Darlings

Tuesday, November 30, 2010

Partner "Gadoh" saya

Gonna misssssssss you lah !

Gambar blurr habis kan. sebab nya gambar ni beramai-ramai & di snap dari jarak jauh pulak tu. saya crop . ambik gambar kami jek. jual ikan sikit.
babai awak, Lepas sebulan kita jumpa lagi. awak jangan nakal-nakal bila saya tak de. saya pantau awak dari jaoh tau! nakal siap la awak. saya piat telinga!
saya pesan kat sini sekali sebab saya tau awak loyal & silent reader saya. eleh jangan tipu lah awak tak baca belog saya. entah entah awak selalu jek stalk belog saya.hehe, sebab time saya cakap dah lama tak de orang ajak saya tengok wayang, dan dan esok tu awak ajak saya tengok wayang. awak memang memahami lah. hehe

Cikgu shida punya cerita

cikgu shida cikgu shida. sampai macam ni sekali.
Salam, tadi terjah menerjah belog kawan-kawan yang datang komen. Then bila bukak belog helena ni, tertarik dengan entry dia..Thanks to helena. kalau tak, memang saya tak tau la.
Rupa nya dia putus tunang. Tapi tak tau la sejauh mana kesahihan cerita. No wonder la dia jadi macam tu. besar impak putus tunang ni. Boleh buat kita jadi "out of mind" kalau iman tak cukup kuat. ini yang buat saya lagi takut nak bertunang. Kahwin lagi la.
nota tangan: pssst, saya di tag untuk join contest lagi oleh Lady aisyah yang super duper comel tu. yunk , nanti ai buat yek. thanks tau.

Monday, November 29, 2010

Hello kitty pun jadi, :p

Salam fellas, i m back. Tak de story panjang- panjang. Saya nak share pasal new headband ni jek.
Time p beli tiket tadi jumpa headband comel ni, apa lagi, rembat jangan tak rembat. Balik-balik rumah terus test.
Gelojoh woh.
okeh layan. Harus membuta dah ni.

i loilike pink color!
okeh la. belah dulu. babai.

Saturday, November 27, 2010

Innovation & Family Fest 2010 : Proton

Salam. holla fellas. Hari-hari kan saya hupdate belog sekarang. haaaa. tu la penangan Anon sayang.
lagi kau buat aku sakit hati, lagi aku hupdate. nanti kalau dia mengganas lagi. saya hupdate 2 entry pulak dalam satu hari. Pantang betol orang cabar ni. Lagi banyak nak tempek gambar banyakbanyak. biar kau menyampah banyak-banyak. amacam anon?
ah, saya bukan nak story pasal anon yang tak guna tu, saya nak story pasal family day proton. Ermm, saya baru perasan kan. tiga entry berturut-turut saya mention pasal proton. bosan tak? ala sabar jap ek. lepas ni tak de dah entry pasal proton.
Sekarang ni tengah monyok depan cermin tengok muka yang burn. Macam p berjimba dekat pantai pulak. siapa suruh tak pakai sunblock kan. padan mukaaa.booooooo. Proton organize family day dekat stadium shah alam jek tadi, sebab tu la panas nak mampos.
Last year diorang buat dekat sunway lagoon. kan sejuk sikit. ini tak rasa macam itik panggang pun hado tadi. Nak pulak saya ni bijaksana lagi pandai pakai baju hitam. terbaek wooooh. Penyerap haba no 1. Family day ni melibat kan staff proton satu malaysia. sabah serawak termasuk la .
Punya la baek hati proton tahun ni. accomodation, flight, transportation fully sponsored by proton. Mesti banyak kan profit dorang tahun ni. masyukkkk. Saya boleh cakap dorang punya corporate social responsilities tu terbaek la. saya dengar tadi dorang cakap ada 30 ribu orang yang join event ni. anggaran kot. nasib baek la stadium tu besar. so tak de la bersesak sangat.
Banyak game yang disediakan untuk kanak-kanak, untuk kanak-kanak ribena macam saya. takde game......hoho. Tengok persembahan dari artis Af je la. Then, terhibur dengan lawak si fafau dengan abang naz. so tak de la bosan saangat event ni.
Hokeh.Malas nak membebel panjang-panjang. bukan korang baca bagi habis pun.

