Hospital Umra seksyen 13.


Ada yang tanya aku apa beza 4d & 2d Detail scan? okeh.

 4D

4D tu boleh tengok live a.k.a video lah pergerakan bayi dalam perut kite tu. So baby kaurang senyum ke, menguap ke, masam ke. mencebik ke memang boleh nampak. Privilege kepada bapak bapak lah sebab boleh tengok clear. Si mak  ni tengok dari screen atas je laa. Tak berapa nak nampak.

So bila si sonographer tu dok cakap cakap sal baby ni aku macam blurr sikit. Ye la diorang yang nampak clear. aku ni nganga nganga . Lama lama baru clear. Itu pun puas menjengah.

So untuk 4D scan ni aku dapat sekeping gambar 4R print out , then dia letak berkeping keping jugak lah gambar dalam cd dengan video sekali. Even sekejap je duration video tu, tapi atleast aku dapat tengok depan mata aku sendiri. 
Harga tuk 4D scan RM120.

Start 24 weeks ke atas dah boleh get ready mommies. Tapi jangan sampai 30 weeks , bukan ape, takut baby besar sangat then leh tengok gambar hidung je kang. haha. Macam aku boleh tengok satu body. hikhikhikhik.



Detail scan dalam 2D

Ni penting tuk ibu ibu yang memang nak tau perkembangan organ-organ dalaman (tulang pinggang) , ada kecacatan,sumbing,  air ketuban, jantung bayi,  Detail scan ni dapat detect 70-80% kalau ada kecacatan baby kaurang.

So di nasihat kan kalau nak buat tu sila la prepare dari segi fizikal dan mental siap siap.

Harga untuk 2d detail scan RM150- dapat Cd & gambar print out. Waktu paling sesuai untuk scan 18-24 weeks.




Budak kecik yang kuat sangat bertomoi dalam perut mama. Masa scan tu. sonographer cakap dia mashammm mencukaa sebab kacau dia. Siap pujuk pujuk lagi suh tunjuk muka. Manjang tutup muka. kat bawah tak mau tutup pulak. haish alahai anakkk. Mama kalau ikut kan hati nak buat adegan terharu je kat dalam bilik scan. Nasib sempat control.

Dah puas pujuk suh tunjuk muka . nak snap gambar pun susah. so sonographer jezzlyn tu suruh p makan dulu. jalan jalan kejap pujuk baby. Lepas makan baru lerrr proses scan berjalan lancar sikit.






Berapa rating boleh bagi tuk scan dekat hospital umra ni?

3/5 kot . Sebab nya waiting time lama sangat. appoinment pukul 1 lebih, dekat pukul 3 baru nama di panggil. Kematu aih bontot menunggu.

Yang lain semua ok. Sonographer jezzlyn sangat recommended sebab dia friendly & helpful.

So , mommies yang nak scan boleh la buat research kaw kaw dulu.

Got to go.


chowwssss

Wednesday, February 19, 2014

Selamat pengantin baru Pn wanie & Pizie

Tribute satu entry khas untuk wanie & Pizie sebab tak dapat datang. Betul lah orang cakap.Manusia ni merancang. Allah jugak yang tentu kan. Planning baik punya setting calendar, Jumaat malam sabtu dah ready balut hadiah. Semangat waja cari wrapping paper pink colorrr. Sekali tak dapat jugak nak meraikan pengantin baru ni. Kesihatan Mr. Razman tak mengizin kan. Dengan aku sekali terseret EL. Nasib lah hari sabtu half day je keje.


So sekarang mampu tengok gambar aje laaah. Nak di jadi kan ceghita pulak, aku memang mengidam nak makan lauk kenduri ni. Mampu telan air liur jugak. Nasib la tak de gambar makanan kat fb wanie ni.

Maap pengantin sebab cilok gambar tak bagitau. Surprise kekonon. hehe







Pengantin kreatip ni. Bungan kantan okeh.


Untuk pengantin baru.


Walaupun dah bergelar suami isteri dah bape bulan. Tapi still nak wish selamat pengantin baru. May Allah bless both of u. Semoga cepat dapat baby. hikhikhik.

Nanti jangan lupa claim hadiah ye puan. hehe

Thursday, February 6, 2014

My First Pregnancy : Part II


Sambungan....

Bila masuk 2nd trimester. Makin teruja. Teruja nak shopping untuk anak. Tapi perasaan nak keluar p mall tu sangat ler malas. So aku banyak buat research je. Banyak tanya Dr Google. Tengok Checklist yang mom to be lain buat. So potong mana yang perlu tak perlu kan.

