Darlings

Thursday, August 30, 2012

Edisi Raya 2012

Update entry raya terus terjah ke Raya Kedua Ehem. Skip lah senang ceghita. Sebab tak do ceghita menarik pun untuk raya pertama. Routine ziarah menziarah mak cik mak cik sekalian masih berjalan seperti tahun tahun sudah.
Cuma yang beza tahun ni agak rabak poket sebab kena bagi duit raya kan. Bukan takat anak anak sepupu , mak cik mak cik pun kena bagi jugak. Nenek sekali. So. Sekarang ni pejam mata je nak shopping. terpaksa tahan napsu .
.
P raya rumah cik ayu jazari
Simple outfit on second raya. Kata nak baju raya yang plain. memang dapat yang plain lahhh. Harga je tak berapa plain. Tudung p rembat last minute kat pasar sajekk. Harga murah lagi berpatutan.

Aku rasa baju ni dah tak berapa nak muat dah gamak nya sebab sepanjang raya melantak tak hengatt.
p wedding kakak pada ex schoomate.






Monday, August 27, 2012

Happy Belated Birthday Lyaa

Salam 9 Syawal. Kira aci la kan wish kat diri sendiri. Sebab semua orang dah wish kat Facebook, twitter. Sekarang wish kat blog sendirik pulak.

Hupdate Entri birthday dulu , Entri raya sila beratur diam diam. Dah ada mood baru update.

Syawal Ke 7. Turn beraya Family belah Mr Razman. 

Masa on da way dari Negeri sembilan. Adik Mr Razman call. Mr Razman buat loudspeaker. Agak terkantoi sikit pasal surprise birthday party ni. Tapi aku rasa macam tak excited. Sebab aku rasa Mr Razman tak ambik part. So buat dont know je even dah tau. 

P beraya rumah Pak long Mr Razman. Sampai terlupa dah pun birthday party yang dorang planned.

Dalam pukul 9 lebih, bertempat kat rumah Kak ngah , Seputeh. Tiba tiba Mr Razman keluar dengan Cake pinky comel gila ni. Oh my, memang rasa surpriseeee sangat . Sebab tahun tahun yang lepas Kitorang celebrate beli cake satu slice je. Sebab dua dua jenis yang tak suka makan cake sangat.

Thanks a lot pada yang terlibat.
 Mr Razman.
 Kat sini nak mintak maaf secara terbuka sebab ingat kamu buat buat tak kesah langsung pasal Birthday Lya. Pandai cover line. Dalam diam rupa nya.

Cik kak ni menangis teresak bila tengok Mr Razman bawak cake. arghhhh. Tak tertahan.
Memang sebak habis masa sebelum tiup lilin. Sebab. aku dengan Mr Razman bukan nya dah kahwin. Tapi rasa betul betul dah jadi part of their family. Sangat terharu lagi bila Mr Razman cakap terima kasih sebab boleh anggap family dia macam family aku sendiri.

 So, harapan aku sangat lah tinggi agar hubungan ni berkekalan sampai ke jinjang pelamin. Aminnnn.

  
Tu dia sepupu sepapat & adik beradik
Selamat Hari Raya Dari Kami. huahuahua.

 Dan tidak lupa

Thanks jugak pada customer aku yang caring gila. Buat delivery lagi sempena birthday aiii. Choc hari tu pun tak sempat makan. dah dapat yang lain.

Tuesday, August 14, 2012

Mitsubishi Asx

 Last saturday masa time nak blah dari office, officemate aku panggil suh test asx new model.Daripada dulu lagipun memang aku dah jatuh cinta habis dengan asx ni. mana tak jatuh cinta, cun habis. most suitable untuk perempuan, lagi lagi yang katik katik macam i neh, tapi harga pun cun babe.

                                                                
Amacam? Handsome kaaaaan.  Bawak pun syooook je sebab harga pun syoook. Kita mampu berangan. 10 years in future mana tau mampu. Ye dokk.

