Darlings

Tuesday, October 23, 2012

Motor GP 2012

Ahad lepas berjaya isi masa lapang dengan join tengok motor gp. Bukan tu je, berjaya jugak bakar muka sendiri dengan kepanasan matahari yang melampau. Kulit yang "putih melepak" terus bertambah tambah kemelepakan kulit aku. Berkilat kilat. Sekarang bila pandang cermin. hati terus retak seribu.

Ku akui, semenjak dua menjak ni aku sangat selekeh. pasrah dan redha bila mood nak pakai cantik cantik yileeek.
Selekeh tak selekeh. Tak kan nak p motor gp keno pakai dress bagai , berhigh heels pulak. Pengsan mak okeh. Dah la parking sejauh 1KM. Betapa gigih nya Mr Razman meredah panas dan hujan semata mata nak tengok motor gp ni. Kalau aku ajak p Jalan Tar. Buat bodoh sajek.

Si adik dan si Kakak. Gua kat belakang bersama Mr Razman. Bajet tengok motor. padahal gua nak cari tempat berteduh. Feeling putera lilin kata kan
gua tengah fokus ni Fahmi khairudin lalu sampai tak pandang camera

Macam mana pengalaman pertama? 

Agak okay lah. Yang tak okay sebab panas. Aku lagi rela kena hujan dari kena panas. Lagi rela aku demam dari aku kena sunburn.

Seronok boleh tengok live. Teruja tu lain macam. Pengalaman baru pun hado. Lain kali kalau orang ajak, boleh je join lagi dengan syarat tiket orang belanja lah. Nak beli sendiri memang sorrrrrry.

lastly

Tahniah Fahmi Khairuddin. Anda bagi kami bangga. Tabik 

Tak lupa yang paling aku salute.

Hafiz Syahri. Anda memang hati kering.Even dapat no 4. Tapi tengok dia race pun dah buat hati aku kecut. Mana tau satu hari nanti dia boleh jadi macam rossi. Sebab sama sama hati kering macam rossi. Aku yang terlebih nebes tengok dia ni. 

Syabas untuk anda.


Adios laporan untuk Motor Gp.


Friday, October 12, 2012

Review Session : Plain Cotton + Border lace

Sape suka lace , boleh hi 5 meh. Aku Tersangat lah suka lace. Sebab aku rasa baju tu sangat awesome bila patch dengan chiffon or cotton . Sempoi pun ado sebab simple tapi nampak elegance. Itu personal opinion aku lah.

So, pada yang masih nak mencari mana nak beli online, kot kot rasa malas ke nak p kedai kain. Meh sini aku tolong tunjuk kat mana kaurang boleh beli. Harga pun okay compared dengan online shopping lain.

 
Boleh p terjah kat fb, PM kat zat macamana nak beli sebelum terlambat.
oh ye.
harga untuk plain cotton 4m +  2m Ivory lace ni RM150

 Pilihan utama. Mustard color. Mengoda habisss der








Sila tunggu dengan sabar sebab Kak Zat ni career woman.Jadi Penyampai Radio Kelantan plus mummy pada dua hero pulak tu. So dia agak kebusy an .

Happy Shopping guys!

Wednesday, October 10, 2012

Mari Tengok Wayang Secara Berhemah

Diantara acara wajib weekend adalah tengok wayang. Tempat tak lain tak bukan dekat Space u8. Sorry sunway pyramid, kami dah berpaling. Tak p sunway pyramid dah. Dah ada yang lebih dekat, so buat apa nak susah kan diri kan. Lagi pun panggung wayang dekat MBO lagi syok. Cuma yang tak syok nya orang orang yang tak reti respect orang je.

Orang yang tak reti respect orang lain dalam panggung wayang? Ada banyak jenis .

Jenis yang pertama : 

Main ketuk ketuk , goyang kaki kat kerusi orang depan.
Dey thambi. Kalau awak bayar 12 hinggit untuk tengok wayang. So am i lah.  Toleransi lah. cuba ada orang main ketuk ketuk kerusi , awak bengang tak? Saya ni jenis berangin taufan sikit tau awak. Awak main ketuk sekali . Fine. Saya pejam mata je awak. Tapi berkali kali, saya tak boleh pejam mata dah. Saya terbeliak kan mata sikit. Saya terus pandang belakang. Saya buat bunyi cicak sikit, then cakap, Siapa la suka main ketuk ketuk ni. Nasib lah malaun jenis paham bahasa melayu. Kalau tak paham bahasa. Saya berdiri je lain kali. 

