Darlings

Thursday, December 30, 2010

Belog pink!

Salam. Mood oke lah sikit kalau nak compare dengan semalam. Aku pun tak pe kebenda yang aku dok semak sangat. ntoh laa.
Hari ni belog aku kembali dengan new image. Amacam? cun?
Niat hati aku nak kale merah, tapi aku takut mata kaurang pulak yang pinar pinar.
so aku pilih kale pink la . Feveret kale sepanjang zaman.
Thanks to yanasensei yang dah banyak bersusah payah design kan belog aku ni. harap kan aku. hancur la wei. sebab tangan aku tak pernah berseni, kerja aku rosakkan barang. itu aku PRO. no doubt at all.
Aku tak tau nak hupdate apa ni . sebab mood aku tak pulih sepenuh nya. Kaurang nampak aku macam bergumbira dekat fesbuk kan. ala, hipokrit lebih jek tu. Hati aku ni dok runsing jek. Aku tengah rungsing hape tu aku je la yang tau. semua orang tak tau la.
aku tak cita kat sapa sapa pun. Kali ni aku rasa nak simpan sorang sorang jek. aku malas nak menyemak kan kepala orang lain dengan masalah aku. aku simpan dan makan sendiri.
Sekarang ni aku tak sabar nak jumpa yayunk fify. nanti aku hupdate lagi.
pssssst, thanks sangat sangat pada semua yang conccern dekat aku. kauorang memang the best.

Wednesday, December 29, 2010

Ini hidup

Salam.
aku mula kan hari dengan tak ceria. Hari yang penuh dugaan. Orang cakap dugaan tu mematang kan kita untuk hari mendatang. Tiap dugaan yang Allah bagi tu kena hadapi dengan redha.
aku tak tau pun motif entry aku hari ni,
aku cuma nak bersendiri.
Maaf pada kawan kawan yang text aku. aku balas ala kadar dan ada yang aku tak reply langsung.

Tuesday, December 28, 2010

Tips lagi

Salam,
Entry sebelom ni aku ada post pasal tips kecantikan kan. Tapi ada yang tanya kot kot ada cara lain untuk hilang kan jerawat sebab susah nak dapapt aloe vera yang segar dari ladang. okeh la. aku terlupa satu benda. sebab aku jarang buat, tapi malam ni aku tiba tiba teringat. kauorang nak tau cara lain untuk hilang kan jerawat? haaaa.
UBI KENTANG.
bukan gila kentang okeh. cara dia mudah sangat. Kauorang hiris nipis nipis. then tempek dekat kawasan jerawat tuh. amal amal kan selalu.
Tips ni kawan aku yang selalu buat. dia selalu suh mak dia beli ubi kentang dengan umi aku then balik buat facial sendiri kat rumah. saving jugak kan. satu lagi, yang paling best pasal ubi kentang kauorang tau pe?
kauorang jangan la jawab cheezy wedges pulak. aku cium laju laju kan. meh sini nak ajar, kauorang p beli ubi kentang, lepas tu kauorang p parut ubi kentang tu , last sekali tempek dekat lingkaran gelap bawah mata kauorang tu. ala nama canggih sikit eye bag ler. try le. selain dari kauorang boleh hilang kan eye bag, tapi boleh jugak melambat proses kedutan di muka.
Boleh p try sekarang. aku nak p menyebok kat blog kauorang pulak ni..

