Darlings

Thursday, June 20, 2013

Tips : Elak kan tinted rosak

Hari ni kita bercakap pasal tinted kereta ye. Mula mula noob sangat tak tau dan selalu wondering kenapa tinted kereta manusia manusia di jalan raya ni banyak sangat yang ada gelembung udara a.k.a bubble. Bukan gelembung yang kecik, tapi gelembung yang besar tu.

 Haish amat lah buruk di pandangan mata hamba ni. Mata kaurang idok lah aku tau. Tapi as for me memang nampak tak cantik bebenor plus menggangu pandangan mata.

Bila tak tau, so kena lah tau kan. Nasib lah Mr. Razman ajor , kalau tak ajor, memang dah lama tinted kete aku tu ber bubble bagai. Corak tambahan kata kan.

So, apa yang menyebab kan tinted rosak tu salah satu nya sebab pasang heater . Aku pernah lah sekali terpasang heater tu pun sebab roomate aku yang cakap . Yang sebenar benar nya aku tak tau kewujudan heater pun kat kete tu. Maklum lah zero knowledge di awal awal pakai kete. Tau bawak sajek. Nak di jadi kan ceghita, time pagi kan cermin kat belakang kete tu mesti berwap or basah sebab hujan ke sebab embun jantan ke. Malas nak swipe, roomate aku cakap pasang ler heater. Aku dengan bangga nya pasang. muahahuaha tanpa sedar . 

Sampai ler satu hari Mr Razman cakap, nanti tinted rosak. Haiyaaaaaaaa nape tak pernah terpikir beb. Mungkin sebab jenis yang malas nak berfikir panjang. Tu yang main taram je apa yang orang cakap.

So, start dari hari tu memang heater tu jadi perhiasan jeeeee. aku lagi sayang tinted. Ingat mughaaaaaah ke der nak pasang tinted. Kalau nak pasang tinted yang gelap gulitaaaaaa RM80 tu anytime pun boleh. Ni nak pasang tinted yang ada safety sekali tu kena la menabung dulu babeeeeee. Every single cent pun sangat berharga sekarang ni.

So mari lah kita sama sama menyayangi tinted kereta masing masing. Rajin rajin kan diri untuk lap secara manual embun embun jantan yang ada kat kereta anda......


oke, babai!

Monday, June 17, 2013

InstaShop : Vanella _byLyaa

Bismillahirohmanirohim

Dah lama nak update pasal Instashop aku ni. Founder dah tentu tentu la aku sebab terang terang nama Vanella_byLyaa. Untuk permulaan memang aku jual handbag & fishtail dress je pun.

 Tapi setakat ni aku upload handbag je dekat instagram. Baju tu kalau orang whatsapp or pm kat fb baru aku p ambik stok. Sebab nya kekangan masa babe. Kalau boleh nak sangat aktif kan diri betul betul dalam business ni. Ni pun masih ada pending sebab aku tak p ambik stok handbag lagi. 

Harap nya customers bersabar sebab aku tak buat business secara fulltime kan. Kena bahagi masa dengan keje & wedding preparation.

So, for those yang ada instagram. boleh follow vanella_bylyaa. nanti aku dah ada masa maybe update stok dekat blog pulak. 


okeh, moh cilok gambar dari instagram aku sendiri



 upload gambar sesikit je lah.malas nak p ambik satu satu kat insta
For display only lah. Sebab semua dah sold out. Tujuan entry ni just nak promote instashop je. nanti dah ada stock baru. Aku update ler laeiii. oke??

Untuk fishtail dress pulak

ni contoh gambar


Babaiii.

Wednesday, June 12, 2013

Review : Toner Safi Balqis

Bila jari rajin nak menaip, laju laju bukan new post sebelum mood swing lagi.

So hari nak sembang pasal beauty tip. Kira macam review produk lagi la. Hari tu just buat review je pasal toner safi balqis. Hari ni nak tempek sekali gambar lepas pakai toner secara konsisten. Memang rasa berbeza.

sebelum guna toner safi balqis, kat tepi tepi hidung tu mesti ada white head la, black head lah,  Semua benda nak berkampung kat hidung ni
Nak cakap 100% tak de jerawat tu tipu lah. sebulan sekali mesti ada jugak. tapi at least bila tak make up rasa jugak confident dari dulu.


Meh nak habaq secara simple. Sila rajin kan diri pakai toner kalau anda memang jenis yang cuci muka . Sebab bila dah cuci muka liang pori terbuka, so, tugas anda sekarang kena p ttp pori tersebut. Rajin rajin kan lah cari toner yang memang sesuai dengan muka kaurang. Kalau aku. memang stick dengan safi balqis lah.

Terpulang pada diri masing masing. Tapi kalau dah start pakai tu, sila lah istiqamah. kalau asyik dok tukar produk 1 bulan sekali. Sampai sudah susah nak nampak hasil. Ye dok? oke la.

Kira simple update je. Tataaaaa.

Tuesday, June 11, 2013

Majlis Akad Nikah Ecah

Cerita wedding adik Mr Razman ni patut di update bulan 5, tapi terbabas sikit sebab perasaan nak update blog tu tak berkobar kobar sangat. Tapi sape yang follow instagram tu memang dah lama lah tengok gambar ni. Yang dah tengok tu pejam mata je laaa. Update untuk kenang kenangan.

Majlis akad nikah adik Mr Razman berlangsung pada tengah bulan 5 hari tu. Majlis simple yang melibat kan family diorang je. Tapi aku confirm ler menyebok sekali.

 Majlis adik bongsu Mr. Razman boleh di kata kan happening sebab family dorang besar kot. Sebab family jauh kan. so tumpang la rasa macam mana happening nya family orang kan.






Pengantin kita memang rawkkkkk.



Sekian.
eh ada lagi.

Memang pink sakan kan. Baju Melayu Mr. Razman pun last minute p rembat. Ingat senang nak cari baju melayu shocking pink. Nasib ler jumpa. Boleh ler sedondon satu family kan.


okeh la . Ni baru sekian. Type panjang panjang bukan kaurang baca. Babai!

Thursday, June 6, 2013

Random update

Lama biar kan blog sepi tak ber update. Fokus lebih pada keje, pada wedding preparation. Memang rasa waktu keje tak sempat nak update blog. 

Time overtime bekejar siap kan report untuk next day. Normally pukul 7 or 8 baru get ready balik rumah. Macam tu ler rutin sejak dari dulu. Tapi sekarang ni bit tough sikit sebab Job description makin bertambah. Work Pressure pun makin bertambah hebat.

 Kalau di ikut kan. aku bukan ler jenis workholic punya orang. Balik rumah aku akan lupa kan 100 % pasal keje, Memang dalam mode resting mind betol betol punya. Tapi semenjak dua menjak perkataan rest kan minda kat rumah tu macam dah hilang. Terbawak bawak pending case sampai rumah. Tidur pun boleh termimpi sampai nangis dalam tido. hebat nya penangan keje. 

Tapi di sebab kan memerlukan duit yang banyak, bersabar tu letak pada tempat pertama. Biar kan diri berhadapan dengan pressure. supaya masa hadapan nanti reti sikit control temper. 

Enough said pasal stress. Bercakap pasal stress banyak banyak buat kaurang muntah. Mungkin starting from today, aku paksa diri rajin kan update pasal daily life. okey guys. 


Teaser untuk next update. Instagrammer yang follow insta aku dah basi tengok gambar ni.

Bbai bai bai bai bai