Darlings

Saturday, April 30, 2011

Last day as a practical student part II



  Feh weekend ni rasa nak beristirehat manjang jek, masih tak sedar diri yang besok lusa kena submit research. masih punya hati nak update belog laju2. aku nak hupdate jugak, tak kira. lepas ni aku nak sambung buat keje pulok. Nak dijadikan cerita, semalam tengok berseronok kat plaza alam sentral, tiba tiba bos kecik call, tanya nak abang belanja makan tak ni.
..Kami apa lagi. rugi ooooo, rezeki jangan ditolak, bala jangan dicari. 

Tapi nak bercerita kejadian kat PAS ni, heeeeeeeee, kami lepak lepak kat bangku sambil makan ice cream, sambil usha shawl. nak beli nya..postpone dulu, cik sya cakap, sabar lya. nanti kau tak makan..hahaha. aku pun ikut je la nasihat cik sya ni, tengah tengah usha, kawan aku cakap, eh tolong ajar akak tu pakai shawl jap. heeeeeeeeeeeee.jeng jeng jeng..tu kan kesukaan aku. 

Paling gemor ajar orang pakai shawl even diri sendiri pakai tak de cantik bebenor. kira nya sesi grooming pulok kat booth shawl tu..

 Kenal kan ..kak niza. sweet je akak ni, Bila aku cakap, eh akk nak ambik gambar, dia kelam kabut, eh ambik gambar elok elok, jangan letak yang sexy2 nanti abang akak marah..

Tengah rushing ni, sebab abang yan dah kol suruh p pizza hut SACC. so aku sempat ajar yang basic jek,


 Sampai sampai ajek, terus order lah. lapor ni lapor. padahal baru je menketadarah bihun dua pinggan sebelom tu...oh lupa nak kenal kan abang yan & abang aidy..

 Kawan kawan yang excited dirai kan.
 
 ni ler boss kecik a.k.a toke besar yang belanja hari semalam.

 Muka aku memang sentiasa serius macam ni agak nya.aku pun takut benor nengok nya. apatah lagi kaurang. Macamana la nak jadi sweet macam kaurang heh?


 kalau p pizza, tak sah la kalau tak dapat mushroom soup kan. favorite all da time . Tapi tetap nak dominos laaaaaaaaa.


 Saat yang dittunggu, kaurang tengok muka abang aidy tu. macam nak telan pizza dah gaya nya..haha..

sudah nya kami balik dengan perut bolat sebab kenyang sangat melantak..

haaaa tu la kesah semalam. oke la. nanti aku hupdate lagi. nak buat keje jap..sayang kauang lebihhhhhh.

babaaaaaaaaaaai

Friday, April 29, 2011

2nd Last Day & Last day as a Practical Student..




Hai hai hai, sory , agak terlambat hari ni, biasa pukul 10 dah berhupdate. Hari ni ada assembly, bacaan yassin & Ceramah pasal dirham , emas , perak pulok tadi. tu yang terlambat. okeh, hari ni aku nak hupdate pasal semalam & hari ni terus...

Semalam, aku paksa diri jugak bangun, ikut kan hati. perghhhh malas weh, membuta lagi bagus. tapi mengenang kan ada dua hari lagi. aku buat buat rajin lah. 

Tapi hati berbunga bunga pikir yang nak habis praktikal dah. Apa yang hado dalam kepala hotak aku, nak ambik gambar manyak manyak. kenangan harus hado. Kenangan pahit ke manis ke masin ke, tak kisah. bukan lah bermaksud kita hidup dalam kenangan, tapi kenangan tu yang buat hidup kita bercolor color. Memang ada orang yang tak suka kenang benda yang dah lepas. erkkk Aku bukan jenis yang macam tu, tiap apa yang dah jadi, mesti aku simpan memori tu sampai bila bila.  

So semalam untuk bagi bermood happening sikit, aku pakai red color..salah satu favorite color aku. 


 heeeeeeeeeeeee, merah mak ngah? i like okeh, paling like sekali, bergambar dalam toilet. setan pun ikut sekali bergambar...



