Darlings

Monday, January 31, 2011

Wedding yang jadi & Lepaking

Salam. Hallu. Malam ni aku nak kotakan janji sikit. Kan semalam aku janji nak hupdate pasal wedding & lepaking dengan izad a.k.a sepupu Mr Razman..Semalam p wedding tu agak lambat dah pun. Tak makan pun. Tak pe lah, janji dapat tengok muka kan. Nanti apa pulak kata pengantin. Dah susah susah jemput , tak attend pulak kan.
Lepas tu time wedding sendiri kawan kawan tak mau datang. auwwww bila la tu wedding aku. hehe. Tadi masuk nagoya tertengok baju kawen. tiba tiba rasa gatal nak kawen. oh ada orang nak propose aku tak? eh adaaaa. baru sehari yang lepas ada propose.haha. Romantik sungguh la awak ni! Tutup cita pasal aku.
kaurang nak tau. aku jatuh cinta dengan pelamin & baju si pengantin ni. perghhh mengancam habis. Dalam gambar tak nampak mengancam sangat. Kalau tengok in person. feh feh feh feh. nak pengsan rasa. sebab rasa cantik amat sangat.
Lepas bergambar sekeping dua. dah belah kan diri. simpan perut sebab sepupu mr razman nak belanja domino's. rugi rugi kalau kenyang kan. heeeee. seronok betol orang nak belanja ni. Maklum la. si boifren & girlfrend dua dua poket kering. Nasib lah ada yang nak belanja kan. oke la. aku penat ni. Banyak kerja aku tangguh ni. Research aku tak start lagi. aku nak bermalasan kojap..
cekik budakkkkkk..minah ni penggeli tau. kalau terpeluk pinggang dia. siap la kau dapat makian free..haha
tengok, tengah bersiap pun ada orang snap. mamarazi kan. Kat situ jek tempat aku bersiapsiap kalau nak keluar nya. nasib baik ada cermin cabok tuh. kalau tak alamak nya kena make up , pakai tudung dalam toilet la gamak nya.
see, cantik la kalau orang tinggi kan. kecian kat orang katik ni
Lengan boleh buat satay kan.
sekarang ni aku rasa lapau pulak.
Mr razman cakap macam pailang rambut mamat nih. samseng habis. izad izad. apa kono la ngn ekau ni. Nasib kau belanja kami makan. so, buat buat hensem je la rambut kau tu. len kali belanja lagi eh. next treat, belanja kat fullhouse pulak.haha

Sunday, January 30, 2011

As the way i am..

Aku selalu tertanya tanya. Kenapa dia sayang aku. Tipu kalau kau tak nak tau kenapa orang sayang kau kan..Bila ditanya kenapa dia sayang aku. Dia sayang aku sebab dia selesa bersama dengan aku. Dia sayang aku sebab aku reti bergaul dengan kawan kawan dia. sebab yang ketiga aku sensored sikit. Dia sayang aku sebab aku mulut becok. aku si kecoh dan dia si pendiam. okeh awak, dah dapat jawapan.
Dia yang terima aku bila bila masa.
Dia yang terima aku seada nya. tanpa make up,
dia yang terima aku walaupun chubby.
Dia yang terima aku yang "clumsy".
Dia yang terima aku yang panas baran.
Dia yang terima aku cepat terasa tak tentu pasal.
thanks for loving me. .
Aku nak update pasal wedding dan lepaking with Mr Razman's cousin actually. tapi besok la aku postpone.

