Darlings

Wednesday, August 31, 2011

Edisi teaser raya

Raya kaurang meriah? Raya aku pun meriah la jugak, better lah dari last year punya raya. Tapi ada missing pulak tahun ni, Tahun ni tahun pertama aku p beraya tanpa umi aku, kalau tak, terpaksa je ikut umi beraya mana mana. 

Best rupa nya raya sorang sorang ni.heeeeeeeeeee. tak hado la sorang sorang pun sebenar nya, Aku heret lerrrr cousin cousin aku yang hado. walaupun ema tak de. dia kan nak beraya sangaat kat luar negeri kekonon. biar dia rasa.

aku bukan nak bebel panjang panjang raya ke 2 ni. masih dalam mood raya. so tak kan aku nak habis kan masa menghadap lappy aje. nak hupdate cinonet jek, suram sangat belog ni tanpa new update. 
 conteng muka sikit sebanyak pagi pagi raya ni, then camwhoring ler kau puas puas.* Tapi gambor nya tak de la banyak, *

Nanti aku update gambar raya sekali gus eh. raya 1, raya ke 2 & raya 3. oke? cun? babai. aku nak p shopping barang nak wat open house besok ni. lebiuuuuuuu readers

Monday, August 29, 2011

Edisi Ucapan Raya

Orang sibuk buat entry raya. kau pun sibuk jugak la. aku hupdate laju laju sebab sangat lah penat ni. 
oke, insyaAllah esok raya kan. 

So, sempena raya ni, aku nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri, Jemput datang rumah aku Raya ke 3, especially blogger kelantan. Sonang sikit. dekat je kan. ada makan makan sikit,




Kenapa mesti ada Mr Razman? Dah namanya URL blog ni http://lyaman.blogspot.com. Kena la menyebok sekali kan. oke darling. babai. Nak rest sat then kena p tolong umi lagi


Sunday, August 28, 2011

Maaf



"Sorry sebab aku pernah sakit kan hati kau. Sorry sebab buat kau sedih"

Senang kita nak lafaz kan perkataan "sorry". Dengan harapan orang akan maaf kan kita. Sempena raya ni, memang elok untuk bermaaf maafan. 

Tapi kekadang, aku manusia biasa. Bila mulut cakap, iye , aku maaf kan kau. Tapi hati aku tak rela. Biar masa tentu kan bila aku boleh maafkan secara ikhlas.

Saturday, August 27, 2011

BIla anak kelantan balik dari perantauan


Memang happening tolong umi hari ni, Rezeki family. Boleh ler ngepau sikit sikit. tak banyak. suruh belanja shawl 3 helai jekkkk.ngeh ngeh.

aku bukan nak cerita pasal ngepau. tapi bila anak anak kelantan balik dari bandar. ececeh, kuala lumpur ler majoriti nya. maka hado lah cerita cerita yang syok boleh di kongsi.

Sketsa berlaku 2 jam yang lepas,

Customer: Dik, nak lengkuas tu seringgit. Sepatot nya dalam bahasa kelantan. " dik, nok kuah tu siya"

haaaa, nampak beza tu. heeeeeeeee. transform habis lah akak, tak mau cakap bahasa ibunda dah.haha. kat situ tak kantoi lagi ye .
sampai satu part.


Customer: Dik, pilih yang muda muda eh. 

hahahahahahhaha. kaurang panggil lengkuas yang muda muda heh?
Kan dah kantoi akak memeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee orang kelate kito. ngeh ngeh ngeh ngeh.

tak apo la . mana mana pun tak apo, janji akak masih balik beraya kat kampung ni haaaaaaaa. jangan marah akak. hahaha








Friday, August 26, 2011

Parcel yang di tunggu tunggu


Semalam excited tunggu van pos laju datang melawat. Dari last week dok nunggu. Semalam penantian berakhir. 
Dengan rakus bukak parcel, lepas tu p show off depan umi. 

Sekarang ni, tak sabar tunggu dress pulok. hee duit tak bayar lagi, tapi excited terlebih. Boleh ler pakai time kawan kahwin ke hape. umi aku geleng kepala je, lepas satu , satu parcel sampai. 