Monday, December 27, 2010

Tips Kecantikan: Aloe vera

Salam. Kaurang mesti dah kenal aloe vera ni kan. Aloe vera a.k.a lidah buaya a.k.a lidah jin. Banyak betol nama dia. Aku yakin lah kauorang tau yang aloe vera ni memang banyak khasiat.
Tapi bukan saja untuk kecantikan, untuk penyakit pun boleh. contoh nya sembelit, kencing manis, batu karang dan banyak lagi.Tapi hari ni aku nak share pasal tips kecantikan. Aku rasa tiap rumah patot tanam aloe vera ni. Alah bukan susah pun . aloe vera la antara tumbuhan yang senang nak hidup tau. Kat rumah aku ni papa aku lah yang rajin bab bab jaga aloe vera. Aku pulak tukang curi. haha.
Best woooo. apa yang best? okeh mai kita terjah satu satu..
Untuk dapat kan rambut yang hitam dan lebat.
haaaa kauorang nak rambut yang hitam lagi lebat. ambik je lendir aloe vera ni sapu kan kat kulit kepala. Then bangun pagi esok kauorang bilas la. seelok nya kauorang balut rambut tu dengan towel. amal kan selalu. confirm rambut kaurang jadi hitam dan lebat.Dulu dulu aku selalu letak kat rambut, sekarang ni malas pulak. Tapi tak rugi kalau kauorang try.
Untuk melembap kan kulit, menghilang kan sunburn, parut jerawat
Kauorang perasan tak kalau lepas cuci muka, mesti kulit jadi kering kan. haaa itu kan effect bahan kimia dalam pencuci muka . Aku tak suka kulit aku kering or oily sangat sangat. Sebagai langkah untuk melembap kan kulit, aku sapu lendir aloe vera ni kat satu muka. Biar kan kering, then baru aku bilas.Sebab apa aloe vera ni boleh melembap kan kulit? sebab aloe vera ni boleh merangsang pertumbuhan sel baru. Thats why la kulit kita boleh jadi lembap.
haa ni lagi satu, Kadang kadang dalam proses lendir tu nak kering kat muka, akan rasa gatal gatal sikit. alah tak mati pun rasa gatal tu. gatal sikit jek.
eh lupa nak cakap, lepas ni kalau rasa pelembap kauorang tu habes, apa kata kaurang try pelembap semula jadi ni pulak. free of charge lagi. Biasa aku guna pelembap safi balqis. bila dah abis ni , malas pulak aku nak p beli. alang alang aku kat rumah. baik aku guna aloe vera ni jek. saving duit aku.
Lepas tu, nak cite ni , muka aku kan sunburn yang agak dasyat jugak hari tu. tu la gatal sangat nak p family day proton. Tak pasal sunburn kulit kau. Aku tension tau tak, kalau pakai cosmetic mahal mahal pun memang takes time lah. So, aku try try je la sapu aloe vera ni, haaaa berkesan kau. Tak de lah teruk sangat dah nampak kesan sunburn tu.
Nak cerita lagi ni, sepanjang final exam hari tu. Aku stress sangat. Biasa lah, dah nama nya final year. Stress takut repeat paper, tidur pun 2 3 jam sehari, Bila depression yang melampau plus pms pulak tu, mula miss pimple gedik gedik datang bertandang.
fehh memang menguji keimanan betol, bukan sekor, 4 5 ekor tau dak. Sampai orang boleh tegur muka aku berjerawat. Lagi lah aku down. Jenis aku ni pulak, bila ada jerawat, tangan tak boleh dok diam. gedik ah nak pegang pegang. konon nak bersayang sayang dengan jerawat dan sebagai balasan, melekat parut hitam tiga bijik kat pipi kau. kau stress? memang stress lah.
dah la kulit memang tak de ciri ciri flawless, kau nak tambah lagi parut kat muka. apa cita la ni. balik rumah aku punya la pikir macam mana nak hilang kan parut ni dengan cepat. aku nak beli cosmetic yang mahal aku tak dak duit weh.
tiba tiba tepandang aloe vera ni haaa..tinggggggggg dapat idea..& after one month. taddaaaaaa parut tu makin menghilang. tak de la fully covered. tapi much much much better lah dari dulu. so no need to tempek concealer anymore okeh. aku suka!
amacam? kaorang tak mau try? rugi lah. okeh sharing is caring.
babai.

Sunday, December 26, 2010

Shawls? Tudung Instant? Tudung bawal?

