Darlings

Friday, September 30, 2011

Smile?

Hai hai. amacam hari ni? Ada baik kah? aku? eh baik baik aja. cukup makan tidur.Kira okeh ler tu kan.

Topik yang tak berapa nak hot hari ni pasal senyum. Bab bab senyum aku di antara orang yang fail. Sebab apa? aku punya senyuman sangat fake.

Tapi aku terror gelak. Tak percaya. Kau cuba set time untuk lepak dengan aku sekarang, then ambik masa 10 15 minit, Lepas tu kau dengar lah, keje aku gelak jek, kadang kadang orang cite tak kelakar pun, tapi aku bantai gelak. Motif dia. Aku sendiri pun tak tau. Yang aku tau, antara hobi aku. Gelak!

Senyum? untuk orang yang pernah jumpa aku, pernah terserempak, or terpandang, or penah jadi classmates, pernah jadi coursemate memang tau muka aku memang "masam" punya type. Mungkin masa mak aku pregnant kan aku suka makan makan benda yang masam masam kot, Takpun selalu gaduh dengan husband dia. erkk.

Biasa kaurang selalu tengok gambar kan. Dalam gambar memang paksa senyum. Thats why nampak tak real. Cer kaurang tengok balik Video tutorial pakai shawl ni, Memang macam tu lah muka aku. Sebab kadang kadang aku tak sedar yang aku tak senyum. Bukan tak nak senyum. Tapi tu NATURE aku.
Sometimes, u have to put a fake smile.
Dah banyak kali aku bagitahu menda ni dalam belog. Orang memang selalu salah anggap aku sombong, Sebab muka aku memang macam sombong lagak nya. Tapi , ambik masa untuk kenal aku dulu. Baru kau boleh judge. 

Kadang kadang, aku practice senyum. aku nak jadi sweet macam kaurang. Tapi ingat senang ke nak ubah. feh. Mungkin ambik masa bertahun tahun untuk aku belajar senyum betul betul. So, wish me luck. Mana tau, lepas ni. No more fake smile. kan kan kan. 

Tata Titi Tutu .


Wednesday, September 28, 2011

Olynn si gebus

Aku rasa waktu tidur aku memang tak normal dah. Pukul 4 pagi pun aku tak gheti gheti nak tidur. Orang lain sedap berdengkur. Puas paksa tidur. Sudeh nya, baik aku buat scheduled post. Sebab confirm ler besok aku bangun lambat. Ye dok.

Last sunday, Mr Razman ajak aku p rumah cik long. Cik long tu mak cik aku der, Bukan mak cik dia, Mungkin beliau rasa aku asyik ikut raya rumah sedara sedara beliau jek, So sekarang turn raya rumah mak cik aku pulok. Fair gitewwwwwww.

Dah sampai sana, cik long aku biasa lah. Memang selalu susah payah layan anak buah die ni. Raya dah suam suam kuku, tapi atas meja penuh dengan kuih raya. Macam raya pertama. Salute lah cik long. Sekarang ni, rasa macam nak p tolong cik long habis kan kuih raya dia pulak.

Itu bab kuih raya, Yang paling best . Sebab ada si olynn ni. Pet kesayangan ank bongsu cik long. Feh memang adorable gila lahhh. Comel sampai rasa nak picit picit ajeeee. 

Meh layan gambar kegojesan olynn ni. 
Oh kualiti gambar terok, Terus hilang kemachoan
okeh . Nama saya Olynn. Boleh panggil saya oly mungkin. oly for short lah, mungkin tu penambah ayat,
Bulu saya memang panjang okeh, boleh feeling sikat rambut.
The Owner!

Apa pun Katrina tetap dihati. Eh, tiba tiba.


Monday, September 26, 2011

STC Aidilfitri Open House

Hello peeps,

Pepagi lagi mood sentap sebab tuan rumah datang ketok pintu. Kata nya nak mengambik gambar rumah selepas di renovate.  Mata aku memang rabak tahap dewa lah sebab aku baru je tidur pukul 5 pagi. Sekali pepagi lagi dah kena bangun. Sabar , sabar.