Testing tak senyum. garang kan. sebab tu lelaki takut nak dekat dengan saya. bagus bagus. satu bonus buat saya.
auwww comel gila mila ni. rasa nak cubit-cubit. dah la kecik sangat. eiii..suka tengok high heel dia tadi. tinggi gila babeng. peramah pulak tu. gambar farah breep breep, dafi, fafau, abg naz saya malas nak p snap. panas wooooh, cukup la batin terseksa .

see.. Ramai orang depan stage. tak kuasa ai nak p menyebok sama. kalau boleh tangkap maulana & bawak balik ai sanggup p..hahaha

Biru untuk staff , hijau untuk orang yang turut sama menyebok join family day
yang ni aunt Mr Razman. mak uncu. sangat sporting. kawan gosip saya. orang yang selalu support saya. orang yang banyak bocor kan rahsia Mr Razman. & mak cik yang paling close dengan Mr Razman.
okeh kita pose sekali lagi mak uncu. buat-buat paham je la mak uncu. saya ni addict dengan camera.
tengok, boleh jadi ibu mithali tak macam ni. baru belajar nak layan budak-budak.
Last picha. Macam ni la suasana kat stadium tadi. time ni tak berapa ramai lagi kot orang sebab baru sampai.
nota tangan: pssssssssssst. thanks to al my new followers. terharu. tadi masa tinggal belog . tengok ada 484. balik-balik dah ada 492. saya hargai kamu. nanti saya terjah okeh.

Makan Yang Tak hengat Dunia

Salam. hye, entry ni kira hupdate untuk besok la. saya malas nak buat auto publish. lagipun sudah pukul 1:03 a.m. Saya rasa ramai yang tak tidur lagi kan. Meh baca belog ai meh. Semalam Mr Razman ajak makan seafood together gether staff proton. hurmm baru dapat gaji agak nya. tu yang nak makan besar.
Bab2 order serah dekat officemates dia. Kami tukang mencekik & menketadarah saja. ai lagi la kan, bukan nya staff proton. Harus lah mendiam kan diri aja. Yang syiok nya tau apa. saya tak sangka dorang order makanan sampai tak muat meja.kalau boleh tambah satu meja lagi baru muat agak nya.
saya macam " Mak aih, banyak gila. larat ke nak habis kan ni" hurmm . Serah kan pada yang pakar la kan bab-bab makan ni, jangan serah kan kat ai. confirm tak habis punya. oh yea. Tempat yang kitorang p ni. Muara ikan bakar dekat tanjung harapan, klang. Kalau time bulan puasa. korang jangan harap la nak p pukul 6 tapi dapat makanan awal. berduyun-duyun orang makan kat sini.


see, First time saya menghadap seafood penuh table. sampai tak tahu nak ambik yang mana satu.

oh udang paling dekat ngn ai. ai bedal udang la.

si fit tu termenung . agak nya tengah pkr macam mana nak habis kan lauk-lauk yang ada..hoho


syiok makan kan. Tapi yang tak syiok time nak bayar la kan. Ingat kan 200 rat or 300 rat jek, ambik mak kau. sampai 600 rat. terketar-ketar Mr Razman nak bayar. Berdua pulak tu. nak mintak duit ngn ai sorry la. coin ada lah. nak? haha
Makan banyak! tapi tak buat kerja berat. Makan tidur online. lepas tu ulang lagi routine. cukup sebulan jadi ???.
Bila p timbang. rasa nak golek-golek atas lantai tak boleh terima kenyataan. Padahal salah diri sendiri tak work out. patot nya dah tau makan sedap, tapi tak buat apa-apa, cari la inisiatif pergi jogging ke hape ke. ini tak lepas makan boleh golek-golek atas katil online sampai satu hari. Salah siapa?? salah diri sendiri.sigh

