Darlings

Saturday, December 31, 2011

Pahit Manis 2011

Pejam celik dah nak masuk 2012. Hidup aku macam orang lain jugak, Ada pasang surut. Ada naik turun. Ada suka duka, Ada masam, masin, manis, pahit. Complete.

January - April 2011
Masih bergelar student UiTM. Start berpraktikal di PADAT. Even 4 bulan praktikal kat PADAT, tapi banyak juga pahit manis . Mula kenal orang baru, Mula rasa suasana kerja, even tak mencabar, tapi memang pengalaman baru bagi aku. Baru merasa macamana orang government bekerja. Sebab masa diploma aku merasa praktikal kat swasta kan. 

Yang paling aku tak boleh nak lupa, bila dapat kawan kawan yang boleh bergelak ketawa sama sama, masak sama sama, picnic sama sama, camwhoring sama sama, balik kerja sama sama, menangis sama sama, .  Seriously. Rindu.
Miss the moment. Nisak pulak xdo dalam gambar.
 May 2011
Mula busy settle kan report start bulan April lagi, Then kena submit thesis, submit report LI,presentation. Rasa mencabar, Nak siap kan thesis, sampai menangis nangis. Edit berpuluh puluh kali, tapi masih banyak flaw. Aku dah sampai give up. Those yang buat thesis ni paham macam mana susah nya. Baru degree, belum masuk part master lagi. Dah fengsan aku. Tiap kali aku sedih & hampir give up aku telefon umi, mengadu. Tu je aku mampu buat,
Tumpang happy bila kawan kawan tunang n kahwin.
 Bertambah cabaran dan dugaan tahun 2011 bila Mr Razman berhenti kerja bulan january. Dalam dok happy happy, hati sedih pikir orang yang kita sayang berhenti kerja. Masa ni dugaan money contraint datang. Tetap bertahan . Tiap yang berlaku tu ada hikmah. Bulan may , Mr Razman dapat offer kerja . Orang yang tumpang happy tentu la aku. Allah dah janji kan rezeki yang lebih baik untuk hamba DIA. 

Syukur. Rezeki bertambah murah bila dapat kerja lain. 

June 2011
Pertengahan june , balik kelantan sebab dah banyak kali di asak. Boleh di katakan umi aku telefon bebanyak kali paksa balik, niat nak cari kerja kat shah alam terbantut. Postpone dulu, Kan merajuk umi aku.
Relationship dengan Mr Razman macam biasa even dok jauh jauh. Lagi pun ni bukan first time aku face dengan long distance relationship. 

August 2011
A week before fasting month tak silap aku, aku attend interview dekat KL, Even dia offer gaji yang agak okay, tapi bila pikir balik, Aku tak sanggup nak hidup kat KL. Sangat costly. Balik kampung lagi. 

September 2011
A week after raya aidilfitiri. Aku nekad kan hati, datang shah alam cari kerja. Datang datang bukan nya terus dapat kerja . Almost 2 months aku mengganggur secara tak rasmi kat shah alam, duduk rumah, makan tidur online tengok tv. 

October 2011
Dapat offer interview & Convocation. Bulan yang agak sweet. Bila tau aku dapat kerja sekarang ni, Syukur yang tak terhingga. Rezeki Allah.

November 2011
Aku register masuk alam kerja 1 november 2011. On 15 november 2011, aku dah dapat gaji pertama. Senyum lebar tengok atm machine tu. Tak semasyuk kaurang, tapi aku happy sebab dapat menyumbang kat umi & papa even tak banyak.

December 2011
Hampir penghujung tahun, di uji dengan dugaan, tengok orang tersayang hilang kereta bukan benda yang mudah. Aku tau dia kuat, tapi aku yang tak nak tengok dia sedih, hilang semangat. Tapi Sekarang aku tau dia boleh terima kenyataan. Aku doa kan Mr Razman dapat rezeki yang lebih baik lepas ni.

Penghujung bulan, alhamdulillah. Satu impian aku dah tercapai. Berkat usaha, bantuan Mr Razman. 

Banyak suka duka yang aku dah lalui sepanjang 2011, Tapi satu yang aku yakin, pengalaman yang aku dapat, banyak ajar aku , even aku tak cukup dewasa n matang, tapi aku belajar banyak benda tahun 2011.
Gambar Penutup 2011
Tak semua event yang ada dalam fasa hidup aku sepanjang 2011 aku tempek kat sini. Ada yang aku simpan sendiri, sebab certain benda aku lebih suka simpan sendiri. Sampai masa aku share lah kat sini. Tak semua benda kita boleh heboh kan. Ye dok. okeh guys. Thanks for following , reading my entry. 

2011, HANGAT.

Wednesday, December 28, 2011

Trip to Terengganu- Part I

 Destinasi: Pasar besar payang.

Hasil Penyopingan.
Next entry baru panjang panjang sikit.
Tak dayo.
Kepala mintak bantal seh.

Monday, December 19, 2011

Talented Twinnies

  Tak de mukadimah, 
sebab update laju laju, 
Balik dari office
terpengaruh dengan rummate layan twinnies ni


Twinnies ni ada talent.
Tapi kalau tak dibayangi yuna lagi bagussss.

zasss
Selamat melayan,
Aku nak p layan Si katrina & Rio

 Engkau laksana bulan covered by atikah & atirah.

Gelora Jiwa.

Official Pages of Atikah&Atirah (Twinnies)
seriously involved in MUSIC since 2006, currently studying in UiTM Shah Alam, originally from Perlis,singer/songwritter/musicians. more to Jazz, Blues, Folk Song.