Saturday, January 29, 2011

Wedding yang tak jadi Tapi dapat jumpa KAKAK

Salam. Hallu. Happy Weekend. Apa yang kauorang buat heh? Tidur ke hape? ke p shopping? Ke sebok dok berkemas dekat rumah. Aku pagi lagi dah bangun sebab Mr Razman ajak p wedding ex officemate dia. Punya la bersemangat aku. Pilih punya pilih baju kurung. sudah lah hari isnin sampai jumaat pakai baju kurung,
Hari sabtu pun orang tu suruh pakai baju kurung jugak. iye la. Lepas ni hari hari aku pakai baju kurung jek, tshirt , dress semua aku lanting kan dekat orang je la yeh. okeh? eh cita pasal wedding tak habis lagi kan.
Masuk jek kete, pak cik tu baru nak check event dekat fb, sebab nak set gps ke rumah pengantin. Tiba tiba dia tanya. hari ni berapa haribulan eh, si roomate aku jawab 29 hb. haaaaaaa aku agak dah. sekali silap tarikh okeh. wedding tu besok! haishhhh. menyirap tak. sabar je la. aku p naek tukar baju. tak kuasa aku p jalan kat mall berbaju kurung.
Sekali aku keluar kete, terpelecok pulak. tulah dok marah Mr Razman agak nya. tapi yang aku sakit hati, dia bantai gelak kaw kaw dekat aku. siot punya dia. tak pe tak pe, hari ni hari dia.
Sampai jek pyramid, nasib baik la senang cari parking. apa yang penting bila sampai pyramid, cari makan dulu. cacing dalam perut sebok dok lalalalala mintak isi. Aku bagi Mr Razman buat pilihan jek, aku malas nak pikir panjang.
Then dia pilih Laksa shack. follow ajek, Then, sempat la jumpa adik dia, ecah kojap, tak leh lepak lama lama sebab adik dia nak p shopping dengan cousin dorang. Tak sempat kan nak paw si ecah. dengar cita loan baru masuk..tengah masyukkk tuh. hehe. pandai dia lari kan diri yek. Kenyang perut suka hati,
then text si kakak pulak a.k.a sis kikin amer. Memang dah plan nak ngedate dengan dia hari ni, tujuan utama aku p pyramid memang nak jumpa dia pun. Kalau tak, aku balik rumah jek terus tadi sebab wedding cancel kan. Tunggu sis kin habis shopping dulu kat JJ. Then lepak kat air pancut depan sunway lagoon. kat situ la dok bergosip, then ada sesi make up jalanan pulak. hahaha. macam macam. aku sebok dok make up kan kak ija a.k.a kawan kak kin .
Even tak lepak lama lama. Tapi dah puashati dapat jumpa kak kin kan. bilala boleh lepak lama lama sikit. banyak benda nak ngadu tau. Tapi hujan la pulak. laen kali set time please kakak! oke la.
penat pulak aku nak membebel panjang. aku nak layan berangan sat.
Muka tak teruja tengok makanan. aku kan pemakan nasi yang tegar. tak jumpa nasi menggigil dowh. Kak kin~
four of us. adik kak kin tak de la..adore her. cute macam kakak dia..
Ini yang dimaksudkan dengan MAKE UP JALANAN..haha
wewwwitttttt. takut korang rindu Mr Razman. ambik! pssst .
i m sooooooooo happy hari ni sebab boleh sembang dengan kak suhana..uwaaa sedih pun hado sebab tak boleh jumpa dia CNY ni..rindu kak su!

Friday, January 28, 2011

My bad day, my bad attitude

Salam. just a simple hupdate. Aku nak tenteram kan hati sendiri. Pada orang yang dah lama kenal aku. Memang tahu sangat aku ni, jenis yang hot temper. bukan sikit tapi banyak, kalau dengan kawan kawan aku memang control habis habisan bad attitude aku ni. Tapi please. jangan nak overboard sangat mentang mentang aku control temper aku. Lately, aku dah tak control. aku jadi outspoken. Aku tak puas hati, aku sound,. yea, orang yang baru kenal aku memang terkejut. Tapi tu aku. kang aku control lebih orang cakap aku hipokrit. so, terima la aku yang sebenar ni. no more sweet words dear kalau kau dah sakit kan hati aku lepas ni. AKU DAH LETIH. I m not gonna hurt you darl if you act nicely. Jaga bahasa kau, jaga perangai kau. Then, aku pun jaga bahasa aku, aku jaga perangai aku. Perangai aku macam ni, Kau nak tegur aku boleh, tapi cari ayat yang paling lembut. yang paling sesuai. okeh.boleh? chow

Thursday, January 27, 2011

Entry rojak: Kechubby an, practical training, campus puncak alam.

