Darlings

Monday, October 31, 2011

Convocation Day-Part 2

Wallah. At last ada chance update. Malam ni tiba tiba tak lena tidur pulak. Umi & little cousin siap berdengkur bagai dah. Saborrr aje lah.

alang alang aku tak rasa mengantuk ni, aku buat je scheduled post.

Pasal convocation? hurmmm, Kali kedua buat spoil. Diploma punya convocation hancur sebab time nak bergambar panas gileeeeeee. Yang aku pikir nak blah cepat aje. Sampai gambar kat studio pun tak sempat nak ambik. Sedap kan hati, Tak pe, ambik time degree aje laaah.

Bila part degree punya convo. Pun sameeeeeeee.

hurm,
Keluar aje dewan, melilau cari Umi, Mr Razman & little cousin. haish. Jenuh nak cari celah celah lautan parents kan. Mr Razman tak masuk dewan . So dia tak dok sama dengan umi aku laa kan. Semua sesat. Aku dah give up nak cari. Aku mintak Mr Razman aje cari, dah call bagi direction pun still sesat jugak. Apo nak di kato laei.

Bila dah berjejak kasih balik, mood nak ambik gambar kat studio dah spoil habis. Aku ke hulur ke hilir dengan hp. Muka ketat abis. Orang lain dah jumpa parent lepas keluar dewan.

Sudah nya. snap gambar takat termampu. Gambar dengan kawan kawan laggggggggggggggggggggggggi laaaa. Sedih tahap paling tak boleh blah.

Teddybear sepanjang masa. Best wooo pelok umi

*Wink*
Akan sentiasa nampak katik melampau kalau berdiri sebelah diorangni. Tinggi sangat! Padahal aku dah pakai highheels. sabar ajo lah.
see?



Sunday, October 30, 2011

Errk Teaser lah sangat

Feh. Badan ni rasa macam tak mampu nak tanggung dah. Penat terlampau. Terpaksa gagah kan jugak. Kalau aku penat, Ada yang 2x ganda lagi penat dari aku. Kena drive sana sini ikut kemahuan umi aku.

Kali ni pun tak boleh nak bebel panjang. Permintaan umi aku nak p genting. So, kena get ready dah. Nanti Besok baru aku update panjang.

Classmate. 


Babaiiiiii.

Saturday, October 29, 2011

Convocation Day- Part 1

Excited, nervous. Semua hade. Excited nak jumpa kawan kawan, ambik scrol, Nervous takut tersadung derrrr.Harap harap semua oke. Amin.

Cerita hari ni.
Pagi pagi bangun. Umi kerah p masak nasi. Oh biasa. Nature orang kelantan memang makan nasik. Nak nak pulak umi aku tu ada gastrik. Menu pagi ni simple, telur rebus, telur dadar, ikan masin . Selamat masuk perut. Dah lama tak  breakfast dengan nasik. Ada tanda tanda sakit perut dah. Haiya. Tapi gagah kan makan oke sebab dah lama tak breakfast dengan umi.

Lagi syahdu bila umi tanya balik tak raya haji ni. sob sob sob. Entah kan boleh balik ke tidak, Cuti takat 2 hari. Penat betul aku nak berkejar balik . Tapi kalau tak balik kan mau aku riau kat sini. Mana pernah raya kat perantauan. Mintak mintak ada jalan penyelesaian lah.

Hah. Aku ingat nak taip sepatah dua aje. Sekali dapat keyboard semua lupa.

Oke guys. short update ajo lah. Got to go. Babaiiiii.


Friday, October 28, 2011

Tempat shopping feberet

Dah lama tak beli baju through online shopping ni sebab finance memang tak mengizin kan. Tapi aku nak share sekali lagi blogshop yang aku memang suka dari dulu. Baju baju memang terbaik.