Kerja aku dalam sehari, dok pikir macam mana nak habis kan duit. Memang kerja yang berpekdah kan. Kesayangan aku memang kena pasrah. Sebab ni sesi balas dendam shopping. hampir setengah tahun kot aku tak shopping. So sekarang , kasi chance lerrrrr.




Thursday, August 25, 2011

Orang shopping raya, aku tukang tolak troli

 Pepagi lag cousin aku a.k.a adik si ema datang ketok pintu rumah. eceh, pagi ler sangat kan kalau dah pukul 9 lebih tu, ah kira pagi lerrr tu. Dia ajak p shopping barang nak buat beskut raya, haiyooooo. Teman orang jek shopping,

Tak hado satu pun berkenan kat mata aku. Aku pun naik heran la jugak kan, sejak bila aku jadi minah yang choosy tahap gila babs ni. erkkkk ke sebelom ni memang aku cerewet. Yang tu kena tanya orang yang selalu hang out dengan aku kotttttt.

Meh kita buat checklist raya kekawan
Checklist raya

Baju Raya: Separuh settle ( Makna nya aku tak jumpa yang berkenan di hati lagi la)
 Kasut Raya: Done!
Handbag: Done!
Tudung Raya: yileeeeeeeeeeeeeek!. satu pun tak berkenan di hati. menyampah la dengan kau lyaa  
Kuih Raya: pun yileeeeeeeeek, Kat rumah aku tak glemer kuih raya ke biskut ke hape
Rumah Raya:( Masih tunggang langgang, tunggang terbalik, bak kata umi aku, macam tempat jin bertendang. haiyooo umi!)


Bad news yang aku dapat tadi, Si ema sengal tu text aku yang dia tak balik raya. Memang nak kena penyekeh, pelempang laju laju betol la minah ni, kalau balik pun raya ke berapa, memang ahhhhhhhhh. sakit hati betul. Berbulu ajek, dah nak jadi orang kontan agak nya mak cik ni. membara membara. sape laei geng raya aku. cis!
bertempat di pasaraya nirwana, kubang kerian.
Ini bukan kes PARANOID ye cik adik manis, sampai tiga sekali kau letak kunci ..haha. Walaupun bukan superbike, tapi tak bermakna kau tak payah jaga kebajikan  motor kau kan. kat kelantan ni bukan kira, suka hati jek nak rembat motor orang, kau ingat , umi aku chop duit ke hape. so . langkah keselamatan, letak la banyak mana kunci yang kau larat.

Wednesday, August 24, 2011

Tips Jaga muka


Benda yang paling aku malas nak buat kat rumah, jeng jeng! Jaga muka. Seriously, muka memang terabai macam anak tiri kalau dok kampung, ada jek benda nak buat or pikir selain dari dok telek muka sendiri, sampai lah satu hari bila nak tempek bedak kat muka, 

Weh, apekehal rasa kulit muka macam jalan tar depan rumah, bila pegang hidung jek rasa berpasir jeeeeeeeeeek. what the fish betol la. boleh pulak tak perasan tang tang kan muka dah jadi teruk kemain. Liang roma kat kawasan hidung membesar dengan jayaaaaaaaa nya. bagus bagus. 

So, solution aku senang jekk, alang alang barang dah ada kat rumah.

First

aku guna jek tomato, rendam dalam air. then tonyoh kat muka sampai lah air tomato kering.hoho, seronok, feeling feeling spa ler kekonon. padahel guna tomato yang umi aku jual je kotttt.

Kalau kau rajin sikit, potong tomato tu, ambik satu sudu gula, then pedap pedap tomato yang kaurang potong tadi dengan gula, then sapu kat muka. Biar kan 10 minit, then bilassssssssss. tadaaaaaaaaa. sonang kan. eh,ni petua michelle phan tau..heeee

Second

Masker putih telur, ambik putih telur, kaurang pukul pukul pukul dia sampai ada buih buih cinta, ambik buih tu letak kat tisu, then tempek kat muka kaurang. kalau boleh satu muka la ye. Sangat berkesan untuk black ke whitehead ke, biar 20-30 minutes, 

then bilas muka. Masa nak tarik tisu tu, pelan pelan la oke, biar kotoran kat muka tu betul2 melekat dekat tisu. Dah siap bilas, rajin rajin kan diri lah pakai toner, untuk mengecik kan liang pori. oke?
Selamat mencuba





Tuesday, August 23, 2011

Shopping raya separuh jalan

Last friday hari tu, hang out dengan ayu jazari, misi utama of cos ler shopping raya, Dah bersusah payah aku cari duit, so masa untuk habis kan duit la.

