Darlings

Tuesday, May 31, 2011

Ber"fashion"?


Hye. Baru habis kelas, Haish hari hari kelas. selagi aku tak expert, selagi tu lah aku try sampai boleh. Aku tak mau jadi loser macam sepupu aku cakap tu. Benda senang pun kau tak boleh buat. Okeh, off topic pasal kelas. 

Baru lepas terjah belog Fatin liyana, post pasal Perempuan 9 nafsu, 1 akal. No wonder lah fatin liyana boleh dijadikan contoh. Aku suka cara dia berfikir. Agak matang. 

Berfesyen. Bab tu memang aku suka lah. Fesyen yang main suka suka try & error. Tak semua apa yang kita pakai tu kena dengan kita kan. But at least kau try lah. Tapi jangan la sampai jadi mangsa fashion. Belajar mix & match. 

Nak berfesyen tak semesti nya kau kena beli barang branded aja. Ukur ikut kemampuan lah. For me lak, aku memang akui lah , status aku sebagai student, memang tak mampu pun la barang barang branded. then, aku  bukan nya anak load. aku anak orang kampung.

& aku rasa bersyukur jugak aku memang jenis tak kisah kau bagi brand hape pun. Aku rasa cantik , aku rembat, kalau tak mampu, aku dok diam. paling tidak pun, aku termimpi mimpi jek.

Masa diploma dulu, even poket tengah lebat dengan Loan MARA, aku tak rasa nak ada barang branded sangat. Jenis aku, memang sangat tak kisah dengan apa brand sekalipun. Bundle pun aku layan. Part tu lagi aku suka, sebab banyak baju yang cantik. Aku tertarik dengan barang yang cantik, bukan dengan brand.  Kan dah cakap, ukur baju dibadan sendiri. 

Kalau dah kerja lain cita lah. Duit kau sendiri. Tapi aku rasa, even aku dah kerja, aku still p cari bundle jugak agak nya. Best. Ikut passion masing masing la kan.

Perception orang, aku selalu shopping? erkk 2011 ni aktiviti shopping memang kurenggg la. 20% je kot. Beli baju pun aku rasa 2 helai jek. padahal tahun 2011 dah masuk bulan 6. Money constraint sangat sangat tahun ni. Tak boleh berboros sangat sangat.

Pendek kata, ber"fashion" tu tak salah. Berpada pada. okeh?




Monday, May 30, 2011

Past life


Kadang kadang,
Bila tengok orang yang pernah kita sayang, happy hidup tanpa kita,
Timbul perasaan "jealous"

Terpikir,
Bahagia dia dengan keputusan aku?
 I think So

There's nothing more to regret.
Past is past.





Sunday, May 29, 2011

Makan+Tidur+Online= Ke arah Obesiti!


Hallu. Erk hari ni ahad kan. Sejak pegang title penggangur ni, hari & tarikh pun dah lupa. Hari rabu, aku ingat hari khamis, Beria lah tunggu depan tv nak tengok cita mantera anjasmoro, Sekali silap hari daaaaa.

Pasal penyakit nyanyuk tu satu hal, ni satu hal yang lagi best bila balik kampung. Aku melantak 3 or 4 kali sehari. Kadang kadang, tanya diri sendiri, kau ada membela ke hape lyaa. 

Asal balik kampung kau nak bina badan pulak. Kalau lah benda ni berlarutan selama sebulan, insyaAllah, kaurang berpeluang lah tengok aku jadi DEBOK a.k.a GEMOK. weh, 3 or 4x sehari tu, makan nasi tau, ulang suara, makan nasi, bukan makan benda benda ringan. jauh benor beza masa aku dok shah alam, kadang kadang makan sekali je nasi dalam sehari, tak pun, memang tak makan nasi.

Badan aku ni dah lah jenis cepat benor nak naik nya. Tapi nasib lah cepat jugak nak turun. kalau tak, HARU BIRU jawab nya. Kalau berat mencecah 50 kg tu. Aku rasa kena kembali muhasabah diri dah.
erkk masa ni rasa macam kurus sikit. ececeh. angle dari atas. semua kurus kan. BETTER lah dari sekarang..
Orang yang punya ketinggian 155 ke atas tak apa lah. orang yang kemetot macam aku ni, mau la sedar diri sikit. Sekarang pun aku rasa pipi makin tembam, testing baju tadi pun, erkkkk ketat! oh my .  Nafsu makan menjadi jadi, tambah tambah umi pulak masak. umi goreng ikan pun aku sebat nasi satu pinggan penuh. Belum lagi masak sedap sedap. 

Bukan tak mau control, tapi kejap kejap aku rasa lapar, stress betul lah macam ni, Semalam sebelum tidur pun rasa lapar yang amat, tapi tahan jeeeeeeeeeeeeee la. masak lah kalau macam ni, menketadarah tak hingat dunia. Sekarang ni, aku kena jauh kan diri dari dapur. eceh, buat tak nampak je dapur. Boleh percaya? huh. macam tipu. Memang tipu punnnnnnnn. 



