Darlings

Sunday, June 26, 2011

Reunion Sofis 0105 "Menggamit Memori, Menyemai Pekerti" @Science Pasir Puteh

Rindu belogggggggggggg, rindu nak p terjah belog kaurang tu. hado gosip terbaru ke? hurmm menangis aku nk kenang kenang nasib malang yang tak habis habis ni. hurm.


Di sebab kan masa tu limited sangat sangat. aku tak mau bazir masa. mula mula tengok gambar dulu.

BARISAN SOFIS 0105





Reunion ni start last thursday hari tu. 3 hari 2 malam. aku memang berkobar kobar nk join sebab mengimbau kenangan dulu dulu. hurmmm, baru je balik semalam. tapi rasa dah rindu dengan kawan kawan, adik adik junior, sekolah. even penat melampau. tapi happpy memanjang. gelak je keeje bila boleh jumpa kawan kawan lama.

Mula mula reunion tak berjalan dengan lancar. Sofis hampir give up, masing masing exhausted. Merajuk nak balik masing masing. tapi Orang kata, kalau niat kita murni nak tolong adik adik, Allah akan tunjuk kan jalan. Niat sofis ni, nak tolong adik adik, bagi tips untuk berjaya. bukan datang nak porak peranda kan sekolah. Yang attend reunion kali ni pun bukan la calang calang. 

 HURU HARAAAAAAA

Masing masing bakal dentist, doctor, teacher to be, engineer, erkk aku je terkecuali hebat. yang baru balik dari india, Scotland pun datang. eceh teah tersebut pasal mum pulok. Then yang nak sambung phd pun hado. haaaaaaaaaaa. so adik adik kena rebut peluang nak tanya tips berjaya dengan kakak tu kan. Kalau mintak tips dengan kakak yang ni, hancussss lah..heeeeee

oke lah. ni baru PART 1..tunggu PART 11, dan selanjut nya ...

babai kaurang..


Tuesday, June 14, 2011

Entry sebelum bercuti


Belog terpaksa di biar bersawang. Time tak kerja lagi la laptop nak rosak. Ce rosak time aku dah ada duit sendiri. susah benor. Mati kutu dok rumah. Bertambah tambah bosan sebab tak tau nak buat hape, 

So buat masa sekarang, aku rasa, aku berehat dulu la dari dunia blog. anggap je la aku cuti. Nanti dah ada rezeki, takpun rezeki jatuh dari langit, boleh lah aktif blogging balik. oke dear. take care. Gonna miss u olls.

Friday, June 10, 2011

Journey From 105 KG to 49 KG

Penyakit Malas datang lagi. Tolong pasang Tenet laju laju kat rumah aku boleh? Tenet lembap tahap siput babi lagi. 

Kalau nak cakap kelembapan tenet sejak balik ni, panjang berjela kaurang boleh dengar aku membebel. So , baik aku update laju laju sebab sat lagi  umi aku kerah p kenduri kahwin lagi, Tu je la keje aku, umi ni agak nya nak buat sesi kenal kan aku dekat orang kampung dia agak nya. 
Tiap kenduri kahwin dia suh join, Macam macam gambar pelamin dah aku snap, gambar pengantin aku malas pulok nak snap.. heeeee, bukan apa, aku nak tengok trend pelamin sekarang. 

Eh, aku dah lari topik eh. 

Kembali ke pangkal jalan

Berbalik pada "journey from 105 to 49 KG. Impressive kan kalau dengar. Gila ah. Aku kagum gila dengan semangat si Lydia ni, Dia boleh disiplin kan diri diet dari 105 ke 49 kg, Kau boleh buat? Kalau kau boleh buat, aku tabik spring jugak dekat kau. Sebab aku ni, dari tahun lepas nak turun kan 4 kg pun rasa macam nyawa nyawa ikan tau dak. 

BEFORE


 Kaurang boleh terjah blog lydia untuk sumber inspirasi, Lydia ambik jusmate jugak, then dia memang pantang makan makanan  bergoreng bagai, banyak makan sayur, Minum pun plain water jek, feh, hilang nikmat makan aku macam ni kalau demi diet 
punya pasal. Kau sanggup?  

AFTER

 Amacam? Kagum kan. hish. jealous pun ada dengan kesungguhan lydia ni. so for those yang rasa nak diet tu, may be boleh mintak pandangan dengan lydia. okeh? cayok!

Tuesday, June 7, 2011

Isu sensitip : Patut ke Tak Patut?



Feh mood ke laut betul hari ni, mood aku ni ber swing swing lah.Diri sendiri pun tak faham. Cuaca panas nak mampos pun boleh buat mood swing. complicated betul minah sorang ni.

