Darlings

Sunday, February 27, 2011

Window shopping


hallu readers. berjam jam aku hambik masa nak hupdate. Lappy asyik hang manjang sebab on im kat facebook, saboo je la. Sebab tu la aku memang tak suka on langsung im tu. bikin panas hati jekkk. so, tok sah dok ngato aku sombong lah. baek kauorang cakap aku sombong lah dari lappy aku ni jahanam. kalau nak chat, add ym aku jek. Taip je putrilyaa. aku lagi prefer ym. kalau im, malas aku layan. oke, setel pasal bebel. 

akitiviti aku hari ni..berwindow shopping dengan housemates. sabar je la wahai hati . shawl da latest kat pasaran kau toksah dok cita laaa. geram benau. pantang lepe kejap
dah keluar design baru. tak pe tak pe. aku buat buat tak nampak ajek.


Dah nama nya window shopping kan. usha je la..aku balik rumah bersama sama 1 shampoo jek, kot kot balik rumah ralat sebab tak beli apeape.haha.

lupe pulak nak story window shopping kat mane kan. alaaa, tempat paling dekat lah sebab Mr Razman balik kampung kan. Sacc, pkns & Pas jek lah. hahaa. kira aci la tu. dari tak kuar langsung. Tadi aku rasa aku ada ternampak blogger, tapi tak berani nak p tegur. sat ag dia cakap. eh awak ni sape. naaya aku tutup muka..hehe. tapi kalau any blogger yang jumpa aku tepi jalan. sila tegur..kalau tak, merajuk.haha. joking. rajin rajin la tegur. aku ni rabun, lens pun da expired. tak beli lagi.so jangan sentap eh kalau aku tak senyum.. ...oke? 
aku nak p mandi sat.
LOVE MY READERS!









" On da way tunggu bas dah ni, petang nanti ambik sy oke" sudah nya, aku naek bas jugak!
auwww peace sikit, peace sikit. teleng kepala or pusing lappy. tak payah susah susah. kan kat fb ado.









si faez & si kat . nasi ayam sebelom di ngaaapp
kau tengok, orang nak snap picha. tapi aku lagi prefer tengok cite hantu kak limah lagi ni. khusyuk, tapi nak gak pose, so sambil tengok hantu kak limah sambil bagi pose kat kat. suka nau amek gambar aku kan. saborrr je laaaa. ( DALAM PROCESS FOLLOW "WEAR IT RIGHT CAMPAIGN")






Happy Sunday

Tak de motif pun letak heels burok neh. dah hampir jahanam pun aku keje kan. hehe. ni maksud nya. AKU NAK HIGH HEELS baru please! ishk. cepat belikan.

Saturday, February 26, 2011

Vote for him

hye readers..
just a simple hupdate.
mintak sangat jasa baek kauorang tuk click ni

http://www.facebook.com/home.php#!/photo.php?fbid=189244217782422&set=at.188988037808040.40908.100000905347571.100000630427005&theater


vote untuk kete pak cik tu.
pelis pelis pelis..



Friday, February 25, 2011

Tempat shopping aku?

Hallu readers. aku ni tak reti sikit nak berbasi basi for opening. So jangan ambik hati kalau intro aku selalu jek macam tak kena. Sebab kadang kadang aku pun tak paham apa yang aku tulis. Seriously weh. oke. hari ni aku rajin nak menjawab soalansoalan dari ibox fb & chatbox pasal mana aku shopping tudung, anak tudung, baju. Tapi pada yang dah lama follow aku, aku pernah buat review kat belog aku ni. 


Anak tudung syria: Yang ni aku selalu beli kat pasar malam Senang cite. Malas aku nak shopping online. Dulu addicted lah, sekarang ni boleh control sikit. untuk anak tudung syria, aku prefer kain lycra. memang melekat kat dahi. then nampak la effect kechubbyan disitu. tapi aku bo layan jek. pedulik hape, sebab aku tak selesa pakai yang cotton punya. pakai sat jek rasa rimas. pelik bonar budak ni kan.. aku pun tak paham . dah tepuk dada tanya hati pun tak boleh jawab.  Aku nak suggest kan pada yang dok sekitar shah alam. kauorang beli kat pasar malam, tak pun pasar ahad kat stadium shah alam tu jek. Kat situ memang happening okeh. banyak pilihan. Aku rasa nak menangis jek kalau p situ time tak de duit. Semua benda aku nak borong weh. Tekanan perasaan betol tau. Lagi satu, kalau dekat kelantan. Aku selalu beli anak tudung dekat booth tepi mydin kota bharu. ala mydin yang dekat KFC tu. haaaa, tak la banyak sangat pilihan. tapi harga tu better lah dari kau beli dekat mall. Sekarang ni tak tau lah kot kot dah banyak pilihan kat kb tu. Maklum la. Sekarang ni orang berebut nak jual anak tudung ni kan. macam design dah aku nengok nya.