Artis perempuan pun kebanyakan suka pakai kete asx ni.. Masing masing pilih Asx sebab nampak elegance kot. Yang laki macam Tam, Fizo, Akasha, memang pilih Lancer laaah. 

oh sebut pasal lancer. Lancer sportback memang mengancam jiwa. Harga pun lebih kurang Asx. Bila sebut lebih kurang tu makna nya. Kena berangan lagi laaah.

Verangan verangan.











Saturday, August 11, 2012

Baju Raya by Nurita Harith

Baju Raya design by Nurita Harith ni memang elegance habis. First time tengok pun dah jatuh hati. Aku lah yang jatuh hati. Kaurang mungkin taste lain lain. Tapi buat masa sekarang ni tak mampu milik lagi sebab banyak lagi commitment lain . Kalau gaji 5k above Sebulan boleh ler nak merasa beli.

Tapi setakat nak cuci mata. Sila kan.

Siobhan
 Dusty pink ada favorite paling teratas dalam carta buat masa sekarang.
Sahara
Kate
Pastel color macam ni. argggggggggh. Migrain nengok.

Ivy
nice combination
Annalise
Marie
 Mint color memang tengah In kan sekarang. Trend habis plus aku memang so in love dengan design macam ni.

Sebelum ni, aku memang noob habis sape Nurita Harith ni kan. Punya lah tak ambik pekembangan pasal designer. Padahal dah jumpa dia depan depan masa wedding Kak ngah a.k.a Sepupu Mr Razman hari tu. Baru ler tau yang dia tu bestie Kak ngah. Tak silap aku baju wedding kak ngah pun design by nurita agak nya.

Baju baju kat atas tu, jangan tanya harga dengan aku. Sebab aku memang tak tau & tak berani nak tanya harga..

Friday, August 10, 2012

IFTAR - Day 20

Semalam bebuka puasa dengan meriah dengan offismates. Dah survey semua hotel, sekali hotel yang paling dekat jugak lerr yang dipilih. Dekat tak dekat, seberang jalan office aku aje. So, tak payah pikir pening kepala nak redah jammed kan. Boleh gerak dari office pukul 6:30 lagi.

Review aku? Makanan So so aje lah. Aku kurang gemar pilih buffet sebab aku bukan jenis yang makan banyak sangat. So, ni jelah buffet yang aku attend sepanjang bulan puasa. Sebab tak berbaloi babe. RM109 satu kepala kalau kau makan ciputtttt . Nasib free kan.
Located @ Glenmarie. Sape berminat boleh try. Tempat memang cantik de vasss lah. Pasal makanan , semua benda aku try sikit sikit. Sendawa bau daging kambing. huahuahua. Lepas tu  Aku cari oyster. Tapi yileeeeeeeek. Frust kita tau daaak.


 Sebelum bukak puasa. Muka pun paksa senyum. Sebab perut dok kriooook kriooook bau makanan . Istifar dalam hati mensabar kan diri.

Ni baru first round. Behave dulu.
Conclusion nya. Perut memboyah dengan jaya nya. Sambil jalan sambil usap perutttt. Nasib ler pakai baju kurung yang loose sikit. So ada space  perut nak memboyaaah.

Sekarang ni. Perut bunyi kriooook kriook sebab tengok gambar makanan kat atas. 

Thursday, August 9, 2012

Review session : "Crazy Little Thing Called Love"

Thailand Movie ni actually dah lama keluar. Tahun 2010 tak silap aku. Tapi aku baru tau kewujudan movie ni sebab housemate aku yang recommend. Sekali tengok memang jatuh hati habis lah dengan hero. Haisssssh. Cuteeee!

Kalau nak tau best ke tak best. Kaurang p download sendiri. 


Tapi sinopsis aku bagi ler 

Watak utama nama Nam (heroine) & Shone(Hero) . Nam ni masa Kecik kecik memang dark skin habis, specky pulak tu. Lepas tu dia selalu Usha si Shone yang cute mute ni. Nak di jadi kan ceghita diorang ni satu sekolah. Shone ni si senior la kira nya . Footballer pulak tu . Lagi la ramai peminat. 