Salam, hallu peeps, amacam, rindu tak, alah. Baru tinggal belog sehari la. Aku sanggup tak mandi mandi lagi ni sebab nak hupdate belog.Eleh padahal sebok dok fesbuking kan. Sekarang ni, aku dok risau pasal lemak yang dok bergayut ni.
kaurang bole cakap, eh mana ada gemok, kecik jek tengok. ermmm. kauorang tak tengok secara real memang lah. aku yang tengok badan aku ni, kadang kadang rasa macam rupa mak orang pun hadooo.
aiyoooo belom kahwin lagi ni, kalau dah ada anak macam mana la agak nya. Kelemahan orang katik ni lah. makan lebih sikit, mesti nampak chubby. lemah betol aku. Perut berlipat lipat, drumstick ala ala fafau. lengan pulak bersemangat aku tengok. muka tok sah dok cita la. kawan aku cakap bulat. haiyooooooooooo. dah dah dah tutup sal chubby.
Kepala aku pusing betol lah hari ni, macam macam betol problem. bila lah hidup aku nak tenang ni. Besok , aku harap hari aku lebih cerah sikit. asyik gelap jek manjang.sudah lah. penat jek aku upload gambar ni, layan kan. aku nak p mandi.
faez, model of the day..haha. sebelom mula kerja. ambik mood dulu dengan abis kan battery camera!
kitorang biasa ada sesi bergedik santai waktu pagi, lepas punch card, mesti dok sini, sebab nak tukar high heels, iyo la kau, aku naek bas pakai flipflop. sebab nya? sebab nya kalau kau tak ada tempat duduk, means kau kena berdiri kan, bila bas tu tiba tiba drift kat jalan , agak agak kau tepelanting tak,
ishk aku pernah nak terjatuh okeh, lepas tu mulut aku bising melatah. tak ke semua orang pandang aku. tak ke aku dapat publisiti murahan kat situ. tak pasal aku jadi artis kojap dalam bas. so pengajaran, naek bas jangan nak paakai high heels sangat. tapi jangan pulak kau buat buat lupa tak tukar dari flip flop ke high heels, kang tak pasal pulak kau kena sound,
AS A PRACTICAL STUDENTS, U HAVE TO BE PROFFESIONAL. PROFFESIONAL KEPALA HOTAK KAU, KALAU KAU PUN PAKAI SELIPAR JAMBAN DALAM OFICCE LEPAS TU KAU NAK TEGUR ORANG. CAKAP TAK SERUPA BIKIN BETUL LAH.
asyik tempek muka yang control jek, hah kau tengok. aku pun reti menjoyah kau tau. masa ni dok tengah bergosip hape benda aku tak ingat. tapi memang muka kepochi habis!
PUNCAK ALAM TERCINTA!. huish, tercinta la sangat.petang tadi aku berkejar ke campus kejap, heret mr razman & roomate a.ka. bedmate a.k.a officemate sekali. mana boleh aku p sorang sorang. kera sumbang seh. Then kat sana jumpa pulak syeza & wanie ni, kebetolan kitroang sama advisor, so sekali jalan je lah...
haish pening pening, baru jumpa advisor untuk academic project, aku mintak tukar tajuk research yang aku nak buat semester ni. alhamdulillah boleh tukar. Senang sikit tajuk kali ni. Tapi yang hazab nya aku kena start dari chapter 1 balik. haiyoooooooo. lecturer kasi aku 2 weeks untuk submit chapter satu sampai tiga..kelam dunia aku...aku kena start dari zero okeh...uwaaaaaa nak nangis, bulan tiga nanti kaurang sila la jadi pengunjung muzium alam shah yek, boleh jawab questionnaire aku.pelis dong!