 Jangan jadi gilak sorang sorang, ajak kawan sama. ikut moto aku ni, kalau nak sawan, ajak kawan sekali okeh..


 pagar pun jadi, tu nak gambar kan happy sangat nak blah dari PADAT..






 Nanti mesti rindu nasi lemak moknik ni. sumpah tak tipu..




Gambar untuk hari ni, kenangan tunggu bas untuk hari terakhir praktikal..peace dah jadi trademark pulok..

 assembly tadi. khusyuk tu, kusyuk dok mencopy...(Last assembly)heeeeeeeeeeeee, happy happy happy!!!




makan bihuuuuuuuuuuuun, even macam dawai..tapi tetap sodaaaaaaaaaaaaaap sebab lapar wehhh, ini pun kali last dah makan  kat sini..nanti mesti rindu bihun ni.
 Muka lapar nak menketadarahhhhhhhhhh..makan dulu!


oke lah. aku rushing ni, nak p berjimba kat PAS jap..
later hupdate lagi

Wednesday, April 27, 2011

Young Singer I Adore So Much..

morning kaurang...harini aku nak citer sket psl sorg budak penyanyi ni...muda lagi dia ni...aku suka semua lagu yg dia nyanyi...maybe ada yg dah tau kan...tp pe salahnya dengar sekali lg...hehehe
 
meh aku citer sket psl latarbelakang dia k...
Nama sbnr dia adalah Maddi Jane..skrg tinggal kat illinois...dekat je dari malaysia...tarikh lahir dia 7 november 1999...mudo lg eh...baru 12 tahun tu...haa...tu la serba sedikit yang aku dapat cari psl bio dia...satu lagi kalau nak cari kat youtube tu cari under maddijanemusic...ada 7 video dia rasanya so far...semoga dia akan berjaya mcm sorg lagi favorite singer aku..JB..haha..jangan marah....
meh aku share antara video favourite aku...yg ni dia bt cover untuk lagu price tag..aku suka satu part kat minit ke 1:07..suka sgt sbb dia bt muka cute time tu..harap2 kaurang enjoy it mcm aku gak...have a nice day,peeps.....





Tuesday, April 26, 2011

Review session 11: Chahaya Whitening




Sebelom aku buat review, aku nak mmebebel kejap, ala takat nak mengadu domba kojap dokek kaurang haaaa. siapa lagi aku nak mengadu lagi kalau bukan kat kaurang. 
 
Aku ishtihar hari ni antara bad day aku lah. Bangun lambat, eh bangun dah awal, tapi tunggu turn toilet kan. Kalau ikut kan boleh aje aku p mandi kat toilet bawah, tapi bila red flag ni, memang tak selesa lah mandi kat toilet orang lain . Biasa pukul 7 dah get ready pakai tudung bagai, ini baju entah mana. tudung entah mana. Macam ni lah jadi orang yang tak organize, kelam kabut p cari baju dekat ampaian. nasib lah kau hado baju yang tak payah beriron.. haishhhhh. 
 
Then, keluar tunggu bas pukul 730. Sah sah bas aku da terlepas. sekali hari ni la abang polis sekalian nak buat roadblock bagai kan. sudah nya aku dapat bas pukul 750. TERBAIK. dah memang sah sah sah sah sah aku nya punch card MERAH hari ni, Baru semalam melalak kat facebook nak show off dengan CEO. ceit. tu la orang cakap, niat tak baik, memang jadi macam tu. 
 