Niat nak cari baju raya, kasut raya, tudung raya, & solution, toner, bebanyok la lagi. Tapi frust bila baju raya tak dapat, hurmm. Dah terbekenan dengan kaftan ni, harga pun tak hado la memahal. seratus lebih. tapi terlari budget sudeeeh. so, kenang dalam mimpi je kaftan tu.

oke, meh aku share sikit kaftan comel comel

location: Kota Bharu




 Yang ni, dress kesukaan aku. Tapi bukan dari butik arra.

 Aku suka design dress macam ni, kau tak payah susah susah pakai inner or cardi bagai, terus sarung tudung. memang cun!


Aku rasa kena p sambung misi cari baju raya. itu pun kalau duit cukup la kan. Tengah Sabar tunggu geng nak p shopping lagi..hishhhhhhhhhh. Gua eksaited !!!

Monday, August 22, 2011

Sesi Membengang kan Katrina


Yeah. Its all about my Notty dotter!

Patut nya aku ambik masa few hours per day untuk bonding dengan katrina, sometimes she feels lonely. ye ye aku tau, tapi tiap tiap hari pun aku penat lepas tolong umi, dah balik waktu merehat kan diri,

yang aku sempat bagi makan dia jek, tak sempat nak manja manja, dan aku tau jugak katrina macam merajuk, sebab tiap kali nak ambik dia, asyik buat bunyi bising ajeeeeeek. sorry dear. i ve been busy lately. Bukan nya katrina faham ye dokkk.

Jaga katrina sangat tak susah. she s a good dotter . Kau bagi makan, dia makan sampai perut gedempol dah sekarang, tak choosy. kasi tembikai, dia sebat, kasi honey dew pun dia sebat,  aku rajin sikit aku bancuh hpw bagi dia. instant punya jek, sebab tangan aku tak hado seni nak bancuh hpw kat dia. hari tu dah pernah buat. hancussssss!

eh, aku tak bagi buah semata mata tau kat dia, sebab sugar glider boleh mati sebab tak cukup zat, vitamin kalau kau bagi buah jek, dari dulu lagi aku anak notty aku ni bagi makan hpw, buah, sugar glider slurrp ( sape yang bela sugar glider , highly recommended beli ni sebab dah cukup zat semua dalam satu bekas, boleh pm aku untuk tau kat mana nak dapat kan) , yogurt, then ada lagi. nanti aku buat special entry pasal makanan katrina oke. berserta gambar sekali.

Sugar glider ni kena bagi diet yang betul, sebab punca kematian tertinggi sugar glider adalah obesiti, iye la asyik mencekik je, exercise tak, mana tak obes kan.

hari ni aku nak tunjuk gelagat katrina jek, sebab tadi aku kacau dia tidur. marah abes kat mummy dia 

 Tengok, dia tengok syok membuta di tengah hari buta

 Then, aku paksa dia kuar jugak dari sleeping pouch dia. memberontak tak mau kuar, siap pegang cage kuat kuat, tanda protes.
 Cubaan melolos kan diri masuk sleeping pouch berjaya. masuk je terus gulung gulung. Protes lagi.
Kaurang tengok jelingan manja dia terrrr, Kalau dia boleh cakap, "pandang pandang, nak pelempang??

okeh , sekian, settle kacau katrina, boleh p mandi.

Sunday, August 21, 2011

Makan dalam

Selalu makan dalam? Makan hati? kenyang kan kan kan. hati la kenyang, bukan perut.

