Darlings

Friday, August 23, 2013

Wedding Invitation : Mr Razman & Lyaa a.k.a Norly

Dengan ini, segala hormat nya nak menjemput kawan kawan blogger yang sudi datang untuk meraikan Majlis Bertandang yang bertempat di negeri sembilan.

Buat masa sekarang ni memang tak sempat dah nak pos kad kawen. Tapi kat sini aku serta kan alamat & peta. Gps coordinat aku lupa pulak nak mintak dengan Mr. Razman. Nanti dah ada ke aku update lagi ler.




sape yang nak datang & nak tanya jalan. boleh call 012-9466940.

Thank you.

Bai!

Thursday, August 22, 2013

Happy Belated Birthday Lyaa : UlangTahun Kelahiran ke 25

Birthday Pertama sebagai isteri. Nothing special pun nak gebang kat belog ni. Tapi dah jadi tradisi lah kena jugak buat satu post untuk birthday. Tak kira belated ke idok. 


Birthday kali ni hambar je kot. Mungkin masing masing penat gila dengan wedding punya hal. So aku pun tak rasa sangat bab nak celebrate birthday. Cukup lah dapat wish dari Mr. Razman & kawan kawan. 

Tapi Yang penting hadiah dari suami tetap kena claim! Tak kira la lambat ke cepat. Kata nya kena kumpul duit sat. Okeh. Kasi chance. Kumpul duit banyak banyak ye suami!

Hari kejadian 17 august tu, aku dah selamat ada kat rumah MIL. MIL p keje, So, berdating dengan Mr. Razman je la sambil keluar dengan Ex Classmate Uitm dulu. Puan Mumu. Rasa macam reunion orang orang tua pulak sebab mumu pun baru kahwin. 

Meet puan mumu a.k.a Farah
Orang yang ambik gambar pun tak bape ikhlas ni sampai gegar!
Ada jodoh, jumpa lagi mumu & bubu.



Bab birthday cake pulak?

Walau pun tak de birthday cake dari suami, 

Tetap dapat dari company.

 Pandang cake sudoh laaah. Usah lah di titik berat kan sangat belated birthday girl yang memang serabai selekeh kalau tiba waktu petang.


haaaa

nasib cake sodap menjilat jariii.

Cukup ler tu. Even dah belated sekali pun.



Cukup berpuas hati la dapat merasa sikit pun dari tak dapat cake langsung kan. 

Azam birthday kali ni. 

Nak jadi Manusia yang pikir dua kali sebelum buat keputusan.

haha

Matang cepat sikit weh.

Okeh la. babai guyssss.

Wednesday, August 21, 2013

Ceghita Raya 2013

Raya last sebagai single memang hambar habis. Suasana raya tak rasa sangat. Kalau rasa pun bila p masjid sembahyang raya. Nak lagi best tv kat rumah tu rosak. No lagu raya, nak ulang dengar takbir nan hadooo. 

Nak harap kan dengar lagu raya dekat hp. Tak chill langsung. Sudah nya aku memang sebok kan diri dengan wedding preparation. Hari hari tido pukul 3 pagi. Sudah nya jadi lah penternak eyebag yang berjaya!


Ceghita raya 1,

Pagi pagi p sembahyang raya dengan umi. Balik masjid terus berkejar menziarahi family belah papa. meronggeng dengan motor beb. Memang syok habis. 

Simple outfit tuk raya 1. Sepatut nya jadi baju tuk p keje. Sudah nya jadi baju raya 1.
Setiap rumah dah bagi masa 30 minit. Asal lebih 30 minit aku cubit umi ajak balik. Bukan hape. Nak bagi semua adil kan. Belah papa lagi, umi lagi. Kalau p dok bersidang berjam jam. Memang boleh dua tiga bijik rumah jeeee lah.

Sepupu sepapat yang membesar sama sama. & mak ngah yang maintain muda!
Part syok bila tiba turn belah umi laah sebab aku membesar rapat dengan family belah umi. So, belah umi unfair sikit. Setiap rumah sejam . hehe. Nasib papa tak tau.

tak tau apa motif akk ni. Orang suh jahit baju kurung moden. Sudah nya baju kurung biasa jadi nya. Nak marah? tak do guno.

Itu je lah gambar tuk raya pertama. Selebih nya sembang sampai lupa snap gambarrrr. Raya ke 2 memang tak do gambar langsung ssebab satu hari melepak kat rumah.


Tu ler ceghita raya yang hambar tuk 2013. 2014 aku dah janji dengan diri sendiri, nak raya puasa puas!

Monday, August 19, 2013

Teaser : Wedding Day


Tak sempat nak bergebang. cuma nak upload sekeping gambar  je. Nanti ada masa update laei.


babai!
 
© 2010; Lyaa Suriany | Designed by: yanasensei | Powered by Blogger