Salam. Kauorang tengah buat apa tuh. dah makan? Kalau tak makan lagi meh la rumah aku. Nasi ada la. Lauk kauorang bawak sendirik sebab papa aku dah licin kan semua lauk pauk yang ado.
Itu berbasi basi dengan kauorang jek.
eh tengok tengok. Best nya kan kalau aku boleh pakai tudung bawal kemas macam dulu. aku teringin jugak nak jadi macam dulu , sekali sekala melaram dengan tudung bawal. Tapi tak boleh. Asal aku pakai tudung bawal mesti rasa nak terbukak jek pin tuh. confirm aku betol kan tudung 2 minit sekali. 5 saat sekali tengok cermin.
Tapi bila feeling feeling nak paakai tudung bawal jugak, aku layan kan jek la. 5 saat sekali tengok cermin pun sanggup lah. Demi Mr Razman punya pasal. haaa. Aku pun tak la apasal dia suka sangat tengok girl pakai tudung bawal. Kalau aku pakai shawl, nak pandang aku pun tak nak agak nya. Kalau aku pakai tudung bawal jek, dari jauh lagi dia dah senyum senyum.
Lelaki memang suka girls pakai tudung bawal eh, kenaapa? sebab kauorang tak suka tengok awek kauorang pakai shawl? biar aku teka, sebab pakai shawl mesti muka bulat macam belon. Macam tu ke?
Aku tengok gambar ni terus aku teringat dekat kuantan. Sabar sabar. kan impian aku nak kerja dekat kuantan nanti.
2008
Feh, aku rasa paling kemas dah ni pakai tudung bawal. entah mana aku campak tudung ni sekarang. nanti aku nak feeling feeling paakai tudung ni balik lah.
Shawl? Ini memang kegilaan aku sekarang. Shawl ni bila pakai tak semak tau kenapa? sebab aku suka lilit kemas kemas. bukan lah sampai kau tercekik tak boleh makan nasi, lilit tu beragak lah. KEKEMASAN itu penting. SERABAI itu semak. tak pakai branded branded tak pe, tapi kau jangan serabai. motto tahun baru aku.
"psst aku memang sengaja letak gambar parkinson ni, ala bukan kauorang tak biasa tengok aku pakai shawl kan."
Tudung Instant? Aku bukan tak suka pakai. padahal tudung ni lah paling senang nak pakai. men sarung jek kan.
Tapi aku rasa muka aku macam mak cik. melebih lebih pulak perasaan aku kan. itu pun aku rembat tudung umi aku.
Best jugak awning tudung ni. Aku ada jugak la nak try pakai tudung yang tengah hot sekarang ni, tudung rozita che wan. cantik ah.
Tapi aku tak ready lagi. Tapi aku nak pakai jugak nanti. banyak tapi pulak kau ni. Nanti nanti la.
Tak lama lagi dah nak start practical . So kena la dress up ala ala matang sikit. Matang yang macam mana tu akupun tak tau. Mana satu pilihan kauorang. Shawls, tudung instant? or tudung bawal?

Saturday, December 25, 2010

Mekap mekap sikit

Salam. haip, makan dah? aku belom. motip aku bagitau belom makan kot kot ada orang nak belanja. ada? kalau ada sila pm kat fesbuk.
Hari ni aku nak menjoyah pasal make up lagi. Kauorang dah tau kan aku memang suka make up make up nih. Dah bape orang kawan aku jadi mangsa conteng conteng ni. Ala, kadang kadang diorang yang memang suka aku taram muka diorang.
Make up best, tapi nak sental balik malas. kalau make up kan muka orang , kau sental sendirian berhad la kan. tapi bila make up muka sendirik, mak aih bercinta betol nak sental balik,
kadang kadang tertidur aku dengan make up , lepas tu besok pimple sana pimple sini. Aku paling suka smokey eyes nya style. feh, tapi sayang nya diri sendiri tak boleh nak try style ni. Eyelid aku besar gedabak weh. Tak sesuai langsung dengan smokey eyes.
So, untuk puas kan hati sendirik, aku suka buat smokey eyes kat kawan kawan. memang syiok ah.kauorang paham kan macam mana perasaan bila tengok hasil make up sendiri. Biar tak cantik pun totap nak happy.
Last aku make up kan orang masa minggu pra graduasi hari tu. oh aku tak join sebab tu kauorang tengok aku tak hupdate apa apa pasal ni, Tapi gambar kawan aku tu tak de pulak. nanti nanti la aku cilok kat fesbuk dia. gambar kat bawah ni pulak, masa aku jadi trainer untuk slot personality development.
feh, memang minat ah. tiba tiba rasa nak tukar kerjaya jadi cik andam. tapi sayang nya umi aku tak kasi beb. pasrah pasrah.
Mangsa mangsa. Wan nabila huda a.ka bella. comey ah budak ni. putih gebus. Senang nak make up muka dia...(without make up pun dia memang cun!) Aku bagi light light jek sebab ni make up untuk p office. bukan nak p clubbing. tiba tiba tempek gambar ni kan. idok la. Nak promote ler. si wan nabila huda ni ada jugak berlakon dalam cite nur kasih the movie. Aku pun tak sabar nak tengok macam mana dia berlakon. Ada la can kau jadi bini norman hakim , bella.
psst : meh sapa sapa nak tadah muka. aku bosan ni..

Friday, December 24, 2010

Macham ^*&())&^%%$#$@$#^^**()))

Der & sis, jaga budi bahasa. aku dapat tau sapa kan aku cili tangan. Masuk rumah orang biar beradab. Kalau tak tau adab aku boleh ajar. kau nak bersembang sampai lebam aku no hal, tapi ayat kau tu beradab.