Tuesday, January 25, 2011

Vote for pija

Salam. Penyakit lama aku da datang menyerang. sindrom malas hupdate berleluasa. sekarang ni aku jarang dah bukak belog. bukan tak sayang weh. sayang. sayang kaurang yang baca belog aku. Tapi aku tak sayang lah stalker stalker tak guna tuh. Rasa menyesal pun hado publish link kat fesbuk dulu, sebab tak pasal orang yang kita tak suka pun sebok baca belog kita kan. ades dah nama nya publish. kau yang cari pasal kan. hurmm . Malam ni aku tak bermood nak berceloteh panjang panjang. aku just nak mintak sayang sayang sekalian vote perempuan cantik ni.
http://www.facebook.com/pages/Cute-Muslimah/112553992111515
mula mula kena like dulu pages tu. Kat situ bole la tengok gadis cantik yang join contest. then,
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=183112065055707&set=a.182793815087532.42597.112553992111515
bole vote untuk pija. oke? Macam yang aku cakap hari tu, hari ni kita tolong orang, besok orang tolong kita kan. tak rugi pun tolong orang ni.

Monday, January 24, 2011

contest hitam putih paling COOL..

tagging by my little sista yang gorgeous!
oke jom tengok syarat syarat contest. aku copy paste buleh.
1.okay macam biasa korang kena jadi follower blog si gadis bermata coklat ni
2.letakkan banner contest ni kat sidebar sepanjang contest berjalan & link kan ke blog ni
3.buat entry pasal contest ni dan berikan idea hadiah apa yang korang nak kalau korang menang rm100? ?*ayat yang simple je la, jangan kaurang karang manyak manyak lak. kang pening pulak si gadis nak baca berjela jela.
oke, kalau aku menang , aku nak handbag. tak mau yang branded pun, vincci pun jadi. aku dah aim ni.
4.tag 5 kawan-kawan yang korang rasa mesti dia nak join !
i) Dhiah, ii) Inda iii)Noma Iv)eesyaheera V)Queila
5.tarikh tutup penyertaan : 1 mac 2011
simple aite? so apa lagi. jejoin je la.

Friday, January 21, 2011

Edisi berkawan

K.A.W.A.N.
Bila berkawan, jangan ada PHD.
Bila berkawan, biar lah ikhlas,
Bila berkawan, susah sama sama, senang sama sama,
Bila berkawan, jangan pernah tinggal kawan.
Bila berkawan, biar lah sampai mati.
I LOVE U UOALLS.
Tiba tiba aku rindu kak su sangat sangat. damn! rasa nak nangis. sis i need u!
AKU DEFINIKAN MEREKA SEBAGAI k.a.w.a.n

Wednesday, January 19, 2011

Review session 8: Lux shower gel

Salam. Hari ni review session lagi. eh kauorang oke tak ni aku asyik review jek, actually ni segmen sharing sharing apa yang aku suka, kalau kaurang suka, kauorang boleh try.
Kali ni aku nak review pasal lux shower gel. Aku start guna lux shower gel ni since diploma. so masuk tahun ni dah nak masuk 5 tahun la aku jadi pengguna tegar shower gel ni. Aku ni jenis loyal sikit bab bab brand ni, Sepanjang nak masuk 5 tahun ni, aku tak pernah tukar brand lain. even sekali. Aku memang dah serasi sangat sangat dengan brand ni.
Favourite aku? ah tentu nya lavender, fehhh, aku memang suka sangat bau lavender, gedik tersuka bau lavender lepas tengok cerita mandarin ke hape dulu . title movie tu lavender. So sejak hari tu aku suka bau lavender.
Apa yang aku suka pasal lux ni, sebab saving tau. Kau letak sikit jek shower gel ni, tapi buih dia banyak, aku suka ler bab bab buih ni, tak payah la kau nak membazir. picit sekali jek da cukup, boleh cover satu badan dah. Then, lux ni tak melekit tau, certain brand kan kalau kita pakai, lepas mandi pun rasa melekit, lux tak. ini bagi aku. bagi orang lain tu aku tak tau. Yang pasti nya, aku tak de skin problem bila guna brand ni, i mean jerawat la. jerawat kat badan ye maksud aku. Ada readers yang pengguna lux ni. review sikit. sama ke tak sama dengan aku.
haaa apa lagi, kalau kaurang masih tercari cari nak guna brand apa. Apa kata try lux pulak. oke, selamat mencuba, babai

