Darlings

Wednesday, February 29, 2012

Review session: Softlan

Rasa macam terajin pulak update belog lately. Layan kan Sebab aku ni bermood sikit kan. So time aku rajin ni baik aku update je, Time malas nanti belum tentu dalam seminggu aku update. 

Mukadimah tak payah panjang lah. Basi basi sudah.


Dah lama tak do sesi review kan.  Kali ni aku nak review pasal Softlan ajo. Heeeee. Softlan pun nak direview heh.
Sharing sharing lerrrr. Kot kot kaurang tengah mencari softener pilihan hati ke. So boleh lah aku suggest kan .

Pilihan hati aku, of cos ler yang kale purple ni, lavender. Bau memang menusuk kalbu sikit. aku kasi rendam baju aku satu hari. Baju kerja je la normally. Then bila jemur tu, rasa macam nak mandi je sekali dengan softlan.haha. semenggah kan. Sebab nya aku suka sangat sangat bau die. Bau fresh, then tahan lama.

Meh share pulak softener yang kaurang sukeeeee.

Tuesday, February 28, 2012

Kisah Sebalik "Driving License" Part II

Hurm boleh pulak ber part part kan. okeh . Kita sambung kisah lesen.

Bulan disember 2010, Umi dah membebel pasal aku tak do lesen lagi. Dia cakap sampai bila aku nak hidup menyusah kan orang. Siap pujuk bagai suh aku ambik lesen. Aku tak makan pujuk beb. Tapi bila papa masuk campur. Heh apa laie. Mana berani nak bantah. Malam tu jugak papa heret p rumah cikgu memandu. Nak suh p daftar terus the following day tu.

Besok nya, pukul 7 pagi , cikgu memandu tu datang. feh. Memang betul betul pagi okeh. Sampai sana register bagai, dah siap bayar, terus masuk bengkel kan. Memang bosan kau tak payah cita ah. Dah ler p sorang sorang, macam kera sumbang aje, Kiri kanan aku tengok ramai pangkat adik adik ajo.

Aku rasa, macam sekelip mata aje. Sebab hari hari aku p bengkel. Semua umi aku punya pasal, dia nak suh aku dapat lesen L sebelum aku start practical. So, everything is on rush.

Finally. I managed to get L. 

Nak sambung P memang tak sempat. Bulan 1 dah start Practical kat shah alam kan. So, aku tertangguh ler 6 bulan. Bulan 6 macam tu aku start balik . Masa ni memang menggigil okeh.

Sepanjang hayat aku tak pernah belajar bawak kete. Tiba tiba kena bawak kan. Cikgu aku tu siap baca ayat tenang kan aku. haiyoooooo. Menggelabah tak hengat kan. Mula mula pusing kampung. Tiap tiap hari pusing kampung. Naik bosan dah aku.

Sampai masa, cikgu aku bawak p belakang naik bukit & parking. Feh. Aku paling tak suka bab parking. Bab bukit tu i likeeeeeeeeee. Bila cikgu suruh p park kete, aku ngelat. hehehe.

Last last. cikgu aku pun dah bosan agak nya mengajor aku kan.

Dia decide suh aku amek test. omak aiiiiih. kojang lutut aku dengar. Dia siap booking date untuk aku. Tau tau je, lusa kena test. Nasib tak terkencing ajo. Sebab aku dengar nama JPJ ajo aku terus mengelabah lain macam sikit. Eh, bukan sikit tau, banyaaaaaaaak.

Mula mula Test Motor dulu,

Alhamdullilah, Past.

Papa aku dah sengih.

Lepas tu, selang seminggu, 

 Test kete pulak

Yang ni lagi menggigil. Entoh berapa kali aku tawakal.

Mula mula test naik bukit dulu kan....

Alhamdulillah LULUS

dah lepas satu bala,

Then terus p buat parking kan. 

haiyooooooooooooooooo, bab yang paling malas sekali. tapi nak tak kena buat jugak kan. Mana boleh skip. 