Saturday, May 28, 2011

Gel Eyeliner- Loreal



Hari tu masa aku up kan entry make up, Sarah ada suh letak gambar pakai eyeliner tu kan. so, here it is. hope boleh membantu awak ye. dont worry. Eyeliner tu terbaik lah. highly recommended.


 Aku tak kesah kalau tak ada eyeshadow, tapi kesah kalau tak ada eyeliner.


 Senang nak control. Aku rasa orang yang nak belajar pakai eyeliner, senang jek guna yang gel punya. jangan terus kau hentam liquid. memang sememeh. Jangan cakap kau, aku yang bertahun tahun pakai eyeliner pun, kalau bab liquid terus jadi parkinson. hurmm, kena practice banyak banyak lagi agak nya, sebab kadang kadang tergedik jugak nak try liquid, feeling feeling cat eyes gitu.

oke? tata titi tutu.

Friday, May 27, 2011

Sexual harrasment?


Sexual harrasment ni macam dah jadi common kan. & of course lah perempuan yang selalu jadi mangsa. Aku tak cakap 100% perempuan yang jadi mangsa. Tapi orang cakap ikut percent , majority nya perempuan yang selalu kena.

Siapa yang suka kan. unless la kalau orang tu memang miang miang keladi, memang gatal sangat nak berlaki. 

Context sexual harrasment ni luas kan. Tapi hari aku ambik contoh bab raba raba lah senang cita.

Aku kalau bab nak p tempat yang crowded gila, memang aku seram sikit. Tempat yang bersesak sesak, sampai sentuh sentuh dengan orang, haish.

Fobia, Sebab aku dah experienced benda ni masa aku sekolah menengah dulu. Bersesak sesak kat pasar,ambik kau, Jantan gila seks memang cari peluang ah. Aku memang tak boleh blah betul la. Nasib aku kecik lagi time tu, kecik tak berapa nak kecik lah. 13 years old. Sangat innocent lagi, tak tau nak buat hape, Speechless pun hado,  

So girls, please lah, sentiasa berhati hati, berjaga jaga, jangan tanam perasaan sentiasa selamat dalam hati. Kalau kita yang tak protect diri sendiri. siapa lagi. Jangan tunjuk perempuan ni lemah sangat sampai tak tau jaga diri.

Sampai sekarang, aku agak fobia jalan kat tempat sesak sesak ni, Tak lain tak bukan yang aku pikir, macamana nak protect diri sendiri jek, Sentiasa ada perasaan prejudice dengan lelaki. 

Bab melucah pulak. feh, Aku memang maki comel lah dalam hati kalau lelaki suka sangat cakap lucah. cakap pasal porno lah hape lah. Cakap pasal kau nak stim la hape. feh. serius lah. 

Muka aku may be senyum time  dengar, tapi dalam hati, Blacklist lah jantan macam ni. Kau salah orang la ajak menyembang pasal ni dengan aku. tak pasal nak pikir aku ni open minded sangat la. Anggap je aku ni narrow minded. i dont mind, Janji telinga aku tak sakit, mulut aku pun tak menyumpah kau gampang dalam hati. 

Pendek kata. pada yang rasa gila seks melampau tu, Bawak bawak la kahwin. Kalau dah ada anak bini, Ingat lah kat bini tu. hish. ANNOYING betul lah.





Thursday, May 26, 2011

Sawan


Kadang kadang BENCI.

kadang kadang RINDU.

ABNORMAL KAH.

Wednesday, May 25, 2011

Entry Make up


Scheduled post: Aku tengah syok membuta time kaurang membaca. Happy reading !

Eceh, bukan hado make up make up pun ni, saja nak sharing sharing barang make up apa yang aku guna hari hari. Kira aku buat satu entry je la bagi menjawab soalan soalan yang pm aku dekat fb. Harap yang tanya tu baca la.

Yang request dengan aku  video tutorial make up tu. Sory sangat. aku bukan tak mau buat, Tak ada orang nak jadi model la kat kampung ni, aku tak tau nak taram muka sape, lagipun barang make up aku banyak yang dah nak habis, so kena saving saving lah.

Okeh, jangan panjang panjang cerita, moh kita terjah.

1) Compact Powder : PIXY 


 Aku baru try dalam 2 bulan lebih. So far okeh lah, Reason utama tukar dari miyami pada pixy ni sebab pokai tahap gaban lah. Memang lah tak banyak beza bagi kaurang. tapi bagi aku yang tak ada income memang banyak beza. Lagipun aku beli yang refill punya jek, then refill kat miyami. heeee. Bijak kan. So orang pun confuse aku pakai miyami ke pixy.

Review pasal pixy ni? aku rasa tak banyak beza sangat dengan miyami. harga pun reasonable kan. Recommended la.