Even mood tak baik, belog tetap kena hupdate kan. Semalam tiba tiba aku terpikir pasal ni. erkk, tak ada kaitan dengan yang masih hidup or yang dah lama mati.

Aku terpikir, kaurang ada pengalaman besfriend or kawan yang tak berapa baik ,suam suam kuku ke, besfriend forever ke couple dengan ex boyfriend or girlfriend. Kaurang memang positive eh bab ni? boleh terima dengan rela hati, redha? Syabas lah. Hati kaurang memang baik.

Kita selalu dengar, PAST IS PAST. yeah, let it be kan. hurm, aku pun tak sure apa yang aku akan buat or rasa kalau bff or kawan aku sendiri couple dengan ex bf. Entah lah. aku rasa aku jenis yang tak boleh terima kot, kalau ex bf nak couple, p lah pilih orang yang bukan rapat dengan aku.

seriously, aku rasa aku susah nak terima. Sebab once aku dah sayang orang, aku sayang sampai bila bila. Yeah aku tau. Sangat tak adil kan. Apa lah hak sebagai EX nak control hidup orang yang dah tak ada kaitan dengan kau kan. 

Fortunately, aku tak ada lah punya banyak bff.
 hish. Bila tahun agak nya aku nak berubah jadi matang.


Kaurang pernah alami? ce cite sikit.

Monday, June 6, 2011

Entry Wedding

Woooooooo, lama jugak aku menyepi kan. Tenet aku lembap tahap siput babi, Nak nak pulak, hari hari kena attend wedding, petang kena tolong umi lagi, balik rumah aje penat. So bercinta lah sangat nak hupdate belog. Memang habis la buffer earning yang tengah running tu kan. Sikit punya susah nak dapat, tapi tak mau hargai. huh. Nasib badan lah.

Ni pun aku still penat. Baru balik. Tadi susah paksa diri jugak ajak si ema p buat Ic baru. Ic aku dah hancus. Nak pulak aku dah menyampah tengok muka zaman form 3 lagi. So, aku rasa dah sampai masa untuk tukar ic. Lepas tu p layan perasaan kat pantai irama sat. ambik angin sepotong dua. Jalan jalan kat pantai sambil menung. aku tinggal kan ema sembang dengan adik & kawan diorang. Bawak diri sorang sorang. Sedih lah pulak. Asal balik kelantan, rasa macam single ajekkk. 

Tutup kes pasal rasa diri single. Kita bukak kes lain.

Sejak balik kampung ni, boleh dikata kan hari hari ada wedding. Perut aku dah sebu asyik makan gulai kawah. haish cepat lah habis cuti sekolah. Tak larat dah. Umi pun asyik paksa manjang ikut dia p wedding sekali. lotih tau dak. Tak ikut kan , majuk pulak .

Tapi hari ni aku nak update satu je wedding. haa wedding ni aku p dengan rela hati, bosan jek dok rumah. Nak pulak tiba tiba si ema ajak p sekali. Alah bukan orang lain pun. Abang ex boyfriend jugak yang kahwin. Lagipun , kitorang still sedara, so apa salah p kan. ke salah? no touching touching okeh Mr Razman.

 Tu dia abang long. bergambar pun senyum malu malu lagi.

 Pengantin perempuan pun comey. 

 Pelamin zaman sekarang. feh. Berapa ribu lah agak nya kan.




Last sekali ada muka budak ni, haish. susah payah jaga muka. Balik kampung aje, muka terussssssssssss BURN tak hengat. menci menci menci menci!

neway, SELAMAT PENGANTIN BARU ABANG LONG & WIFE

Thursday, June 2, 2011

Gelagat Jestina lagi



Penat lagi, Tapi usahakan jugak nak hupdate. Kalau ikut kan kepala hotak aku blank. Tak ada idea. Semalam terpikir nak review si gorgeous, tapi aku tak tau nak review sapa. 

Balik kelas, terus terjah bilik cari Jestina, So, tiba tiba dapat idea, aku nak hupdate pasal Jes banyak banyak, nanti Jes dah besar, boleh lah aku baca balik entry pasal Jestina. 

Sekarang Jestina dah nak masuk 3 bulan lebih, eh memang dah tiga bulan lebih lah. Makin membesar dengan jaya nya. Makin makan banyak dah sebab active je manjang dalam cage. 

Hidung aku jugak jadi mangsa gigit.

Tapi aku kecian la tengok Si Jes ni, iya lah, Cage nya kecik, cage besar aku tinggal kat shah alam. Kalau balik dengan kereta senang cita lah nak bawak cage dia yang besar gedabak tu.  Bersabar la Jes, Nanti balik Shah alam , kau lenjan lah cage besor tu yea. 