Dah dapat bas, sekali aku tak boleh nak reload kad rapid aku pulok..haaaaaaaaaaaah. Disaster hape kah? malu weh berdiri macam orang "Cerdik" kat depan tu, masuk 5 hinggit tak lepas, masuk 10 hinggit pun tak lepas..Damn lah kau!! aku malu tahap asbestos tau dakkkk. dengan tak stabil nya berdiri kt mesin reload tu. berapa kali aku nak terjatuh. hisssssssssh. last last last kan. aku terjatuh sampai terduduk.yeayyyyyyyyyyyyyyyyyy. Sampai situ cita aku. kaurang buat sendiri la conclusion macamana mood aku hari ni.


okeh sekarang masuk review session: hari ni aku review pasal skincare . actually . ramai yang dah tau kot. aku start guna skincare ni bila kak lynaa promote dekat belog dia. Kaurang boleh terjah testimoni testimoni kat belog kat lynaa dulu..
 testimonial
 
ni testimoni aku.
 Kaurang tengok parut lanun aku tuh. masa tu, kalau boleh aku nak berkurung dalam rumah ajekkkk. gambar ni tak nampak sangat. jenuh aku cari gambar. memang tak de dah. ini jek yang hado, kaurang tengok guna mata hati k..haha


 aku start guna skincare ni tahun 2009. memang best. Tapi sadly aku kena stop bila aku sakit mata yang agak kronik sebab allergic dengan liquid eyeliner. then i need to stop la kojap penggunaan skincare tu. Doktor nasihat kan stop jap guna apa apa kat muka aku. takut effect mata. Bila mata aku dah oke, aku start guna balik. Aku tak tau macamana nak express yang aku puas hati. Sebab  parut jerawat kat pipi kanan aku sangat bermaharajalela. macam lanun dah ghupe nya .
Tapi bila dah abes stock, tak dapat dah nak beli nya. biasa lah. money constraint kan. hold je la. sampai la sekarang asik hold ajek. Bila finance dah stable, memang aku nak rembat lagi chahaya whitening ni. sebab puas hati sangat sangat...


Kat bawah ni pulak gambar gambar yang aku ambik kat facebook kat wan ann, kakak ipar kak lynaa  yang jual skincare ni. kaurang boleh p terjah facebook kak wan ann ... bebalaoiiiii, kaurang boleh tanya kak lynaa or kak wan untuk product details..aku sebagai customer yang berpuas hati, tolong promote jek..



 ni la set chahaya whitening. RM85. Investmest untuk muka kaurang jadi glowingggggg

 Menangis tengok muka muka anak beranak adik beradik kak wan ann ni, semua flawless habis!!
 Satu family kulit cantik


Antara Gambar gambar pengguna chahaya whitening yang berpuas hati.






Nota tangan: gambar gambar tersebut diambil dengan keizinan Kak wan ann. Harap maklum..adios..
 
babai...






Monday, April 25, 2011

Tips Jaga Kulit?

 
 
 
oh semesti nya aku bukan orang yang selayak nya untuk bagi tips penjagaan kulit. Sebab aku diantara orang yang pemalas nak jaga kulit. Percaya lah, sikit pun aku tak tipu.
 
 kalau kaurang tengok kulit aku sendiri pun, tak ada rupa orang kelantan pun. Sadis. ye la, bila orang tanya, kau orang mana, orang kelantan. iyo la tu. cissss, kena berkulit putih gebuss dulu kot baru boleh jadi orang kelantan. sentap mak tau.
 
Berbalik pada topik.
 Macamana aku jaga kulit. ishkkk aku hentam aja. 
Tapi nak cerita aku pakai produk hape tu boleh la..
 Aku ni pengguna SETIA Safi Balqis. haa tak tau yang mana. ala yang penutup kale biru tu. 
 
Setia sejak diploma lagi la. aku pakai cream, moisturizer, pencuci muka. Toner tu idok la aku pakai pulok.Sebab dari dulu lagi aku ni jenis pemalas sikit nak sental muka lama lama. scrub ke hape. orang lain buat dua kali seminggu, aku p buat 2x sebulan. kira oke la tu kan. At least aku sental jugak kan. Tunggu kayo, boleh la den poei spa pulok. Tak payah susah kan diri. orang yang tolong buat kan.
 
Testi aku guna produk ni? Bagus. Jerawat tak de la bermaharajalela sangat. Tak berapa berani lah buat onar kat muka aku. Tapi sebulan sekali hado la jugak dia beronar, nek sebijik dua kat atas dahi time red flag kan. haaa tak pa, itu boleh dibendung lagi as long as kau sental muka kau betul betul ngan pencuci muka safi balqis ni. wangi pun wangi . 
 