 2) BB Cream : Silky girl


 Dah try maybelline & elianto, Aku rasa nak try silky girl pulak, kawan suggest kan kat aku. Lagipun time tu ada sale, dapat murah sikit. Then kuantiti pun lagi banyak dari maybelline. Texture bb cream silky girl ni lagi pekat lah dari maybelline, ala ala elianto dah. Kalau maybelline kan cair sikit.

 Review aku? okeh je, aku tempek jek kat muka ni, tapi kawan aku cakap muka aku nampak gelap sikit. adakah pengaruh bb cream ni. Seram jugak aku dengar, okeh, lepas ni may be kena tukar bb cream lagi. brand hape tu dipikir kan kemudian tahun.

3) Mascara : Elianto


First time aku try mascara ni, mak aih. Memang menyumpah dalam hati, rasa macam tak kena dengan taste. Tapi kawan kawan aku suka benor dengan mascara ni, Lama lama aku pun suka jugak. okeh lah, not bad.nak feeling bulu mata panjang 4 depa boleh lah p try. 

Next mascara aku rasa nak try AVON pulok. Sekarang ni terpaksa la bercuti pakai mascara. Dah habis dah pun. Tak best pulak hidup tak ada mascara ni.

4)Gel eyliner : Loreal
Yang ni paling best. Tok sah dok meragui ke"best" an & keteroran gel eyeliner ni. Senang tahap cipan nak apply kat mata. highly recommended.

5)Blusher : Maybelline

Currently aku guna peach color. tapi dah tahap nyawa nyawa ikan. Aku banyak blusher, eceh banyak la sangat. Lebih dari satu tu kira banyak la kan.

Tapi yang favorite aku. aku memang suka peach color . Even minah gila pink, tapi tak semua benda aku prefer pink color okeh. sebab aku rasa blusher pink color macam tak kena dengan aku. Aku kan berkulit "cerah". huawa wa wa wa wa.

6)Lipstick : Revlon




Fall in love with this lipstick. pun aku pilih peach color. Tak kan aku nak gasak color merah mak ngah tu kan. Bukan nya untuk heavy make up. Before this aku guna maybelline. Pun best. Lipstick beli banyak banyak pun tak kesah der. Boleh tukar tukar angin.

7)Concealer : Rimmel




Dah bertahun aku beli menda alah ni. Bukan aku selalu pakai. Tapi time eyebag melampau lampau tu, aku tempek gak sikit. aku pun tak tau best ke tak, sebab masa aku nak rembat maybelline tu, ngak hado, so aku sapu je la yang ni pun. Aku tak leh nak compare dengan brand lain . Nanti aku tukar brand, aku buat comparison ye.

okeh lah. tu je la yang aku boleh share. Kalau nak tanya lagi. Aku rajin aku jawab heh. babai .

Lebiu lah.

Tuesday, May 24, 2011

Live update from KELANTAN


Heaven nya bila sampai rumah. Makan nasi sampai 3x. Sampai rumah terus merilex kan diri. Tengah syok merilex kan diri, umi tersayang suh tolong dia masak kat dapur pulok. hoh anak mithali kan kena dengar cakap mak, dah siap tolong apa yang patut, hape lagi, aku cari katil lah. 

Dah lima bulan tak melanding kan diri atas katil sendiri. Empuk jugak katil aku ni.Bangun tidur pukul 1 lebih.Bangun jek mengadap laptop. lagi heaven.

Tengahari umi balik dari pasar dok berperang dengan dia lak, Anak bertuah tak mandi lagi pukul 1. Dah siap warning awal petang nanti kena p rumah atuk. haiyaaaaaaaaaak umi memang tak kasi chance langsung nak melefak kat rumah. baru nak feeling feeling rilex satu hari dok rumah. 

Usai solat asar, ikut umi p gerai dia, tolong kemas apa yang patut kat gerai, then gerak p umah mak long ambik budak bertuah tu. Siapa lagi kalau bukan ema si senget. haha. nasib dia tak baca blog aku ni. yang best, sebelum p rumah atuk tu, aku ajak ema melefak kat pantai dulu. haish, bila kat negeri sendiri tak jakun pulak jumpa pantai. kalau kat bagan lalang hari tu, macam minah senget dah jumpa pantai. 

Lepas melefak minum air bagai kat pantai. Baru gerak umah atuk. sesi kenal kan atuk dengan jestina. auwww atuk aku excited pulak dia. nasib tak di cekik nya jestina. 

konklusi nya. Hari ni HAPPY ENDING. 

 Nah ambik flying kiss untuk kaurang..

Bila lah baru boleh ngedate dengan kawan kawan kat kelantan ni. Lepas ni aku takut busy dengan kelas. tak dapek nak lefak lefak .


Monday, May 23, 2011

Back to HOMETOWN


WWWWeeeeeeha. Berbulan bulan dekat shah alam. Sekarang masa untuk balik jumpa mak pak pulak. Umi pun dah bising, berkali kali call bila  nak balik. yea umi. Nak balik la ni. So, doa kan perjalanan aku selamat sampai. Nanti kan LIVE UPDATE dari hometown pulak. Lebiu readers.