Thursday, December 23, 2010

New Image?


Salam. haih, hari ni hujan lagi, syiok sungguh dok berlingkar bawah selimut. Nak nak pulak line kira okeh la, so boleh p terjah belog gadis gadis cantik & Jejaka jejaka hensem.
Pasal new image? aku rasa dah bosan lah pakai high heels. Nak tukar selera pulak. Apa kata kauorang. Orang orang yang terdekat dengan aku ni mesti tak percaya kan. hurmm percaya la.
babai dunia high heels, aku simpan dalam kotak. Nanti nanti aku sedekah kan kat orang yang berminat. Tak pun aku buat kau jadi barang antik tunjuk kat anak cucu aku nanti.
Sekarang aku nak beralih arah. yeah.kasut! kasut! kasut! kasut! Lepas ni boleh borong kasut berbundle bundle. Sekarang tengah sales kan. Cepat hadiah kan aku kasut sebagai langkah pertama untuk penghijrahan.. betol ke tak ni aku nak ubah image?
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Aku rasa tak. hoho. High heels dah jadi sebahagian dari diri aku. Takkan aku sesenang jek nak tukar image. yea aku tau, bahaya pakai high heels secara terus menerus ni, tapi aku pakai time dating jek, most of the times aku prefer wedges lagi tak pun flip flop..oh my, i love high heels DAMN MUCH! tengok la kot kot 3 tahun lagi aku nak tukar image.
Lyaa suriany tetap Lyaa suriany. Titik

Blogger Gathering

Ramai tak yang join? sadis nya sekali lagi aku tak boleh nak join gathering ni sebab aku kat kelantan lagi masa ni. sob sob sob,
Mel, nanti kau organize lagi yea.
aku teringin ni nak join. kauorang p tak?

Wednesday, December 22, 2010

Willow Smith

Salam. Hallu. Kauorang tengah buat apa tu, ye la aku tau la tengah baca belog aku, sambil sambil tu buat apa? Jenis aku ni boleh buat dua benda dalam satu masa. Tiga benda pun boleh, kadang kadang aku makan nasi sambil baca belog kauorang, lepas tu tengok telebesen sekali.
Biasa lah, ini salah satu cara menghabis kan masa cuti dengan berkualiti sekali. Hari ni aku cerita la sikit. Pasal hiburan lah pulak. asyik membebel nasihat kauorang jek, diri sendiri pun tak betol. eh aku nak tanya.
Kauorang kenal tak WILLOW SMITH. alaaaaaa anak will smith tu adik badik Jaden smith
yang berlakon cite karate kid tu.
haaaa entah entah aku yang ketinggalan pasal budak ni, kauorang dah jaoh kedepan kan. tak pe tak pe. Hari ni aku share sikit pasal budak ni, eh bukan calang calang budak ni,
Umur 10 tahun tak silap aku, tapi dia punya lagu dah boleh beat dengan black eye peace tau dak, haaa hebat tak hebat.
Then dia jugak singer termuda yang boleh pecah rekod black eye peace rasa nya. kauorang search kat youtube, lagu whip my hair. dia punya video clip perghhhhhh energetic nak mampus. teleng teleng kepala aku tengok.
kecik kecik dah famous nak mampus macam bapak kau tu kan.Kalau nak tau Willow ni da masuk dunia hiburan masa dia umur 3 tahun lagi, Penglibatan pertama dia dalam cita I m Legend. cita yang bapak dia berlakon jugak la kan. feh, nasib la kau anak celebrity kan.
okeh kauorang boleh p layan sekarang. mana tau kaurang suka.
Menggoda pulak aku tengok kau muka macam tu willow oiiii
Jaden & Willow smith
psss, tiba tiba aku rajin dan berbaik hati letak terus video clip minah ni.layan seh, i whip my hair back & forth..hehe

Tuesday, December 21, 2010

Aku skema?