Orang lain pakai safi balqis putih cun melecun, tapi idok la berkesan bagi aku. dah memang dasar hitam tu, tak dapat dibendung lagi la yo, kekal jek la macam tu. Tak pa. aku no hal, hitam pun hitam manis ( hado raso nak lempang?) haha

Itu jo la . Aku bukan pakai banyak benda kat muko aku ni haa.sen kurang nak buat pelaburan lebih lebih, ..
 
meh la aku kasi tips senang , nak dapat muko bercahayo bagai lampu kalimantan.
 
 
 
sembahyang lima waktu~
 
Muka yang sentiasa kena air sembahyang, nescaya Allah bagi nur. haaa, berani cakap aku tipu.  p ambik air sembahyang. bior muka hang tu hado seri.heeeeeeeee, adios....
 
 
babaaaaaaaaaaaaai 








Account Twitter pulok

 
 
 
 
Jom kita tweet tweet pulok. haish. aku pun tak tau la kenapa aku sawan sangat, satu hari suntuk tak keluar rumah semalam. dok mengadap lappy. bukan buat kerja. out of mood terus nak buat kerja. Tiba tiba terpikir nak check twitter aku yang dah berzaman buat, tapi tak pernah nya nak hupdate. seronok jugak yek dok sawan sorang sorang. tak de orang nak marah punya.
 
Well, sekarang ni, aku cuba untuk happy dengan cara aku. Malas nak pikir pasal orang sangat. Baru lah bahagia sikit hati. Kan Mr Razman? awak bahagia kan. Nak masuk bulan 5 da ni. awak ingat kan.heeeee. 
 
okeh, jom kita bertwitter heh..sapa rasa nak follow , search je Lyaasuriany.
babai..


Belog Lyaa Suriany

haaaa kaurang kan reader sejati Lyaa suriany..haha..poyo. Kalau rasa nak support Belog Lyaa suriany lagi. Sila la klik like kat sini..
 
Belog Lyaa Suriany

auwwww terus betukar jadi kale hijau..ala ala peace gitu.

Sunday, April 24, 2011

Jalinan adat, budaya dan warisan Daerah Sepang

Fehhh, hati aku rasa tenang sangat, aku rasa macam terlepas beban. Kadang kadang kita tak nampak orang yang sayang kita ada depan mata. Doakan yang terbaik untuk aku dan Mr Razman. Tapi jangan lah kaurang teka tunang ke hape. aku tak habis degree lagi. aku tak kan bertunang or kahwin selagi aku tak dapat degree aku. oke? Tapi comel la assumption kaurang tu. sabor, kalau betol aku nak tunang. mesti heboh punya dekat fb & belog aku ni...
 
tengok aku dah melalut ke laut lagi. padahal nak hupdate pasal event semalam. hoho. seronok? entoh.biasa biasa jek, seronok ke bila kena berjemur tengah panas sampai dapat sunburn. tak seronok langsung okeh, memandangkan ni last event aku bersama PADAT. aku layan kan jek, lepas ni, kalau join pun, sebagai pelawat dah, bukan sebagai urusetia dah pun..meh kita terjah gambar satu persatu..



 ni tempat aku tidur before event. feh, seronok sebab dengar lagu ombak, pantaiiiiiiiiii, tak sabar nak balik kelantan. nak p bercanda kat tepi pantai pulok, 
bercanda dengan sepupu aku ler,
aku kan mana ada kawan baik kat kelantan..nak seret kak su kan orang tua tu besok lusa nak terberanak dah..heee

kot kot rindu  dengan PADAT. ambik gambar wat kenangan..poyo habis

  persembahan dari orang asli. syok oh, teruja aku. sebab tak pernah tengok lagi.biasa r. jakun lagi aku

 haaaa, siap boleh bergambar lagi..
 Paksa adik ni bergambar sama..sporting r adik ni

 hish, nasib aku perempuan kan. kalau tak, aku pun jatuh hati kat cik suhada ni

 ni kelingkan. antara aktiviti yang PADAT anjur kan. bengkel kelingkan. aku pun tak berapa paham pasal kelingkan. tapi kalau kaurang nk tau, manyak susah la bagi aku nk jahit benda alah ni. banyak cekadak pulok.