First time aku beli belah tuk baby sebab time ada duit lebih sikit lepas bayar roadtax insurance keto, so lebih nya spend kat baby sikit. Perasaan masuk kedai baby , fening mak. Nasib la MIL ikut sekali so dia nasihat baju camano yang nak kena beli. Jangan beli baju kecik sangat . Takut baby besorrr, kang dah tak muat. Harga baju baby dah lerr tak hengat. Nak pulak kalau ada cita cita nak beli brand pigeon tu, saving ler duit manyak manyak. Boleh zero aku duit dalam purse.
antara checklist yang boleh di refer. tapi tak de lah nak ikut satu satu. Beli ikut keperluan dan kemampuan

Tempat pertama yang aku start shopping dekat Manjaku bangi. Kalau ikut kan ada je Manjaku dekat area sungai buloh, tapi alang alang nak pick up MIL kat rumah kak long so kitorang terus heading to bangi. Besar pun besar. Dah nama nya HQ manja ku kan. Memang rambang mata habis. Masuk tu aku rasa macam lost. Apa yang aku nak beli ni. Banyak sangat barang. Last sekali decide tuk pilih baju je dulu. Nasib ler dah scan tau gender. So proceed je la dengan color yang hadooo.

Setakat ni dah 4x shopping barang baby. Manjaku, Kedai fify (area sg buloh), Baby expo kat mid valley, Space u8.  Puas hati dapat habis kan duit. Baju, barang mandian, botol susu. Beli sikit sikit je dulu. Next month may be boleh aim breast pump pulak.

Pengalaman sepanjang 2nd trimester? ececeh macam dah masuk 3rd trimester aje kan. Gaya je. Tapi realiti nya belom lagi. Masih dok takuk 2nd trimester.

Sepanjang tempoh 2nd trimester ni. Berkali kali jugak aku mula kena leg cramp. masa kena lak mesti lebih kurang pukul 4 pagi. Pandai je pilih pukul berapa kan. Punca nya tak lain tak bukan sejuk sangat ler tu. Macamano tak sejuk, air cond on, kipas pun aku on. Tamak haloba punya orang. Kalau tak on sikit punya susah aku nak tido. Panas nya Ya Rabbi. 

Orang mengandung memang cepat panas tau sebab  melalui perubahan harmon kan. nak pulak dengan penghasilan harmon progesteron . Kalau tak cayooo, meh sini aku tungku kan kaki korang dengan tangan aku. Part ni memang salu kena buli dengan Mr. Razman la sebab asal kaki dia sejuk dia suh aku tungku kan dengan tangan aku. Memang bertuah punya suami. Tangan bini pun jadik!

Selain leg cramp, hurt burn tu tok sah cito laaah. Pedih jeee ulu hati ni. Kadang kadang rasa sengsara nya hooooi. Tapi nak marah sape? Paling tidak pun kena cekal kan hati.Pujuk diri sendiri. Nanti dah jadi mak lagi banyak cabaran yang nak kena hadap.

Bab makan pulak , aku lagi suka makan apa yang aku masak sendiri. Tak prefer makan kedai sangat. Tapi kalau dah laapar sangat tak sempat masak memang kena beli luar jugak laaah. Current fav , ayam masak merah yang di masak oleh diri sendiri. Boleh cenggitu. ? Kalau kat luar confirm aku tak pilih punya. Loyaa je tekak aku tengok .

Masa 2nd trimester ni jugak aku berjaya balik kampung lagi. Alhamdulillah. Even sakit pinggang sikit, tapi berbaloi. Terharu dengan layanan umi. Terlebih lebih ambik berat. Cucu sulong gamak nya. Tapi umi aku memang pesen macam tu. Suka layan aku macam budak kecik lagi. Baju kotor pun berebut nak basuh dengan dia. Katanya "Kesian kat Ly". Mana tak genang air mata aku. Dah masuk 26 tahun umi layan macam tu lagi. Bab makan pulak, aku memang dari hari tu teringin nak makan ikan percik. Alhamdulillah jugak terlaksana sesi mengidam ni.
Sesi berkenduri kat kelate

Bulan 3 nanti balik kampung lagi. InsyaAllah. Counting the days lagi. Tak sabar nak request makan makan lagi dengan umi. 

To be continue lagi.......
 
© 2010; Lyaa Suriany | Designed by: yanasensei | Powered by Blogger