Masa mula mula dapat jes dulu, dia suka makan epal merah. Tapi makin lama aku tengok dia tak mau makan dah epal tu, aku heran la jugak. Iyo lah, aku bukan ada pengalaman bela menatang sugar glider ni, Risau sangat sangat sebab badan dia makin susut, kepala lagi besar dari badan, nampak sangat lah masa tu aku tak ada bakat bela sugar glider kan.  

Sekarang ni, Jestina suka makan honey dew, tenang sikit hati aku tengok dia makan honey dew sampai habis, Lagi aku terharu, masa aku kelam kabut nak p kelas pagi pagi, aku terlupa lah nak letak honey dew dalam cage dia.

Balik rumah terus terjah Jes, sekali papa dah letak honey dew dalam cage dia. arhhh sweet lah papa ni, tau pulak concern pasal jestina.
 
huh bukan senang nak capture time dia tengah melompat, bape kali kena ambik tau. & mata, kepala , hidung aku lah yang jadi mangsa kuku dia. haiyaaaaaaaaaa

See? aku memang pejam mata rapat rapat, sakittttttttttttttt woooooooo

Jestina jestina jestina. Yang aku lemah dengan dia kan. Dengan semua orang pun dia oke, Agak tension lah jugak aku kan. heeee. Ye la, certain sugar glider tu, garang dengan orang lain, mesti nak dengan owner dia jek, Tapi jestina ni, semua orang pun dia go on. Tapi lepas tu , balik balik dia cari mummy dia gak, nak masuk menyorok dalam baju. Jes jes. Cuba jadi garang sikit.


Sekian kisah jestina, aku nak p membuta. babaiiii

Wednesday, June 1, 2011

Tips Kelihatan Kurus

Hah baru lepas berebut laptop dengan si ema. Tak pa, kasi chance dekat sepupu kesayangan. Tak ada hal pun. okeh hari ni aku share sikit apa yang aku praktik bab bab dressing. Aku bukan orang yang expert nak ajar kaurang. 

Tapi apa yang aku rasa aku suka, aku selesa, aku rasa sesuai, boleh la share. Tapi tips ni sesuai untuk orang yang Pendek macam aku. feh nak taip pendek tu pikir 400x, apa kata kita guna istilah" kecik comel". haha

Orang yang kecik comel ni, senang sangat nak nampak chubby kalau salah pilih baju. Aku selalu jugak try & error. Feh, rasa tak confident gila kalau salah dress up. Rasa nak lari balik rumah terus. Masa try depan cermin rasa oke aja, tapi bila dah keluar jalan jalan mula la rasa ada something yang tak kena.

oh aku sangat choosy lah bab baju, susah sangat nak berkenan, Baju yang aku selalu pilih?


I) Mesti pilih Long Sleeves

Ni memang favorite aku. Bukan tak ada yang lengan tiga suku tu, ada jek dua tiga helai. Tapi kalau p shopping memang aku cari yang lengan panjang dulu. Lagi selesa.  Lagi satu, aku rasa aku nampak chubby sangat kalau pakai lengan tiga suku. So memang aku cari baju lengan panjang dulu , aku lebih confident & tak ada lah kena menjawab dengan Mr Razman. Kenapa pakai baju macam ni,(cerewet betul) erkk selalu je kena okeh dulu dulu.

II) Mesti pilih baju labuh ( bawah bontot)

haaaaa, aku bukan nak cakap hape lah, kalau pilih baju singkat ni, memang akan terserlah lah kecomelan dan kechubbyan disitu. Tak percaya try lah, may be kaurang tak perasan, orang kat sekeliling kaurang mesti perasan. Tak salah rasa nya pilih baju labuh kan. Lagi selesa aku rasa. 

Kalau pakai baju singkat sikit , aku cover dengan singlet labuh, baru lah confident sikit, Lepas tu kan kalau kaurang nak buat experimen lagi la kan. Kaurang try pakai baju singkat & lengan tiga suku, lagiiiiiiiiiiiiiiiiii nampak kecomelan dan kechubbyan di situ. Lemak lemak pun mula la shy shy cat.

Bila aku cakap labuh tu, jangan lah p try yang labuh sampai lutut tu, hish orang kecik comel macam kita ni, lagi la nampak rendang tak berbuah pulak, labuh tu berpada pada lah, mesti tau kan macam mana nak pilih.


okeh? aku bagi dua jek, lain kali. ada idea, aku share pasal mix & match pulak.



 
© 2010; Lyaa Suriany | Designed by: yanasensei | Powered by Blogger