Darlings

Saturday, January 11, 2014

My first pregnancy : Part I

Dah lama nak mengarang panjang panjang pasal 1st pregnancy ni. Ingat nak karang lepas tu bior je dok dalam draft. Sampai ke sudah nya tak ber update jugak. Kadang kadang aku boleh update blog lepas waktu keje je pun .

 Kalau dulu boleh lah dok tumpu pada blogging masa laptop sihat walafiat. Bila dah jahanam terus niat nak update tu asyik terbantut.

oke, meh la straight to the point je. Previous entry pun aku ada mention yang aku check UPT pada 11 September 2013. Ulangbulan pertama perkahwinan. Excited terus nak check. Actually dah ada feeling feeling yang aku pregnant tu yang excited nak check. 

Lagipun masa tu baru je balik short vacation kat Kuala linggi. Aku perasan badan aku cepat sangat lemau, letih, sensitip dan beremosi.

Balik keje kadang kadang rasa macam susah gile nak mandi, tak pun pukul 8 or 9 aku dah tertido. Tu memang tanda tanda awal aku hari tu. Kencing kotor tok sah cite lah. Dah minum air berbotol botol pun same ajoo. So dalam diam aku beli UPT yang clear blue tu sebab aku kan jenis tak penyabar. Kalau check guna yang double line bagai tu aku tak confident. Tu yang terus dezup beli clear blue. Digital terus senang nak detect. 

Kalau pregnant , sah sah keluar pregnant. Tak do nak ada feeling confuse bagai. lagi pun kadang upt ni pun ikut HCG kita jugak, Kalau HCG kita ni tinggi, memang line merah tu torang benderang tak pun terus dapat detect. certain orang even dah pregnant upt tak dapat detect.Nak tau HCG tu amenda , p google sekarang.

okeh, tak payah nak panjang sangat mukadimah. Meh ceghita pengalaman sepanjang pregnant.

1 trimester

Bab paling takut bila orang cakap kena extra careful. Masa 1 trimester la high risk untuk miscarriage. Lagi pun kita tak tau sejauh mana kekuatan rahim sendiri. Dalam extra careful tu aku rasa dah p travel ke ipoh, cameran highland & balik kelantan. Risau jugak nak jalan jauh2 ni. Ye la nak lagi balik kelantan. Berjam jam dok dalam kete . Pinggang, bontot kematu. Tapi alhamdulillah. Allah permudah sebab balik nak jumpa umi papa kan.


Pengalaman paling hazab masa 1st trimester mesti lah morning sicknesss. ayoooooo morning sickness je la yang buat aku serikkk, menangis nangis mengadu dekat Mr. Razman cakap tak tahan. Teruk nya rasa morning sickness. nasib tak berpanjang sampai berbulan berbulan. Apa yang aku telan semua keluar. Mana tak hazabb. Badan tak bertenaga tapi still kena keje kan. Kena extra kuat sebab nak cari rezeki. Benda yang berkuah semua aku tolak. Kalau boleh nak makan benda yang kering kering je. Nasib lah tekak aku boleh jugak terima buah. Bukan setakat terima tapi jadi penggemar buah pulak.



Time balik kampung hari tu (masa raya haji). Badan betul betul exhausted padahal tak buat keje. Tak jumpa kawan or sape2. Keadaan betul betul tak mengizin kan. Aku ada keluar p Balai islam nak p check kad pintar nikah tu lepas tu p pantai tak sampai sejam terus ajak balik. dalam kepala hotak aku nak balik baringgg aje. Tak mo jalan jalan tak mo jumpa sape2. Dizzy.

Aku pun tak suka orang tengok keadaan macam tu. Lemah amat. Nasib baik jugak lah time balik kampung tu aku dah nak masuk 3 bulan kot. So morning sickness dah kurang sikit compared ngan dua bulan . Kalau tak, gamak nya sepanjang jalan keje dok uweeek uweeek je.

Syukur pada Allah sebab bagi rasa morning sickness selama sebulan. Kalau berbulan bulan. Gua surrenderrrrr ! Siap kirim doa dekat kawan yang nak p buat haji suh doakan morning sickness berkurang. Berkat doa gamak nya. Alhamdulillah. Kuasa Allah.

2nd Trimester?

To be Continue lah. tak dayoo nak menaippp.

Thanks for reading.

Babai.
  

Saturday, January 4, 2014

Pahit Manis 2013

Entri ni di update pada 31 december 2013. Tapi 4 January baru publish. Boleh cenggitu kennn.


Hari ni dah jadi penutup tirai 2013. Banyak suka duka yang dah aku hadap sepanjang 2013. Bila awal tahun hari tu secara rasmi nya menginjak ke 25 tahun a.k.a dah masuk suku abad. 

Kalau di pikir kan balik, zaman aku sekolah menengah diploma & degree, aku selalu letak target nak kahwin masa umur 24 or 25 tahun. Alhamduillah. Allah perkenan kan niat. So tak salah pasang angan angan ye dak. Janji kaurang ada usaha ke arah tu. Jangan takat pasang angan angan sajek. Usaha nya yileeeeek. Tapi kalau dah usaha , tak do rezeki tu lain citooo. Tu terserah pada takdir.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Apa yang hangat tahun 2013 ? hurmmm of cos la pasal kahwin, bab buat wedding prep. bab sakit kepala pikir kewangan goyah gile kahwin punya pasal. Bila dah lepas je bulan august. Ringan sikit beban kepala ni.

18.07.2013 - Cukup 2 tahun boleh hapus P dekat kete. Memang saat yang di tunggu sebab dengan ada nya P memang selalu kena buli je la kan. Nak nak duduk area glenmarie , jalan yg poyo manjang jammed.

Untuk wedding prep pulak, aku update je lah serba sikit gambar. takat yang ada kat hp.Pasal diy dulang hantaran. Memang agak mencabar pun hado. Tapi nasib ada papa yang dok tolong gam gam kan span dekat dulang. then aku siap kan cucuk cucuk bunga. Memang sempoi habis pun hiasan hantaran aku. Janji aku puas hati dengan keje sendiri.

Antara diy diy yang berjaya aku buat. 

ade 11, satu lagi in progress kot
Her to Him
Diy Handbouquet tuk sanding. Meghah meghah tangna pintal dawai

Him to her
Door gift tuk tetamu

Berinai pun dekat pukul 12. mata layu habisss. Tapi thank to cik wahida and sista sebab susah payah dtg rumah
Boleh dapat kan di Kedai Typo dekat setia mall.
Sanding day with le family

Outdoor dekat pantai senokkk. Terpaksa tunda hari laen sebab cuaca tak mengizin kan

Tu je la serba sedikit pasal wedding . Kalau details tu tunggu je la gambar. aku tak ambik lagi dengan photog. Sorang dok shah alam sorang dok kelantan. Malas nak berpos bagai.

11.09.2013

Tepat sebulan kahwin  aku semangat waja beli UPT digital tu tuk buat pregnancy test. Alhamdulillah rezeki bunting pelamin. Details pasal pregnancy nanti aku buat entry khas je. 

Our junior - 8 weeks

5 months 

Doakan semua selamat. Berjalan lancar.

Tu je la yang aku mampu update. Nak update panjang panjang tak kuasa deh. Dengan Si sepul yang suka curi curi tengok kat tepi ni.haha. Nama sepul pun boleh masuk kat blog. okeh lah. 

Chowss.

 
© 2010; Lyaa Suriany | Designed by: yanasensei | Powered by Blogger