Darlings

Wednesday, May 30, 2012

Training Day

Second training dengan Mitsubishi Motors. Content nya lebih kurang dengan first training. Tapi kali ni lagi happening la. Nak lagi best, bila jadi antara CR yang termuda. ehemmm, lepas ni, dah tak jadi antara yang termuda la agak nya.

Cuma yang tak best tau amenda. 

Tak best sebab Hq Mitsubishi memang kat sini, so aku tak do chance ler nak berjalan jalan. Orang yang kat pantai timur, sabah serawak syok ler kaurang kan. Berjalan.


Macam biasa. Mesti jadi manusia terpendek di kalangan mereka yang macam model
salah satu aktiviti.
Yang best pulak sebab koje makan aje. Kejap kejap makan. Kalau seminggu p training confirm naek 50kg dalam masa yang singkat.

Yang terkilan sebab tak sempat snap pic semua CR satu msia. May be next time kot.

Conclusion nya. Training kali ni, boleh release stress aku sebab boleh lari kan diri dari keje . Heaven pun hadoooo.Conduct training hari hari boleh. hahahahhahaha.




P/s: Hari ni back to hometown. yeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeehaaa!




Tuesday, May 22, 2012

4 years & 4 days

 still counting

when you love,you get hurt.
when you get hurt,you hate.
when you hate, you try to forget.
when you try to forget, you start missing.
and when you start missing
you will eventually fall in love again.

because
Love is cycle

Monday, May 21, 2012

Random topic

Kadang kadang kita sakit dengan orang sekeliling. Tapi pikir sedalam dalam. Mereka punya kekurangan yang sama dengan aku. Bila manusia cuba untuk jadi sempurna, sebenar nya mereka cuba untuk tipu diri sendiri. 

Kadang kadang, ketidak sempurnaan tu yang buat hidup kita warna warni,
Jangan tangisi benda yang kita terlepas. Sebab. PAST IS PAST..

Saturday, May 19, 2012

Birthday Celebration

Kali ni celebrate besday Ecah a.k.a  adik Mr Razman. Keje aku tiap tiap minggu macam terkejar kejar kan kalau ada event. Event kali ni pun terkejar kejar lagi. Bayang kan planning dah seminggu nak buat surprise birthday party ni, 

Sekali hari tu ada last minute punya meeting. Dah keluar memo bagai. Kedatangan wajib pulak. Baru nak mencilok kan diri. Hagak Hangin satu badan mak cik okeh. Pung pang pung pang meeting kena bambu bagai, ingat boleh setel awal, Sekali 830 baru habis, itu pun dah siap perli bagai tak nak solat maghrib ke. Kalau tak, aku rasa sampai pukul 10 la jawab nya. Baru ler orang panggil berantai OT aku kan.

aku kalau dah start membebel rasa macam tak mau stop weh. So before aku bagi panjang lagi bebelan ni, baik kaurang p layan gambar ajo. 
birthday girl yang di raikan. Handsome kan pisau potong cake.

cake ni pun handsome, idea Kak ngah a.k.a Tuan rumah a.k.a Organizer a.k.a cousin Mr Razman

OUCH, jumpa blogger femes gitu. Liza Razak

Tetamu a.k.a Families


Burrrrrrp.

Majlis bersurai dengan perut boyot. Sampai balik rumah, terusss zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz. okey. Hadiossss. 
Eh lupa nak cakap . Happy belated besday sis in law to be.













Wednesday, May 16, 2012

Wedding Sis Kikin & Hoza Hoter

Finally berjaya jugak update pasal wedding kak kin. Hari sabtu 5 may hari tu, aku p akad nikah kak kin. Kebetulan pulak cuti. So boleh attend lah. Kalau tak, boleh tengok gambar ajo lah. Masuk je rumah kak kin, Feh, terpegun tengok penanten, tengok mini pelamin yang cun habis. Makanan tip top. Aku makan banyak banyak sebab sedap .

Conclusionnya,  Puashati lah dengan majlis kak kin. 

Jealous jugak tengok sebab hantaran kak kin dia diy sendiri. Bilik penanten pun dia decorate sendiri. Sangat creative. Aku tak mampu nak jadi creative macam tu. Hancus kalau aku kerja kan.