Tiga adik beradik gorgeous ni owner Kf glam. Salah sorang sis kai. Dulu dia owner awek nona.com. FYI, awek nona adalah first blogshop tempat aku shopping. Lepas tu baru lah aku kenal dunia online shopping. 
Kalau terjah kf glam ni, cepat aje sold out nya. Kalau berkenan memang kena sentiasa tunggu sis kai update kat fb lah. Tapi sekarang ni agak lama jugak kf glam tak update item.







Si kecik molek ni owner kiz garden. Aku pernah review pasal kiz garden ni dulu. Pun cepat aje sold out nya. Baju baju kat kiz garden memang cun habis lah. Even aku tak boleh nak shopping dah, tapi aku selalu ushaa tau.




Ada banyak lagi blogshop yang aku shopping dulu2. Tapi tenet aku tahap siput babi. Aku start update pukul 9:30. tapi pukul 11:30 baru boleh settle. Terbaik. Oke lah. Nanti aku review lagi bila berukband kembali laju. Babaiiiiiiiii.

Psssst: Teruja tunggu umi sampai malam nanti.


Thursday, October 27, 2011

Acara berdua

Lepas berpanas ambik jubah kat Uitm. Aku buat request nak tengok wayang. Mana tahan tengok orang update status real steel best lah real steel meletup lah. Bikin panas ajeeeew. Mr Razman on ajee. 

So destinasi kali ni Mid valley lagi. Orang yang tengah beratur sikit punya panjang kan. Sampai turn kitorang, Tiket pukul 4 SOLD OUT. Hajat di hati tengok cerita lain aje lah. Tapi pun SOLD OUT. Baru bunga bunga nak tengok In Time ( boleh tengok justin timberlake kan kan kan).

Frust. Agak lama menung kat kaunter tu. Aku buat muka kesian nak tengok wayang jugakkk. hohoho. Lastly pilih lerr yang pukul 6:45.

Tapi masalah nya. ada 4 jam lagi nak tunggu kul 6. Mati kutu mati kutu. Sebab aku & Mr Razman bukan lah kaki rayap sangat kat mall, p mall tengok wayang & makan. Shopping tu sangat lah jarang, window shopping tu selalu lah.

Jenuh pikir, masuk pet world lah, masuk kedai kasut lah. Semua kedai aku terjah lah senang cita. Lastly dia ajak masuk library terbesarrrrr. haaaaa. kaurang tau mana library terbesar midvalley? 

MPH la weh. Syokkkk gila. Kau masuk, p cari novel, cari port baik untuk bersila berlunjur . Then bukak buku baca lah sampai lebam. Gila macam rumah sendiri kan. Aku siap bukak wedges letak tepi  then cari port baik untuk bersandar sambil santai baca novel. Freeeeee!

Sebelum p library. Cari makan dulu weh.

Mine
 Tekak aku, tekak melayu sejati. Satu hari tak dapat nasi. Menggelupur der. Lagi lagi laksa. Tapi bila Mr Razman suggest. Aku rasa tak salah lah cuba. Sebab bau dia menggoda.

Mula mula kuah laksa ni masuk tekak. Sebijik rasa macam kat Laksa Shack. Sape penggemar laksa shack. angkat tangan tinggi tinggi. Aku suggest kan kaurang p je Garden cafe dalam jusco. Rasa sama ajeeeeek tapi harga lagi murah lah kalau nak compare dengan laksa shack yang harga belas belas ringgit satu mangkuk. Tak silap aku 14 ringgit kan paling murah kat laksa shack.

Mee kari
 Aku bukan pencinta segala jenis kari. Tapi kalau mee kari tu ada kerang & ayam yang super duper banyak. Aku memang hadap. Tapi kalau mee kari sekadar mee kari. Mintak mahap. Gua tak layan derrr. Sebab rasa kari ni out of my taste kot. Aku prefer nasi putih letak kicap dengan ikan bilis goreng lagi laaaaaaah. Walllah.