Mukadimah da setart 

Masa mula mula menginjak masuk 13 tahun,  Kau masuk Alam sekolah menengah. Tapi kat sini, kau ada dua choice, kau nak p sekolah menengah or sekolah arab, aku cakap macam tu sebab kat kelantan ye femess dengan sekolah arab kan. maksud sekolah arab di sini, Sekolah agama rakyat ye tuan tuan dan puan, tapi kitorang panggil sekolah arab je, 

Aku sempat ler dok sekolah arab 2 weeks. Tu memang impian umi papa aku, kau jangan nak main main sangat. Tapi kau ingat, anak diorang ni sehati sejiwa ke dengan sekolah arab, memberontak dalam diam.2 weeks later, dapat offer p boarding school, Mau kau tak melompat, bukan sebab masuk boarding school. tapi sebab boleh "escape". hah, memang dasar iman tak kuat di dada!

Kalau dalam family, kire kire kire, aku ler kot yang terlepas p sekolah menengah, maksud family di sini, di kalangan sepupu sepapat, tak kira dua pupu, tiga pupu, pat belas pupu oke.

So, kira aku lah palingggggggggg difffferent compared dengan diorang, word paling sesuai, diantara manusia tak guna lah dikalangan diorang, orang yang selalu di keji sebab tak pakai baju kurung, tak pakai stoking, 

Tapi aku still ada rasa hormat kan kalian. sedaya upaya aku cari baju kurung kalau hang out sama sama. Tapi tu pun kau hina aku lagi, bukan depan aku, tapi depan family kau, depan family kita, kau nak semua orang tau, aku bukan orang yang baik sebab aku tak pakai macam kau.

Pasal universiti?
Aku pun tak tau, aku masuk Uitm pun, di lekeh lekeh kan. dengan alasan, semua orang boleh masuk Uitm. oke fine! aku nak tengok, kalau result spm kau boleh campak dalam laut, agak agak kau boleh masuk Uitm tak? 

Awak yang rasa bagus sangat tu, kalau betul lah universiti awak tu hebat sangat, eh bukan, kalau betul lah awak tu hebat sangat, kenapa bab bahasa inggeris datang jumpa budak uitm ni? universiti awak tak ajar bahasa inggeris eh? opsssss lupeeeee, Uitm , universiti lekeh ajeeeeeeeeeee kan, kan kan.

Dunia dunia.

Bila manusia bercakap pasal kita,

akan ada yang menyampai kan

tak hari ni , lusa,
tak pun tahun depan.

Jangan bangga dengan tudung kau yang labuh cicah lantai kalau hati , mulut kau tak bersih.

Orang yang kau kutuk, hina, sebar fitnah dikalangan family kita ni lah yaang kau cari balik.

kenapa,

Sebab kau memang suka jilat ludah kau balik, ceittttt!











Saturday, August 20, 2011

Review session 12: Make up Remover

Dah lama tak hupdate pasal product yang aku guna kan. Sekarang ni agak kekeringan akai nak hupdate hapo dekat belog ni, tu yang kadang kadang aku tinggal belog sampai kesepian tu, non idea.

oke,
product reviewed kali ni, make remover. Aku guna maybelline punya. Sebab bessssst, tak pedih kan mata, yang penting harga pun affordable. Highly recommended, sebab aku pun dah lama guna product ni, boleh bagi 4 bintang. Sila cuci make up anda betul betul, jangan sampai liang pori tu tersumbat, naek jerawat , kaurang jugak yang bising...





Tapi bila out of stock kan. Aku rembat je minyak johnson umi aku ni, saving! Yang penting kau remove make up sebelom tidur . kalau rasa nak kulit berkeduit seribu sebelom tua, tak payah susah susah remove make up tu, biar je, esok pagi tak payah make up dah.
oke, tak do idea nak bebel panjang panjang . lagipun dah nak buka ni. tata titi tutu

Thursday, August 18, 2011

Kek hari lahir kita. homemade lagi. awak hade?

Semalam kan super duper sensitip, lepas tu mula la meroyan rasa nak makan kek. ye la. dah la tak celebrate. parents busy manjang sampai birthday pun lupa, Mr Razman jauh pulok nak mintak cake satu slice. hurmm. meroyan la kat facebook. 

Hb Lya. heeeee, FYI, ayu jazari panggil aku NOLY. ni mesti nak jimat space ni dia letak lya...hoho.