Gambar Jestina untuk pengubat rindu.apa pandang pandang Jes? Nak pelempang? heeee

Sunday, May 22, 2011

Picnic lagi


Picnic kali ni aku jugak yang plan. Last minute punya plan. Tiba tiba aku rasa nak masak nasi lemak untuk kawan kawan. My second trial. Tapi kali ni macam tak best lah. sebab nasi lemak tu lembik, terlebih santan pulak.

Nasib sambal ikan bilis tu okeh. tu pun lepas penat aku berperang kat dapur sorang sorang. Jadi beginner bab masak macam ni la gaya nya . Kalau umi aku tengok cara aku dok dapur, mesti dia gelak, Kelam kabut gila gila punya. Dengan sinki tersumbat. lagi bikin panas jek hati.

Tapi overall, aku buat buat puas hati jek, sebab aku dah ada minat nak masak, Tu pun kira aku syukur. Daripada dulu tak mau masuk dapur langsung.


 Sesi memujuk jestina suh terbang. Jenuh. Merajuk pulak dia time ni.
 Gonna miss them damn much la..

Sesi berpicnic berlangsung dekat taman tasik shah alam jugak. port kenangan tu, First time picnic pun kat situ. So,, pengakhiran nya pun kat situ jugak lah.

Kawan kawan.
Pray the best for them


Friday, May 20, 2011

Jealousy???

Kalau dah nama nya perempuan, Tipu lah kalau kau cakap kau tak ada perasaan jealous langsung. Kau patung ke hape kan. Context jealous hari adalah untuk boyfriend & girlfriend ye readers.

Jangan nak melalut ke laut. bukan jealous kawan kau lagi cantik, bukan jealous kawan kau dapat pujian melangit, bukan jealous kawan kau dapat carry mark tinggi, ni memang jealous pasal bf or gf kau tu

Aku tak ada la terjebak banyak kali dalam kes JEALOUSY ni. Tapi aku ni memang sakit hati sangat sangat bila orang tuduh benda yang aku tak buat, benda yang langsung aku tak tau hujung pangkal & tiba tiba aku dituduh, tiba tiba aku jadi mangsa dengan tuduhan NAK RAMPAS BF KAUORANG. erkkkkkk ringan betol lah tuduhan akak adik cantik ni, apa, sudah tidak yakin dengan diri sendiri kah?

Aku dah lama simpan benda ni. Mula mula aku tau. What the heck lah tuduhan kau ni. apa kau rasa aku cantik macam ratu cantik sampai kau rasa nak tergugat dengan aku. Aku tau kau memang tak suka aku. & aku rasa kagum sebab kau boleh je bermanis muka tegur aku, buat buat tak ada apa apa. aku pun ikut sama lah lakonan kau tu.

eh, kalau aku tak tau tak apa tau. once aku dah tau, kau ingat aku selesa ke nak kawan dengan kau. sedang kan aku tau kau memang dok menyumpah dalam hati kau tu. dok maki maki aku. So sekarang ni, aku nasihat kan, kau ambik bf tersayang kau, simpan dalam kocek, jangan kau berani nak bawak keluar. nanti perempuan lain terpikat & tergoda pulak bf kau tu. heh! Sebab bf kau tu handsome sangat . sampai semua perempuan tergila gila kan.

LETS MAKE IT CLEAR GIRLS.

Aku tak dak perasaan sikit, walau sebesar zarah pun dekat bf ke tunang ke suami orang. Aku tak mau cakap besar . In future kita tak tau jodoh kita dengan siapa. Tapi benda yang paling aku nak elak, Pilih suami orang, pilih bf orang. eh hello. aku perempuan. aku reti bahasa lagi macamana perasaan jealous tu. 

Aku dah selalu kena orang flirt dengan boyfriend aku macam mana. aku tau perasaan tu. Nak kawan , kawan lah, tapi jangan sampai kau nak bersayang sayang bagai. lagi satu, BERTEPUK SEBELAH TANGAN TAK KAN BERBUNYI YE SAYANG SAYANG. cuba kaurang tengok balik. Entah entah. Si Bf ni yang lebih lebih flirt. Dah tu kau nak salah kan semua dekat girl. 


Pesanan aku, Kalau tak suka aku. Tunjuk terang terang la wahai si gf yang jealous. Jangan lah nak pretending. Sekarang ni aku dah tak berapa nak kisah. Dulu, mula mula aku tau, ada orang bagitau, aku macam speechless jugak lah.

Then Mr Razman cakap, biar je diorang tu. Dia cakap, lain kali jaga perangai aku, jangan dok mesra sangat dengan laki, orang cepat misunderstanding. Lain kali, jangan cakap langsung lah dengan bf orang ni, kang tak pasal kena cop perempuan gatal.  Aku ikut nasihat Mr Razman. walau pun susah. Kau ingat senang nak buat buat lupa , yang ada GF somebody tengah benci kan kau sebab dia rasa kau nak rampas bf dia. haish. MACAM MACAM.

dunia dunia.
No butt hurt okeh.

aku sekadar meluah apa yang aku rasa




Done!