Overall. Boleh lah takat nak isi perut. Kuah laksa memang terbaik, cuma laksa tu besar sangat. Errrk aku dah terbiasa dengan laksa kelantan yang lagi tak size nya kecik comel, Tak kembang sikit tekak aku ni. 

oke, enough for today. Kepala aku berat gila neh. Mungkin tidur tu idea best. Babai kaurang. 




Pre convocation

Kalau boleh hupdate blog sambil pejam mata , dah lama aku pejam rapat rapat. Penat melampau lampau. Rasa macam balik dari menyangkul lerrr.

Aku update siap2 malam ni, buat scheduled post. Sebab aku rasa aku tak mampu bangun awal pagi esok. Mungkin terlajak sampai tengahari. Bergantung pada keadaan.

Terus ke cerita hari ni lah. Tak dayo aku nak basi basi dengan kaurang. Bantal dah goda aku dari tadi suh membuta.

Rabu, 26 oct.

Aku semangat jitu bangun pagi pagi mandi, siap siap kejut Mr Razman. . 

Bajet nak sampai Uitm awal la konoooooon. Last last dekat pukul 12 aku sampai. Matahari terpacak atas kepala. Terbaeeeeeeeeeeek der.

Dah sampai Dewan agong tunku canselor (DATC), aku rasa nak buat buat pitam sebab tengok orang beratur panjaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaang gila. Istifar banyak banyak dalam hati. 

Tiba tiba dapat mesej, ex classmate tanya kat mana. Cun lah sangat bila dia yang dah nak masuk foyer ajak aku beratur sama. Mintak mahap lah banyak cik kiah cik kiah yang lain. Aku memang jahat tadi. Potong line kaurang. 

Dah sampai bilik ambik jubah, Aku nebes ni, kang akak tu bagi jubah size M,L,XL. Tak ke naya weh. Tapi rejekii lah tadi, kebetulan pulak aku memang tak pakai highheels wedges sekalian. Aku prepare pakai flip flop sebab aku tau mesti kena panjat tangga ke hape. 

" akak yang bagi jubah tu pandang , okeh saya kasi awak size XS. Feeeeeeh. Gugur peluh jantan.Nasib tak dapat size M dan seterus nya. Sebab bila orang yang punya ketinggian "comel" macam aku akan jadi macam yang kat bawah ni kalau pakai size L.

 Aku test jubah syeza .Tak payah susah susah pakai kain lah kalau aku dapat jubah size ni.

 Masa ni syeza pakai jubah aku. Dengan dia cun cun la size xs sebab dia tinggi lampai



Ini je lah yang aku sempat ambik dengan kawan kawan sebab ada putera lilin dalam kereta dok calling calling bila keje aku nak settle. Agak terkilan lah sebab tak dapat lepak dengan kawan kawan. Kau ingat senang nak kumpul kan kawan macam ni dah. Lepas ni dah jadi bini orang laki orang belum tentu boleh hang out macam dulu. ye dak?

So, harapan aku tinggi melangit lah supaya hari konvo nanti, aku boleh bergambar sampai lebam dengan diorang. Takut tinggal angan angan ajek nanti.

Wednesday, October 26, 2011

Tutorial lagi. Shawl style ala sis eila

Boleh cover pipi, ur chest. 
Credit to sis eila 


Pssst: Aku bukan tak mau buat tutorial. Tapi aku kurang berkelayakan. So. aku cari aje tuto yang best untuk share dengan kaurang. either make up ke shawl ke. Seriously. aku bukan yang expert nak buat tuto. Nanti aku dah terror sikit. Aku buat eh.

Sendiri cuba baru puas

Semalam aku tiba tiba rajin testing sendiri Tutorial tudung bawal yang aku share dengan kaurang tu. Try & error ke Success tu terpulang pada diri sendiri ler kot. kalau selesa. Boleh pakai time ngedate kan .

 Tapi, lagi bagus kalau tudung ni besar sikit. So selesa lah nak tarik naik atas.
 Kaurang dah try? Share ler aku gambar nya.