Tuan rumah blah jek, tarik bantal slow slow, terus kroooooooooooooh sampai pukul 2. erkk tapi sempat lagi lah meroyan kat facebook sebelum sambung tidur.

eh kenapa melalut pasal tuan rumah? aku nak gebang pasal stc punya open house. haiyaaaa, selalu kena kembali ke pangkal jalan.

Berjaya jugak attend event STC kali ni. Iye lah. Mr Razman busy manjang. wayang pun asyik postpone. tahun depan gamak nya aku boleh tengok wayang.
Comel kan tilam bujang aku. Siap togel lagi. Cermin tu aku ghase dah 14 tahun tak bersih kot. muahahahaha
Sebelum gerak ke ampang untuk join STC punya open house ni, kitorang attend open house pak cik Mr Razman yang dekat klang tu dulu. So dalam pukul 8 lebih baru gerak p ampang. Sampai aje memang dah ramai orang, antara guest yang lewat lerrr ni.

Bila jumpa gegurls Stc. apa lagi. Sembang la sambil layan hantu bonceng. Sudah nya aku tengok kat rumah orang.
Siap ada surprise birthday party lagi untuk Rozul Azman ni. Tapi aku tak sempat ler time ni, 

Mummy STC. Ketua chef untuk open house malam tersebut
deretan makanan.  

Ayam seketol. tibatiba rasa lapar
Tu dia jejaka jejaka STC. Pengantin baru terrrrrr

Gegirlsssssssss

 Dah pukul 2. Boleh ler beransur ansur balik, sebab hari ahad ada open house lagi..oke lah guys. Got to go. babaiiiiiiiii


Sunday, September 25, 2011

Jangan nak "bias" sangat boleh??????

Sepi tak berhupdate. Malas punya pasal lah. Ini pun mata dah rabak gila kau. Tapi tiba tiba datang angin kus kus nak hupdate. Baik aku hupdate siap2. kang tiba tiba terus jadi malas pulok. Merajin kan diri, Ingat kan nak hupdate pasal open house STC. Tapi besok jekkkk lah. 

Pasal tajuk kat atas?

Aku dah lama hangin pasal ni, tapi peram jadi pekasam ajekkk.

Aku hangin bila.

Kau marah orang tu, tapi kau nak libat satu negeri sekali kan. haaaa memang patut la sangat kan. Contoh nya la kan. Aku hangin dengan orang negeri kau, then aku pun buat ler amukannn " apesal erk orang negeri S ni macam harem jadah eh" haaaaaaaaah.

Mesti kau hangin kan, sebab aku main negeri negeri pulok. heh. Kalau yang buat taik tu sorang dua, ke tiga orang ke, jangan lah nak libat kan satu negeri. hover ler tewwwwwwww. kau maki jek lah orang yang buat salah tu, ni libat kan satu negeri pulak, ke satu negeri tu yang buat taik. kot ye pun ramai orang dari negeri tu tu ramai yang buat taik, kau still tak boleh nak heret satu negeri okeh. hissssh. hangin der. 

Maaf lah. Tak de budi bahasa, sopan santun dalam entri ni, Kata entri berangin.

Aku ni kan. Bila mula kontrobesi mula tercetus. Aku kesian sangat, Tapi bila keluar nya statement yang kuang hajar tu, terus simpati aku tinggal zero.yilek. Pikir lah. patut ke tak patut.

Wednesday, September 21, 2011

Selamat Hari Tua

Simple update. Tanda sorry sebab aku boleh lupa birthday Kesayangan sendiri. Kali ke 2 lupa. Nampak sangat aku  seorang yang sangat concern kan. muahahahaha. Sentap dalam diam ajek Mr Razman.

Ala, tak ingat bukan tanda tak sayang, cuma kepala weng weng.
 oke lah. kata simple hupdate kan.

MR RAZMAN
Selamat hari Tua yang ke 27
Dah terlebih layak kahwin awak ni.

Sabar eh.

InsyaAllah. Sampai masa kita di ijabkabul jugak.
3 years 4months 3 days & still counting.









Susu? Eeeeew!

Satu ketika dulu, aku adalah antara manusia yang kalau kau sebut susu ajeeee, terus menggelupur, itu baru sebut, belom lagi bau, & rasa. Gila hover kan minah ni.