Finally. Aku punya final year research sudah complete. Walaupun banyak flaw. Tapi ni la kerja keras aku selama satu semester. hurmmmm. even banyak jugak kerja last minute. alah. standard la tu. Dah memang style aku

 oyeah. tu dia complete hard cover. tak percaya weh. tu hasil kerja aku. dah siap submit dekat research advisor. Doakan aku success jek lah. penat weh nak repeat buat menda alah ni. Kau ingat senang. Mencabar jiwa raga. Tu belom masuk master lagi. kalau masuk master. aku jadi burung hantu gamak nya. okeh la. stop jadi nenek . Mood still bersedih sebab berukband tak bayar lagi. sorry. aku tak boleh nak blogwalking ke, p follow orang ke. hape ke. nannti dah bayar, aku rajin rajin kan diri la.

babai.

Thursday, May 19, 2011

Counting





Menghitung hari nak balik rumah. Tapi tak mau balik lama lama. nak balik lepas rindu jek sebab dah tau bosan gila. Nanti dah balik meh la sape-sape ajak i keluar. haha. tiba tiba gedik bahasa kan i. heeee. miss my homie lah. tak lama dah. next week insyaAllah aku balik. Tapi sebelum tu ingat nak singgah gua musang sat.  Jenguk anak buah. Si nur arisha syakirah. okeh lah. bukan nak hupdate panjang panjang. Selagi berukband kena block, selagi tu la kena hupdate secara laju laju.


Tata. LEBIU READERS.

Wednesday, May 18, 2011

Sesi Lepaking

Belog terbiar, Macam ni ghupa bila berukband kena block. Sekarang pun stil kena block lagi. mummy tersayang tak nak berbaik hati tolong bayar ke. Terseksa jiwa anaknda tau dak. So sekarang ni aku nak hupdate laju laju sebab guna berukband orang. Jangan nak buat harta sendirian berhad pulak kan..

okeh, aku story pasal semalam je la kan. habis kan masa dengan fy. Sembang tu gosip ni, sampai lebam. Boleh hilang stress dok rumah kan. Story panjang panjang later k. Aku rasa macam tak larat sikit hari ni. okeh? adios.


 Jestina manja heh dengan mama fy..heeee . rindu la tu. dah sebulan lebih tak jumpa


 Gila hensem jestina kat sini. Tengok.dia pun gila camera macam mummy dia


Rindu? Ke rasa nak bagi pelempang lajulaju? haha. alhamdulillah. Kulit Muka ada improvement sikit.

Monday, May 16, 2011

Gelagat Jestina

 Sedar tak sedar dah masuk 3 bulan , Jestina jadi pengarang jantung hati. Bila sedih, main main dengan si Jes ni. Terubat sikit. Jestina ni sangat adorable okeh. Tapi satu jek yang tak tahan. Suka betul berak kencing dekat tangan aku. Asal aku ambik nak main main dengan dia. Masa tu la dia nak terberak terkencing. Sakit jiwa betul..Nasib baik lah pengarang jantung. Kalau tak , dah lama lempang laju laju.




 Lebiu ketat ketat Jes!

Saturday, May 14, 2011

The moment we shared together


 Hobi aku suka tengok balik gambar lepas lepas. Kan dah kata aku suka hidup dalam kenangan. Bila tengok gambar, kadang kadang aku nangis sorang sorang. Aku jenis  bersentimental sikit. Layan blues sorang sorang. I m thinking back bout the past, then start to cry all over. Bukan menangis sedih lah sangat, tapi lebih pada aku mengenang pada past memory. eh ada pulak orang menangis pasal future memory kan. gilo ke hape. heeee. Just like i said before. I love everything about memory. LOL. Aku ni macam pathetic sangat yea.

Main point sebab aku GILO gambar? Sebab memory la. Aku suka capture every moment dalam hidup aku. Kalau boleh every second. Tapi kan aku keno chop MINAH HOVER pulak kan. 

Malam ni, aku flash back pasal kenangan picnic dengan kawan kawan." Wonderful time" Mana boleh ulang balik masa tu kan. so yang aku ada , gambar & kenangan. I miss the moment we had joy together. we laugh, we cry, gossiping, had breakfast ,lunch, shopping together. cam whoring.

Dear my good friends,

Do u miss me ? lets have a picnic for the last time....... 

Simpan angan angan tu Lyaa. Kawan kawan semua ada commitment dah. kau je yang tak ada komitmen lagi. Picnic je la kau sorang sorang. sigh.

 Nisak, Fit. Rindu aku tak? hurmm tak pe la kalau tak rindu.sob sob sob

 Five of US


Orang cakap "Barang yang lepas usah dikenang". Well, kadang kadang. Memory tu bagus. tapi jangan la kita ni terbawak bawak sampai semua benda tak boleh nak buat kan. Mengenang, tapi jangan sampai beban kan diri. 