Jenis yang Kedua:

Bergayut
Haiyo. Mana lah kesedaran orang yang macam ni. Boleh cakap telefon dalam panggung. cakap slow slow tak pe. ni bukan main kuat. Hish. Orang bayar sebab nak dengar dia sembang. What the Fish betul kan. 

Kalau dia tak bergayut pun. dia dok sembang dengan kawan sebelah. Rasa macam nak p join je sesi sembangan diorang ni. Kang tiba tiba aku cakap, Boleh join uolls bersembang. Saya bayar wayang untuk sembang dengan kaurang. Tamadun Mesopotamia punya orang.

Jenis yang Ketiga:

Dia tukang ceghita sinopsis movie
Haaaaaaaaaaaa, Tau kan. Bab ni memang annoying tahap abestos. Dey. Dah tau jalan ceghita. Jangan la jadi tukang ceghita kedua pulak. Dok diam diam. Sat lagi lekat salotape kat mulut tu baru la tau kang.


Jenis yang Keempat:

Dia tukang buat wayang dalam panggung wayang
Dey dey dey. Kalau nak buat wayang, pelis p tempat lain. Hansuang betul nak beromen dalam panggung. Nak nak yang duduk kat couple seat lah. Mr Razman pernah tanya aku kenapa tak pernah pilih Couple seat. Aku? Hah tak kuasa. Buat apa nak menimbul kan syak wasangka orang. baik aku dok kat tengah tengah crowd tu. So, orang nampak apa yang aku buat. aku p panggung sebab nak tengok wayang. Bukan nak main wayang.


Okeh cukup lah bagi contoh pat jenis. Letih menaip. Rush nak balik dah pun.

Akhir kata dari aku.

Sila la behave diri anda dalam panggung wayang. Terima kasih.


Friday, October 5, 2012

Review Session : Vaseline Lip Essence

 4 Tahun Yang Lepas,

Aku jenis bangsa umat manusia yang sangat susah nak minum air masak. Kadang berhari hari "terlupa" minum air masak. Sampai lah satu hari aku kena kencing kotor.  Macam mana aku boleh tau? Doktor lah bagitahu kan. Tapi aku bukan nak bergebang pasal kencing kotor.

Aku nak ceghita disebab kan aku tak suka minum air masak, bibir aku jadi cepat kering, menggelupas, kadang tu sampai berdarah sebab aku kopek.

Bibir lagi makin teruk bila pakai lipstick . Kalau Revlon okeh lagi, Tapi kalau tibai Maybelline ke, In2it ke mesti menggelupas. Makin lama macam orang sakit dah ghupe nya. Solution nya, aku ambik inisiative pegi bertapa kat Guardian sekejap, melilau cari Vaseline. Cari punya cari. Finally jumpa Vaseline, Lip Essence.

So Far, sangat berpuas hati. Bibir kadang kadang kering la jugok. Tak de 100% cure. Tapi , better daripada dulu. Tak de la sampai pecah pecah. Lip Essence pilihan aku kali ni yang tak de color punya. Sebab first try kan. Aku lebih kepada nak meng cure kan bibir aku . So tak do la kisah sangat bercolor ke idok.
Aku bagi 4 bintang untuk Lip Essence ni.

Getting better dah bibir mak jemah
Harga pun affordable. Tak sampai Sepuluh hinggit tak silap aku. So boleh p beli banyak banyak letak setiap handbag. Sebab kalau jadi macam aku, berjam jam cari aku letak lip essence ni kat handbag mana satu.

Next, aku rasa nak try yang chery ni. Kasi ada effect pinky pinky sikit. So, kalau tak jumpa cari lipstick pun sekurang kurang nya ada pengganti. Lip Therapy gitu.

So, apa kata kaurang. ada Lip Product yang kaurang berpuas hati or nak share. Kalau tanya aku. Semesti nya aku pilih Vaseline. Tapi tak salah nak try product lagi. Kot kot kesan dia lagi vavavooooom.
















Wednesday, October 3, 2012

Typical : Jaga Tepi Kain orang?

Jaga tepi kain orang ni banyak kategori tau.