Sejak dari sekolah, asyik dok nengok kawan kaawan dok minum menda alah ni. alahaii, aku pun dok rasa jugak nak p try. hade lah sekali dua, aku p try. haiyooooooo.Gua muntah der !

Dah besar ni, dapat partner yang suka minum susu. mula mula memang rasa, ades tak voleh velah langsung lah. Tapi kuasa Tuhan weh. itewwww la kawwww, kalau tak sukew benda, jangan lah hover sangat sangat kan. Hasil motivasi kawan aku. aku un cuba lerrr lagi. tapi kawan aku suggest kan try minum susu HL. 

Sekali try, tak berapa suka lah, second try tu baru boleh teguk laju laju sikit. Berkali kali try terus jadi favourite nyah. hambik kau, Dulu beria benor tak suka susu. Sekarang ni, jadi benda yang wajib ada pulak dalam fridge tu.

Tapi kalau kau bagi aku susu dutch lady yang full cream tu, mintak mahap lah. kureng sikit. aku minum aje, tapi tak bernapsu macam aku minum susu HL tu la. nak nak lak kau bagi yang full cream tu. haiyaaaaaaaaaaaaaa. lagi lemak berkrim lah badan aku. bertambah tambah tong deram. kau tau.



Aku suka minum hl ni sebab salah satu nya badan aku memang kurang kalsium sangat sangat. then, kadang kadang aku ada masalah susah nak tidur, so, bila rasa susoh bebenor nak tidur, p la minum segelas. insyaAllah rasa mengantuk lepas tu.





Amacam? ada siapa siapa yang tak minum susu berani p try sekarang. Come on lah. Anggap satu cabaran. okeh?

Tuesday, September 20, 2011

Muhasabah ler diri belajar masak

Note: Sebelum terjah ke entry hari ni, aku lupa nak jawab soklan iena pasal sugar glider. okeh iena, if u read this. sebab dia tak tinggal link. so aku sekali harung kan kat sini jek. Pasal sg suka berry or kencing kat tangan tu kan. hurmm. for me. sangat lah normal. sebab katrina tu dah berapa kali berry kat baju, tangan, kaki semua tempat kalau boleh dia memang nak dj kan aku. kencing tu toksah cita ah, tilam, baju aku habis lencun jugak kadang kadang. nasib ler aku penyayang kan. ececeh. sila percaya.

okeh pasal masak. memang dah banyak kali lah muhasabah diri. Kira sekarang okeh lah sikit kalau nak compare dengan jaman jaman dulu. jahil terus bab bab masak, nasib ler kenal mana satu bawang putih or bawang merah. kalau kau tak kenal. nauzubillah. tahap kronik der!

Banyak faktor kot yang menyebab kan aku tak de feeling nak masak. Main reason mesti la sebab kemalasan aku sendiri kan. 

then, dulu dulu asal masuk dapur jek, umi cakap, p dok luar. Sudahhhh nya haram tak reti masak, bila dah besar jenuh umi aku paksa aku masuk dapur. memang TAKKKKKKKKK LAH KAN. Sebab tu orang orang tua cakap, MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNG NYA.

Sekarang ni, dah tak boleh buat malas macam dulu. at least kena belajar yang basic, aku reti masak apa yang aku suka makan je sekarang, tapi sentiasa lah usha2 resipi kat tenet, kat belog, kat magazine. Kata beginner kan. kena lah buat buat rajin konon. 
Nak beli barang dapur pun berkobar kobar sekarang. 

Hari ni pun merajin kan diri bersama housemate berperang kat dapur. ayam hari ni, nauzubillah, liat nak mampus. ayam pencen ke hape. dah bersilat bagai kat dapur, menitis peluh jantan der. tapi at last masak jugak. sesimple yang mungkin ajek, tapi cukup mengenyang kan perut tong deram aku. 

Menu hari ni : sup ayam, ayam goreng, sambal kicap yang mabeles. 






Perut dah kenyang, kepala sudeh mintak bantal, masa untuk menyimpan lemak lemak sekalian. babai uolls.

Monday, September 19, 2011

Raya yang tak sudah

Entry raya belum habis cik gayah sekalian. Selagi tak cukup sebulan, memang tak sah kan. Aku pun dah bertangguh update blog kan. Hade jek alasan. Berukband kena block la, bila dah bayar, tak sempat nak online. Buat buat sebok beraya ler kekonon. 