Salam. haaa hari ni aku nak berleter pasal seatbelt a.k.a tali pinggang keledar. ah kalau aku tanya sorang sorang ni, ada la sorang dua yang pakai seatbelt kan. Tak payah kelentong, aku tau. Asal pakai seatbelt jek skema, asal skema jek pakai seatbelt.
Apa la yang susah sangat nak pakai. kauorang lagi penting orang cakap skema dari pakai kan. betol tak? Sedap jek dok cakap orang kan. aku dulu pun sama jugak. Mendapat lah aku nak pakai.
Tapi bila bercinta , cehh bercinta konon, maksud aku bila dok dengan Mr Razman ni haaa, aku start pakai seatbelt, dengan orang lain harapan la kau.
Tapi dari situ lah aku jadi TERBIASA pakai seatbelt. eh kauorang ingat pakai seatbelt time ada roadblock je la kan. Kalut ah bila tengok JPJ ada kat depan, mula la tarik seatbelt laju laju, haaa bab ni aku nak nasihat, tok sah la dok tarik laju laju , sebab bila kau tarik dengan kuat & secara mengejut, confirm seatbelt tu sangkut kan?
Tak caya? aku tak gebang aih, p try sekarang.. Nampak JPJ tu tarik slow slow 7 & steady, baru cool ( eh aku ajar benda salah la pulak).
Ada satu story. Sejak cuti semester ni, kesayangan aku si ema tu baru dapat lesen, so nak p kota bharu ke mana mana dia la mangsa aku, nak di jadi kan cerita, mula mula masuk kereta dia, aku tarik seatbelt, lepas tu dia pandang aku, sound aku sebijik
" tau la baru ambik lesen, tak payah lah skema sangat"
hamboi hamboi kau, cantik betol budi bahasa. Macam aku buat salah pulak kan.
Then aku jawab jek,
" Malang tu tak berbau, bila bila masa jek boleh accident, apa salah nya kalau ambik langkah berjaga jaga. Lagipun kau tu baru dapat lesen, P lagi hokeh. Jangan nak berlagak, ni P pun kau tak letak, Ada roadblock tak ke lesen P kau kena tarik balik" (Loghat kelantan , ni versi dah di alih bahasa)
Lagi satu, sekarang ni kan JPJ mengamok semacam jek, biasa lah akhir tahun, manjang jek roadblock, aku sendiri tak berani bawak motor nak p jalan jalan, kang jumpa abang polis naya aku.
Bila naek kereta orang, lepas tu buat nya ada roadblock, tak pakai pulak seatbelt, kena saman, Tak ke aku yang kena tumpang bayar sekali, oh memang tak lah, baik aku pakai seatbelt terus. Senang cita kan.
haaaa dah bosan dengar aku bebel, aku bukan apa, apa kata kauorang ubah perception yang pakai seatbelt tu skema. Bagi aku la kan, bila aku pakai jek seatbelt tu , rasa lah safety. okeh? renung renung kan dan selamat beramal..babai!