Tuesday, October 25, 2011

Aku Jobless

Penat aku jawab soalan ni. Kadang kadang terhiris hati. Sebab yang bertanya tu kadang kadang macam bernada sinis. Kat sini aku make it clear. Lepas saje aku habis practical training, habis kan Research, submit , viva dekat faculty. Aku balik kampung. Ada urusan tertangguh yang aku kena settle kan. 

Lepas saje settle urusan tu ( Dekat 2 bulan). Umi aku buat special request. Dia mintak aku tolong dia berniaga. Niat nak cari kerja agak terbantut di situ. (tapi dalam diam aku usha jugak kerja dekat job street). 

Rutin aku tolong umi bermula. Pagi tolong dia kat pasar, petang tolong dia kat gerai. Penat tok sah cite, tapi aku tau umi lagi penat. Yang paling hazab, masa bulan puasa hari tu, meredah panas terik. Kalau tak tahan, mau nya bukak puasa dan dan tu jugak. Blog pun agak terabai masa tu. Tapi redha. Kira cari rezeki jugak kan.

Perasaan aku? Punya lah jealous sebab kawan kawan terus start kerja lepas practical training tu. Kau tau apa perasaan tu? Tengok kawan kawan yang sama belajar dengan kau dah kerja. Aku buat buat pejam mata. Tolong mak pun dapat pahala jugak kan. Cuma beza nya aku tak dapat gaji tetap aje lah. Aku pujuk hati sendiri.

Pada masa yang sama. Umi aku dok buat agenda . Hari hari pujuk+brainwash aku kerja kat kelantan. Dia siap cari kan kerja untuk aku. Yeap. Last last dia berhasil cari kan aku kerja. Tapi. aku dah nekad kan hati. Aku memang nak cari pengalaman kerja kat tempat orang dulu. Aku ingkar lagi permintaan umi. Aku tau umi frust sangat sangat. Tapi macam biasa. Aku degil. 
Aku sungguh sungguh pujuk umi. Lama lama umi makan jugak pujukan. Lain pulak dengan papa aku. Dia oke aja aku kerja kat mana mana. Cuma bab calon husband aja kalau boleh dia nak orang dekat dekat. Itu terserah jodoh lah. 

Apa yang aku nak tekan kat sini. Stop lah tanya aku dah dapat keje ke tak. Aku penat dah jawab. Aku susah kan kaurang ke kalau aku tak keje? Aku rasa aku susah kan Mr Razman aje. Aku terima nasib aku yang kureng luck. Time orang sibuk p interview, aku kena balik kampung. Its ok.Allah tau yang terbaik untuk aku.

Sekarang. Aku dah berusaha. Seterus nya. Tawakal.

Daging rusa pun sodap

Pernah makan daging rusa. Hurm . Mungkian aku ajo yang kejakunan. Aku mengaku lah. Ni first time aku makan daging rusa. Itu pun sebab housemate bawak balik dari rumah dia. Boleh tahan lah rasa dia. Tak do lah pelik sangat. Lebih kurang daging lembu ajo. 

Sebelum ni. aku pernah accidentally makan landak. Haiyoooo. Family Mr Razman memang suka makan rusa, kancil,landak. Sumpah aku tak tau masak lemak masa tu adalah landak. Bila mak ucu dia cakap yang aku tengah makan tu landak, terus berubah air muka aku. Tarik pinggan laju laju & angkat bontot beredar. haha. Kelakar ingat kenangan tu balik. Mak siap sound lagi. apesal bagitau aku yang tu landak. Kasi aku makan bagi habis. 

Haru biru aku sekejap. Nasib la der. Tu ler last aku makan landak. Tak sedap pun. Mr Razman iyo lah sampai menjilat jari. Suka benor.
Hi rendang rusa. Selamat masuk perut gua

Tips dari Hot Fm. Motivasi suh makan sikit. Guna pinggan yang kecik. So bila nasi penuh pinggan, Terus mesej di hantar ke otak. "oh, dah banyak nasi yang aku ambik ni". Motivasi ler sangat kan. Lepas tu. hade yang p tambah nasi lagi kan.

