Darlings

Friday, September 28, 2012

Apa Pun Tak Selamat

Sekarang ni, duduk kat Malaysia pun hidup tak aman macam dulu. Sana sini ada kes. Tak kes rogol, kes samun, bakar lah, letup lah. Nyawa memang tak de nilai langsung. Aku kadang kadang naif jugak sebab ingat malaysia ni selamat lah sangat sangat.

Kenapa aku cakap tak selamat?

Baru baru ni aku terbaca story ayuthesun, Kete kena rembat tengah jalan. What the Heck manusia sekarang. Kete orang kau rembat tengah jalan. Semakin lama semakin berani. Kalau dulu orang curi kete , diam diam, tengah malam, pagi pagi buta. Tapi sekarang . Advance. Ambik kat tangan owner. Kelas gitewww.

Aku sebagai lady driver. mau tak seram bila dengar ada kes yang macam ni. Bila dah jadi kes-kes macam ni, baru lah aku hargai pesanan Mr. Razman, jangan keluar sorang sorang. Tapi aku memang suka keluar sorang sorang. Senang. Malas nak susah kan orang.
Samun pakai pistol, lagi naya bebbbbb
 Sekarang ni,
Aku bertambah tambah serammm, bila ada salah sorang staff Mitsubishi ni kete dia kena block tengah jalan. Block depan belakang , then paksa bagi kunci. once again. What the Heck. Siang siang hari boleh buat keje rembat kete orang..

Dah la rembat kete orang, p belasah  pulak orang tu. Tak pasal terkehel pinggang orang tu. Nak curi, curi aje lah. nak touch bagai pulak kan. Memang berhati binatang. Dan si perembat perembat sekalian memang syok lah dapat Pajero sebijik kan.
Sekarang ni Cuba cite kat aku . Nak pakai kete apa yang selamat. Kete murah kena rembat , kete mahal kena rembat. Tak tenteram jiwa mak tau dak.
Kita pakai kete sorong nak.?
Penutup Entri:
Malang tu tak berbau. Kalau ada bau senang. asal ada bau malang je, terus mengelak kan.hoho. 
babai kaurang



Saturday, September 22, 2012

Holiday @ Cameron Highland

 Holiday kali ni di panggil holiday tumpangan sebab aku tumpang menyebok dengan bos Mr Razman. Sepatut nya trip ke cameron ni Dak dak office Mr Razman yang join. tapi boleh bawak partner masing masing. Last minute punya hal, Ramai yang cancel. 

Yang stick nya aku dengan bos Mr Razman, then staff dari branch melaka pun join. Lagi cun laaa sebab bukan orang lain pun, kawan aku jugak. So atleast tidur berteman kan. Tidur sorang sorang tempat asing boleh di kata kan sunyi babeeee.

Macam lama je p bercuti padahal 2 hari satu malam je pun. At least, ringan lah sikit kepala ni dari beban kejeee. sebab boleh ambik fresh air kan. 

Masa kitorang p ni , jalan agak jammed kat cameron ni. Masing masing tengah bercuti sempena Hari Malaysia kan.

with alanggg. Pose je lebih. bukan beli cactusss pun. Sebab gua bukan peminat cactus.
 Aku melahap lauk semata mata. Nasi aku taruk dalam pinggan Mr Razman.

Cik alang with Fianceee merangkap aku nya offismate jugakk. Bertemu jodoh di bawah satu company
 Masa kitorang p ni. Tahap kesejukan kat cameron ni melampau lampau. Pijak kaki kat lantai pun tak sanggup, terus sarung selipar. Boleh cramp kaki . Itu dalam apartment. Kat luar apartment lagi laaaaaah. Terus berusaha cari glove . at least boleh cover tangan keding aku niiii.


 Hasil penyopingan alang & fiancee. atcually tiga bakul semua nya. satu bakul dok atas kaunter. Seronok tengok diorang shopping. Sebab aku tengah sengkek. Mana shopping. Untuk dak office pun boleh beli sikit sikit jeeee. Tight budgeeeet bebb. Gaji tengah bulan di labur kan pada kete kesayangan.

bila malas nak pikir pakai baju amenda, memang aku sarung cardigan & tudung favorite ni jeeee. Senang.
Conclusion nya. Cuti aku berjalan dengan lancar dan berakhir dengan jaya nya cuma bila balik dari cameron sakit tekak plus nak demam. Perubahan cuaca lah konon nyaaa kan. 

Thanks bawak kite bercuti .

Saturday, September 15, 2012

Design Pilihan Hati?

Design baju kesukaan hati.  cilok dari FB
Bila aku nak kahwen sampai sekarang tak ramai yang tau. Yang close, offiismate, roomate, sedara mara sahaja yang tau. Kenapa tak mau bagitahu? Biar lah rahsia. Sampai masa pun aku agak hebah kan seantero dunia. 

Wedding preparation pun aku rasa aku tak kan banyak update kat sini. Tapi tu tak confirm lagi lah. Mana tau kot satu hari nanti aku rasa aku nak share satu persatu pasal wedding flow aku.  Tak pun aku letak dalam draft dulu ke. Kalau rerajin. Aku publish. Ye doook

Macam engagement hari tu pun. Aku tak declared kat blog. Dah sampai majlis baru declared. Entah lah. Aku rasa kadang kadang tak bermood nak update satu satu. Tak pun aku lagi suka SURPRISE. 

Cukup je lah aku update yang color baju untuk akad nikah belum finalize lagi. Sebab banyak sangat color yang aku berkenan. Nak start nervous pun malas. Dasat kan. Anggap je lah majlis lambat lagi. Eh memang lambat pun lagiii. Sey boleh enjoyyyyy dulu. 

color ni pun macam mengancam kan.. Lagi pun favorite sepanjang masa kan pink color ni..
Pssssst . Nasib ada sis kikin yang selalu jugak bagi support & nasihat . Thanks Sista!





Saturday, September 8, 2012

Tutorial Shawl : Cover your chest

I love her look.
Ni tutorial yang memang cover chest. Nak trendy tapi still cover aurat.
Why not kaurang try style ni.
So, boleh mula cari plain shawl.Nak lagi best lycra punya material lah baru terletak sikit. Kalau chiffon or cotton renyeh sikit. amacam?
Mana nak cari?
Boleh terjah  facebook kak ina
or
 Email terus je dekat kak lina
azlinahasan@yahoo.com

Sunday, September 2, 2012

Kaurang ALERT tak?

Entry Ni Repost: Sebab sejak dua menjak ni aku tak boleh nak comment langsung kat blog yang word verification ni. Rasa nak hentak pc ni pun hadooo. Memang kedengki dengan aku tak bagi comment entry kaurang ni.So please my dear sekalian..


Certain blogger tak alert dengan benda ni. Nampak macam remeh. Tapi kaurang kena ambik berat pasl word verification ni..

Bukan apa, sesetengah orang tu jadi malas nak tinggal comment bila tengok hado word verification. Heee aku la salah sorang tu,  so, blogger. Alert dengan mende alah ni. Check balik sebab dulu aku pun tak notice tau till one day ni ada blogger tegur aku pasal ni. lepas tu baru aku tukar setting..tak tau? simple aje, meh aku ajar.
 
Dashboard-Setting  

 

 Then cari yang kat bawah ni



 Klik NO show word verification for comments




okeh? dah p buat. nannti aku rajin p comment..heeeeee







 
© 2010; Lyaa Suriany | Designed by: yanasensei | Powered by Blogger