Tuesday, January 18, 2011

Persoalan

Aku selalu tertanya tanya.
Kenapa susah sangat nak hargai orang yang ada depan mata?
Tak sedar diri dek untung? kaurang ada jawapan?

Aku boleh!

Salam. hye. Malam aku terbabas hupdate. sososo sorry la. Balik kerja, beli nasik balik rumah, ngadap lappy, lepas tu tertidur. Nasib ler terjaga balik, bangun solat makan, online jap, lepas tu tertidur balik. Penat dengan masalah personal jek lebih. Tapi yang best nya, hari ni aku boleh bangun awal kan. tanpa rasa mengantok! dan tanpa perlu baca doa qunut dua kali. haha. apasal dua kali? biasa la ngantok.
Bersiap ala kadar. Get ready to work. feh. Hari ni tak sangka dapat kerja banyak. its ok. Ni first step untuk aku explore dunia kerja. Lambat laun aku kena face jugak kan. Aku ingat pesan umi aku, bila dapat kerja. Jangan mengeluh. Buat dengan hati yang ikhlas. InsyaAllah kau dapat balasan nanti. yea, kita ingat umi.
Kerja hape hari ni? Kena buat sistem baru, so kena la ada proposal, patot nya kerja ni kena melibat kan consultant. Tapi CEO percaya yang boss aku tu boleh buat. Tapi kesian la jugak boss sebab dia ada banyak lagi kerja yang nak kena settle. So, dia tanya aku boleh buat ke tak, erkkk aku takut, tapi aku pikir, aku kan tengah in learning process. so why not aku accept je kan.
Bagi orang yang careless macam aku ni, bahaya woooo, kena recheck tak pun berdoubledouble check. Dah cakap aku ni careless kan. Mau nya aku tak takut, kalau hire consultant kau kena bayar 50k kot, bukan 5k.. Kaya kan consultant. ermm kerja ni may be amik masa 3 or 4 hari kot. so aku mintak kebenaran buat balik rumah jek la. Tenang sikit aku buat kerja kat rumah. guna lappy cabok pun tak pe, lagi selesa dari guna lappy canggih orang lain. Tak gitu. okeh la. aku nak rest jap. nanti weekend aku blogwalking kat new follower aku. Sayang kauorang ketatketat la!