contoh gambar ni: anak tudung color kuning tu aku beli kat booth tepi mydin kb, yang hijau tu aku beli dengan sis ziera


Shawl: Kalau dulu aku banyak beli dekat blogshop. Tapi sekarang ni, aku beli dekat pkns, dekat booth plaza alam sentral, pasar kabut shah alam, Tapi aku boleh suggest kan dekat kauorang blogshop yang best. Boleh kauorang terjah.



oke, shawl ni aku beli dengan  harga RM10. harga standard la tu . Beli kt PKNS. Padahal tengah kering masa tu. tapi terbekenan pulak. Rembat ajek la. nampak depan kosong kan. tapi kat belakang ada batu batu. so cantik kat belakang je la. Oke lah. Bos dah bagi keje ni. Patot nya aku nak hupdate pasal baju sekali. Nanti next entry la aku cite pasal baju eh. taaaadaaaa. Love uollls!


Thursday, February 24, 2011

Orang berbudi kita berbahasa

Short hupdate. Sape sape yang ado link kan belog aku, meh tinggal link dia kat sini, aku akan link kan belog kaurang jugak. unfair la kan, kauorang link kan belog aku, tapi aku tak link kan belog kaurang. meh exchange cepat meh. erk terbuka pada yang siapa yang link kan belog aku saje yek, okeh. terimas.

Maen conteng conteng.


 Aku beginner. Masih dalam proses belajar cara make up kan yang betol. Ada masa terluang. aku memang suka conteng muka orang. Alhamdullilah. Dapat satu job bulan 6 nanti. Aku da mula cuak even ada masa beberapa bulan lagi. Yek la. Ingat senang nak make up kan pengantin. Practice  hari hari okeh.



ni shu. jadi mangsa aku, sebab si nisak suh tunjuk kan macam mana nak pakai eyeshadow. aku maen letak jek. kat office, mana cukup barang make up. guna yang mana hado jek laaaa. tak boleh nak lentik kan bulu mata dia. sayang betol. tak pe la. janji dah lepas gian aku make up kan orang.

Wednesday, February 23, 2011

Wedding @ Kampung Pengantin



Salam, Hallu readers, Lama betol aku ambik masa nak upload gambar gambar ni. hah. juling tak mata tengok gambar banyak sangat. Kalau rasa juling sangat cepat cepat beredar okeh? Tak halau, bagi idea kot kot kaurang menyampah. hehe
oke, moh kita bercerita. wedding ni sebenar nya hari ahad lagi, aku ni biasa la. postpone punya postpone kan.Janji aku hupdate kan.  aku nak upload gambar ni bercinta sikit. Tapi atlast berjaya jugak hupdate. siapa punya wedding?. actually ni sepupu Mr Razman. anak pak andak. Wedding Abang pezal & Kak maida. sorang orang kuat astro, sorang lagi media prima. dari bidang yang sama. Bercinta pun dari zaman UiTM lagi. 12 tahun bercinta. salute lah cinta diorang.
Wedding ni bertempat dekat Kampung Pengantin, Setapak, cantik jugak pelamin diorang. Tapi yang penting , makanan superb, aku balik dengan perut kenyang. haha. bab makan serah kat aku. orang laen dah stop, aku dok mengunyah lagi, mana mana wedding pun tak rugi kauorang bawak aku. sebab tiap kali p wedding, perut kosong. so, taram la habis habisan.  Nanti sila la invite aku p wedding kauorang, hehe. aku suka. oke? jemput eh, jangan tak jemput. oke lah, bos tengah meeting. nak mengular lagi. haha. nanti aku hupdate lagi. Sayang kauorang ketat ketat!


okeh, lap peloh dulu sebelom berarak.
Pengantin berarak masuk Hall
adik beradik dan kaum kerabat belah mak Mr Razman. Mak tak  pandang camera pulak, hari tu macam berjanji lak dengan mak, tiga tiga tema biru..