Si Shone ni jenis yang baik hati sangat . Tu yang buat Nam ni lagi jatuh hati. Macam macam cara dia buat untuk Shone perasan kewujudan dia. Yang aku suka movie ni, banyak part kelakar, last last before ending tu, mau jugak aku nak nangis sebab sedih.

oke sambung sinopsis. sebelum aku melalut ke laut.

Kawan kawan Nam memang sentiasa bagi support suh dia tackle Shone. Sampai ada part tu diorang sental, mask , kan satu badan Nam tuk bagi cantik. Last last jadi kuning langsat satu badan si Nam ni. Memang kelakar habis. Sampai Shone tegur awak ada jaundice ke.......

Nam sebelum transform jadi cun
 Lepas tu , Nam jadi cun habis okeeeeeh.

Nam. After nine years.
Shone yang cute! dia tanam rose tu , sebab nak bagi kat Nam
Seterus nya kaurang kena tengok lah. kang aku bagi details sangat. Tak suspen pulak kan...
Poster pun cun Habis.

Biodata Shone

Name : Mario Maurer
Birth Date : 4 December 1988
Born : Thailand . ( His father from German and his Mother from Thailand . He has two brother including himself . His oldest brother named Mako , 5 years older than Mario . )
Religion: Roman Catholic
Occupation : Model , Actor and Singer .


Untuk kaurang sayang. Aku include sekali trailer okeeeh

Happy watching

Wednesday, August 8, 2012

Daily Life

Kesian shawl shawl aku. tersimpan rapi dalam wardrobe. Macam pandang sepi aje.Betul betul di anak tiri kan. Bukan tak mau pakai. Pakai aje. Tapi jarang jarang lah. Dalam 2 minggu ada sekali dua aku pakai. 

Tapi hari ni terasa nak pakai shawl pulak sebab malas nak iron punya pasal. Terus je rembat apa yang ada depan mata.

Dalam 5 minutes. Siap!. Then boleh get ready p koje
Pagi pagi dah start hari dengan stress sebab semua pengguna jalan raya kat Msia ni  berhemah
Ni pulak lauk berbuka aku semalam. Simple ler tu. Sebab pukul 7.02 p.m pun aku still kat tengah jalan raya lagi. Sempat lagi singgah kedai beli tempe. Baru niat di hati nak cari kerang. Meleleh air liur tengok adik hazanis update pasal colek kerang. Berkobar kobar aku p cari kerang. Sekali. Yileeeeeeek.

Frust tau kitaaa!

Cekal kan hati masak tempe kicap & ayam goreng kunyit.
Lauk Bujang trang tang tang tang
Satu periuk tu jugak aku habis kan nasi. arggggh. Memang favorite lah tempe ni. Tak pandang dah ayam goleeeek.

Macam ni lah kehidupan orang malas. Apa yang sempat, aku masak saje lah. Sebab aku tak suka makanan kat bazarr. So, nak tak nak masak je lah jawapan nyaa. Simple janji aku makan dengan puas hati.

Kaurang mesti makan yang best best kan. 

Sob sob. 


Tuesday, August 7, 2012

Awesome Weekend - Trip To JPO

Weekend yang awesome seperti biasa walau pun di bulan puasa. Nak lagi awesome bila sama sama cari barang hantaran. oh kawen lambat lagi tetapi semangat waja cari barang. Biasa lah. Tak nak kelam kabut kata nya.

Sesi nak membeli belah dekat JPO ni dah lama di plan. sebelum puasa lagi kot. Then hari ahad lepas berjaya jugak merealisasi kan harapan ni kan. So dah tak jadi harapan dah lerrr. Mr Razman bagi cadangan, gerak dari negeri sembilan lah sebab dekat sikit jarak nya. So, boleh ler bukak puasa dengan mak sekali.
wearing sallyfashion punya dress covered by leopard cardigan. pun dari sallyfashion. gambar full memang tak de. busy shopping sampai tak de gambar. sedih!
Gerak dari negeri sembilan pukul 10 pagi so sampai lebih kurang pukul 12 lebih. Betul betul speed. Nasib tak jammed kan. Parking pun senang kat JPO ni.
Sampai sampai je teruja. Sebab tempat cun!

coach punya sale tak hengat. Gua pandang dengan hati yang panassss.
Review aku? tempat ni menarik habis lah. Rambang mata. Masuk sini sale, sana sale. Nak lagi best Levis, Cotton on, Coach, Pedro, Bonia, Carlo rino, Fossil, sale gila gila punya. Nasib ler tujuan aku datang sini memang nak beli barang hantaran.So, tahan perasaan ler nak shopping baju bagai. Bersabar je lah tengok baju guess . Focus pada benda penting saje.