tapi yang aku tau. benda alah ni, bolehtahan mahal
boleh cecah 3k. ambik kau. hampir terduduk aku dengar. ye r, nak siap kan benda alah ni pun boleh ambik masa 3 bulan. hish tak kuasa mak nak menjahit. aku paling tak suka MENJAHIT.




sireh junjung! kaalu suh aku buat ni, berterabur sireh ni..
Conclusion nya..happy la sikit2 even penat pun.

 

Saturday, April 23, 2011

Seribu kali suka



 Simple aite? aku suka yang simple macam ni. tak perlu nak crowded sangat. simple but nice. 

first time tengok pun dah jatuh hati. 
kaurang pulak?



Friday, April 22, 2011

Welcome to the blogging world

Hari Jumaat yang indah. Bangun bangun tak gosok gigi terus hupdate. erkk lupa nak habaq, ceq cuti hari ni oooooi. haha. Alasan cuti " Personal matter" . haha. Sajek je. Sepanjang practical training. aku tak pernah pernah lagi ambik cuti. So, sekarang ni, bagi aku rest untuk sehari. Sehari jek kot. Jangan ler bos aku terbaca belog aku.
 
untuk esok, aku rasa aku kena buat scheduled post sebab esok aku terlibat lagi dengan even JALINAN ADAT untuk daerah sepang pulok. Petang or malam ni aku dah gerak p sana Sebab malam ni ada forum perdana. Aku n kawan kawan decide untuk terlibat sama. lagi pun ni last event yang kitrorang terlibat dengan PADAT. Kitorang ada masa seminggu untuk beramas mesra dengan warga PADAT kan. 
 
Okeh.
aku dah agak melalut ke laut. hari ni aku nak promote new blogger lagi. first blogger. Cik oni. 
 
 
erk. dah lupa ke siapa oni? hah p terjah entry ni dulu ...

oni baru je hado belog ni. so, kasi chance dia kenal dunia blogging ler. kaurang pun boleh p terjah.
  oni san ni salah seorang kawan aku yang baik, even masing masing busy dengan practical training,tapi dia still ingat aku. so, harap harap lepas ni, still kekal macam ni. kan oni kan ? 
Second blogger pulak.
 


 kenal kan kak wawa. kak wawa ni actually kakak angkat yayunk fy. kira fy tu adik kesayangan kak wawa, so siapa yang berani macam macam dengan fy, kena la berdepan dengan kak wawa dulu. haaaaa hadooo berani?

 okey lah. baju tak iron lagi, kena kemas kemas sikit, then nak bermalas malasan. kata CUTI kan..hoho best. best. BABAI
 


Thursday, April 21, 2011

Si gorgeous Syaheera Abd Wahab

 Si cantik kali ni. Syeera. Kalau kaurang tengok betul2. muka dia ala ala maya karin sikit. Kira ni Maya karin versi Bertudung. Seriously. Suka betul tengok dia. Syeera ni ambik course Health administration dekat Uitm Puncak Alam. Sepanjang dekat Puncak alam, Sekali jek aku terserempak dengan dia. tu pun dekat lift..Dia memang cantik . tengok dia depan depan pun terpegun.

Interested nak kenal dengan syeera?
sila terjah belog syeera
neway, sebelum aku terlupa, thanks syeera sebab bagi guna gambar..

 Bibir tu yang mahal
 Masa ni terlibat untuk Runaway for pesona workshop.


 Love this picha..






with sis tya...


 
Nota tangan: comel nya ada entry membalas balas. awak awak, terima kasih lah sebab maafkan saya yea. erk sebelom tu awak ada mintak maaf dengan saya. oh saya ni bukan jenis berdendam ke hape, kalau saya marah. tak sampai satu hari. bagi saya la kan. buat apa nak terasa kalau awak tak buat kan. okeh. no more butthurt. ni last time saya mention pasal awak. Malas saya nak pikir benda benda macam ni. buat tambah semak jek. babaaaaaaaaaaaaaaaaaaaai!