Tapi kali ni, sebok beraya dengan family Mr Razman. hurm. Bukan lah first time beraya dengan diorang. so , tak de istilah kekok. Anggap jek lah mak cik pak cik dia , mak cik pak cik aku. 

Musim raya ni biasa lah ada combo sekali dengan musim orang kawen kan. so, turn balik kampung untuk attend wedding member baik dia. Dari aku melangut sorang sorang kat rumah. Better aku tumpang sebok sekali ke pasir besar tu, lagi pun mak mr razman pun hade sekali beraya dekat sini. ouch , raya dengan mak lah. mak dia mak ittttteww jugak lewww!

Tapi . sebelum balik kampung, kena lah ada sesi beraya dulu rumah mak cik mak cik dia kan. aku pun tumpang seronok tengok family orang. happening.

Sampai pasir besar pun lebih kurang 230 a.m. Giler mengantuk der! . esok kena bangun awal pagi. erkk kau berani bangun lewat lewat dekat rumah bakal mak mertua yang entah bila nak langsung tu? aku memang TAK BERANI LAH KAN!

Get ready untuk p wedding. 

Mak join sama. bagus. ada geng. Geng memang geng. Tapi part yang paling terharu bila mak kenal kan dengan kawan kawan dia, ni bakal menantu kita. hohohoiiiiiii, kau rasa kembang setaman tak bontot. aku rasa nak p lari laju laju nyorok bawah meja makan beradab pengantin tu. 

Rasa macam nak p tanya mak, " mak mak, bila boleh kawen dengan anak mak? haha. Poyo jek lah, padahal kau yang main tarik tali pasal kawen, sat lagi kena pelangkung dengan mak. siapa yang tak nak kawen lagi sebenar nya ni. haha.

Lex luuuu. ai mula lagi makk.

Eh, gambar pengantin aku tak sempat ler nak p senap senap. sebab orang terlaaaaaaaaaaaaaalu lah ramai, kau tak nampak sikit punya panjang aaa tu, tu nak gambar kan, ramai gilerrr ah. aku rasa macam stok stok susah nak bernapas dah time tu. tak pernah lagi aku attend wedding yang sampai sesak macam tu. surrender der gua nak p senap gambar, baik senap gambar sendiri lagi bagus.

so, pengganti nya, aku tempek gambar dorang masa akad nikah dekat putrajaya hari tu.

 Cantik nama dia bila convert islah. nur farah shuhada. sejuk je dengar. tengok muka pun sejuk jugak mata memandang.

 Tripple sweeet

 Perutusan penantennn ter


Then, mak ajak p satu lagi wedding anak kawan dia. kami mengikut ajeee. Tapi paling best sebab kat sana jumpa ex classmate pulakkkk, mumu sayang .
Maklum ler, en bf mumu pun orang negeri sembilan, n kebetulan pengantin nya sedara en bf mumu. what a small world. Tapi boleh ler peluk peluk manja dengan mumu kan kan .

Meet mumu ittew. sama tinggi ajekkk

 Ouch, mak, kenapa tak senyum, tak sudi heh.. muahaaaha.

Okeh, dah settle wedding, rushing back to saujana putra. Kak long mr razman ada buat open house. Sebenar nya nak p makan rendang. hoho. syioooook ah open house.

 Mak cik pak cik, dan sepupu sepapat


 Tu dia kucing kak long, bapak besar, aku panggil Garfield malaysia. nak angkat pun berat gila.
Muka dia memang tak nak kerek habis kan dengan aku. Muka nak samseng ajek . tapi aku tetap sukeeeee, aku kan pencinta kucing nok. harus lah menyayangi semua kucing yang ada. peace no war

okeh lah. cukup lah. aku rasa entry hari panjang berjela jela pulak, kira top up untuk beberapa hari lerr tewww. oke guys. babai!

Tuesday, September 13, 2011

Wedding plus open house

Satria tuners

Ouch. Sikit punya banyak kali hari ni kelik new post. Lepas tu  haram p kelik dashboard balik. Gambar dah siap resize. tapi nak hupdate. Malas der.