Monday, December 20, 2010

Tips cintan cintun

Salam. aku bercinta betul nak hupdate belog hari ni. Malas gila gila nak menaip, kan bagus aku tolong cakap lepas tu ada orang tolong taip, aku boleh goyang goyang kaki sambil tengok telebesen. eh tengok tengok belog aku dah bertukar wajah..huahua. Aku tak de kerja pagi tadi, nak tidur balik tak mengantok la pulak, then kerja mengjahanam kan belog bermula. Dah lama aku nak edit belog ni haaa, dari bulan 10 lagi. gila lama kan.
Tapi aku ni biasa la asyik tangguh jek la. Lepas esok , esok, pas tu esok lagi, sampai la bulan 12 ni haaa. aku tak de la suka sangat dengan design belog sekarang ni. masih tak cantik jek. tapi temporary boleh laaa. Bosan bebenor dah aku nengok layout lama.
eh hari ni kan, aku nak share sikit pasal cintan cintun. orang yang tak cintan cintun pun boleh baca. Walaupun aku ni bukan master bab bab cinta. Tapi apa salah nya aku bagi pendapat sekeping dua. mana la tau, kot kot korang sama pendapat dengan aku. iye dok?
Siapa tengah bercinta sekarang. angkat tangan cepat. haaaaa dah angkat, tak pe takpe aku nampak kaurang tengah angkat tangan sambil baca neh.
hurrm dah berapa lama ek kaurang in relationship ni?
Ada yang dah 3 , 4 , 5, 6 tahun kan. aku salute weh kaurang yang berjaya tahan sampai 5,6 tahun ni. Ingat senang weh. Aku yang baru 2 tahun setengah pun rasa bersusah payah jaga relationship. iyo lah, aku ni kan dikategori budak tak matang lagi even umur dah nak masuk 23 tahun.
Aku kasitau pendapat aku eh bab bab cintan cintun ni.
  1. Jangan over confident dalam hubungan.
    Pasai apa aku cakap lagu ni, haaaa ni la masalah ramai pasangan yang bercinta. kauorang perasan tak. Bila bercinta lama lama ni, kauorang ada perasaan confident yang bf/gf kauorang tu tak kan cari laen dah. pendek cite kauorang rasa bf/gf kauorang tu dah jadi hak milik kekal. INI SALAH SAMA SEKALI. kau jangan ingat kau kapel lama lama relationship kauorang tu terjamin. tidak tidak. Bagi aku la kan, kalau tak de jodoh, besok jugak kau putus.
    Then, Jangan la kau buat macam ni, kau tak menghargai dia, kau abai kan apa yang dia rasa, kau tak nak contact dia pun dalam sehari, kau buat keputusan sorang sorang, mentang mentang kau rasa pasangan kauorang tu hak milik kekal, JANGAN. Especially lelaki, jangan la kauorang buat macam ni, PEREMPUAN macam aku, akan angkat kaki okeh. tak kira lah aku sayang ke tak sayang. kalau dah tawar hati beb..
  2. Surprise.
    aku suka ada element element surprise dalam relationship ni. Baru la tak plain jek relationship kauorang. Cuba tengok sis kai & abang amar. dah ada bb kyd, tapi still romantic. aku suka lah. seronok tengok husband wife macam tu. Tengah tengaah bercinta ni apa salah nya kauorang bagi surprise sikit kat bf/gf tu. tak de la dia rasa terpinggir jek.
  3. Respect.
    Haaaa. ni penting. Tapi aku sampai sekarang kadang kadang fail. Alpa. Tertinggi suara dekat dia. Nak nak pulak pasangan kauorang tu 4, 5 tahun lagi tua dari kauorang. kalau nak kekal lama, pelis show some respect la.(hoh rasa macam terkena batang hidung sendiri pulak sebab dia pernah cakap aku lagi keras kepala, degil)
  4. Give & Take.
    Biasa la kalau bercinta. Mesti banyak berhabis kan. Kalau kauorang bercinta dengan students macam aku ni, nasib lah. kalau kaurang dan pasangan sama sama dah kerja, oke lah. harmoni sikit hidup kan. Jangan kedekut dengan pasangan kauorang tu.Aku ni kira beruntung sebab dapat dia yang tak kedekut. (eh perlu mention ke,? tak de lah, jap lagi ada yang sentap pulak , pikir lain pulak. baik aku mention siap siap.)
  5. Trust.
    Tolong eh, tolong jangan dok ada syak wasangka yang melampau. kalau aku la yang terkena. memang aku luku laju-laju. Kalau tak nak percaya pasangan kauorang tu, jangan bercinta. Senang cita.
okeh cukup 5 sudah, aku tau bukan kaurang baca semua pun, kauorang scroll laju jek, haha. ok lah. aku nak p layan cerita indon pulak. babai..