Monday, October 24, 2011

Tagging Game

Game ni di tag oleh Lieyana Ahmad. Macam menarik. Alang alang aku dah ada depan laptop ni, hupdate ler terus. Pada yang kena tag. Jangan lah rasa terbeban. Dah nama nya game kan. At least boleh kenal antara satu sama lain kan.

Game ni ada rules okeh. Bukan calang calang game ni. So, terjah rules tersebut:
  
1.You must post these rules.
2.Each person must post 11 things about themselves in their journal. 
3.Answer the questions the tagger set for you in their post. And create eleven new questions for the people you tagged to answer.
4.You have to choose 11 people to tag and link them on the post.
5.Go to their page and tell them you have tagged HIM/HER
6.No tag back!
7.No stuff in the tagging section about " YOU ARE TAGGED IF YOU ARE READING THIS" YOU LEGITIMATELY (a.k.a REALLY, TRUST, WITH ALL HONESTY) have tagged 11 people.

11 Things bout Lyaa Suriany

1)Jobless. ( pasal ni nanti aku buat entry khas besok)
2) Garang. Bad attitude ni hanya orang betul betul close dengan aku aje yang dapat tengok sebab aku jarang expose dekat orang yang rapat suam suam kuku dengan aku. Parents, Bf, Ex bf, Kak su, sepupu sepapat yang tau kot.
 
3)Nama dalam IC.NORLY SURIANY BINTI AB. RAHIM.
4)Tak reti simpan duit langsung. Dalam tangan ada beribu riban pun aku mampu habis kan dengan cepat. Aku tak do mewarisi sifat jimat cermat dari umi aku malah aku ni manusia yang contra dengan umi aku. Sebab tu hari hari gaduh kot. Pantang jumpa. Tak dapat gaduh depan, gaduh masa calling calling.
5)Bagi orang lain eyeliner tu kehendak, bagi aku eyeliner tu keperluan. Benda yang wajib ada dalam bag mekap.
6)Kadang kadang buta IT jugak. (Eh , bukan kadang kadang. tapi selalu lah, sebab nya benda senang macam nak download subtitles pun tanya orang)
7)Jenis yang tak suka explore sesuatu benda. Contoh nya: Kalau beli hp baru, setengah tahun pun belum tentu aku belajar habis pasal hp tersebut. Kadang kadang orang lain yang lagi expert pasal hp aku.
8)Tak do TV tak po. Jangan tak do Linet tenet.
9)Cemerkap tak habis habis. ( cerita very da latest: Aku baru pecah kan compact powder yang still padat mampat lagi. Lepas pecah kan bedak, pecah kan blusher pulak. Tak do apo nak di kato dah).
10)Cepat menyampah sikit kalau orang asyik dok perli or memaksa. Dan dan tu jugak lah darah aku menyirap. Tak do toleransi kalau bab orang perli depan depan ni. Macam kau kenal pulak sape aku.
11)Sangat ler pemalas

Soalan dari Lieyana

Sushi ke Mc d?
Hurmmm, prefer Mc d lagi.

Kalau dapat melancong, nak p mana?
Feh. Ini mood angan angan. Nak p paris. versi verangan lah. Tapi kalau takat dekat dekat tu, p bali pun dah kira ok. 

Barang berharga yang paling sayang?
Camera kot

Rumah Idaman?
Hurm, tak perlu yang besar sampai bertingkat tingkat. Cuma termimpi mimpi nak rumah yang ada taman. Sejuk sikit pandangan mata.

Music kegemaran
Rase sedap di dengar, itu lah yang jadi favourite dear

Kenangan paling indah?
Bila orang propose jadi wife dia. Depan depan aku tak tunjuk yang aku excited. Tapi dalam hati. Rasa nak menangis.