Friday, November 26, 2010

shades contest a.k.a kaca mata hitam by MISS GENIT & MR BOYFIE

Salam. Morning. Hari ni Saya nak join contest yang di tag oleh ee. okeh contest ni simple jek..tempek gambar korang pakai shade. simple kan. okeh meh kita tengok syarat-syarat contest . Miss genit, ai copy dari belog u..u tak marah kan..hehe
1. wajib follow belog miss genit. and belog Mr bf dia, untuk memudah kan korang tau perkembangan contest ni. DONE
Miss genit
2. mesti ade blog dan berstatus warganegara MALAYSIA.
(blogger only)
3. kaum bebas. agama bebas. jantina pun bebas.
4. story sedikit about korang punye picture tuh.
tak kisah la korang picture sorang or ramai2 dgn kawan.
tapi..if ramai. mesti semua pakai shades .
5. maximum only two picture korang bagi. but only 1 picture akan di pilih.
6..Sila lupe amik banner kat atas nie. letak kat
sidebar korang and link kat banner ke belog miss genit
7. tag kan kepada blogger aktif .
min kena tag 4 blogger. tapi lagi ramai.
lagi bgus kan.okeh saya nak tag
  1. Sis kikin
  2. sis zira
  3. sis hajar
  4. nani
8. dah join. plz..leave ur komen with ur link skali di belog miss genit.
9. tarikh tutup contest ni pada 15 dec 2010
10. hadiah adalah misteri. harap maklum
Okeh. gambar ni di snap oleh Mr Razman. Lepak-lepak depan office dia sementara tunggu officemates dia nak p open house. Lepas tu nak di jadi kan cerita hujan lebat pulak. . yang paling best tau apa. saya boleh tertinggal wedges kat luar. dah hujan tu tutup la pintu kereta.. tengok-tengok wedges ada kat luar. apa lagi. pusing la balik. tak boleh belah betol. kan dah basah. Rosak lor wedges. ada alasan beli baru kan. hurmm. sebab tu saya cakap setiap gambar saya ada cerita. so tiap kali saya tengok gambar sendiri saya gelak..then, masa ni jugak testing camera. Thanks to him sebab sanggup beli kan baru.
Gambar ni pulak mintak-mintak miss genit reject yek..hehe. shade ni saya jarang pakai. sesuai pakai time hujan-hujan ni. sebab kale choc kan. Time ni tengah tunggu pak cik tu haaa. sebab lepas tu nak p picnic. eh picnic ke. bukan picnic jugak. tapi ala-ala la. bersama-sama dengna staff proton jugak. kali ni boss dia ada sekali. saya tak join mandi pun . malas nak tukar baju. so saya tukang makan je la.hoho ai like shade besar gedabak ni. lagi besar dari muka ai okeh. ada dua pilihan. besarkan muka or p tukar shade..shoh shoh shohhhh.. okeh sekian.

Wednesday, November 24, 2010

Surat untuk ANON

Salam. hye. bukak-bukak laptop. terus bukak belog dulu. even tengah penat + plus sakit-sakit badan. Pastu tertengok dulu kat chatbox tu..wah lawei..ai dah ada peminat fanatik a.k.a anon yang sakit jiwa. Baru jek dok sembang-sembang dengan cik epal hari tu pasal anon..
hurmmm.Dear cik anon. tak melatah sikit pun dengan makian kau tuh. aku blogging untuk kepuasan hati aku sendiri. bukan untuk kepuasan hati kau. kau ingat kau hentam aku macam tu aku terus nak stop blogging? pegi mampus la kau. orang yang dah kenal aku tau aku jenis temper. kau boleh naik kan darah aku. tapi kau tak boleh nak stop aku buat apa yang aku suka. eh aku nak tanya kau. apa masalah kau? kalau kau tak suka. kau berambus je la dari belog aku. ada aku suruh kau baca belog aku.? siapa nak baca, dia boleh baca. siapa tak nak baca , sila kan. ke nak aku buat disclaimer dulu kat belog aku ni. pasal aku nak berfashion bagai ke hape. ada aku mintak duit kau..duit mak bapak kau. duit nenek datuk kau. pehal kau nak sebok sangat nya. aku guna duit mak bapak aku kot. kau jangan nak kesah lebih-lebih. ke kau ni budak baru nak up? tak pun kau ni tak de life langsung. ke kau tak reti nak buat belog? tau baca belog orang jek. zaman sekaarang ni kau ingat orang tak boleh trace ip address ke ? kau bajet kau tak letak link kau boleh lepas la. entah-entah kau ni dah lama ada dendam dengan aku kan. kalau berani , face depan-depan la. ke kau ni pengecut.
eh , aku boleh buat baik dengan orang. kalau aku tolong kau tak cakap terima kasih pun aku tak pe lagi.
aku consider. tapi kalau kau buat taik dengan aku, kau cari nahas la. bila aku benci orang. aku boleh jadi orang yang paling jahat. mulut aku pun boleh bau macam longkang kalau kau nak try. Jangan selama ni aku cakap elok-elok , aku boleh tahan dengan orang perangai macham sampah cam kau ni.
sekali lagi aku warning kau. jangan masuk belog aku dahhh! paham kan bahasa melayu.
oh sorry readers, teremo. Saya tengah penat , pastu ada orang cari gaduh. Annoying!