Memalam ni. Cuba ler jugak hupdate sambil layan cite sembilu. hek, aku tak tengok lagi rupa nya cite ni. Ah. memalam ni bukan koje nak buat sinopsis sembilu 2005, Tapi nak buat sinopsis cerita semalam. Seharian beraya. Sampai naik lemau badan aku, Nak hupdate belog lagi lah menggigil der.

wewittttttttttt, bila turn cik adis manis ni pulak ye. pun stc member

Semalam kan akurasa antara hari yang busy beraya. Kalah first raya hari tu. Mana tak nya. Memula. Attend wedding kawan Mr Razman kat ampang, alah kira kawan aku jugak ler kan. Mr yuszainol & Mrs Zura . Stc punya geng lah senang cito. P sana kejap jek, sebab banyak open house kawan2 Mr Razman yang kena attend. So tak dapek beramas mesra dengan stc members yang lain. Ingat kan boleh ler lelepak kan. Dah lama kot tak join dengan diorang.
Suke ah pelamin simple macam ni. Tak crowded poooon
penantennnnn. Muka seiras giteeeewwwwww

 Semalam jugak aku tak de lah makan banyak. Aku cuma makan nasik minyak, satay, soto, rojak, laksa penang, ayam bakar, udang bakar, kuih raya, cendol. haaaaaaaaaa tak banyak. sikit jewwwwwwwwww tewwwww. (ouch feeling feeling mengeja macam adik2 sekolah menengah)

Balik rumah, dan dan rasa lapar balik, memang perut tong derum ni der.  Tapi seronok ah boleh makan makan. aku paling sukeeeeeeeeeeeeeeeeee lah kalau orang buat open house ni. Sila lah jemput lagi. Tak rugi, aku p rumah kaurang memang aku makan lewwww. No diet diet ni. Seksa napsu makan mak!

Eh, "The writer" pun kena hade. Boleh show off gigi kapak kat kaurang!

okeh lah babai.

Saturday, September 10, 2011

Si Cantik Annyss Amyra

Si cantik hari ni. Annyss amyra. 21 tahun. Muka dia memang ayu habis lah. sedap mata memandang. Pandangan aku lah.

Dah jadi model sana sini pun , masih humble, tak sombong. Tu yang aku suka pasal annyss lah. dia boleh je bertegur sapa . Ini tak, sesetengah orang, rasa diri dia cantik , dah masuk tv bagai, dah tak mau tegur orang dah. orang tegur kat fb pun bo layan jek, sebab? Sebab kau tak famous ler. buat hape layan kan kan kan.

annyss tak ada belog kalau tak silap. So, kalau nak berkenalan dengan dia, pandai pandai la kaurang.
 Muka memang flawless habis lerrr kan
Model kak jannah terr

 Berita harian tak silap

Thursday, September 8, 2011

Review session 13: Deodorant

Ouch. Semalam mood blogging terbang ke laut. Sesuka hati je sekarang bila masa nak update kan. Dulu kekonon berazam nak jadi blogger tegar, update hari hari, sudeeeeeh nya haramm. Jadi blogger separuh tegar lerr kan. Dah tak berapa currlasss dah kau jah!

oke, hari ni banyak keje aku nak settle kan. so, kira  hupdate laju laju ni. 
Aku just nak review deodorant yang aku memang setia habis dari dulu sampai lerrrrrr sekarang, Tak do perfume tak pe derrr, jangan tak do deodorant. Eh itu aku punya pegangan lerrrr.  

Ni dia favorite aku all da timeeeeeeeeeeeeee. Bertahun tahun tak pernah miss, takpernah curang dengan product lain. Aku kan brand loyalty sikit. sekali dah sukeeee, susah ler sikit aku nak p try product lain, its not like, product lain tu tak bagus, tapi aku memang cenggini, malas nak buang masa p try product lain. sekali suka, terus stick pada yang satu. 

Biasa aku suka guna botol kale orange, tak pun kale purple, hijau ni pun aku taram. kalau dah sold out semua kale, kale putih pun aku rembat derrrr. Janji rexona jenis ni.