Perasa aiskrim kegemaran?
I choose vanilla

Suka choc tak?
Of cos. Sangat sangat suka. Lagi lagi cadbury. Love it!

Purata tidur dalam sehari?
hurm. Tak menentu. May be 9 or 10 kot

Siapa saya 5 tahun akan datang?
Businesswoman + Wifey

Soalan yang aku nak tanya

1)Dah berapa lama blogging?
2)Apa yang menyebab kan kamu blogging? (Dorongan kawan ke,tiba tiba dapat mimpi ke)
3)Suka nyanyi tak?
4)Favourite blogger?
5)Tv or Internet?
6)Cerita sikit kenangan manis blogging
7)Suka make up tak?
8)Benda yang wajib ada dalam handbag or bag(bagi lelaki)
9)Angan angan kawen
10)hp apa yang anda pakai sekarang?
11)Benda yang paling kaurang menyampah dalam hidup


Lastly nak tag:













Blog Make up yang aku tak jemu jemu terjah

Semenjak jadi Unofficial penganggur. Aku banyak terjah blog yang banyak buat tutorial make up. Memang jatuh hati tengok dorang make up. So, terjah aje dalam diam. Dalam hati. Kagum. Kreatip dorang ni. So meh terjah blog blog yang aku suka.

Kelik nama untuk terjah ke blog mereka yang cun dan kretip ni.

zoey ni cik andam. So sapesape yang interested untuk dapat kan khidmat dia. Sila berbuat demikian. Dia dok area kedah ye. Yang dok area kl shah alam geget jari aje lah.



Video kat bawah ni salah satu make up yang aku suka. Siap download lagi.

Tak rugi kalau terjah belog beliau. Banyak tips penjagaan muka, produk apa yang dia guna.




Suka tengok muka dia. Macam mix pun hade. Tapi dia jarang update blog. Kadangkadang ternanti nanti jugak bila la dia nak update.
FYI, Nurul ain ni banyak buat tutorial pakai shawl. Boleh p terjah channel youtube dia.


Bunga memang aktif upload tutorial make up. Pun sangat sangat kreatif. Sekarang ni make up ala ala jack nitemare .


Mazni
Aku suka cara smokey eyes dia. Sangat kemas.

Sekian. Agat lama nak siap kan entry ni. So . Happy watching!

Sunday, October 23, 2011

Tutorial Tudung Bawal

Aku rasa tutorial ni menarik. So. Share share ler dengan kaurang. Happy Wacthing!


Gelagat Katrina lagi

Katrina kadang kadang memang bikin aku sakit jantung. Pantang pintu cage bukak sikit. Mula lah dia sondol kepala nak keluar. Satu bilik dia explore.

Bila di pikir kan balik. Kesian dia sebab terpaksa terperuk dalam cage yang kecik tu. So, untuk kurang kan rasa bersalah. Aku selalu biar dia buat acara bebas kat dalam bilik ni. Nasib dia baik sebab  barang aku tak banyak lagi buat masa sekarang

Baldi aku jadi tempat dia bergayut. Pun boleh kan katrina. Habis dia sepah kan. Aku sabar ajek. Tak pe tak pe. Kau main je puas puas katrina. Aku agak ada la dalam 30 minit dia dok main masuk keluar masuk keluar baldi tu. Suka benor heh. Apa yang dia godek dalam baldi tu aku tak tau lah.

Suka suka kan boleh jadi duka. aku terlalai sat tengok tv. Sekali aku toleh belakang. Si katrina dah start acara panjat manjat langsir dah. Aku jerit kuat kuat dia buat derrrrrrk aje. Aku risau bukan hape, Kat atas tu ada lubang air cond. Kang hade dia lompat keluar ikut lubang tu. Tak ke aku yang naya. Mati yang tak berapa syahid lah kau katrina.

Sambil jerit sambil berlari keluar cari kerusi. okeh. Jangan lah tanya kenapa kena ada kerusi. Sah sah lah memang aku tak boleh capai si katrina ni langsung. Tinggi kot. Ini pun aku zoom.