Then ,ayu jazari ex skulmate aku, dari sekolah rendah sampai sekolah menengah kecian agak nya tengok aku meroyan nak makan kek, dia cakap, kalau dia rajin dia buat kan . 

Pagi pagi aku bangun check fb dulu, dia komen suh ambik kek kat rumah dia. apo laeiiii, semangat la eden, p ngambik, tak pe, aku memang tak malu kalau dengan si ayu ni ..haha. next time kalau aku  murah rezeki, aku belanja dia pulok.

siap hade munge mungeeeeee lagi.

Wednesday, August 17, 2011

Selamat hari lahir untuk diri sendiri


Selamat hari tua untuk diri sendiri, 
Selamat menambah kan uban yang memang sedia ada, 
Selamat mematang kan diri,
Selamat segala gala nya.
walaupun mood sangat ke laut hari ni, biasa lah, tiap kali birthday mesti sangat super duper sensitip.

Thanks pada semua yang wish. Sorry ada yang tak tereply. yang penting aku hargai & baca. boleh bikin nangis waaa di hari besday ni. 

pe laei, hadiah pelissssssssss. haha

Tuesday, August 16, 2011

Favorite Shawl

 Scheduled Post. selamat membuta dah aku ni.

Sory ler menghilang kekonon, biar kan tak hudpate.Aku nak hupdate semalam berukband kena block. hoho. So, kena la tunggu gaji orang tu masuk dedulu kan.

So sekarang mari kita hupdate belog lelaju, sebab tok bilal dah azan tu, cecepat, then aku boleh membuta dengan aman.

Favorite shawl. ?

kaurang kaurang yang selalu pakai shawl tu mesti la hado satu dua favorite shawl dalam wardrobe tu kan. aku ni, ada dua shawl yang aku selalu main pakai jek bila nak cepat ke bila nak p manamana. Black & purple. Yang plain black tu material jenis cotton ghase nya lah kan.sebab senang nak match dengan baju.

suka hati je pakai baju color hape. white color punya shawl memang haram la tak hado dalam wardrobe aku, kalau hado pun jadi la "perhiasan donia" semata mata. 

Eh, tak payah nak membebel panjang lebor sangat kan. Waktu tidur waktu berharga. aku tempek gambo semata mata lah.

Pashmina sepuloh hinggit yang aku rembat dekat pasar malam puncak alam. kalau lah aku rembak macam macam kale kan


 nak feeling hana tajimi pun senang dengan pashmina ni, tak semak, comfortable habessssss la .



pssssst: hari tu ada yang request gambar masa aku 53 54 kg tu kan. erkkk kena scan dulu la beb. kalau aku rajin p scan, maka timbul gambar tersebut dekat blog ni, so mintak mintak la aku rajin nak p scan. tunggu ler setahun dua lagi.haha.

Saturday, August 13, 2011

Kita main terjah terjah Contest nak

 Hari ni aku nak sebok kan diri jemput kaurang join contest yang di organize olh Kak irza ni. Aku pun di invite sama, tapi still tercari cari gambar. Dah lama tak senap senap. Tak pe, akan cuba di usaha kan . Gambar memang bersepah, tapi aku sendirik pun naik bosan sebab gambar sama je.

Make sure kaurang like dulu page yang kat bawah ni. Weh, susah tu nak cari contest yang bagi hadiah untuk tempat 1-5, siap hado hadiah misteri lagik



okeh, sebelum tu, baca term & condition dulu. sonang kan koje.

amacam? cepat la bhai. Jangan buang masa lagi. 

kaurang jugak boleh p terjah blogshop kak irza ni, manyak menarik woooo, ada pashmina, inner neck, naturactor. haaaaa. tak payah buang masa. kaurang p tejah sendiri lah


Friday, August 12, 2011

Kehilangan


Masuk hari ni dah dua minggu kot tak jumpa Ema. Tak penah penah bila aku ada kat kampung, dia pulak tak de. Rasa sesak napas pun hado, yek la. Si Ema orang ke 2 terapat dengan aku afta Kak su. Dah la kak su tak hado, Ema pun join tak hado sekali. 

Sajek bikin wa hiba.Nasib raya nanti minah ni ingat nak balik rumah. Time aku hado kat rumah lah dia sesedap p kerjaan dekat kuantan. Sajek je kan plan nak tinggal aku. Sentap mak!!