Nervous punya nervous,

Nasib menyebelahi aku. LULUS.

Sekarang, Penentu segala nasib, Test jalan raya dengan JPJ. Muka pucat lesi tunggu nama kena panggil.

JPJ tu dah spot muka pucat, siap sengih kerang busuk, then buat buat serious balik, 

Di sebab kan aku terlalu lalu lalu nervous, engine kete mati sat. Omaiiiiiiik aih. Nasib dia cakap oke, Then terus jalan macam biase. Dia pun buat relax je sebelah, Sonyap aje, Aku ni memang tak kan pandang langsung muka die, 


Lastly, happy ending ler jugak, LULUS dengan one shot. Oh ok, baru boleh p bangga diri dengan papa kan. Papa aku siap nazar lagi untuk aku. See? Penting nya tiap yang apa aku buat kat mata papa. Willing nazar untuk aku.

So, aku buat conclusion , aku lulus pun sebab berkat doa umi papa aku.

Penting nya Doa mak ayah kan...

Sekarang ni, aku tak tau macam mana nak cakap terima kasih dkt umi papa, umi dah susah payah payung duit, papa susah payah study dengan aku sekali. Comel kan.

Sayang ketat ketat!

Monday, February 27, 2012

Happening Weekend

Hari sabtu, semangat berkobar kobar nak habis kan kerja cepat sebab  nak gerak p taiping. Attend Wedding & engagement gang Satria tuners.

Pukul 12 aku semangat nk p punch card sekali masa tu lah customer datang cari. Haiyaaaak. Spoiiiil. Tapi nasib la customer yang kamceng dengan aku. Tak do lah ralat sangat. Kalau customer yang macam teeeet datang cari, memang punch card ikut jalan lain ler gamak nya.

Almost 12 lebih, kena p gerak pick up Mr Razman kat apartment dia dulu. Then baru ler boleh menggerak kan diri.

Journey ke Taiping ambik masa lebih kurang 2 jam lebih plus dengan jam yang tak berapa jam. Fortunately, Sempat tengok Kak ida & Zuan bersanding. So tak do lah kempunan sangat kan. Theme hari tu "Red". Penanten memang superb habis.Sama sama cantik & handsome.

Tapi yang buat spoil, sampai je kat dewan bunga raya tu, Hujan lebat, Camera boleh pulak tinggal dalam kete. So, memang tak dapek lah nak mengambik gambar secara berjemaah. Guna je camera sapo yang hade kat situ. Tak do ler simpanan sendiri. Sob sob sob.  

Ni je gambar penanten yang berjaya dirembat. Picha laen kena tunggu kawan kawan upload. Baru boleh cilokkk.
Lepas attend wedding, badan dah lemau gile! Baru rasa beban kerja datang serentak. Meengerak kan diri ke homestay. area changkat jering tu gak

Homestay yang memang selesa habisss
Bangun tidur pepagi. Tapi pukul 11 baru gerak rumah sorang lagi ladies STC, Cik wanie. Excited nak tengok Engagement wanie  dengan Sham.
Before convoi, check ler mana yang patut. sat lagi breakdown lagi tengah jalan. huahuahua

 Majlis memang meriah habis, suasana kampung yang syok gile. Mini pelamin yang cantik, yang paling penting pentunang nya memang over superb. Cantik sampai speechless tau dak. Sebab cik wanie ni memang tak pernah make up . Kalau make up pun pakai eyeliner aje. So memang naik seri habis.

Rombongan Pentunang. Satria Tuners, Cik pearl kena dok jauh jauh sebab tak masuk kategori.
Ladies STC. Eh dah tak de Gti pun declare ladies stc lagi. Pun boleh lah.

Pentunang yang superb duperb gorgeous itewww
Selamat sarung cincin sudaaaaah. Officially engaged to En Sham. Sham tak berkelip tengok si tunang nya. Saborr Sham.
Kami pun nak tumpang kepochi bergambar jugakkkkk. Penanten baru yang cun melecun tu. Haish Seri penanten kuat lagi neeeeh & Mama zura yang dah pregnant neh. Jealous. Masing masing dah ade bantal peloook.