Till then.
"I ll always love them."

Viva Day

 
 Repost: Aku berjaya restore balik latest entry . Trace guna google reader. Thanks to syazwan sebab bagitau macamana nak cari balik. Aku kan buta it sikit..heeeee.
 
 
Hah hari ni mood & kesihatan bertambah baik. Badan pun tak sakit sakit dah. Baru lah bermood nak hupdate belog secara serius.

Aku ingat tak mau hupdate dah pasal viva hari tu kan Hari nervous sedunia. Masa tu la rasa nak terkencing terberak. semua hado. Tension betul. Turn aku last pulak tu. Lepas sorang sorang keluar. nak nangis jek tengok kawan dah lepas. even masa yang advisor bagi 15 minutes. Tapi aku rasa hazab nak mampos. Kaki mengeletar tok sah dok cita la. kejap kejap mengintai dari luar. Tengok muka advisor macam tegang semacam jek, muka tak puas hati. sabor je lah.


 Aku tak dapat nak gambar kan perasaan cuak nebes, nak terberak masa ni. Tuhan jek la tahu rasa dada ni nak meletopsss. Haish. 4 bulan beb tak berdepan dengan presentation..




 ouch sekali sekala diapit dua jejaka . Kenal kan . Mat hapis & Mat leh. Dorang dah lepas time ni. soronok yea..aku jugak yang tengah berdebar lagi. Dorang ilek jek cakap alah senang jek.

 tengok aku dok menyorok belakang tiang...haiyaaaa potong line betul la. kang dah tak ado kenangan time presentation..


Sekarang ni aku just boleh berharap yang advisor aku tu kecian sikit kat aku. Tolong bagi markah tinggi tinggi sikit.

Thursday, May 12, 2011

Apo kono heh

Kepala aku berdenyut denyut jek, nak cakap ada migrain, Rasa nya memang ngakk ada. Lepas tu satu badan sakit. Itu yang aku hilang mood terus nak hupdate. Seriously lah kenapo heh.  Makan pun tak selera. Simptom hape kah ini, Nak kata semak, Patut nya aku tengah bergembira sekarang ni sebab dah lepas viva. Apa yang aku pikir pun aku tak tau lah.

Satu hari aku baring. Tak dayo dah. Nak buat apa pun terus spoil. aku tengok tv je la. Lepas satu cerito satu cerito aku layan. Nak bangun mandi pun tak berapa nak larat.

Sudah nya tekak rasa nak minum air milo. pung pang pung pang kat dapur. Dah lama tak buat air weh. Biasa minum air masak aje. Cari gula,merata cari, pandang kiri. erk gula kot ni, Main taram jek dalam milo.

Udah siap bikin air. Main teguk jek. Dahago. cuaca sekarang ni kan panas nak mamp. Sekali aku rasa aku terminum air milo masin. What the hekkkk. Garam rupanya aku taram tadi. Haiyaaa. Gila kentang betul lah. Aku rasa kondisi aku ni tahap yang kronik agak nya.

hurmm masa ni mengidam nak makan macam macam. Nak makan apa yang umi masak pelis. Boleh buat delivery tak. Mengidam ni.

Tuesday, May 10, 2011

Viva mode

Scheduled post lagi. Waktu ni mungkin aku dah selamat sampai puncak alam. Tengah menggigil kaki nak present. Well, bukan lah berniat nak hupdate pepanjang. Just nak mintak doa jasa baaik kalian. Doa kan aku dapat present dengan baik depan Advisor research aku ni. Jangan lah aku tergagap gagap macam orang gagap..Sebab aku selalu je salah sebut bila aku nervous. angin kus kus menyerang. Pray the best. AMIN.


psst: nanti aku hupdate petang or malam pulak. babaaaaaaaaai

Monday, May 9, 2011

Review session 13: Perfume Neroli Jasmin by Body Shop


 Masuk tahun ni, Dah tiga tahun aku jadi Penggila Perfume ni. Serious weh. Rasa macam di awang awangan bila aku bau neroli jasmin ni. Kaurang boleh judge yang aku ni jenis yang ada brand loyalty sikit. Aku susah nak tukar brand kalau aku dah suka dengan satu benda ni.. Sekali dah jatuh cinta dengan neroli jasmin ni, Susah lah nak tukar. Time tak ada duit. Masa tu lah baru tergagau cari perfume mydin. pun boleh kan..

So, suggestion pada yang dok sebok cari perfume apa yang kaurang suka. Boleh try p test kat body shop tu. Mana tau kot kot berkenan kan. 

Sejarah hitam aku guna perfume ni. Hadoi. sebab yang aku guna ni bukan jenis spray. tapi jenis yang calit calit. hontah nak guna istilah hape, so memang sangat berisiko nak tumpah ke hape lah.  Kaurang tau la, aku ni kan jenis clumsy ayam sikit. 