Bila aku pikir balik, selama ni aku yang tinggal ema, tak beghapo nak lekat kat kelantan. tapi kali ni, bila orang tinggal kau, tau pulak kau nak menggelabah. Ema coool jek selama ni kena tinggal, Siap kiss aku sambil sengih sengih lagi. Macam suke je kan aku belah dari kelantan. @*&$*^*^$*$*  kan kau ema.

Mood# Sabar dok tunggu Ema balik. Cepat ah balik. Semak je aku dok melopong sorang sorang!

Thursday, August 11, 2011

Si Cantik Suhana Sulaiman

 Si cantik kali ni aku tak pernah jumpa lagi, tapi memang teringin la nak jumpa sangat sangat. Boleh try cubit pipi dia yang flawless tu, Senang cite aku bahasa kan dia kak su la eh. Kak su ni ex student Uitm shah alam. Dah keje pun sekarang. Kalau interested nak kenal kakak cun ni, search sendiri kat fb yea. then terpulang pada kak su nak approve ke tak, heeeee


Memang maintain cantik je sentiasa


Make over by Sendayu tinggi

Time annual dinner company dia. I love pink!
Memang gaya MUA la kan.
Tak make up pun dia memang dah cantik, natural beauty. Kulit memang flawless habis. Rahsia nya? p tanya kak su sendiri lah.

FYI, kak su ni jugak freelance make up artist. Memang kerja conteng conteng muka orang. tapi hasil dia. memang superb ah. Aku suka style dia make up. Moh kita terjah hasil kerja dia.






 So, pada yang interested untuk dapat khidmat make up kak su. boleh call or sms directly loh.
Suhana Sulaiman ( 0133265589)

Sekarang ni kak su stay dekat subang perdana, apa lagi. contact jangan tak contact. Kan best kalau kak su stay kelantan. heeeee. Boleh make up time tunang yang entah bila majlis tu kan.




Wednesday, August 10, 2011

Ladies tu apaan sih?

Sepanjang hidup dokek 23 tahun, Parents aku tak penoh ada niat heh nak sedekah kan bebear kat aku. Aku pun heran, yang papa aku bagi aku kau tau hape? patung ultraman yang gedabak punya besar, 

yeah, aku main dengan patung ultraman. Aku rasa dorang ni nak anak laki kot dulu, sebab bila aku pikir balik, aku tak hado langsung kot mainan budok budok pompuan ni, 

Nengok gambar pulak, haaaa sah, macam jantan dah heh. Seluar jeans, tshirt then tuck in dalam seluar. feh gila hensem. Rambut memang tak pernah panjang la zezaman dulu kala. Asal nak pepanjang sikit kena cantas dek umi aku. Lagi bertambah hensem. 

Dah la muka wa ni tak jambu, memang hado gaya macho la zaman kecik kecik dulu.

Menginjak dewasa. cewaaaaaaaaaahh, pun tak reti nak ladies bagai. Zaman kegemilangan ladies ni setart final semester diploma. Tahun 2006, lepas tu makin menjadi kekonon. haish, kang nanti hado yang nanya, Ladies apaan sih. meh nak cepuk sikit.

Kalau umi papa kasi aku memain dengan bebear, mesti aku  tak macam jantan dedulu kan. motif?
Masa mula mula setart nak berubah kekonon, hado lah insan yang ngakk percaya aku nak try jadi ladies, Hish, sila support okeh, sekarang pun masih berusaha nak jadi lagiiiiiiiiiik ladies dengan belajar masak, eh, aku rasa pompuan yang terrrrrrror masak sangat COOL ok, kira come in package ler kan. Macam Fatin Liyana tuh, Cun, bijak, pandai masak. haaaaaaa. Envy mak .

Tuesday, August 9, 2011

Magic eyes Instant eyeshadow



#Click video tu untuk Tengok cara pakai instant eyeshadow

Semalam, aku tersangat rajin blogwalking, then aku terjumpa pasal instant eyeshadow ni. First impression.aku, Wallah, apesal aku tak pernah pernah tau weh pasal ni, aku yang out dated ke ni new product? 