Apa yang aku suka pasal rexona ni jenis spray ni? Bau dia tahan lama derrr. Yang paling best, TAK MELEKIT. Aku ni memang tak gomar kalau yang jenis lekit lekit susah nak kering ni. Lepas tu kalau sweat, rasa tak selesa je under arm tu. eh itu pendapat aku. Lain orang lain pendapat okeh. Jangan ingat aku kondem puloook.

Haa lupa nak bagitahu, harga pun affordable what..Boleh tahan sampai sebulan lebih kot. okeee sangat leer tu. Dulu, masa zezaman diploma, aku kadang rajin , kadang tak rajin pakai perfume. Aku spray ketiak dengan mende alah ni jek, tapi ada classmate tegur, pakai perfume hape. erkkk, aku ni cakap je perfume rexona. hahaha. tak do lah. aku tak kencing kawan aku haih. Aku cakap je la aku rajin spray perfume ajeeeek.




Haaa, yang dua kat atas ni. honestly lah aku cakap, aku tak pernah ada keinginan nak try. walaupun terang lagi bersuluh, tu brand rexona jugak, siap kale pink lagi terrr, tapi aku memang tak mau try. aku tak tau kenapa weh. aku sangguh p cari watson ke guardian ke farmasi ke, mydin ke banyak banyak tempat kalau rexona yang aku nak tu sold out. gila berdeterminasi kan.  So, deodorant kaurang?


Tuesday, September 6, 2011

Suami To be ?


Entry ni dah lama ada dalam kepala hotak aku. Cuma malas nak menaip ajek, Apa pasal dengan suami to be? aku cuma nak share apa pendapat aku.

Walaupun aku muda remaja lag. eceh. remaja lah sangat kan. 

Semua orang tau, alam rumahtangga ni agak complicated kan. Kalau tak hado keserasian, camano eh nak hidup. suami isteri kena complete each other, kan kan kan. Bab ni lah aku paling risau. Sebab aku takut, bila dah ada married life pun, aku still tak berubah dari perangai kebudak budakan aku. Itu masalah aku, nanti aku pikir sendiri lah. Yang aku risau sekarang, masalah "suami to be".

Lelaki banyak kategori.

kita outspoken saja hari ni okeh.

Husband & wife sama sama kerja. sama sama penat. Tapi si suami menyerah kan 100% percent kerja rumah pada si isteri, walaupun benda paling simple kat rumah tu kau tak boleh nak tolong? Senang cita ambik contoh, kalau makan, apa salah nya tolong basuh siap siap pinggan afta kau makan tadi, satu je kot, tak do patah tangan tu rasa nya. Tak salah kau ringan kan beban si isteri. Lain lah cita kalau si isteri tak kerja, so , kau boleh harap kan dia buat semua kerja kat rumah. Toleransi lah orang cakap.

hah. simple je kan. Tak mintak lebih pun, mintak tolenrasi ajek, Kalau pikir yang kau penat kerja. pikir lah jugak isteri pun penat jugak, so, apa kata share lah rasa penat tu, lagi indah kan. so tak de lah isteri tu moody ajek sebab kena tanggung semua benda.


Babai!

Monday, September 5, 2011

Edisi Raya 2011

ho ho ho keh, Sangat Bercinta nak update belog. Berapa kali aku click new post, tapi haram jekkkk nak start menaip, Internet lembap kemain lagi, Dari semalam lagi nak update. Tapi semalam lah pulak manjang aku tidur, bangun sat jenguk facebook, then membuta lagi.
So jadi la semalam hari rehat satu dunia. Handphone tok sah dok cita ah, aku main campak mana ntahhh, Puas hati dapat berehat, umi aku pun tak kacau.

Hari ni, aku rajin kan diri jugak update raya 2011, walaupun mood agak ke LAUT.

Terjah First Raya

Hari raya pertama ni, entoh, biasa biasa jek, tapi misi p rumah mak cik mak cik berjaya. Berjaya jugak kutip duit raya, siapa cakap budak umur 23 tahun tak boleh dapat duit raya. hoho. masyukkkk lagi.

Baju raya. hurmmm, tok sah dok cita ah. Pakai ape yang hade. siapa suh kau memilih sangat kan. Tak dek glemer glemerous lah sebab bukan baju raya, baju tu sepatut nya jahit untuk p kerja ke hape nanti. so pilih yang simplesimple aje lah. sudeeeh nya jadi baju raya pulok. Kasut & handbag memang tak keluar kotak lah, mana sempat nak pakai semua tu, nanti back to shah alam ler kot baru guna.


