Darlings

Wednesday, March 6, 2013

Review : Produk Safi Balqis

Aku rasa dah banyak kali buat review pasal safi balqis ni. Tapi kali aku buat full review. Kira macam rutin harian .

Pembersih Muka

Time mandi pagi kadang aku dasar pemalas jugak lah cuci muka. Terlebih rajin aku sental la, kalau tak rajin aku terus mandi kerbau je. So rutin cuci muka dengan pembersih muka safi ni tak tetap lah. Kadang kadang pakai kadang tak. depends pada kerajinan. Selama aku guna pembersih muka safi balqis ni, oke lah. sebab tak mengering kan kulit aku.Nak pulak aku ni jenis manusia yang tak suka kulit kering sangat. oily sikit okeh lah.


 Scrub

Menda alah scrub ni aku pakai dua tiga kali seminggu. errrrm boleh men nyah kan sel kulit mati dan kotoran yang adooo. Sila cuba.

 Toner

Lepas mandi, mesti aku sental toner dulu kat muka aku. sebab bila kite dah cuci muka dengan pembersih tu, liang pori akan terbuka. So, keje kita sekarang , kena tutup balik itu punya lubang pori okeh. 
Kira toner ni antara benda penting okeh . aku punya toner selalu je cepat habis. Nampak gaya aku memang betul betul sental kan. Toner ni best sebab aku rasa macam tak melekit. Lepas sapu toner, aku biar seminit dua dulu. Bagi kering dan menyerap dalam muka dulu. Jangan terus p sental dengan pelembap ke hape dulu.


Next

Serum

Yang ni pun salah satu fav aku sebab bila tempek kat muka rasa macam muka lembut jeee. Senang nak absorb dalam kulit even texture dia macam cream sikit. Tapi Make sure pakai ni sebelum pakai pelembap. Botol nya kecik, isi dalam pun sikit je. Tapi mampu bertahan lah sampai sebulan.  Yang penting kulit rasa licin. So, memang Highly recommended . Harga ? Lebih kurang RM 22.50.

Pelembap


Ada krim pelembap siang dan krim pelembap malam. Krim pelembap siang aku dah lama habis. Malas nak beli, sudah nyaaa tiap tiap pagi aku sental krim pelembap malam  ganti yang siang punya.hahaha. Dasar malas nak p beli lagi. Asal boleh aku ni. Masa aku nak p beli krim siang ni , stock habis then aku ada rembat shurah qaira. Damn sungguh la. Baru pakai dua kali muka nek jerawat pasir yang kecik kecik tu. Haish. Terus stop. Walaupun rasa membazir. Mungkin tak serasi dengan kulit gamak nya. So far aku suka dengan krim siang & krim malam ni. .

Eye cream

Eye cream ni tujuan dia untuk hapus kan eye bag la konon nya. Tapi aku jarang sangat pakai. Dalam seminggu ada le sekali dua. Sebab aku tak suka texture yang cair sikit kot. Tu yang aku jarang pakai. Bila jarang pakai aku tak tau ler sejauh mana keberkesanan si menda alah ni.

Kaurang ada yang pengguna setia eye cream ni? cer cite sikit bagus ke idokk.


Krim kecantikan

Krim ni aku dah pakai since diploma. Memang bertahun. Tak pernah curang dengan krim lain. Kalau kumpul kan bekas ni, dah boleh buat koleksi. Puas hati je. Kalau tak de cream ni rasa macam tak complete hidup beb. Kalau bb cream tak de aku boleh terima tapi jangan cream ni yang tak de

Then, baru ler apply bb cream.

Bb cream pilihan hati buat masa sekarang. Dah dua bulan lebih bertahan.

Then, settle .


Sekarang ni aku rasa aku kena p terjah krim anti jerawat ni. Untuk simpanan. Tau tau la perempuan. Sekali sebulan mesti hado jerawat punya. Sekali jerawat datang menyerang. boleh tahan hebat dugaan. Terus jerawat batu der. 
macam banyak good review pasal krim anti jerawat ni. apa salah nya kalau give a try kan.


Safi balqis ni dia punya effect ambik masa yang lama cik kak. Kalau rasa nak kulit cantik dalam masa yang singkat , jangan pilih safi. Tapi depends pada kulit jugak lah. Kawan aku pakai tak sampai setahun muka dah cantik gila macam pakai produk mahal, 

Kalau kulit aku pulak, memang jenis yang lembap bertindaaak.hahaha. aku yang recommend kan. tapi orang lain yang flawless dengan safi. .ada sedikit ketensionan di situ. oke lah. Ni bukan entry promote. Just sharing rutin harian aku. 

Sekian.

Babai

 
© 2010; Lyaa Suriany | Designed by: yanasensei | Powered by Blogger