So, eyeshadow ni akan menyenang kan keje untuk yang tak reti blend eyeshadow secara manual, macam aku, aku gasak jek tenyeh kat mata, jadi tak jadi tu belakang kira, janji conteng dulu. Mana la tau kaurang nak beraya dengan bereyeshadow tahun ni, lip lap lip vogue da vass gituuuu cik kak kiteee.

hape lagi, p terjah belog Supermodel's Secret beauty

Trial order of 2 pairs @ RM 13 Free pos Express
(Due to limited stock designated for Trial order, u may choose 1 color of ur choice, the other one will be randomly picked)

Buy 1 box of 6 Pairs @ RM 35 Free Pos LAJU 
[Save RM 4.00*]
~Cost per pair @ RM 5.83 only~

Buy 2 boxes of 12 Pairs @ RM 59 FREE PosLaju 
[Save RM 19*]~Cost per pair @ RM 4.91 only~



 Smokey eyes Gituuuu

 Color color yang hade


 Sekian, masa untuk sambung tidur sebab entry ni schedule post. babai.




Monday, August 8, 2011

Gemok ke Kurus ke. Janji Bahagia

Kenyang dah berbuka? Berbuka tu berpada pada ye sayang sayangnes. Jangan ikut napsu sangat. Aku ni pulak agak heran puasa tahun ni tak berapa nak bernapsu tengok nasik. Bukak puasa dengan air 2 gelas, mano nak dayo telan nasik dah, tak pun aku balun 3 gelas air.

Sudeh nya perut aku FULL. Lepas terawih pun tibai air segelas lagi. sudeh nya sekali lagi tak makan nasik, Yang aku bertambah tambah heran tu, tak penah penah aku selera makan time sahur, tapi tahun ni, aku bersahur gaya macam orang bukak puasa. Mata terbukak separuh pun tak apo, tapi nasik balun satu pinggan penuh. feh, heaven heaven.

eh tengok, lari topik.

tak pe tak pe,
jom kita follow conversation petang tadi.( telah diterjemah ke bahasa yang semua rakyat malaysia boleh paham, harap harap le)

Customer: Eh, apesal nampak lain eh sikit?

Aku: Aku dah menggelabah ( apehal pulak mamat ni, muka aku comot ke hape, sambil buat muka blur habis)

Customer: erkk hari tu gemok kan.

Aku: monolog dalaman lagi. ( cis cis cis, kau kata aku gemok) aku senyum jek, then reply. bukan ke tu 5 tahun lepas, memang lah, mana nak sama 5years later. haiyooooo sambil bagi senyuman paling tak ikhlas sekali.

Customer: oooo. Macamana boleh kurus?

Aku: erkkk tak selera makan kot. ( memang pedaah la aku menipu kan)

Customer: Gelak macam menganjing, then terus belaaaaaaaah!

Aku: Senyum jek, dalam hati bengkek. Nasib la aku pernah terminat kau dulu kan. Nasib jugak ler kau dah kawen sekarang. dan paling nasib la sebab kau CUSTOMER. Cis!

Muka macam akak jaga kawasan. kau tak takut ye customer. ceh!

Macamano aku boleh kurus. ( tak hado lah kurus benor pun sekarang, deramsetik sodap kalau panggang)

Tengah tahun 2006 . Aku register kat Shahputra, sekarang dah naik taraf jadi Kolej universiti. First time dok jauh  dari hometown, bukan first time dok jauh dengan family. 

Masa register, Papa dah bagi beribu riban duit, kira cukup lah untuk 3 months tu, TAPI kan , heeeeee, dah hado duit dalam tangan. feh, apa lagi. JOM KITA HABIS KAN.

Nak pulak aku ambik office management ( dulu secretary science) . Nak pulak ada subject Personality Developement. Nak pulak hado kawan kawan yang dok buat ceghita yang budak OM kena la pandai grooming. KONON la kan. 

Semua KONON. Yang pasti nya pakat peghabis duit yang hado, lepas tu tak berapo nak hado . Macam macam p beli, konon nya nak grooming ler kan. eyeshadown takeyeshadow, memang tak berpekdah langsung.