Okeh, memang terserlah yang amat lah Ketinggian saya di samping pentunang ni. 
Gambar candid pun dah cukup cantik. Enough said lah.

Juling mata tak tengok gambar banyak sangat. Oke lah. Aku ni merajin kan diri taip, upload gambar banyak banyak. kasi tatapan masa depan pulak.

okeh kaurang. Got to go. Babaiiiiiii...

Saturday, February 25, 2012

Kisah Sebalik "Driving License"


Aku ni boleh dikategori kan manusia yang cepat gabra sikit. Tak berani pun hado, 3rd time bawak motor aku dah jatuh , dalam parit pulak tu. Nak lagi best dengan nenek aku sekali jatuh . kesian. Bertabah betul nenek aku. Lepas tu. Aku terus tak berani bawak motor. aku fobia lama okeh. 2, or 3 tahun tak silap aku. Dok terbayang bayang lagi adengan terhumban dalam parit. Ramai pulak tu mamat mamat yang nengok nya. Mau nya aku tak fobia.

Aku berani kan diri bawak motor balik sebab banyak sangat suara suara sumbang, sampai bila aku nak susah kan orang hantar aku p sana sini..Kazen kazen aku dah bawak motor macam pelesit. Aku rilex dok numpang belakang. So, nak di jadi kan ceghita, kawan aku tidur kat rumah, bosan je melangut kat rumah so nak tak nak aku bawak lah motor jugak. 

Guess what! Boleh aje, kena ade determinasi baru boleh buat kan. Mengada lebih ekau ni.

Tapi bawak secara illegal lah. Muahahahaha.

Berbuih umi papa paksa aku ambik lesen. Aku pekak kan telinga ajo. Malas, takut, tak berani. Semua hado!
Lepas SPM pun umi aku dah bising. P ambik lesen p ambik lesen. Tapi aku ni power bab bab pekak kan telinga.

Tapi sampai satu tahap, nak tak nak aku kena ambik lesen jugak kan. Okeh bab tu tu Next Entry. Sebab tiba tiba aku ada banyak keje ni. See ya. Babai!

Friday, February 24, 2012

Takoyaki in the house

Aku rasa ramai yang suka makan takoyaki ni. So bila nengok ramai orang dok bagi review yang tokayaki ni best, aku pun terus ler hado perasaan nak men try. So berkobar kobar lah cari. Kebetulan pulak ada mall baru bukak kat kawasan rumah aku. Space u8 , 10 minutes je dari rumah. So cantik ler plan. Aku try yang cheese sausage tuh. 

Hurmmm, tapi agak frust lah. may be tak kena dengan taste aku langsung kot. ke aku pilih yang tak best. So lain kali kena try yang lain pulak. Tak puas hati lagi ni sebab kaurang dok cakap best, so aku nak p try sampai aku yang best. Cuba jangan tak cuba . babai








Thursday, February 23, 2012

Happy Working

Benda yang kita tak suka tu la yang selalu kita dapat kan. Punya lah aku benci kaler putih. last last bila kerja kena pakai baju putih.

Baru padan muka kan kan kan kan kan kan . Tapi tak po, layan kan je lah. Janji tak payah basuh baju banyak banyak.

Wednesday, February 22, 2012

Gemok ke Kurus ke , janji kau happy

Entry ni bukan ler pasal tips nak kurus. Tapi ni lebih pada bercerita macamana cara aku kalau rasa dah temok sangat. Berat badan aku ni kan ada pasang surut. 

Ada masa time napsu makan tak hengat, ada masa tak do selera langsung, ada masa selera makan so so je, Nak pulak aku jenis yang punya metabolisme yang so so je, bila makan banyak banyak mula lah lemak bergayutan. Tu memang tak boleh nak pertikai dah. Tapi nasib baik lah, tak susah nak turun berat aku ni. Sebab bila aku stress , badan aku cepat susut. pantang stress sikit. Kalau stress berganda, lagi berganda aku susut.