Monday, January 17, 2011

A day without U

Salam, hye, aku paksa diri jugak hupdate sebab aku tau, besok mesti aku malas punya nak hupdate. Badan dah lunyai ni, keluar pukul 10 pagi balik pukul 9 malam. Kira awal la tu balik kan. sesedar diri sikit, besok kerja. Baju tak iron lagi. haish. Monday blues betol kan. Aku tak larat nak hupdate panjang ni. Aku cite pendek pendek je eh.
Tadi aku , faez ( roomate aku) n her future bf, nisa' n her bf ada lah hang out together. Mula mula heading to ampang, jumpa lecturer si faez ni atau nama sebenar faezah. hehe. Jumpa lecturer dia kat de palma, ampang tu jek. Kasi tarah sikit lecturer dia belanja makan. bagus. kenyang perut suka hati bila orang belanja ni.
Then da kena basuh dengan lecturer faez suh kawen cepat cepat. bernanah telinga aku dengar. Lepas tu, gerak p klcc pulak, aku bukan suka sangat p sana. hape la hado, unless la kau kayo. ada duit beriban boleh la bershopping. bagi orang yang gila shopping macam aku p klcc dengan poket nipis, memang hazab lah weh. pandang pandang, jeling jeling tapi tak boleh beli. Tujuan p klcc? p ambik future bf si faez ni haaa. apesal aku panggil dia future bf? haha sebab aku tengok si faez macam ada harapan nak bercouple dengan si azwan ni. tak pe la. aku doa kan yang terbaik yea untuk kauorang.
Tak lama pun berjalan kat klcc, aku rasa rimas, then gerak terus ke midvalley. p cari makan lak. dah puas bergambar kat situ. baru la insaf nak balik rumah. huh, letih jalan. memang perabis duit betol tapi yang penting enjoy ada kawan macam ni.
padahal aku baru je kenal nisa n bf, si azwan pun sama. tapi rasa macam dah lama kenal. memang boleh buat geng la. nanti kita tripple date pulak eh. hari ni aku sorang sorang tak berteman. sedih kan. baru aku tau macam mana jadi single. tak mau jadi single pelissss..
erkk aku cakap tak mau bebel panjang kan. tapi terbebel panjang jugak!
Ini KAWAN
hoh gelak besar, macam taiko. tak tau pa yang kelakar
faez & future bf
nisa' & fitri
oh gambar memang suka suka hati tak ikut turutan. aku malas dah nak susun.

Saturday, January 15, 2011

Apa ada pada STATUS?

Salam. Sorry aku terbabas lagi hupdate. Semalam penat sangat kot. Kelam kabut pulak tu. Pagi pagi lagi bos aku ada meeting mengejut. Dia kelam kabut, kitorang lagi kelam kabut kena prepare document untuk dia masuk meeting. Sudah nya. keadaan jadi huru hara. ah, aku tak de mood nak cita pasal kerja.
Aku nak cerita pasal orang yang dalam gambar kat bawah ni. oke, meh aku kenal kan. Empunya nama Elma Dewiyana. Unik kan. Seunik peribadi dia. Jarang dan susah sangat nak cari orang yang macam dia ni. Kaurang tengok, dia macam student je kan.
Dia ni lecturer uitm. buleh pulak kan lecturer nak camwhoring macam ni dengan student macam aku. Dia memang sempoi gila la. Merendah diri, Dia tak letak sempadan antara student & lecturer. Aku ambik contoh mudah la kan. Mostly lecturer aku tak mau approve student kat fb as long as kau still jadi student dia. Privacy kata nya.
Ntoh. aku pun tak paham. Tapi kak elma cakap, buat hape la kau nak berkira dengan student. add je la, lagi senang keje aku. kalau ada apa apa assignment, inform jek kat fb. Sempoi ah.
Tapi yang lagi sempoi tau hape, Dia tak kesah orang tak bagi proper salutation pun kat dia. Tak yah berpuan puan berakak akak pun tak pe, Sesetengah orang tak, kena panggil puan, or cik bila rasa diri dah besar sangat.
Down to earth. Boleh buat kawan, boleh bawak bincang, boleh mintak nasihat. Rasa syukur bila kenal dengan orang macam ni, adore u la sis.
Yang aku tau, aku kagum dengan keperibadian dia. tak segan tunjuk kelemahan diri, orang makin respect dia ada la. Nice to know u sis!

Thursday, January 13, 2011

Typical Malay?