Kaurang tengok. Bukan main eksyen lagi dia dok atas. Mentang mentang aku tak boleh pegang dia. Kasi lempang laju laju jugak budak ni.

 Geram aje. Dia boleh pose untuk aku lagi. Selagi kau tak lompat masuk lubang tu tak po lah katrina.

 Si Gemoooooooook yang naughty!
Lastly, berjaya jugak aku bawak dia turun. Dia sangat sangat lah nakal. Bila dia nampak ajek tangan aku nak pegang dia, terus dia lari ke kanan, ke kiri. Bila orang nak snap gambar, dia dok diam diam pulak.

Bila dia buat muka comel macam ni. Mana aku mampu nak marah dia lama lama, mana mampu nak piat telinga. Mampu senyum jek, Tak pun cubit jek laju laju. Lebiu Katrina!

Saturday, October 22, 2011

Isu "Follow Me Back" Masih berleluasa

Dulu aku pernah memekak pasal ni kat blog. Aku malas nak cari balik entry tersebut. Eh hello. Bukan tak boleh nak suruh orang follow belog. Tapi make sure, biar orang follow dengan ikhlas, follow sebab nak baca blog kita. bukan follow sebab disuruh follow.

Kalau tukar ayat tu jadi macam ni oke la sikit " hye, terjah terjah. kalau suka follow lah blog kita balik" haaaaaaaaaa. kalau macam tu, aku memang consider. Tapi kalau yang tinggal jejak " follow me back" Harap maaf lah. Nak klik masuk blog kaurang tu pun rasa menggigil. Aku anggap tu arahan pulok. 

Please der. Nak buat ape ape pun biar la ada aturan. Kaurang nak suruh orang follow, then biar lah berhemah. Apa kau ingat bawak kete aje yang kena berhemah.

Blogwalking secara berhemah. Aku ni ada masa sekarang aje untuk sesi terjah blog yang aku tak explore lagi. Nanti dah ada komitmen susah lah . Tapi blog yang aku dah follow, insyaAllah aku akan terjah. Mana boleh tinggal dunia blogging. Mesti curi curi masa jugak even penat sekali pun.

Haaa satu lagi. Salah satu cara untuk ping blog. Boleh join group bloggger kat facebook. Macam macam hado. Geng blogger lah, kelab blogger lah, sahabat blogger lah. So kaurang boleh jugak terjah blogger lain kat situ. Akhir kata dari aku. Blogging lah secara ikhlas!

Penangan Tya's Touch. Superb!

Aku memang dah lama jatuh cinta dengan penangan make up sis tya. Kerja dia kemas ajek. So selalu usha customer yang dia make up. Mabelessss. Frust pun hade. sebab rasa nak sangat sis tya make up kan time tunang or nikah.

Sadly. Jauh sangat derrrrrr. Kelantan-Lembah Klang. Gua tak mampu. Pujuk hati sendhiri. Kalau ada rezeki, boleh sis tya make up kan untuk pre wedding. Itu pun kalau pre wedding photoshoot aku tu wujud  kan. Entah tahun bila lah tu. Verangan lebih.

Mari kita Berkenal kenalan dengan sis tya. Ghase nya dah ramai yang kenal dia. Antara mak andam famous amos kot. Aku tengok booking list dia sampai tahun depan. So kalau sape sape nak booking dia, kena check lah dulu. Takut dah full. Haish. Sekali lagi . *Jealous mode*
Sis Tya. Kadang2 join modeling event jugak. Tak silap aku kat Uitm shah alam ni.
Mama Howt with ziyaad. Dah besar ziyaad sekarang.
 Dulu aku follow personal blog sis tya. Tapi sekarang blog tu dah tak berhupdate. Sis Tya focus kan pada blog make up dia. Sedar tak sedar dah lama aku jadi follower sis tya ni. Dari zaman dia belum kahwin lagi. Sampai lah sekarang dia dah ada anak. Cepat jugak masa berlalu heh.