Buat masa sekarang, selera makan dah ok balik. So, berat pun naik balik agak nya. Letih jugak macam ni weh. Naik turun , turun naik. 

Kadang kadang bila aku rasa aku dah bam bam sikit, aku tak diet, cuma aku puasa. At least boleh control napsu makan yang berganda. 

Time weekdays, aku memang prefer puasa sebab aku jarang je p lunch. Terperap kat office aje. So , baik lah aku puasa. Boleh saving duit sekali. Tu je la cara aku diet. Tapi tak do lah tiap tiap minggu aku puasa. Dalam sebulan tu aku akan pilih satu minggu, then start hari isnin, selasa & khamis jumaat aku puasa. Badan pun rasa ringan sikit tau. Pakai baju pun rasa lah confident sikit. 


Takkan nak tunggu jadi OBES dulu baru nak jaga kan. Kaurang tentu kan. Tapi. Yang paling penting nya. Kalau kita bahagia dengan hidup kita, tak risau dengan dengan kegemukan. 

Lagi best. So tak payah susah susah pikir, just follow with the flow. Itu kalau hati dah senang lah. Jenis aku, memang hati tak senang kalau tengok badan sendiri naik. Mana pilihan kaurang?

Saturday, February 18, 2012

Alhamdulillah

Alhamdulillah, tercapai jugak hasrat. 
Sekarang ni dah nak masuk 2 bulan cik pearl ada dengan aku. 

Satu Impian nak ada aset sebelum kawen dah achieve. So, pikir pasal kawen pulak. Doa kan yang terbaik untuk our future.

Thanks for everything umi papa & Mr Razman.
Sayang ketat ketat!

Sunday, February 12, 2012

Kisah Papa

Pagi buta ni rasa nak bercerita pasal papa pulak. Anak perempuan biasa nya rapat dengan ayah kan. Aku pun lebih kurang macam tu. Sebab dengan umi asyik gaduh, so kamceng dengan papa lah. Tapi kalau bab mengadu, mesti ngadu dekat umi jugak last last. 

Papa aku memang kategori garang weh. Kalau dia marah. Mau kecut perut. zaman kecik dulu pernah ajo kena rotan. Tapi dia pandai lah mujuk balik. Kadang kadang aku terpikir, kalau umi papa aku tak tegas, mesti aku tak de kat tempat aku sekarang. Mesti aku malas belajar, mesti aku tak do pelajaran agak nya. Sebab aku kan dasar pemalas. So, kalau parents tak tegas, Ke laut lah jawab nya.

Sebut pasal garang. Aku memang mewarisi dari papa lah. Garang tak bertempat, sekali naik angin. Semua benda keluar dari mulut aku. 15 minutes lepas tu cool balik macam tak do apa apa yang jadi. Ishk ishk, Tension kan layan aku.

Back to the topic,

Papa aku sangat protective. Tak do kompromi kalau bab bab keluar rumah balik lambat. Even keluar dengan cousin sendiri, dia mati mati tak bagi. Asal dia balik, aku tak do kat rumah, mula lah mencari tanya kat mana, Feh, pendek kata kena report lah kau p mana. Sudah masuk 24 pun , papa still macam tu. Kata nya. Sape tak sayang anak oiii. Semua ayah pun akan buat macam tu kan.

Bab yang selalu buat aku terharu, 

Aku start dok hostel since i was 13 gitu. So masa tu dah berenggang dengan papa, Tiap kali balik, mesti ada je benda yang dia simpan untuk aku. Sekecik kecik barang dia akan simpan. Contohnya, kalau raya cina, mesti dapat banyak kan limau mandarin tu kan, Dia sanggup makan sikit sikit, tak kasi umi aku makan tapi dia simpan untuk aku. Padahal limau mandarin tu bersepah dah orang kasi, Tapi tetap jugak dia nak simpan untuk aku. Apa kau nak cakap. Betapa dia concern nya. itu pasal limau. Last week aku balik, Ada orang kasi jajan kat dia. Sebulan yang lepas kot dia dapat jajan tu, Boleh dia simpan untuk aku, tunggu aku balik. Aku terharu dalam hati. 