 Yang aku pikir makan jek. Before taram nasik , sempat lagi taram lamb chop. feh. sodap2.



with deknor.
anak anak sepupu pak cik tuh


Sepupu sepupu Mr Razman
  
 Time ni dekat rumah Kak long Mr Razman . lepak lepak sat sambil tunggu kak long balik. kauorang tengok kucing tu, besar gabak. aku suka betol kucing tau. suka sangat sangat. rasa nak tido dengan kucing ni jek, Tiba tiba rasa sedih teringat kan baby. baby, kakak rindu awak laaaaaaaaaa..mesti baby dah besar sekarang ni kan. bulan 4 or 5 ni kita jumpa eh baby. Tapi mesti baby dah tak kenal aku da, sebab lama sangat die tak tidur dengan aku kan. baby,.... tunggu kakak balik! ( psiko tak cakap dengan kucing? Dekat kucing jek aku luah perasaan weh, even diorang tak paham, tapi at least aku rasa beban aku kurang sikit. thats why aku suka cakap dengan kucing. bio lah orang koba aku gilak...





 gambar tunggang tebalik kan..haha. ni sehari sebelom wedding. Time akad nikah.. Tempek la satu dua gambar dia. kan sentap pulak gambar dia lama tak masuk belog aku. haha. kang mula cakap tak sayang ke hapeeee. haha..Budak kuat majuk sekarang ni, 
 





 
Gambar penutup, sekian. aku pun nak bajet  jalan atas red carpet..haha. babaiii. 

Tuesday, February 22, 2011

Contest Kami Pose Comel

Salam, Lama betol aku ambik masa nak buat contest ni, contest di tag oleh adik nani. atlast aku dapat jugak gambar yang aku nak, oke, tak payah nak buang masa bebel panjang panjang.
moh kita nengok, syarat syarat contest okeh.
1) Jadi follower belog miss amni. Done!
2) Copy & Link banner contest. Done!
3) Letak kan gambar posing comel bersama kawan kawan.
Done! 4) Create ayat yang paling simple asal aku join contest ni: Aku join contest ni sebab aku gila posing depan camera.
5) Tag contest dekat 4 orang blogger.
i) Linda sidek
ii) Kira
iii) Mafuza
iv) Misz Farah Tarikh tutup contest adalah 25 february 2011. Best of Luck!

Monday, February 21, 2011

Picnic Time

Salam, Lama betol aku ambik masa nak hupdate eh, so soo sorry la, semalam attend wedding dekat kampung pengantin, So, kecapekan yang amat, aku postpone lah, pagi pagi ni, aku gagah kan diri jugak la nak hupdate sebelom bos kuar lanting kan keje lagi, mari hupdate secara laju laju oke,
Last saturday, 19 February 2011, Plan untuk berpicnic akhir nya menjadi jugak. aku yang suggest sebenar nya, hari selasa tu tiba tiba terasa nak berpicnic pulak, so aku suggest je la dekat kawan kawan praktikal ni , diorang setuju, cantikkkk. Kebetolan si nisak ( kawan praktikal) bagi nasi kurzi ( nasi tradisi johor) kat aku, so aku pikir,
Satu hidangan tu boleh makan 8 - 10 orang, so apa salah nya aku masak then makan beramai ramai, baru lah happening kan, actually bukan aku sorang, sya(ex classmate a.k.a colleague) banyak tolong bab bab masak ni, maklum la aku kan beginner bab bab masak, kalau harap kan aku takut tak menjadi, ni first time try masak nasi kurzi,
Feeeeh, mencabar betol, satu satu ikut direction kat kotak tu, memang complicated la bg beginner, aku bangun pukul 730 , itu pun aku terjaga, terus menggelabah sebab aku lupa nak perap ayam awal awal, so bangun je terus prepared bahan untuk perap ayam. waaaalla, nasib ayam tu menjadi, kalau tak , tak makan la kawan kawan aku. dalam pukul 8 lebih, kawan kawan dah datang tolong masak sekali, ada yang kopek ikan bilis, sementara tu aku sediakan salad buah+ sausage, aku suka salad buah ni, itu yang aku taram dulu, sambil buat sambil masuk mulut..heeeeee. konyang den!
Da setel prepared nasi kurzi, buat la sambal ikan bilis petai pulak, feh da lama tak makan petai, i likeeeeeee. tapi bau nya..MasyaAllah. heeeeeeeee .. Dah abes masak, time untuk melaram pulok, kan ada photogedix, so kena la melaram sikit, make up kan kawan sikit sikit. Lepas tu get ready for picnic. heeeeeeeee suka.
Lokasi nya bukan ler jaoh benor, Dekat Taman Tasik Shah alam je pun. sebab nya masing masing dah sengkek , so kena la pilih lokasi yang paling dekat. saving babe!, hidup ni kena pandai ekonomi bab kata umi aku. ( time tak de duit jek reti pasal ekonomi..hahaha).
Oke, biar gambar bercerita pulok, aku nak membuta, eh takkkk aku nak rilex sat nooo. babai sayang sayangs! happy reading.
Di mulakan dengan gambar poyos si owner belog, credit to photog
Lapar la pulokkkkk
from left, Nisak, me, Faez & sya yang cuba mencari pasal dengan aku..haha..
Hasil keje faez..dia minat sal photography jugak
K A W A N
Last pose dari kami..beboooi pssst: for more picha? sila terjah fb aku lak..heeee