Sunday, December 19, 2010

jimba jimbaan secara besaran: Part II

Salam. Hallu . aku hupdate awal pagi lagi untuk korang neh. sebab sat lagi aku nak sambung tidur. heaven weh dah lama aku tak tidur lama lama. plan hari ni cancel. bagi aku tidur puas puas. Esok kita jalan kan misi balik.
okeh, mai dengar aku bercerita.
Semalam kan aku ada reunion SOFIS (society of form five student). Tiap tiap batch kitorang ada nama masing masing. nama batch aku SOFIS, senior aku FIVERS, junior aku FIGHTERS kalau tak silap, erk salah tolong betol kan ye junior junior ku.
Ni second reunion yang aku attend. first reunion sofis bulan jun ke mei hari tu. Time tu kitorang buat bbq. enjoy siot. balik balik terus lepak dekat sekolah . patot nya kali ni nak buat bbq jugak. tapi paham paham jek la sekarang musim hape kan. nak nak pulak 2 hari hujan jek. so cancel ler plan tapi still proceed dengan plan lain. Sudah nya buat reunion dekat KB MALL jek.
boleh berjimba sambil bershopping kan. aku dengan ayu awal lagi sampai kat kb mall tu. yang lain biasa la. janji melayu. cakap pukul 11 mesti pukul 1 nya diorang sampai. hampas sungguh. Tapi reunion tetap berjalan seperti biasa.
yang aku tak boleh blah, plan nak maen bowling cancel terus. hish dah lama tak maen bowling ni. dengan sapa pulak la aku nak maen bowling. Bukak semester masing masing dah busy, mesti tak de orang nak teman aku punya. Mesti tak sama macam dulu punya. kan kan kan.
sapa nak teman aku maen bowling, ?
jom...
sekali sekala suka sabotage diri sendiri. len kali letak watermakr kat lubang hidong pulak(psst nasib baek ada cahaya matahari, kalau tak mesti korang nampak jerawat bersusun)
korang tau ni sesi hape? haaa. time time ni la earring dekat shawl aku tu nak tercabut. kawan punya la baik kan nak masuk kan balik. haha. sampai semua nak keliling aku. oh concern la ni. sudah nya ambik earing tu masuk dalam bag. balik rumah punya cerita lah.
see, diorang memang concern kan.
masuk brands outlet bukan nak shopping, p terjah kawan kitorang yang da lama tak jumpa. dia keje situ. tak sempat jadi sofis pun dak fatin ni, dia keluar masa form 3 ke form 4 macam tu la. sekarang dah ada anak okeh. makin cun pulak tuh..jealous jealous. nak jadi mak jugak la mcm ni .
Lighting tu kacau la. cerah sangat. muka muka cun jadi kureng jelas pulak..
aku memang suka menggedik dengan ayu. ayu bajet malu konon. ceit. haha
barisan sofis yang hadir. tak ramai pun dalam 10 orang jek..yang laen tiba tiba ada hal
berdarah mata tengok skinny jeans yang cun nak mampos..pandang pandang jeling jeling sudah. nak beli duit kena saving.
kalau nak tau, minah ni adore gila dengan maria elena. asyik dok sebut maria elena jek. hah famous lah kau maria elena.
Last sekali, ye janji last dah ni, aku saje letak bukan maen besar lagi watermark, kalau boleh nak bagi satu gambar ni. haha. ni la kerja sampingan aku, jadi photograhper tak bertauliah. aku snap gambar orang , orang snap gambar aku. bagus2. memang candid
okeh la. babai. aku nak membuta.

Saturday, December 18, 2010

Jimba jimbaan secara besar besaran: Part 1

Saja nak bagi korang tunggu. Bagi sekeping dua keping dulu .
petang esok aku hupdate eyh. Tengah exhausted nak mampos ni. Nak rilex rilex kan otak lepas tu kena setel kan assignment si ema. Memang kuang hasam punya sepupu. Assignment dia datang campak kat sini. tak tolong kan merajuk sebulan.
Besok lak kena bangun pagi . Ada misi yang perlu di tunai kan. harap harap aku tak malu kan diri sendiri besok. babai..

Music Award

Salam. hallu. Sorry aku dah terbabas termiss hupdate semalam. Penat plus berukband aku lembap tahap mangang. so aku tak de mood langsung nak hupdate. so, sebab nak cover balik. aku hupdate 2 entry hari ni.
Next entry tunggu malam ni. So untuk hari ni, aku nak ambik award yang fasha bagi ni. Lama dah dia bagi, aku asyik tangguh jek. sorry babe. Before aku ambik award ni, kena jawab beberapa soklan. Jangan dok scroll laju2.
  1. siapa artis/ Band yang anda minat?
    aku suka SUPER JUNIOR, SHINEE, 2 PM, CN BLUE,GIRLS GENERATION, AFTER SCHOOL, 4 MINUTES, MISS A.
    kalau nak suh aku list bersepah la lagi. tapi semua dari korea. yea aku dah memang berjangkit gila korea dengan housemates. tak rugi pun kalau korang cuba dengar lagu lagu diorang. sebab artis korea ni memang betul betul berbakat. come in package. dance dorang terbaik. lagu superb. sebab tu la peminat peminat korea fanatik nak mampos dengan artis diorang.
  2. Lagu apa yang anda suka?
    yang ni tok sah dok cakap la. Banyak lagu yang aku suka dengar. Tapi aku bagi satu je la yea. aku suka dengar lagu TIMELESS by xiah jun su feat dengan sorang lagi minah korea ni. aku lupa nama pulak.
  3. Lagu apa yang anda selalu dengar minggu ni,
    hurmm lagu timeless tu la, then lagu mirotic versi shinee nyanyi.
  4. Berikan sebab kenapa anda suka artis / band tersebut.
    Sebab diorang hensem, cantik , gorgeous, talented gila gila. full package lah.
  5. Anda kaki karaoke?
    Nope, aku tak suka nyanyi ngn mic bagai ni. aku segan. aku suka dengar orang nyanyi. sebab suara tak sedap so sedar diri tak nyanyi.
  6. Selalu beli cd original?
    Hah, memang tak la aku nak beli yang original. download sudah. bazir duit jek..