Kasih papa, mana nak cari ganti. sebab tu aku cakap. Benda simple yang dia buat tapi tinggal kesan mendalam kat aku.

Umi ke papa ke. Dua dua kesayangan. Gila kau tak sayang mak ayah sendiri. Orang yang tatang since dari baby lagi. Orang yang jaga aku sampai aku dok tahap sekarang. Walau pun tak hebat , tapi dah cukup buat parents aku bangga.

Sayang parents selagi diorang ada. Peace.

Thursday, February 9, 2012

Edisi keberangkatan

Pagi Selasa, bangun pepagi, sebab Mr Razman nak gerak lepas subuh. Tapi jangan harap ler boleh gerak lepas subuh kan . 

Umi aku pulak bekal kan barang barang dapur satu bonet kereta. Sendat mampan bonet tu. Terbaik lah . Tak payah susah payah beli barang dapur sebulan.

Umi memang terbaik kan. Telur masin lagi lah, dia bekal kan satu botol. haaa. Mana nak cari mak yang terlebih concern macam ni, Takut anak nya tak cukup duit nak makan. Iye lah, kata nya aku lagi susut dari biasa. Haaaaa. Ni susut bukan sebab tak cukup makan lah umi, Sebab STRESS yang hover. 

Dah pung pang pung pang sumbat barang dalam bonet, sampai masa untuk berangkat...Ni yang bab riauuu sikit ni. Sedih tapi cover machoooo beb. Malu nak nangis depan umi. Genang air mata sikit sikit. Sikit ajo lah. 
Gerak dalam 7 lebih. 

Stop berpicnic dekat Pantai teganu kejap, Sambil buat terapi kaki. Heaven okeh even berpanas terik . 

Ecah a.k.a Adik Mr Razman


dah habis layan perasaan kat pantai. sampai masa untuk gerak. haiyoo . Jauh lagi perjalanan. 

Sudah nya, pukul 4 lebih sampai Gemas.  

Bukak shade kantoi muka pucat macam mayaaaat.

Rest, Dinner. 
Pukul 9 lebih gerak balik shah alam. Aku tidurrrrrr aje. Lemau satu badan.

Dah sampai office, hantar Mr Razman dulu sebab dia tinggal motor kat office aku. Tiba tiba rasa macam kurang mampu nak drive balik rumah. 

Tengok aku mamai mamai bangun, Mr Razman pun dah tanya. Boleh drive ke tak ni. Padahal bukan nya jauh pun dari office ke rumah.

Tapi bila dah pegang stereng. Nak tak nak kau kena celik mata luas luas kan. Puas sabar kan diri, kejap jeee. lepas ni tidur lah puas puas.

Sampai je rumah, aku tukar baju then zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz. Gosip ke, kemas barang ke tunda ke hujung minggu okeh. Yang aku tau aku nak tidur je masa tu. Recharge Tenaga dulu.

Sekarang ni, aku masih dalam mood rest. Kerja pun sempoi. Mata pun asyik mintak bantal. So apa kata aku p me rest kan diri dulu. chowwwws.













Wednesday, February 8, 2012

My Suweet Hometown

Pejam celik, dah ada kat shah alam balik. Sigh laju laju. Tapiiiii, Janji hati puas sebab boleh balik kampung. Rasa macam lama aje bercuti dekat kelantan. Lagi bahagia bila Mr Razman teman balik sekali. Oh tak lupa jugak sister in law to be yang sempoi & sporting habis. Mana nak cari kan.

Hari sabtu, after work , lebih kurang pukul 1, dah mula nak membelah kan diri dari office. Ikut kan hati aku, pukul 12 aku blah, ambik adik Mr Razman kat rumah aku then terus gerak balik kelantan. Tiba tiba lagu balik kampung ada dalam kepala hotak. oyeaaaaah. Balik kampung weh. tak seronok kau.