Sunday, February 20, 2011

Teaser

will update later bout this, Love my readers damn much!

Friday, February 18, 2011

Review session 9: BB Cream

Salam, mari terjah review session lagi. Dah masuk session ke 9 dah pun, tak tau la kaurang follow ke tak kan. Hurmm oke,
Hari ni aku review pasal bb cream yang aku dah guna. So far aku dah guna maybelline & elianto. Dua dua best bagi aku. seriously la ni. Mana ada aku tipu. Tapi a bit different lah,
Maybelline? aku suka yang ni lagi sebab texture bb cream maybelline lagi smooth rather than elianto, then lagi murah dari elianto kan. hehe. ini memang pendapat ikhlas aku. Mula mula aku malas nak tukar gakkan. Sebab bb cream elianto dalam RM 40 something macam tu. tapi besar tau, dia pekat sikit kalo compare dengan maybelline.
Tapi bila aku tanya opinion orang, diorang cakap best, so aku try la. best jugak. kat bawah nanti aku tempek muka pakai bb cream ni okeh, ala kalau kaurang kawan facebook aku, hari hari kauorang boleh spot muka aku . mana nak tau aku pakai bb cream?
kalau gambar tahun ni tu, tu semua aku pakai bb cream la, aku tak tinggal lagi bb cream ni, apa yang aku suka sal bb cream ni? aku rasa make up long lasting sikit, then bila bb cream tu da blend dengan bedak, dia jadi cam glowing la sikit, sikit jek, kalau nak lebih effect glowing, p cari face mist la weh, baru glowing ala ala artis korea gitu.
haaaa, kalau yang teragak agak nak try bb cream tu, kaurang boleh try maybelline & elianto, tak nyesal punya. oke, kalau ada nak tanya ape-ape, kaurang leave comment jek, nanti aku jawab.
Time ni pakai bb cream elianto

Wednesday, February 16, 2011

Si gorgeous saraya abdullah

Salam, aku hupdate awalawal lepas tu autopublish je senang cita.
hari ni aku nak share psal si gorgeous ni.haish. aku tengok profile dia sebab dia ada like gambar aku , tergerak hati nak tengok. bukak bukak aje, feh, cantik betul. nama dia saraya abdullah. nama pun dah catchy kan. tak sangka lak dia pun orang kelantan jugak. seriously la aku suka tengok muka dia yang ala ala chinese look ni.
aku ada bertegur sapa dengan dia tadi kat wall fb. peramah, tak sombong. humble ajek. tengok tengok gambar je la eh. aku nak p mandi pulak
putih jek dia ni. hishhhh
aku suka gile gambar ni.. damn hot!
auwwwwww, love her style..best kan jadi orang tinggi lampai ni. pakai ape pun kena ajek.

Tuesday, February 15, 2011

Short hupdate

Salam . Aktiviti hari ni nak memanja kan diri dan settle kan thesis yang tertangguh sekian lama. izin kan aku mereward diri sendiri dengan bermalas malasan sikit. Esok keje, yes . i loike. Aku kan suka environment kat office. AMAN DAMAI & TENTERAM......haha sarcastic! oke cover mata bengkak plus eyeliner bersememeh. Bila lah aku nak jadi tabah ni.
adik adik semangat join perarakan... Salam maulidur rasul everyone & happy holiday!

Sunday, February 13, 2011

Even glam modelling agency

Salam. Exhausted, Weekend ni tak de rest sikit pun. so, aku tempek gambar ajek. aku nak manja kan diri jap. mereka pun gorgeous
hesty si gorgeous..
oke, babai.

 
© 2010; Lyaa Suriany | Designed by: yanasensei | Powered by Blogger