Wednesday, April 20, 2011

Si Kepochi yang educated

Semalam. aku bantai tidur awal. sakit kepala, sakit badan pasal. sakit hotak sekali. Telan panadol dua bijik, terus weng kepala. itu belom bantai actifast lagi tu
.Sakit kepala pikir pasal benda yang tak sepatot nya pikir.

Betul lah orang cakap, kalau dah jatuh ditimpa tangga. Patot la sakit badan. dah kena timpa tangga. 
Hidup ni kan. Memang banyak ragam dan macam macam kan. Macam macam jenis orang yang aku jumpa. Tapi antara jenis orang yang aku tak suka. kepochi. Yang ni paling tak boleh blah . Jenis KEPOCHI ni bersepah sepah jek. ada jek dok keliling kita. Yang sentiasa dok tunggu kita buat silap, sekali kita tersungkur, habis la kau. Jadi bahan la kau. watch out!
 
Contoh nya. Aku bagi contoh yang senang bagi kaurang faham.  Sebok lah nak stalk, eh minah ni couple dengan siapa. eh dah putus dah minah ni dengan balak dia. eh minah ni dua boyfriend. eh minah ni suka bergambar lah, eh minah ni anak kaya lah , cantik lah tapi dapat bf tak hensem. sayang nya. haaaa. puaka pun hadooo. eh eh minah ni.
 
What the heck betul kan orang yang jenis macam ni. Orang cakap, "siapa yang makan gula banyak banyak, dia la kena kencing manis kan" peribahasa rekaan semata mata.. siapa yang terasa diri kepochi tu, tolong lah behave.Kalau umur setahun jagung, maksud aku taraf taraf sekolah rendah. boleh la diterima. tapi kebiasaan nya, jenis orang yang macam ni, dah masuk universitas pun. kalau kahwin, anak berderet deret dah pun. 
 
Buat masa sekarang aku memang tak boleh berfikiran secara waras. Macam dah hilang pertimbangan. Aku dah cuba beristighfar banyak banyak, tapi terlepas jugak kata kata makian comel untuk orang yang jenis macam ni. harap maaf lah. 

ooo kisah aku yang bagi si kepochi dok bergelak ketawa tu tak boleh lah di up kan kat sini. kan kecoh satu malaya pulak kan. 
 
tapi cukup la aku nyatakan. tak penat ke kau jadi SI KEPOCHI. rasa hidup tu sempurna sangat ke nak ambik tau dari A sampai Z pasal kisah hidup orang tu. dan kalau la si kepochi ni ingat. Aku rasa aku tak pernah berkawan dengan dia secara RASMI. Kenal pun idok. & kalau kau rasa nak jadi concern. kau kena belajar dulu, macamana nak betol betol ikhlas concern dekat orang. IKHLAS. paham?
 
So, what for la la kau buat buat concern padahal niat kau korek & boleh la kau judge aku kan. eh hello. kau budak bijak, mesti kau pernah dengar, DONT JUDGE A BOOK BY ITS COVER. haaaa tipu lah kalau tak pernah dengar, course yang kau ambik tu bukan calang calang course. takkan peribahasa yang simple macam tu kau tak pernah dengar.  aku tau kau antara reader aku. Kalau lah aku boleh block kau dari baca belog aku ni. Dah lama aku buat, dah lama aku block, tapi lepas kau baca entry ni laaah. KALAU LAH......

si kepochi, 
 
cukup lah.
aku ada masa tak sampai dua minggu lagi nak habis kan degree aku. Tolong lah aku bagi aku settle kan research aku dengan tenang dan aman. Kau pun dah final year kan. So, baik kita create. WIN WIN SITUATION. okeh? babai.
nota tangan. Lagi benda yang aku belajar sejak akhir akhir ni, Even kawan kau dari sekolah pun, kau tak boleh percaya. bila bila masa dorang boleh jadi backstabber. cerita pasal personal life kau dekat orang lain. so beware lah kalau rasa percaya kawan sangat ....