Sampai kelantan lebih kurang pukul 9. Balik dengan rumah memang bersepah sebab mana umi sempat nak kemas, dia pun busy melampau. So, buat buat lah rajin sikit. tolong. pung pang pung pang dah pukul 12 lebih. Pagi nya kena bangun awal sebab umi buat kenduri kesyukuran sikit. 

Hari kenduri nya tak sempat nak bersnap snap picha bagai. kebusy an, layan tetamu, layan kawan, layan tak terlayan. 

Hari isnin, plan keluar shopping ke pengkalan kubor lagi. Bawak Adik Mr Razman jejalan, 

then petang nya dah janji dengan cik alin & cik ayu jazari nak belanja tutti frutti. Ni first treat aku sempena dah kerja. Biasa nya orang keje yang asyik belanja aku kan. Dah sampai turn ni, Pandai pandai la kan. Syok weh. Ngedate ni unik sikit. Ngedate dengan Cik alin a.k.a Ex Girlfriend Mr Razman. Happening tak bila boleh duduk semeja dengan Ex Bf. hehe. Biasa nya , aku sorang je keluar dengan alin, tapi kali ni ada Mr Razman sekali.


Mula mula rajin lah buat dian pelangi nya style, dah sampai petang. Kemalasan melanda. Pin sempoi suddaaaah. tapi, tetap cinta style dian ni.
Jangan nak compare sangat lah skin Mr Razman dengan aku. Dia memang cerah dari aku. Kenyataan. sob sob sob
oh dia memang poyo, tapi poyo yang manja. haha




Satu je tak best. Sangat tak selesa dengan outfit of the day. Boleh pulak tertinggal baju & cardigan. Sebat yang mana ada. So, sangat tak confident dengan diri. Oh bab tudung bawal tu selesa lah, sebab Mr Razman punya pasal. Layan kannnnn.

Three of us. May Friendship neva end.



Thursday, February 2, 2012

Lepak Lepak Time

Last sunday, lepas attend motivasi punya event dekat KL, terus heading ke Ikea & the curve. Tiba tiba craving nak makan meatball & chicken wing. Serious, mengidam ni mengalah kan mak buyung. Tiba tiba aje rasa nak makan. Time dok menaip ni pun tiba tiba terliurrrrrr. haisssssh.

Bila mengidam sangat sangat. harus lerr berusaha jugakkkk kan. Padahal nak saving habis sebab nak balik kampung kan..Harus lah habis kan duit kat kampung nanti. Tapi rasa macam niat nak saving tu tak berapa menjadi. hurmm. 
Amacam. menggoda jiwa kan. Rasa nak ajak Mr Razman p makan sekarang pulakkkk. Realiti nya, 10 ketul ni mana cukup untuk ber dua. lain kali kena order 20 ketul..baru kenyang..Perut tong deram sekali sekala kan.
Pun lazat. dah lama tak pekena chicken wing kan. layaaan je. nak order lebih kan takut tak habis, order dua je tak cukup, nak p tambah order pulak, beratur sikit punya panjang okeh.

Dah puas isi perut yang setengah tong deram. Pusing keliling ikea ah. Sampai lenguh kaki aku. Kalau ikut kan, ni first time aku pusing ikea dengan Mr Razman kot. Padahal dah bertahun dok sini, Apo nak di buek, tiap tiap minggu p Sunway pyramid, lupa nak terjah ikea , the curve dan sewaktu nya.

Kebetulan hari yang sama cik fify & bf & kak wawa p the curve. So , join lepaking sebentar, even tak lama tapi tetap berkesan di hati kan. 
Dan, ini hasil nya bila lepaking bersama cik fify. Thanks fy for all picha. Love it so much.









Last Picha. My Favorite Picha

Love all of you
 
© 2010; Lyaa Suriany | Designed by: yanasensei | Powered by Blogger