Sekarang mari kita terjah hasil sentuhan sis tya.

Fatin Suhana
Irine Nadia pun guna khidmat sis tya jugak untuk photoshoot

 
Glowing glowing gitewwww
Sis Zaza. Model famous amos


 So,pada yang interested untuk di touch up dengan sis tya. Boleh email ke tyastouch87@yahoo.com

Facebook : TYA ADNAN

YM : fatiha.adnan

hp No : 019-3707473
&

*Gambar gambar credit pada tya's touch. Aku dah mintak permission awal awal dengan sis tya. Thanks mak andam meletops ni sebab bagi cilok gambar. All the best untuk business sis tya.











Friday, October 21, 2011

Aku Gemok ke Kurus kau ape ada hal?

Kadang kadang manusia terlalu concern tak bertempat. Isu kegemukan dan kekurusan orang jadi hot issue pulak pada diri sendiri. Sakit mata, jangan pandang, Sakit telinga , jangan dengar. Pekak kan. Maksud aku kat sini, Kalau sakit mata tengok orang yang agak berisi ni, jangan pandang.

Saham dosa pun tak bertambah kan.

Jenis aku adalah jenis yang suka makan. Sadly, aku pulak jenis yang punya metabolisme tahap rendah la jugak, Makan terlebih, then aku akan gain weight. Fortunately tak do lah gain melampau lampau. Hado lah sampai 2 or 3 kg. 

Masalah aku lagi. selalu lapar. hadoi. Masalah ni. Kalau dok tempat yang ada air cond mau lah aku nak makan berkali kali. Seriously. Habit ni susah nak ubah. 

Sangat best lah kalau orang yang ada metabolisme tinggi tu. Main belasah je nak makan apa. Nikmat. Macam dia ni. Makan banyak pun maintain macam tu ajeeeee. 


Eh. Tak habis lagi isu gemok ni. Jangan lah kondem sangat. Orang cakap size is nothing kan. hehe. Sebab aku perasan , ada yang sanggup update status kat facebook isu gemok. Macam menghina pulak. Apa perasaan orang. Mesti dia lagi down kan. Nak nak pulak yang dah lama ikhtiar untuk kurus tu.
Kadang kadang. ada yang jenis rangka besar kan. So, usaha macam mana pun susah jugak. Kita tak boleh blame dia kan. Ciptaan Allah. Jangan kita reti nak kondem aje.

Acara Masak

Kali ni, bukan aku yang masak, tapi housemate. Aku tukang menyebok, tukang makan dan tukang basuh pinggan. Tukar tukar ler chef nya. Time ni housemate baru balik kerja then semangat nak masak sebab dia beli udang. Aku orang yang paling excited  terlebih sebab udang tu KESUKAAN aku.

Haish sekarang ni terbayang pulak kesedapan seafood. Dah lama tak p Tanjung harapan makan seafood. Kalau dapat ketam ni. Mau nya menjilat jari der.

Back to the topic. Aku seronok tengok orang masak. I learn through observation. Kalau rasa bengap sangat, tanya lah. kang salah resipi kasi malu ajeee.

Mari kita terjah apa yang housemate aku masak kali ni.

Menggoda dak Udang ni
Bukan sebarangan telur dadar oke. Ada mayonis, filamen ketam, udang, cili. Memang lemak berkrim.
Yang ni pun unique sikit. Ada salad, kobis, carrot sardin. mayonis, black pepper. kreatip betul ler diorang ni kan.


 Boleh dikata kan bertuah lah sebab ada housemates yang suka masak. Boleh share resipi kan. Lain negeri lain cara masak nya.  Tak do lah nak masak benda yang sama aje kan. Variasi tu penting.

So, anyone yang ada resipi best best. apa kata. Share aje . Boleh aku tumpang sekaki.







 
© 2010; Lyaa Suriany | Designed by: yanasensei | Powered by Blogger