Inner & shawl yang dah jadi belacan pun aku taram jek raya first tu. Anggap jek lah tudung rayooooo eden tu hah.
 Sesi serbu rumah nenek aku sama sama dengan family mak long & mak ngah. Umi aku jek tak ada time ni, sebok beraya kat rumah agak nya umi. spec tu sepupu aku yang suh pakai, dia nak tengok, Bila snap jadi ghupa mak cik pulok
 My cousin & his niece.
 Sesi berpelok cium dengan tok sedara. Tok sedara cakap, haaaa, nanti aku dah meninggal, korang boleh la tengok tengok gambar ni buat kenangan. haiyoooo, sentap mak!

Terjah Second Raya

 Kombinasi merah & kuning. Yang sebenar benar nya, aku tak do lah berani sangat pakai warna kuning ni. Sebab kulit aku nampak makin golapppp ajek, ke warna kuning yang tak suka aku. hissssssh
 Nasi minyak  yang aku melantak kat rumah ayu jazari, ade open house, mana boleh tak p kan. kena lah p , kata kawan.
 okeh aku mengaku, memang pelahap masa ni, iyo lah, dah tengahari, tapi satu hape pun tak masuk perut lagi, kira brunch kat rumah ayu, oh, jejaka idaman malaya kat tepi i tu, haaa sapa berkenan boleh isi borang, single mingle lagi tu, jiran merangkap ex classmate jaman jaman sekolah rendah. dah berabad kawan dengan jejaka ni, rumah dia tok sah dok cakap ah, 2 minit dari rumah aku, tapiiiiiiiii dalam berbelas tahun, baru raya ke 3 hari tu dia jejak rumah aku. apeeeeeeee da!

 Petang tu, acara p cari barang barang, sebab raya ke 3 , rumah aku buat open house, cari yang mana tak cukup lagi, Time raya ni, p nirwana yang dekat kubang kerian tu, tutup daaaa, dah lah hari nak hujan, nasib lah ada lagi yang bukak, itupun tak cukup barang, taram jek lah ape yang hado.

Terjah Third Raya ( Paling excited tunggu Mr Razman sampei)

Set hijooo, sesuai ler dengan rumput rumpai kat depan rumah aku kannnnn, kecian gambar MrRazman kena crop . haha. sajo, nanti kaurang bosan tengok muka dia.

Mr Razman sampai kelantan pukul 7 lagi kot, then dia ronda ronda dulu, Pukul 10 cengggitu dia dah sampai kawasan rumah aku, eksyen lebih tak mau call , nak cari jalan sendiri, sudeh nya tau tanya aku jugak, next raya, sila datang sendiri, malas nak p ambik dah.

 Yang ni sepupu aku yang handle, aku sebok handle benda lain, kesian dia, tak sempat aku nak nolong, aku tukang hidang jek, tukang nyebok sikit sikit.
 okeh, meh kita zoom sikittt
 haaaa, salad buah ni ajek yang aku hentam sendirik sebab ni one of my favorite. time ada potluck selalu ada salad buah kan. so aku buat jek lah, buah epal ijo & merah, sosej, salad then letak mayonnaise , lastly letak susu cair sikit bagi rasa manis. laku jugak dua bekas. bagus. tak sia sia aku buat kan.
Yang ni untuk budak budak, tapi aku tengok yang sebat nya bapak budak,
udah petang, dah tiba MrRazman balik, sediih puh hado, macam tak boleh jumpa kan lepas ni, hurm. Berat hati, tapi terpaksa la. Babai pak cik, panjang umur kita jumpa lagi,


Itu jek lah cerita syawal aku yang  meriah suam suam kuku.  Tapi tetap bersyukur sebab kita ni boleh sambut syawal dengan tenang  dan aman, kat somalia tu? keciannnnn. So, hargai apa yang ada depan kita sekarang, dan belajar bersyukur.
adios.
Al fatihah untuk arwah Faizul.




 
© 2010; Lyaa Suriany | Designed by: yanasensei | Powered by Blogger