Darlings

Thursday, September 12, 2013

Majlis Bertandang : Thanks for coming

Masuk tengah bulan 9 baru ada mood nak update pasal majlis bertandang. tapi tak mau update full coverage pun.

Second entry pasal majlis bertandang nak berterima kasih pada kawan kawan yang nun jauh di Kl tapi sanggup susah kan diri datang ke majlis kami. Tak mampu nak ucap terima kasih dah. Semoga Allah balas jasa kalian sebab sudi datang ke Felda Pasir Besar.

Random je letak gambar. Semua pun kesayangan di hati. Kalau tak sayang, tak update kat belog hamba ni.

Mok cik Fify yang selalu di tempek muka kat belog ni. Dia ni kalau tak tunjuk muka, mau nya sentap setahun. Kau siap la fy time kau kawen tak nampak muka aku. hehe.

Tapi dah nama nya mak cik kesayangan. harus la di tunjuk muka. Di antara kawan aku yang lepak lama lama. Siap boleh p ber photoshoot kat rumah tinggal. Mana nak cari kawan sporting ajak photoshoot sebab dia tau kawan dia mana cukup gambar satu dua kan. Thanks sebab memahami mok cik. I lappppp u. 

Tak sabar jugak nak guna hadiah kahwin yang mok cik ni bagi.




Mak cik cantik yang tengah darah manis kat bawah ni. Kalau yang selalu follow mesti perasan muka dia selalu masuk blog time practical degree kt PADAT. 

Mak cik ni jugak coursemate a.k.a classmate time degree. Dalam class tak de lah rapat bebenor. Bila dah practical baru lah ukhwah terjalin dengan lebih erat. Maklum lah. Passion lebih kurang sama. Nak melawooo jek keje.  Suka main make up sama sama. Ko conteng muka aku aku conteng muka ko!

ambik berkat mok cik sya n tunang si amin


Akak blogger cun kat bawah ni lagi bikin aku terharu sampai nangis dalam hati. Readers, aku & kak ogosh memang tak pernah bersua muka, takat comment kt blog, fb cenggitu sahaja. Bila dia pm kat fb mintak coordinate, aku dah macam terharu & tak percaya. Bukan nya dari kampung sebelah. Dia datang dari AMPANG oke.

Kaurang tau apa yang buat aku akan ingat akak ni sampai bila bila. ?

Dia sanggup sacrifice masa,duit, jarak tuk datang ke wedding blogger yang dia kenal kat alam maya je. Agak agak mana kawan kawan aku yang tak datang tu ek. Tak jumpa cari jalan kottttttttttttttt.


 Masa akak ogosh datang aku ada kat dalam rumah sebab teman mok cik fy p toilet. So aku masuk je la bilik sat ingat nak tengok ghupa hantu kak limah kat cermin sat Sambil betul kan veil yang dah melurut ke bawah. Sekali Mak cik Mr. Razman cakap ada kawan lya datang ni. 

Time keluar tu aku macam speechless sat. Ye la tak pernah jumpa kan. Hambik masa sikit nak cam. Nak jerit Kak Ogosh. Tapi tak reti pronounce. tu yang panggil akakkkkkkkkkk je . hahahahaha. pecah tembelang kat sini akakkkk oiiii.hahaha.


 Kak ogosh datang je aku paksa dia makan banyak banyak. datang dari jauhhhh babe. Kena lah makan banyakkk.

Tapi dari man and lyaa akak. Kitorang mohon maaf kalau ada yang terkurang. Tak dapat sembang lama lama. Masa sangat cemburu kan. Dah mintak dengan Mr. Razman. Nanti nak set time lepak dengan akak . Boleh kacau hero kacak berdua tu. Sorang pemalu, sorang active. hehe.

Thanks again akak.


 Gambar kat bawah ni bekas member seperjuangan . Customer relations mitsubishi dekat Petaling jaya. Susah payah hadir kan diri ke wedding aku. Dari Kl jugak. Kitorang jumpa pun time training je. tapi dia sudi jugak jejak kaki ke wedding aku. Thanks babe. Nanti kau kawen. insyaAllah aku tunjuk muka okeeeh.

 Akhir sekali. Terima kasih yang tak terhingga. Buat roomate aku yang tak de dlaam gambar. tq tq tq sudi datang dari shah alam.


Buat yang tak dapat hadir tanpa alasan yang munasabah.

ANDA TUNGGU TURN ANDA.

sekian.




Wednesday, September 4, 2013

Teaser : Majlis Bertandang


 
© 2010; Lyaa Suriany | Designed by: yanasensei | Powered by Blogger