At the END, fulus memang mulus habis, apo nak di kabo heh.

kau berani nak tadah duit kat umi papa aku lagi? memang tak la gamak nya. Umi aku tu terkenal dengan title "MENTERI KEWANGAN" kalau kau rasa kau nak bernanah telingo, ke rasa nak  dapat pelempang free ke. SILA SILA. aku memang surrender!!

Solution aku. Memang sangat lah tak bermotivasi, tapi no choice. sendiri buat, sendirik tanggung lerrrrr.

Aku beli maggi goreng yang indo mee tu, yang pasti sedap ke hape tu, haaaa, berpacket packet aku beli. Then, keesokan hari nya setart lah aku berpuasa. feh, aku memang berdeterminasi, sanggup korban kan diri dari mintak duit. 2 minggu berturut turut aku sahur, aku bukak puasa dengan maggi tu, Mano tak aku turun 10KG. sebab maggi tu haaaaaaah. GILO Parah . 

Badan memang lemah, mana tak nya, kau makan maggi ajo. nasik kau tak telan, tak hado tenago dah heh. Tu la kesah aku, dari 53 ke 54 kg- turun sampai 44. 

Sekarang ni dah terbabas ke 46, 47 dah pun. hado sekali tu, terbabas ke 49, mula la sawan ayam diet. Diet sehari je kot. haaaaaha. Lepas tu, aku balun makan pukul 1 pagi. tak dayo dah eh nak diet diet bagai ni, tak hado nikmat makan.

Masa lost weight tu kan, then balik kampung, Parents, ex boyfriend, orang orang kampung sekalian alam, macam tak percayo. apekehal muke cengkung, iye la. muka aku chubby kot. Selalu jadi mangsa cubit cubitan si ema tu. 
Ema cakap tak besssh nak cubit, Selamat pipi aku

 Sebenar nya, gemok ke kurus ke. kalau kau bahagia. ape hade hal. Dulu , masa aku chuby chubby an, aku bahagia jek, umi kau pun bahagia tengok badan, Sekarang ni , dia tak berapa bahagia tengok aku, Mula agenda nak mengemok kan aku lagi, pukul 12 malam dia suh aku makan. memang tak ahhhhhhh kan.


























New Handbag pelisssssssssss

wallah, bagi handbag raaya satu pelis. Semalam kan aku bosan bosan aku cari ler handbag handbag yang aku suka, erkk ikut taste aku lah, tak kan nak ikut taste kauorang pulok. Kat mata aku nampak cantik ah. Tapi tak semesti nya nampak cantik kat mata kauorang kan. tak pe tak pe. meh aku share sikit.


Ala ala dewasa gitu. Career woman sesuai ler kot.

Aku memang gomar kalau ala ala vintage ni. feeling old school gitu. Tapi sayangness designer handbang kau. tapi tak pe, kan banyak design vintage yang murah murah. search je kat blogshop. Mostly , cepat aje SOLD OUT. tu yang eden marah sangat eh. hish.


Haaa yang ni meriah gitu. color dia memang happening habis la kan. Sekali sekala lari dari black theme sikit. Iye dok. Tapi kan bila aku pikir kan balik, aku tak banyak pun handbag black color, dua je kot. 

 Yang ni aku berkenan sangat, sebab simple dimple ajek. tak crowded dengan color, accessories. Anggun pun hado. haaa handbag pun hado kategori anggun ke tak anggun tau dok.

 haaaaaaaaaa yang ni sesuai benor kalau p wedding. heeee hitammenawan gitu. Hitam bukan sebarang hitam ni, harga pun cun gamak nya.

Yang ni comel gila okeh. tak silap aku miu miu. iye la tu kot. Harga tak nak beriban pulak kan. Dah nama nya designer hb. Telan air liur gulp gulp gulp.


 Tengok paris hilton ni, memang ratu handbag lah. 
 
 Agak agak kan. Paris ni hado berapo riban handbag?

Sekian. Harapharap hado lah handbag rayo. Sapo yang baik hati, pos la handbag cun cun dokek eden ni haaa. anggap je la hadiah birthday. haaaha. hah berani?
 
© 2010; Lyaa Suriany | Designed by: yanasensei | Powered by Blogger