Thursday, December 16, 2010

Flashback time

ATTENTION: ENTRY NI ENTRY FLASH BACK. ACARA MENAMPAL GAMBAR GAMBAR YANG PERNAH DI TEMPEK DEKAT ENTRY DULU DULU.CAKAP AWAL AWAL KOT KOT KORANG CAKAP ASYIK GAMBAR SAMA JEK.

Salam. haish penat penat. Tak sangka cuti semester kali ni bermanfaat sikit. Tak de la melefak lefak sambil bina badan. ( ee, sesaje je yunk gedik eja macam ni. ada maksud lain ke babe?) . Tak bina badan tapi badan aku rasa nya tengah membina jek ni.
Cubaan pakai skinny jeans yang black color tu, eh eh eh eh sangkut. kalau dah sangkut tuh pepaham la kan. aku malas nak cerita banyak pasal gain weight ni, normal la tuh kalau dok rumah.
Nanti bukak semester WAJIB work out balik.
Kali ni aku sesaja nak flash flash balik . bukan zaman muda muda pun. zaman degree ni jugak haaa. aku kalau dok rumah sesaja memang suka acara flash back ni, lepas tu sengih kambing sorang sorang sampai tak sedar orang tengah pandang.
Sekali pandang ada gaya macam orang angau sebab tiba tiba buang tebiat sengih. Macam yang aku cerita dekat entry lama2. Tiap gambar aku ingat kisah disebalik gambar. Mari terjah gambar pertama. dan seterus nya.
hah, minah yang terselit jugak nak masuk gambar tuh nama dia syahida. Saje je kau nak tumpang glemer kan. nasib la tak nampak muka ida oooi. Time ni keluar dengan housemates & Mr Razman. Kami keluar sama sama sebab nak ambik gambar pasport untuk antar resume dekat company2.
Dekat parking biasa la.Aksi snap snap jarang ketinggalan. kau malu ambik gambar tengah tengah orang ramai? Kami tak. Biar apa orang kata. bukan kau yang tolong beli kan camera. bukan kau yang tadah muka nak ambik gambar.Jadi kau jangan sebok.
Rindu nak merewang dengan kawan kawan dekat jusco bukit raja. Padahal jj je kot. Tapi bila ronggeng dekat JJ pun rasa dekat pyramid dah.
Rindu nak tengok midnight movie dengan kawan kawan. Aku jarang tengok movie dengan kawan kawan. eh tak de la jarang sangat. Tapi kalau kawan ajak aku laju je cakap ON.
Yang tengah tengah tu cik roomate aku. Nama dia safura. Antara kesayangan aku jugak. Manusia yang memang suka gaduh dengan aku jugak. haha. Tapi yang suka gaduh dengan aku tu lah yang aku sayang. sayang kau la babe. Tapi tak nak cakap depan depan. lepas tu aku tau dia tak baca belog aku. hehe.
Dia ni not available dah. Tapi Kejap ada boifren kejap tak ada. kauorang nak mengorat kauorang p tanya dia sendiri..
Itu Gaya simple bila tengok midnight movie. haish takkan la kau nak berdress bagai tengah tengah malam. sapa nak tengok hah ?

Aku rindu nak p kenduri kahwin dengan Mr Razman. aku pun confuse aku teringin nak p kenduri kahwin ke aku teringin nak jumpa pak cik tu. confuse confuse. ( Time ni sis aina kahwin. kauorang kenal kan. antara blogger hebat jugak. sekarang ni sis aina tengah pregnant dah)
waaaaaaaaah aku rindu nak makan macam ni dengan housemates. Kauorang jangan tengok ikan bilis tu dengan sebelah mata. Aku tambah nasi sampai 3x tau. lagi sedap dari makan ayam. Nak nak pulak makan ramai ramai. berebut rebut tu syokk tau..

aku rindu nak submit assignment macam ni lagi Main taram selit bawah pintu. lecterur bukak pintu terus menghadap assignment kitorang. Submit macam ni senang, tak yah kau hadap muka lecturer tu depan depan kan. silap silap haribulan kau kena smash dekat situ jugak kalau dia check grammar. Mampos.


aku rindu nak tunggu bas macam ni dekat campus sebab tak sempat naik bas lama lama. asyik naik kereta classmates jek. sekali sekala feeling naik bas apa salah nya kan.
pssst, jangan lupa undi cik ayu jazari *Belog num 1* & Fasha, *num 370* dekat blog pilihan malaysia.

 
© 2010; Lyaa Suriany | Designed by: yanasensei | Powered by Blogger