Kejadian tragis ni time aku praktikal dekat kolej shahputra 2 tahun lepas. Lepas aku calit malit kat tudung, aku dengan gelabah ayam nya tak tutup perfume betul betul. then main campak dalam handbag. Sekali, apesal bau wangi sangat ni. check punya check . Hambik kau. separuh botol tumpah. lencun handbag aku. sampai sekarang handbag tu bau neroli jasmin lagi weh. Nak menangis tengok. Sabor je lah dengan perangai aku sendiri.









Yang ni eau de toillette punya. Bau dia tak tahan lama sikit. Tapi kalau orang yang jenis nak senang. mesti prefer yang ni sebab kaurang boleh spray. so tak ada risiko nak tumpah ke hape lah.


okay. Selamat p men try. Babaiiii.


pssst : ada yang tanya. Previous entry . Kak su tu kakak angkat aku. heeeee. tapi dah macam kakak kandung aku

Alhamdullilah

 Alhamdullilah. 2 hari warded. Hari ni Kak Su selamat bersalin. Baby girl. I m so so so happy lah. Hari ni dapat anak buah. Semalam risau sangat sangat bila abang bagitau yang dia tak boleh nak teman kak su. Haish aku takut kak su tak kuat. Dengan izin Allah, Semua selamat. Abang baru je call aku tadi. Tengah tengah tidur. Terus segar . terbuntang bijk mato kejap hah. heeee tak sabar nak p terjah baby girl. abang bahasa kan aku mak cik? ishk. tak glamour la. chik lyaa..boleh? hahahhaha. memang tak sedar diri sikit bila orang panggil mak cik ni.

Sunday, May 8, 2011

Semester 3, 2009


Ini Scheduled post. Aku yakin bebenor aku bangun lambat. So, aku hupdate awal awal. aku bangun nanti belog dah berhupdate. Sonang cito hah. Pagi pagi buto ni sawan lagi hah bila ingat balik jaman jaman kegemilangan masuk Uitm Puncak dulu ha. 

 2 years back.

Setart masuk, semester 3. Mula mula agak lost aku. sebab sistem college mano la nak samo 100% dengan universitas kan. 

Tapi tak po .  Kan umi ajar berdikari. berdikari lah kau selagi boleh, kalau dah tak boleh tu, hah nangis la kau soghang soghang . Aku ingat dulu. Alhamdulillah lah, tak ado nak homesick bagai dah. buek malu heh masuk degree pun nak nangis hentak kaki mintak nak balik. kang hado keno lempang dengan umi aku, tak pun raso rotan dek papa. hado berani hah? 

hoh macham INNOCENT. eh tak heh? heeee, tudung syria tengah ngetop time ni. Sekarang ni, simpan baik dalam luggage. mau kasi sapa pun honntahhh.
 
Bila ingat balik kan. Sedih pun hado bila register nak masuk degree tu tak berteman dengan umi papa. Orang lain siap mak ayah hantar sampai bilik. Sayu jo hati ni, Tapi buek buek sabor jelah, control handsome depan Mr Razman. Malu kang nangis sebab mak ayah tak hantar.  

Apa la guna pengalaman meringkuk dekat hostel 5 tahun kalau baru register dah nak riau kan. Buat buat bertabah ajo. Buat buat aje, Malam tu tekap muka kat bantal, Tapi still cover lagi. Sat lagi kena chop, ANAK MANJA. eiii tak mau tak mau.


oh rindu dengan group member yang dulu. Team work yang bagus. Kecuali seorang makhluk jek la yang jadi PEROSAK. heee

Almost 2 years and still counting..

Pejam celik,  Dah dekat 2 tahun jadi student Ui Puncak. Struggle aku nak terus kan hidup. Study tu tak penah awal awal. Mesti hujung hujung tanduk. Motto hidup aku, Tak rock lah study awal awal. Result pun tak pernah nak rock lah. hujung hujung sem, kepala yang kena rock dengan mak ayah sebab result tak pernah gempak.

Glamourous ..Macam mak datin je sensorang. Teringat balik memory dok menari lagu jai ho. Semata mata nak dapat scene yang terbaik untuk Role play subject Pn Aida.  Lepas tu aku lupa. Aku dapat A ke tak heh subject tu? Penat ooo dok tertonggek tonggek menari jai hoo

Sekarang ni, satu ajo harapan aku. Izin kan lah aku graduate. Kecian umi papa aku dok nunggu bilo lah anak bertuah ni nak kerja. Kalau la academic project aku tak berapo nak jalan. Mamfus lah aku. !


Saturday, May 7, 2011

Si humble Nadia Pamela


Nadia Pamela Yunus.? Orang panggil dia pem je. Pem ni kira junior aku dekat Shahputra college dulu. Daripada dulu mak cik ni memang jenis humble & tak berlagak. Even dia famous, tapi dia tak sombong. Tu yang aku respect dia dari dulu. Kalau kat college dulu dia boleh tahan glamour gitu. Jadi model Shahputra. Sekarang pun dia still jadi junior aku. ambik course yang sama dekat Uitm Puncak alam .