Tuesday, November 23, 2010

Wedding lagi

Salam. Sekarang ni dah mula cuti sekolah kan. saya pun baru perasan. maklum la . dah lama tinggal alam persekolah. cuti sekolah equal to musim orang kahwin la kalau kat kelantan. hari-hari ada jek orang kenduri kahwin. mangsa nya tentu saya. kena seret sana, kena seret sini. paksaan oh. batin terseksa betol bila kena paksa-paksa ni.
Time-time macam ni la saya rasa nak p borong baju kurung manyak-manyak. hurmm tapi sudah saya tak pakai jugak. lain la saya dah kerja. kena la bantai baju kurung kan. itu kalau kerja govern la kan. saya lagi prefer 3 pieces. lagi selesa nak p sana sini. eh tengok, tiba-tiba melalut sampai kerja. berangan lebih. balik pada cerita kenduri kahwin. nasib baik yang ni saya p dengan rela hati. sebab cousin kesayangan ajak. so pergi je la teman dia.
Gerak pukul 3. nasib baik dekat jek rumah pengantin lelaki. tak de la buhsan melayan kerenah mak long saya. Snap-snap gambar pengantin pas tu makan pas tu belah la yang oi. kembali ke pangkal jalan la pulak. penat dah. padahal bukan buat kerja berat pun. balik rumah sajek terus rasa nak membuta..zzzzzzzzzzzzzzZZZZzzz.
Padahal bawak menda alah ni jek, tapi rasa berat nak mampus! kena pegi angkat berat kuat kan tangan.
Budak bajet naive, cousin kesayangan dan cousin kurang kesayangan. eh eh gurau jek. sorang jek cousin kesayangan saya.
Sengih lebau dari pengantin. hover kau!
okeh, sekian terima kasih .

Review session 4: Miyami

Salam. morning peeps.
saya nak hupdate sebentar sebelum saya sambung tidur. syiok ah tidur sejuk-sejuk ni, okeh hari ni saya nak wat review pasal produk cosway ni. saya start guna miyami ni since i was 19 years old. Diploma dulu-dulu. sebelom tu saya pakai two way foundation silky girl. mahal sikit dari miyami. tapi saya tak puas hati sangat.
actually macam mana saya boleh terjebak guna miyami ni. hurmmm. saya tengok classmates dok touch up touch muka dia, then tanya. branda apa.
interested pulak sebab tengok cantik aja dia pakai. apa yang paling suka pasl miyami ni tau pe. tak payah nak touch up banyak kali. macam long lasting gitu. sebab two way foundation kan. jenis saya ni pemalas sikit nak pakai foundation bagai. tempek two way foundation ni pun tak sampai lima minit. instant make up jek. then baru la saya tenyeh eyeliner. tak de nak ber eye shadow bagai. tak kuasa mak.
ni la ex classmate yang saya maksud kan. kau memang gorgeous la nok.. dari dulu lagi dia memang pandai make up. tak sempat pulak nak paksa dia ajar make up. Miyami Two-Way Foundation
  • Silky-smooth combination of foundation and powder
    • Gives a long-lasting, flawless finish
  • price: RM 28 (non members) so jadi la ahli. boleh dapat RM16 jek.
okeh, saya guna yang ni. so far tak rasa lagi nak tukar pada brand lain. saya puas hati je guna miyami ni. Tapi bila dah ada duit sendiri baru lah pikir brand lain okeh. saya puas hati jek guna yang ni. tapi roomate saya marah saya pakai miyami ni, dia cakap kulit muka jadi kusam. hurmm may be. kulit jadi tak bermaya. tapi pandai-pandai la korang cari ikhtiar laen pulak nak bagi kulit korang tak kusam kan. p la wat facial ke hape. tak pun facial sendiri sudaaaaa..
Miyami Face Powder
  • Ligt, fine texture gives a sheer, natural look gitu
    • transculent, so suitable for all skins. so pakat ramai serbu cosway pulak.
Miyami Compact Powder
  • Super-fine texture gives a smooth matte finish
  • Translucent, so suitable for all skin tones
Okeh mari bercamwhoring bersama miyami dan mari kita teleng ramai-ramai...
nota tangan: saya yakin ramai yang guna miyami ni . sebab mana pun saya pegi, mesti jumpa orang pakai. so apa kata kita sharing-sharing opinion uolls pasal miyami ni.