Wednesday, December 14, 2011

Thanks for everything

Entri ni untuk penghargaan atas sokongan kawan kawan. Yang tak putus putus doa kan yang terbaik untuk Mr Razman. Kawan kawan Mr Razman yang  sentiasa bagi support. Thanks. Kaurang memang terbaik. 

Special thanks jugak untuk umi papa aku yang sedikit sebanyak ikhtiar untuk Mr Razman. Doa & support kaurang aku hargai. Mr Razman lagi lah hargai kaurang yang banyak doa kan yang tebaik. Kami amin kan doa kaurang. 


 Latest news,

Mr Razman tiba tiba tergerak hati nak report dekat management apartment dia tu, Then diorang suggest kan tengok cctv, kereta Mr Razman dilaporkan hilang pada 6:37 am. Time orang tengah lena di ulik mimpi. Pencuri bangsat tu naik kelisa. Sadly plat no tak clear.

Aku just boleh doakan yang terbaik untuk Mr Razman. Nasib ada umi papa ada bagi semangat kat aku, tak lupa kawan kawan. tak lupa cik alin yang habis kan masa dekat sejam or sejam lebih untuk call aku. Semua aku appreciate.

Apa yang aku dapat pengajaran?

Sebab tragedi ni,

Aku sedar yang sebenar nya Mr Razman tu orang ke 3 paling penting dalam hidup aku. Selama ni, banyak kali aku tak appreciate dia. Lepas kejadian tu, baru aku realize yang Mr Razman bawak impak yang besar dalam hidup. Terima kasih pada DIA yang sedar kan aku sebelum terlambat. Betul lah orang cakap, kita tak sedar & tak hargai selagi tak de musibah.

Terima kasih jugak lah pada suara suara sumbang yang nak tengok aku Mr Razman & aku still boleh together ke tak lepas tak de kereta. Bagi aku, orang macam ni ada akal pendek, senang cerita BODOH.

Pada yang bersuara sumbang, Aku start kenal Mr Razman masa dia tak de kereta.. Kitorang oke aje masa tu. So, kenapa sekarang ni tak boleh ke pulak? Ye tau, dah manja sebab asyik naik kete aje. Tapi tu tak jadi sebab pun , sikit pun sayang tak berkurang. Lagi aku tambah concern lebih dari biasa ada lah. lagi aku appreciate dia ada lah. Lagi susah aku nak lupa dia ada lah. 
Sebelum bersuara, pikir guna akal yang waras. 

Jangan rendah kan lagi kewarasan akal yang Allah bagi. Doa yang terbaik dapat pahala dari kau buat mulut longkang . ye dok.

So Mr Razman

Saya declare dekat sini, 

awak tak de kereta, tapi awak ada saya.

Monday, December 12, 2011

In memory

WHW9137 dalam kenangan
WHW9137 hilang area kg melayu subng. Satria gti kaler silver.. Sportrim p1 racing kaler itam.. Rr wndshield ade sticker unrest... Fuel lid crbon fiber.. Rr tailgate ade sicker tuned by lotus je.
hilang lebih kurang pukul 5.00am- 11am (11 december 2011)

Menitis air mata darah sekali pun belum tentu boleh dapat kereta balik kan.
Apa yang boleh harap sekarang ni, semoga Allah bagi balasan setimpal pada pencuri. 


Mr Razman
Still ingat apa yang saya cakap last week?
 Allah tak kan duga hamba Nya dengan musibah yang tak mampu kita tanggung.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Saya tau, beban yang awak tanggung sekarang ni lagi berat.

Mungkin Allah dah tetap kan rezeki yang lebih baik untuk kita.







Sunday, December 4, 2011

Sabtu Day

Hari ahad yang cool update blog sambil layan nona. Bertambah cool lagi bila lepaking kat rumah satu hari. Masa untuk rest kan diri, masa untuk tidur puas puas. Masa untuk update beloggggggg. Ala, baru 4 hari tak update kan. Belum cukup 2 minggu lagi.

Di sebab kan hari ahad hari rest, So, hari sabtu kena lah p release tension dulu.

Aku berkobar kobar lah jugak nak p tengok Ombak rindu. Sebab aku layan seh baca novel fauziah ashari ni. Tapi sayang nya. semua tiket FULL. tak pe tak pe. Kasi can lah kaurang p tengok dulu. Macam last week lah. semua dok berebut tengok twilight kan.

Ombak rindu tak do, layan kan twilight ajo. Mr Razman mencebik ajo, sebab dia paling tak suka layan twilight. Ntah hape hape cite dia cakap. Tapi aku nak jugak layan, sebab aku follow twilight dari part 1 lagi, mesti lah nak terus layan dok.

Sepanjang tengok wayang , dia buat buat tidur lah, mengomel bosan lah, haha. kesian. Yang penting, aku dah tengok. Twilight kali agak slow motion lah. Memang buat aku mengantuk .


Sebelum tunggu wayang pukul 10 pm. Layan dulu masuk Exhibiton kat mid valley ni. Semangat waja, balik dari keje terus heading ke mid valley. Tak kuasa nak balik tukar baju bagai. Bukan ada orang kesah pun.

 Dah sampai office, bos cakap terlibat dengan "Defensive driving" , organized by Triton tuners club dekat stadium shah aje. Sampai sana aje, TTC bagi baju event suh pakai. I was like"errrrrrrk". Terbaik, aku main sarung je la. Malas nak p tukar baju bagai. Sekali, dengan baju event sekali terlepas ke mid valley. Janji bahagia even masham masham. haha.

Dapat gambar poloroid sekeping.
Sampai rumah terus membuta. zzzzz. 

Selamat ber weekend kaurang!
 
© 2010; Lyaa Suriany | Designed by: yanasensei | Powered by Blogger