Scenario 1 ,

Hari Si A dapat gaji, Then dia berangan nak tukar handphone baru. Smart phone mungkin. Teringin lah jugak dia nak merasa bbm ke , whatsapp ke, instagram bagai. So, berkobar kobar lah dia tukar hp. Dia guna duit gaji titik peluh dia lah. Tak pun dia paw lah  bapak dia ke,bf die ke tunang dia ke, laki dia ke. or whatsoever lah. 

Tapi ada si polan cakap cakap belakang " eh, Si A ni tukar hp baru, lepas tu tak de duit lah. Pakai je la hp lama. Ada hati nak tukar yang baru." Nampak tak kepochi kita terserlah kat situ? Istilah kedengki lagi tepat untuk si polan ni.

Prinsip hidup aku .Lantak lah orang sekeliling aku tu nak tukar kereta baru kah, rumah baru kah, hp baru kah, beli baju baru kah, beli handbag baru kah. As long as dia tak susah kan aku. Simple. Buat apa semak kan kepala pikir , eh dia ni shopping bagai nak gila, lepas tu tak de duit lah. Heyyyyy. Tak cukup masa aku  nak tolong pikir pasal kewangan orang lain. Kewangan Mr Razman tak po. Aku willing!. muahahaha.


Scenario 2,

Si A ni suka beli handbag. Maybe handbag yang dia beli tu handbag mahal ler sikit, bonia, coach ,kate spade, miu miu ke hape. Persoalan nya sekarang. "Kena perlu timbul, eh dia ni, beli handbag mahal mahal, Kalau aku memang tak beli lah, baik aku beli handbag murah murah je. Tak membazir. " . Itu pendapat kau.

Babe, Setiap orang ada personal taste. Sesetengah orang, lagi prefer barang murah, tak kan beli branded punya barang. As for me, aku tibai je, aku rasa aku ada duit, aku beli yang mahal, rasa tak de duit, aku diam. Tak perlu nak persoal kenapa orang tu suka beli barang branded or not. . Dia berhak nak buat hape pun dengan duit dia. 

Aku bagi dua contoh yang selalu jadi kat sekeliling aku lahhh. Pikir kan dan renung kan.

Monday, October 1, 2012

Wedding 2012

Semalam dapat 3 wedding invitation. Tapi berjaya p 2 je. Yang satu lagi Cik Fa . Tak sempat nak p. Ralat habis babe. Sebab bila tengok gambar Cik Fa, terus rasaaa arggggh cantik nya kau ni Cik Fa. Speechless. Sebab aku tak dapat nak p. Tapi aku boleh ucap Tahniah kan kat belog ni. Maka aku dengan dengki nya cilok gambar Cik Fa dekat facebook dia.  Ampunnnnn.
Congrats Fa & husband. Semoga berkekalan sampai Syurga.
Stunning!

First Wedding yang aku pegi bertempat kat Dewan Banquet , MBSA. Grand habis dewan nya. Pelamin dia, fulaweh. Terkedu je lah pandang. Tak sempat nak snap gambar. Sempat snap gambar penganten tengah makan beradab je sekeping sebab aku rush nak p wedding Tasya kat Klang pulak.
Congrats Mr Syazrul & Mrs Juliza. U guys Sepadan sangat sangat.

Second Wedding bertempat kat Jalan Kebun, Klang. 

Tasya ni kawan aku & Mr Razman. Kenal masa attend event anak yatim dulu dulu.

Jom layan gambar lah.

Meet the Penganten Baru. Tasya & Zaki. Baju meletop sangat sebab kale pinkkkk..
Best jugak sebab sempat jumpa Cik model cun a.k.a Fifiey Suhaimi. Dia dah nak balik time ni. So sempat salam & bergambor je lah.
Aku jatuh hati dengan gambar pre wedding Tasya ni. Cun habis. At least lepas kawen ni, boleh ler gantung gambo ni kat bilik tidur ke ape kan.
Dah lama tak jumpa mak buyung ni.. Cuzzy si Tasha da penganten.
 Aku tertarik dengan guestbook Tasya ni. comel lote ore kelate cakap. Dah lah siap boleh ambik gambar poloroid then tampal dalam guest book. Kelas gitewww. idea by cik puan pingu

Wedding cake pun cun habis. Mana tak melting tengok.
The Pelamin
Tu je Kisah Hari Ahad. Ahad aku berakhir dengan jaya nyaaaaaaa. Tunggu weekend minggu depan pulak. Nak block date jumpa kak kin. Amin
 
© 2010; Lyaa Suriany | Designed by: yanasensei | Powered by Blogger