Monday, November 22, 2010

Cita-cita oh cita cita

Salam, hye. hari ni kan saya plan nak keluar, tapi tetiba sajek malas. hurmm so apa kata saya hudpate belog jek, hari ni kan tetiba( banyak pulak tetiba) saya terpikir. Apa cita-cita saya ek? hurmmm . blurrr. adakah saya orang yang tidak berwawasan sampai tak tau cita-cita saya sendiri. well, normal kalau cita-cita kita berubah dari dulu sampai sekarang. kejap nak jadi inspector police la. oh itu dulu. zaman kanak-kanak ribena. terpengaruh dengan gerak khas punya pasal. tak boleh belah cita-cita.
Bila orang tanya..dengan lantang nya jawab. "saya nak jadi inspector police" lepas tu orang yang tanya tu terkebil-kebil. biar betol budak ni, hoho. al maklum lah, zaman kanak-kanak ribena dulu saya sangat boyish. rambut tak pernah panjang. saya buat apa yang budak laki buat. suka panjat pokok. lepas tu takut nak terjun. saya suka tangkap ikan.. tak de nak maen masak-masak, kawen-kawen, baby doll ke hape.
Bila dah besar ni, jadi pompuan la sangat kan..hahaha..rambut pun tak suka pendek-pendek dah. dress up pun nak femine ajek. eh tengok saya dah melalut lagi. pantang lepe kan minah ni. haaa cita-cita saya sekarang apa? ntoh saya pun tak tau.. kalau orang tanya, saya jawab jek saya nak jadi lecturer..hoho poyo kan saya. jawapan harus la up sikit. padahal saya tak de bakat langsung jadik pendidik. Lepas tu saya nak jadi apa eh? jadi orang la! haha. tengok la . nanti saya pikir masak-masak apa cita-cita saya. nak p motivasi diri kejap...
mungkin patot jadi perdana menteri..hahahaha
nota tangan: erk apa cita cita anda?

Sunday, November 21, 2010

Review session 3: ayun ayunar

Salam,
morning. review session kali ni ambik masa sikit. entry di hupdate semalam lagi. petang time bosan-bosan.
tapi takes time sikit sebab saya pemalas nak print screen lagi, nak edit lagi. so tangguh-tangguh sikit. lagipun semalam line tenet tak berapa oke, asyik lombap je haaa. oke balik balik ayun ayunar ni, huish rasa nya ramai yang dah kenal siapa ayun ni kan..famous apa. suka bebenor nengok style si ayun ni, berkalerful(itu yang suka tu) pas tu dia berani mix & match color. mostly color yang dia guna sangat menarik, saya suka la..tak de la dull sangat kan.
lagi satu. ayun ni suka buat slanting style dia punya inner. lya penah try. time raya haji ni haaa.gambar malas nak resize pulak. tapi tak guna inner yang colorful sebab banyak inner tinggal kat puncak alam. bawak balik yang nak pakai jek. sebab nanti nak balik puncak alam balik.luggage dah full dengan baju yang tak mau dipakai. eh melalut pasal diri sendiri pulak kan. back to story.
inner ayun ni special nya tau apa?. tak melekap kat dahi. so siapa siapa yang tak suka inner lycra tu boleh la try inner ayun ni. nengok dia pakai cantik amat jek.
boleh terjah zassss zasss kat personal belog ayun
tengok tengok.haish geram betol tengok kecomelan dia..posing macamana pun comey je
belog biz ayun. cepat p terjah pada siapa yang tak pernah terjah tu
pandai dress up pulak tu. ishk2...sekali lagi jealous
Bold
saya suka sangat style ni..kale-kale yang menceriakan hati..
ayun, nak munge tu pelisssss..
ayun aktif buka booth tau. tengok la barang-barang dia. bukan main banyak lagi. tak lama lagi bole jadi usahawanita yang berjaya..cayooook ayun
ni salah satu shawl yang ayun jual. harga pun bole tahan.
ni pulak contoh headband. kalau terjah belog biz ayun, lagi banyak headband yang cantik amat
see? ni la special nya inner ayunar
penah masuk dara magazine...
nota tangan: lupa nak bagitau, ayun banyak buat video (tutorial) camana nak style kan headband & inner. bole belajar..

 
© 2010; Lyaa Suriany | Designed by: yanasensei | Powered by Blogger