Tuesday, April 19, 2011

Bertiga lebih baik

Tengoh syok layan perasaan, tiba tiba received call dari cik oni san. ajak lepaking. gosh, mana pernah aku tolak bab ajak keluar ni, keluar dari rumah & bilik memang heaven. Boleh aku lupa kan problem aku kejap. Lagipun dah lama tak buat aktiviti meronggeng dengan cik oni ni.
 
Kalau sebelum ni, selalu p makan makan, lepaking, main bowling. tengok wayang. ronda ronda sekitar shah alam & the best part dia heret aku p maen pool. eh hello. aku tak main lah. aku mano la reti weh pasal pool ke snooker. Aku tengok jek lah. Tapi rasa nak sorok muka bawah meja pun hadoooo. Tempat ramai lelaki kan. sedikit sebanyak, pengaruh study kat sekolah perempuan aje kuat woooo.. eh aku kan malu malu kerbau. 
 
Pukul 430 PM dia dah terpacak depan muzium tu haaa. semangat betol. kebetolan hari isnin muzium tutup , so dok je la dalam kete cik oni, tunggu je la kau.  aku nak p teman kan, kot ada mata yang memandang. cakap ponteng keje ke hape. Mulut orang. Mana boleh tutup, umpama mulut tempayan la. Terasa? haaa siapa yang rasa dia joyah, kepochi tu memang terasa lah.
 
Pendekkan cerita. balik rumah aku dulu. Kasi chance aku bershower, tukar baju & solat asar dulu before meronggeng. then, kena pick up si mumu a.k.a fara farhana lak kat seksyen 9 tu jek. 
 
Then lepak makan kat plaza shah alam tu. Memang kenyang la kan sebab cik oni san berbaik hati belanja. Maklum lah. anak bos, masyuuuuuukkk..Tempat makan cik oni la yang pilih kan. western style. aku suka tengok decoration kat situ. peace, calm. tapi lagi sesuai untuk couple la. sebab suasana romantic nak mampos. lampu ala ala malap. haish . kan best kalau berdating..


 Kenal kan si mumu a.k.a Fara farhana. Dengan baju kerja lagi tu..Semangat waja jumpa kawan kawan kan

 Mumu, Apa motifgambarni. Macam muka mintak pelempang aje..Kebulur tengok makanan..


 haaaaaaaaaaaa ni dia. tokey besar kita. feh. coming soon nak bukak restaurant okeh. sekarang ni tengah manage 7e family dia dekat sg buloh. Nanti boleh lah aku p melepak kat restaurant dia pulok kan. Thanks oni. Lain kali belanja lagi. aku on bila bila masa jek..hahaha..

 Time untuk menketadarah. feh. confirm r licin sebab LAPAR kan. 

 Jestina pun mesti lah hado. Mana ada aku.. Situ lah ada dia.. Lepas mummy dia makan. turn Jestina pulok. Jes nampak handsome kat sini. eh silap nampak cun lah. lebiu Jes.Say hi dekat aunt fara & oni yang tengah baca ni..hehe

 Then anta mumu balik rumah. Singgah sebentar kacau kawan kawan kitorang yang lain. time nak balik jumpa bebear yang bapak gila besar gedabak ni. okeh aku jealous. dok diam diam okeh.



outfit for yesterday: hahhhhh sangat lah selekeh tahap gaban.Balik kerja , penat sikit sebab pagi pagi dah kena hujan. so pilih untuk pakai tshirt bodoh covered by unbranded cardigan. sarung skinny . then cari cari shawl, rembat je shawl ni. favorite shawl. Siap . boleh p meronggeng. hoho senang kan. 


oke. got to go. nanti aku hupdate pasal report submission lak
babaii..eh asyik lupa ajek. 
 
as salam.




 
© 2010; Lyaa Suriany | Designed by: yanasensei | Powered by Blogger