Sesi membayor baju raya Mr Razman. Ini nasib tak de ramai sangat, kalau kat sogo ni mau nya macam sardin . ye dokkk
Okeh ni dua dua barang Mr Razman. Barang gua, gua sorok kat sebelah. Surprise kata nya. weeek lah!
Selesai sudah sesi membelah belah. Pukul 5 gerak balik. Kaki dah naik lenguh.

Hari isnin gerak balik shah alam, paksa Mr Razman singgah Plaza Alam sentral kejap sebab nak usha jugak baju raya. Finally. Berjaya jugak grab satu yang sesimple yang mungkin sebab aku tak berkenan yang glamour bagai ni. Mood tahun ni nak yang simple. So ambik yang plain gitu. Puas hati.

Conclusion nya. Weekend aku berakhir dengan jaya .
 Dan tak lupa

 Special Thanks to him

Friday, August 3, 2012

Yeaaaay Shopping !

Kali ke 2 shopping dengan Sallyshopping. Memang meriah habis sebab rembat 5 items terussss. Free postage punya pasal kan.

Bila dah dapat barang, rasa terus nak balik rumah sebab nak testing baju fit ke idokk. Kalau beli dress takut ler jugak ter senteng. Al maklum lah. Nampak kat website labuh je. 

Dress yang sebelum ni pun tak sempat pakai, lagi mau rembat yang lain. Aku rasa dah boleh buat stok raya. Amacam kalau pakai dress time raya? Pelik tak orang nengok?

Thursday, August 2, 2012

Baju raya 2012

Masing masing dah busy dengan baju raya kan. Dekat facebook bersepah notification tag baju raya, tapi satu pun tak berminat. Bila berminat harga pulak boleh tahan, Tak pun cepat aje sold out. 

Aku nak cari baju raya yang simple. tak perlu beading sampai tak nampak ghupa baju. So,aku prefer yang ado lace sikit sikit ke. Tapi...... manjang je sold out

Tunggu punya tunggu new update, sampai duit pun hampir habis. Jawab nya aku tak do baju raya lah. Pakai je lah yang hantar jahit kat kampung itu hari. Tak pun pakai je balik tunang hari tu. Actually tu lah tujuan aku cari baju tunang yang simple dimple. Supaya aku melaram balik tanpa rasa ada segan sebab glamour sangat kan.
Credit to Hatta Dolmat. Cun habis. Tapi gua tak berani PM tanya price. Takut menggigil dengar.

                                    Baju Hatta Dolmat ni buat mata terpaku sat. Sebab simple tapi cun.
                                                               Tapi simpan angan angan je laaa.
                                                                           Baju raya kaurang?


Wednesday, August 1, 2012

IFTAR - Day 11

Semalam sesi Iftar dengan officemates plus buat farewell sekali untuk salah sorang officemate. Dah dapat better offer kat company lain. So dah boleh chows ler dari company ni.

Sedih bila pikir lepas sorang , sorang yang chows. ye la. Nanti mesti muka muka baru. Yang belum tentu lagi satu kepala kan.

Tapi dah nama nya adat dunia, hari ni jumpa, Esok lusa berpisah. Cuba terima dengan redha.

Hari ni aku betul betul tak larat nak karang ceghita dongeng ke, ceghita realiti. Out of energy. Aku rasa kena permisi dulu. Permisi dong.  Nanti kita bebel tak ingat dunia len kali.

See u next entry. chowssss

Lepas bukak puasa, taram lagi kek? memang tak daya, masuk mulut 2 3 suap, terus stop.
Mr Razman , Ikan tu lagi penting dari camera okeh.

US