Salam, hai hai hai. aku bosan ni, kerja aku settle awal hari ni, nak nak pulak bos attend bengkel lagi, so apa lagi, port biasa aku. kau tunggu la lyaa, bos kau dah abes bengkel nanti. Baik aku habis kan masa melepak dengan berkualiti, Kalau ikut kan bos aku, dia suh kitorang fokus kan dekat research kitorang je, tak yah buat kerja sangat, erkkk kitorang pelik la pulak, tak kan tak nak buat kerja langsung kan. sogan la.
Tapi kan, kalau ikut kan, oke jugak kalau tak yah buat kerja pun, bukan dapat elaun, hahaha. selfish selfish. tapi pulak kan..ha banyak bertapi tapi pulak, kalau tak buat kerja, hape aku nak isi dalam report nanti. So, buat je la kerja yang termampu. Tak kan nak goyang kaki jek kan.
Hari ni aku nak sharing dengan kaurang pendapat aku pasal typical malay. Macam mana la bangsa kita nak berjaya kalau kita ni sentiasa ada PHD. Bekerja secara tak professional. Suka pandang rendah dekat orang, Pangkat tak tinggi mana tapi berlagak mengalah kan bos. Kalau kauorang perhati kan la, biasa nya orang yang ada PHD ni, orang bawahan biasa nya. Aku tak cakap semua. tapi kebanyakan.
CEO punya la down to earth, tapi orang bawahan mak aih, kena julang tinggi melangit. Orang yang baru masuk ni, pandang dengan setengah mata, bukan sebelah mata yea, hebat tak hebat, aku macam terkena cultural shock sikit, sebab sebelom ni aku practical dekat private sector kan. diorang sangat professional dalam kerja, tak de masa mengular, tiap masa busy. Takde bias. Reti respect orang, aku salute.
Aku rasa, pangkat or image kaurang tak kan jatuh la kalau kau berbudi bahasa dengan orang. Tapi aku rasa kau punya image lagi up ada la. Lagi disanjung sebab kau jadi orang yang tau respect kewujudan orang lain. oke, aku tak nak membebel lagi panjang, sebab aku ni kan kaki hangin, kan datang hangin kus kus, baik aku belah. beboi

Wednesday, January 12, 2011

Review session 7: Shawl swirl rose

Salam, pada siapa siapa yang suka shawl ni, sila terjah Butik Mia sekarang, Design ni adalah antara design yang latest jugak la. aku suka weh, tapi aku dah rembat satu hari tu color grey. cun ah. tapi aku nasihat kan kalau nak pakai shawl ni, better kauorang pilih size M, besar sikit. kalau size S bagi aku susah sikit nak lilit lilit. tapi semua tu depends pada creativity masing masing. Tak banyak tau blogshop yang jual shawl ni lagi.
Hari tu aku ada tengok kat RADIUSITE. tapi biasa la radiusite kan macam goreng pisang panas. Cepat je sold out, so pada yang tak sempat nak beli kat radiusite tu, boleh terjah dekat belog kak nurul ni. Just tolong kauorang yang masih mencari shawl ni.

Tuesday, January 11, 2011

I miss My Baby

I miss Baby so much. Ikut kan hati aku nak jek bawak dia dok sama sama dengan aku kat sini. rindu weh. Rindu nak bagi makan kat baby.
Apa yang aku sayang sangat kat baby ni? Dia gedik, manja tau. Malam malam sebok nak tumpang kasih aku , tak pun sebok tumpang kasih umi, dia datang dok ngendeng ngendeng atas bontot orang, tak pun atas peha, baik punya landing..oh adore sungguh la baby ni. heeeeeeeee i love u baby. seriously sayang baby sangat!

Day 7 ( Practical training) Mula busy sikit. Hari ni buat keje meng audit. huh, Masa ni la staff nak kalut kan, bila ada audit jek nak kalut. kalau tak, senang lenang je la kau. Aku malas nak cita banyak. Bak kata boss aku, typical malay! tak boleh tengok orang lebih, tak boleh tengok orang senang, then boss aku nasihat kan, better kita kerja ikut cara private sector, ni yang sayang boss lebih. PROFFESIONAL BEB!
 
© 2010; Lyaa Suriany | Designed by: yanasensei | Powered by Blogger