Dah sah jadi Wifey
love her make up so much.

Hantaran sempat snap ini je, Sebab perut berkeconrong.
Kualiti camera hp memang hampeh okeh. Nampak nya kena mintak hantaran DSLR kan. kan kan.

 Majlis Resepsi pulak berlangsung dekat Dewan Merak Kayangan, Kl. Berkejar p sebab lepas keje kan. Dengan Jammed. Tabah kan hati. Perut pun lapar gila time ni. Finally sampai jugak. Sampai je tengok kak kin bz bergambor. So, makaaaan dulu. heeeeee. 

Yang sempat snap dua ni ajo. Tak mo kacau penanten lebih lebih . 
Congrats sis. Happy for u.


 Untuk Kak kin & husband. Happy married. Cepat cepat timang baby. heeee.

Monday, May 7, 2012

Wedding Puan ahlina & akmal

Semalam antara hari yang happy sebab berjaya meng attend kan diri ke wedding ex classmate kat muar. Sekarang dah dapat title Puan Ahlina. Agak kejelesan sedikit sebab puan lina tersangat lah cantik. Baju penanten pun tip top.

Million thanks dekat cik syaza lah a.k.a ex classmate aku jugak sebab ajak aku join wedding ni last minute. Ingat kan tak jadi p sebab tengah saving gila gila sekarang untuk balik kampung akhir bulan nanti, so, aku pasrah kan diri je la tak dapat attend.

Tapi rezeki aku jugak agak nya. Last last dapat jugak p, bukan takat boleh p wedding, tapi boleh naek kete baru lagi. Plastik pun tak bukak lagi sebab baru second day dapat kete kan. argggh excited macam kete sendiirik pulak.

Kami bertiga aje, berteman kan en boyfie cik sya. Yang lain semua ada commitment. Tak bolehjoin last minute
puan penanten ,


 Tahniah Puan ahlina. Dah selamat jadi bini orang sekarang. So sila behave diri anda. Walaupun saya tau anda memang tak reti behave langsung. Orang dok atas pelamin dok diam diam ayu ayu, maintain cun, dia dok membebel atas pelamin. Tapi tu memang ahlina yang aku kenal. Sentiasa happening. Love u babe!. 


 Akhir kata dari aku. CHows!!!

Thursday, May 3, 2012

counting

27 Days to go, i m so excited.!
Rindu budak yang kat bawah ni jugak


 Hometown tercinta. 
Tunggu kepulangan aku!


Wednesday, May 2, 2012

Cardigan Cotton on yang sangat comfortable

Oh sangat puas hati dengan hasil penyopingan dari Sis Ain ni. Second time aku beli cardigan brand cotton on. Koleksi yang first kale biru. Pun sangat jatuh cinta dengan cardigan tu. Dah dekat 2 tahun lebih aku lenjan. Tapi condition still TIP TOP.

So, sape yang rasa nak cari cardigan yang best quality. Boleh terjah cotton on. Aku ni kebetulan tengok sis ain nak let go cardi dia. So apa laei. Rugi wooooo lepas kan peluang. Hari ni parcel sampai, terus try. Jatuh cinta lagi kali ke 2 .


Kpop Wave

Rasa macam budak budak sekolah menengah heh sebab gila kpop. Well. Tapi tu la fact nya. Aku start gila kpop pun sebab terpengaruh dengan housemates time semester 4 dulu. Lepas tu, terus addicted okeh.

Bukan addict movie aje, addicted dengan lagu sekali. Routine harian aku balik keje tak lain tak bukan layan korean movies, tak pun layan MV. Kalau tak layan, tak boleh tidur pulak kan.

Snsd

one of my fav group 2 PM

SUJU
 

 TVXQ

SHINEE


MISS A

CN BLUE

FT ISLAND

4 MINUTES

BEAST

Tu je la yang aku rajin share hari ni.
Len kali aku rajin aku share movies apo yang syok di layan sampai tangkap leleh kan. 
okeh. 
chows.
 
© 2010; Lyaa Suriany | Designed by: yanasensei | Powered by Blogger