Sebaya dengan aku aje mak cik ni. Aku pun lupa macam mana boleh start sembang dengan mak cik ni, tapi yang paling aku tak leh lupa, dia cakap muka aku ni sama macam muka kakak dia. aku pulak yang teringin nak tengok muka kakak si Pem ni pulak.

Nak lagi best. dia ni ada talent. Singing. Dah jadi jiwa dia. aku pun suka tengok dia perform. Tapi aku dah lama tak tengok dia perform. Last time aku tengok dia perform waktu kat shahputra la. Bila dia perform dekat Uitm puncak alam aku asyik termiss jek.

Tapi tak pe, Besok aku tak mau miss miss dah chance nak tengok pem ni perform. Even tak dapat tengok dekat dewan mbsa. aku tengok kat tv ajo la pem. Kira aku bagi support jugak kan kau. Dari last week lagi aku tunggu kau perform kat Mentor ni. . Pem ni pernah di short list dalam top 3 jadi protege Edry. Sama sama dengan aida bekas af9 & protege edry sekarang , eqa. 



Mungkin rezeki tak berpihak pada pamela ni, tapi  tak pe. Pem ni tetap boleh perform dekat mana mana sebab dia ada talent.


  Pem, Aida & Eqa


 
 Ouch, manis jugak mak cik bertudung..

 All da best Pem. Aku harap kau success. Lepas perform dekat mentor besok, boleh focus pada next paper. Good luck for ur final exam pem . Aku tunggu Mentor esok.

Friday, May 6, 2011

Missing



Miss my hometown badly

Miss my parent damn much.

Miss my cat so so so so much

Miss my Jestina!


Wednesday, May 4, 2011

Si gorgeous Yna Sakinah



 Hye hye. Sory. Aku membuta aje hari ni, Maklum lah, nak menikmati masa cuti puas puas...

okeh hari ni aku review si gorgeous ni pulak. Yna sakinah. First time aku jumpa yna masa dekat Eg modeling event kat bukit jalil tu. Feh seriously aku cakap kaurang. Tinggi lampai, Memang model habis lah. Tapi yna suka jadi MUA lagi kot. sebab tengok dia aktif je jadi MUA. yang best nya dia punya make up cantik okeh..suka benor aku tengok dia buat smokey eyes. kira aku kena berguru dengan yna la. lepas tu kan . teringin lor nak yna make over kan. Nak rasa sentuhan magic gadis cantik ni. Kalau kaurang berminat untuk di make up oleh yna ni. p add dia kat fb YNA SAKINAH. . tak pun boleh pm ...

Kalau nak tau..
 Yna ni adik setahun aje dari aku. Tapi dia punya ketinggian. feh. buat wa jealous babe. Rasa macam kecikkk jek dok sebelah dia hari tu. 

then, yna ada blogshop jugak auww. selalu jugak join garage sale ni .. kalau kaurang nak terjah..

oh sebelom tu aku nak promote event hari ahad ni
" GRAND OPEN DONATION PHOTOSHOOT " by JCS CREW"

                                                      kalau nak tau lebih lanjuk sila klik ni










 ouccccccccccccccch, bersama en cinta hati. sweet lah kaurang ni


Spot mana satu yna ..heeeeeeeeee.


okeh lah...aku hado benda nak buat.

.babaiii sayang kaurang!

Tuesday, May 3, 2011

Pinky?

Kalau suruh orang teka favorite color pun mesti kaurang boleh teka punya. Dah terang terang belog aku ni pink yang striking lagi. aku suka pink, bukan gila pink.
Pink tu happening. ala normal la tu bagi girl suka pink, bagi boy yang tak suka pink tu, rasa nya tak perlu la sampai melampau cakap, pink is pig. Sentap mak tau..

So, apa favorite color kaurang?

Sunday, May 1, 2011

Photoshoot- ing?

 Kaurang yang muka ala ala photogenic mesti confident kan nak join photoshoot. Kalau kaurang suh aku join mana mana photoshoot. mesti aku ketar lutut dulu. sebab aku dan dan tak reti nak posing. 

Biasa orang yang boleh amik gambar aku ni tau siapa? orang orang yang dekat dengan aku lah, especially girl. Kalau boy, mesti susah jugak nak shoot muka aku. confirm susah punya.

  Seriously. aku fail bab posing. aku rasa macam dah rosak kan gambar Mr Photog. feel sorry lah banyok banyok..bila orang ajak outing, aku dah sound awal awal yang aku memang tak reti pose, tak reti buat facial expression.


Bila dengan Mr photog, aku terus tak gheti senyum secara ikhlas..so how.. ada berani lagi ajak aku outing..?

psssssssssst: gambar dslr sharp sangat. habis la kantoi jerawat pasir, kedut kedut kat muka. heeeeeee

 
© 2010; Lyaa Suriany | Designed by: yanasensei | Powered by Blogger